Anda di halaman 1dari 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 1 - PEMIKIRAN MORAL
TITLE

1.1 MENJELASKAN PEMIKIRAN MORAL NATURALIS


KEBOLEHAN/ABILITIES

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN PENGERTIAN PEMIKIRAN
NATURALIS
2) MENERANGKAN PERASAAN MENGAMALKAN
OBJEKTIF MODUL / MODULE
PEMIKIRAN NATURALIS YANG BETUL DALAM
OBJECTIVE
KEHIDUPAN SEHARIAN
3) MENGAMALKAN PEMIKIRAN NATURALIS YANG
BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Muka : 1 drp : 4

TAJUK: NATURALIS

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan pengertian pemikiran naturalis dan


mengamalkan pemikiran naturalis yang betul dalam kehidupan seharian.
NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 4

PENERANGAN:

1. PENGENALAN

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam


keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan
yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.

Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature) manusia perlu
diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah
bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding
dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza daripada haiwan kerana manusia
mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan
akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap
kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan


hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik
sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara
haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain.
Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai
hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan
seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi
naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan
lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan
masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan
sesuatu situasi sahaja. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

 Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan


peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan
NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 4

menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana
pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha malah mencari alasan-alasan yang
menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

 Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak
takkan jadi segantang. Lantaran itu, mereka terus menerus miskin walaupun negara telah
merdeka 56 tahun yang lalu.

 Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya


percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi
padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain, mereka menerima sumpahan Mahsuri
hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum
tujuh keturunan berakhir.

Kesan mengamakan pemikiran naturalis


A) Positif
 Tiada tekanan kerana menerima sahaja apa yang berlaku

B) Negatif
 Tidak berusaha kerana menerima sahaja apa yang telah berlaku
 Tidak berdaya saing untuk memajukan diri
NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 4

SOALAN:

1. Nyatakan definisi pemikiran Naturalis.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 Markah)

2. Berikan dua kesan mengamalkan pemikiran naturalis yang betul dalam kehidupan
seharian.
i. ____________________________________________________________
____________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(4 Markah)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 1 - PEMIKIRAN MORAL
TITLE

1.2 MENJELASKAN PEMIKIRAN MORAL EMOTIVIS


KEBOLEHAN/ABILITIES

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN PENGERTIAN PEMIKIRAN
EMOTIVIS
2) MENERANGKAN PERASAAN MENGAMALKAN
OBJEKTIF MODUL /
PEMIKIRAN EMOTIVIS YANG BETUL DELAM
MODULE OBJECTIVE
KEHIDUPAN SEHARIAN
3) MENGAMALKAN PEMIKIRAN EMOTIVIS YANG
BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Muka : 1 drp : 4

TAJUK: EMOTIVIS

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan pengertian pemikiran emotivis dan


mengamalkan pemikiran emotivis yang betul dalam kehidupan seharian.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 4


PENERANGAN:

1. PENGENALAN

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan
atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan


perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi,
sikap atau perasaan.

Menurut golongan emotivis, individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan


mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di
kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain,
golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak
menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan
pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau
pernyataan-pernyataan moral.

Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan


perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak


memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan
moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi
yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.
Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau
perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui” mengandaikan terlebih
dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi
atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai
konsep “emosi” yang lengkap.
Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi
berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-
wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 4


Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

 Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat
letak kereta gedung membeli belah kerana wanita tersebut enggan menyerah
keretanya kepada perompak tersebut.

 Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir


panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

 Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid
tersebut

 Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

 Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

 Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka
keluarga.

 Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh
salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

 Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah
oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata ,
“Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya
dengan teliti? Mungkin tidak. Pemalas!”

NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 4

SOALAN:
3. Nyatakan definisi pemikiran Emotivis.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(2 Markah)

4. Berikan dua kesan mengamalkan pemikiran emotivis yang betul dalam kehidupan
seharian.
i. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(4 Markah)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 1 - PEMIKIRAN MORAL
TITLE

1.3 MENJELASKAN PEMIKIRAN MORAL INTUISIONIS


KEBOLEHAN/ABILITIES

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN PENGERTIAN PEMIKIRAN
INTUISIONIS
2) MENERANGKAN PERASAAN MENGAMALKAN
OBJEKTIF MODUL /
PEMIKIRAN INTUISIONIS YANG BETUL DALAM
MODULE OBJECTIVE
KEHIDUPAN SEHARIAN
3) MENGAMALKAN PEMIKIRAN INTUISIONIS
YANG BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Muka : 1 drp : 4

TAJUK: INTUISIONIS

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan pengertian pemikiran intuisonis dan


mengamalkan pemikiran intuisonis yang betul dalam kehidupan seharian.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 4


PENERANGAN:

1. PENGENALAN

INTUISIONIS

Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama
kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara–perkara
seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada
perkataan Latin intueor yang bermakna ‘saya memandang tepat kepada sesuatu’. Ia
merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’ secara intelek. Menurut pandangan
intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang
berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang
bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu
masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata
pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan
dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam
memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas
pohon di hutan, baru kutahu luasnya belantara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘kasanova’ lantaran
pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan
janji-janji manis lelaki hidung belang.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 4


Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran
sedemikian ialah:

 Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

 Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata


sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis!
Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain
kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’

NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 4


SOALAN:

5. Nyatakan definisi pemikiran Intuisionis


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
( 2 Markah )

6. Berikan dua kesan mengamalkan pemikiran intuisionis yang betul dalam kehidupan
seharian.
i. ___________________________________________________________
_
____________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________
_
____________________________________________________________
(4 Markah)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 01- PEMIKIRAN MORAL
TITLE

1.4 MENJELASKAN PEMIKIRAN MORAL RASIONALIS


KEBOLEHAN/ABILITIES

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN PENGERTIAN PEMIKIRAN
RASIONALIS
2) MENERANGKAN PERASAAN MENGAMALKAN
OBJEKTIF MODUL /
PEMIKIRAN RASIONALIS YANG BETUL DALAM
MODULE OBJECTIVE
KEHIDUPAN SEHARIAN
3) MENGAMALKAN PEMIKIRAN RASIONALIS
YANG BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Muka : 1 drp : 4

TAJUK: RASIONALIS

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan pengertian pemikiran rasionalis dan


mengamalkan pemikiran rasionalis yang betul dalam kehidupan seharian.
NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 4

PENERANGAN:

1. RASIONALIS

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.
Ia bermaksud segala tingkah laku moral yang rasional dan wajar. Tingkah laku moral
seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan
asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah, mereka cipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia
sejagat. Kes–kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat
sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Ahli – ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor
utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai
pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran
kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini,
pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea–idea lain.
Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaindera-pancaindera dengan sendirinya
tidak dapat menghasilkan pentafsiran – pentafsiran yang sah. Pengalaman – pengalaman
yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau
dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-
pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu
sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis,
pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum,
bukan daripada deria fizikal sahaja.

Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk


mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak
dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:
NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 4

 Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui,
maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

 Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

 Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

 Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang
dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang
menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-sebab
tugasan saya kurang bagus? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu
kurang jelas? Lebih elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak mengulangi
kesalahan-kesalahan itu pada masa yang akan datang.’
NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 4

SOALAN:

1. Nyatakan definisi pemikiran rasionalis


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
( 2 Markah)

2. Berikan dua kesan mengamalkan pemikiran rasionalis yang betul dalam


kehidupan seharian.
i. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
(4 Markah)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 1 - PEMIKIRAN MORAL
TITLE

