Anda di halaman 1dari 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 02 - TEORI ETIKA MORAL
TITLE

2.1 MENYATAKAN TEORI ETIKA MORAL BERKAITAN


KEBOLEHAN/ABILITIES TENTANG TEORI KEMORALAN SOSIAL

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN TEORI KEMORALAN SOSIAL
DENGAN BETUL
OBJEKTIF MODUL / MODULE 2) MENCERITAKAN PERASAAN MENGAMALKAN TEORI
OBJECTIVE KEMORALAN SOSIAL DENGAN BETUL
3) MENGAMALKAN TEORI KEMORALAN SOSIAL
DENGAN BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Z-009 / M04 / P(1) Muka : 1 drp : 3

TAJUK: KEMORALAN SOSIAL

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan teori kemoralan sosial dan mengamalkan teori
kemoralan sosial dengan betul dalam kehidupan harian.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 3


PENERANGAN

TEORI KEMORALAN SOSIAL

         Teori ini menjelaskan bahawa manusia hidup berkelompok, maka soal kemoralan sosial
menjadi teras dalam kehidupan. Moral sekular menekankan perlunya kemoralan sosial untuk
menjamin manusia terus hidup dalam keadaan harmoni dan selamat.

        Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi keperluan, kehendak dan


keinginannya bagi menjamin kelangsungan hidup (survival). Kemoralan sosial berkait rapat dengan
peraturan masyarakat yang terdiri daripada tata hukum, tatasusila atau tatatertib
masyarakat.  Peraturan masyarakat kebiasaannya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat
resam, kod, nilai dan pantang larang. Kesemua ini menjaga kerukunan sosial. Setiap kaum di negara
ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian sesebuah
masyarakat. Ahli-ahli sosiologi moral berpendapat, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu
untuk mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.

Berdasarkan maklumat di atas, teori kemoralan sosial melihat moral itu adalah sesuatu yang
adalah berdasarkan apa yang telah dihukumkan(ditetapkan) oleh masyarakat. Oleh itu, kemoralan
atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat. Teori ini juga sering
dikaitkan dengan pantang-larang dan adat sesuatu masyarakat. Hakikatnya, teori ini juga wujud di
dalam semua ajaran agama yang melihat moral melalui kaca mata masyarakat dan kehidupannya
selagi mana ia tidak bertentangan dengan peraturan hidup

Oleh sebab itu, seseorang individu tidak harus berkelakuan janggal dan berlainan dengan norma
masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, sebarang tindak tanduk masih lagi dibatasi oleh norma
dan etika mutlak yang terkandung di dalam agama masing-masing.

 Secara ringkas, dapatlah dikatakan bahawa teori kemoralan sosial merangkumi pantang
larang masyarakat, adat resam dan agama untuk menjaga kerukunan sosial, peraturan
masyarakat contohnya tidak boleh membuang bayi.
 Tujuan dan matlamatnya lebih cenderung kepada mengawal keselamatan masyarakat dan
melindungi kebajikan ahli-ahlinya.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 3


 Contoh-contoh lain bagi sistem kemoralan sosial dalam masyarakat dapat dilihat dari aspek
agama.
 Penganut agama Buddha dinasihati supaya tidak mengamalkan kehidupan yang ekstrem.
 Perlakuan penganut Kristian dalam kehidupan harian dihadkan oleh perintah-perintah dan
larangan-larangan.
 Masyarakat Melayu yang beragama Islam mengamalkan kehidupan berdisiplin melalui ajaran
etika dan akhlak.
 Masyarakat Cina mempunyai prinsip mencintai, menghormati serta menyanjungi ibu bapa.
 Tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah dari sebuah autoriti (suasana
masyarakat agak birokratik) akan terjadi.
 Teori kemoralan sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan
kepentingan diri seseorang individu.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 02 - TEORI ETIKA MORAL
TITLE

2.2 MENYATAKAN TEORI ETIKA MORAL BERKAITAN


KEBOLEHAN/ABILITIES TENTANG TEORI KEPERIBADIAN MULIA

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA
DENGAN BETUL
OBJEKTIF MODUL / MODULE 2) MENCERITAKAN PERASAAN MENGAMALKAN TEORI
OBJECTIVE KEPERIBADIAN MULIA DENGAN BETUL
3) MENGAMALKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA
DENGAN BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Z-009 / M04 / P(1) Muka : 1 drp : 3

TAJUK: TEORI KEPERIBADIAN MULIA

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan teori keperibadian mulia dan mengamalkan teori
keperibadian moral dengan betul dalam kehidupan harian.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 3


TEORI KEPERIBADIAN MULIA

1. PENGENALAN

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan
mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait rapat
dengan ”kaedah sikap baik” dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah
kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan
manusia merasai  kerana  seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat
hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak
lahir secara semulajadi. Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi
latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokkan.
            Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan hingga
menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah
iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu
kurang adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan tercela. Cara