1.5 MENJELASKAN PEMIKIRAN LATERAL


KEBOLEHAN/ABILITIES  ENAM TOPI PEMIKIRAN
 ANALISIS SWOT

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN PENGERTIAN PEMIKIRAN
LATERAL
OBJEKTIF MODUL / 2) MENERANGKAN PERASAAN MENGAMALKAN
MODULE OBJECTIVE PEMIKIRAN LATERAL YANG BETUL DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN
3) MENGAMALKAN PEMIKIRAN LATERAL YANG
BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / COD


MPU 2322 Muka : 1 drp : 4
E NO. / NOSS

TAJUK: PEMIKIRAN LATERAL: ENAM TOPI PEMIKIRAN DAN ANALISIS SWOT

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan pengertian pemikiran lateral dan


mengamalkan pemikiran lateral yang betul dalam kehidupan seharian.
NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 4

PENERANGAN:

1. Pemikiran lateral: satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya


imaginasi bukan secara logik atau tradisional.

Kepentingannya: Pembinaan Idea Baru dan Penyelesaian Masalah dan Membuat


Keputusan.

Enam Topi Pemikiran oleh Dr. Edward De Bono

Teknik ini digunakan untuk melihat keputusan dari pelbagai perspektif, yang membantu
anda berfikir dengan cara yang berbeza dan memperoleh pandangan menyeluruh
mengenai sebuah situasi. Setiap “topi berfikir” akan membantu anda menilai masalah
daripada pelbagai sudut pandangan yang memungkinkan keputusan untuk menggabungkan
keinginan, efektif, sensitiviti dan kreativiti.

Setiap pemikiran dianologikan kepada topi yang mempunyai warna – warna tertentu:

 Topi hijau melambangkan pemikiran yang kreatif. Top hijau digunakan bagi mencari
idea-idea alternatif berdasarkan maklumat yang ada.
 Topi kuning melambangkan pemikiran yang konstrukktif. Topi kuning digunakan bagi
mencari segala faedah daripada sebarang idea alternatif yang dikeluarkan oleh topi
hijau.
 Topi putih melambangkan pemikiran objektif. Topi putih digunakan untuk mencari
fakta, angka dan maklumat semata-mata.
 Topi hitam melambangkan pemikiran yang kritikal dan negatif. Topi hitam digunakan
untuk mencari segala yang salah, sukar, berisiko dan berbahaya.
 Topi merah melambangkan pemikiran yang emosional. Warna merah melambangkan
perasaan yang ghairah. Topi merah membenarkan pemikiran emosi dan intuisi
sewaktu berfikir.
 Topi biru melambangkan pemikiran untuk mengawal dan menguasai. Topi biru
mengawasi topi-topi lain bekerja.
NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 4

Enam topi permikiran akan membantu seseorang untuk:


1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea
yang lebih berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod–mod
yang berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam
mengenalpasti kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan
baru.
5. Memahami peranan emosi dan intuisi (proses melihat dan memahami secara
spontan) dalam membuat keputusan.
6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Analisis SWOT
 Merupakan strategi yang digunakan untuk mengenalpasti kekuatan (Strenghts),
kelemahan (weaknesses), Peluang (Opportunity) dan Ancaman (Threats)// (SWOT)
dalam sesuatu projek.
 Kekuatan: contoh: Mengenalpasti apakah kekuatan yang anda ada?, Apakah
kebaikan yang anda ada?
 Kelemahan: contoh: Apakah yang anda boleh ubah atau perbaharui?, Apakah yang
anda patut elak?
 Peluang: contoh: Apakah peluang yang boleh anda impikan?, Apakah trend yang
menarik minat anda pada masa kini?
 Halangan: contoh: Apakah halangan yang anda hadapi?, Apakah yang dilakukan
oleh pesaing anda?
NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 4

SOALAN:

1. Nyatakan definisi pemikiran lateral.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
( 2 Markah )

2. Berikan dua kesan mengamalkan pemikiran lateral yang betul dalam kehidupan seharian.
i. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________
_____________________________________________________________
( 4 Markah )

Anda mungkin juga menyukai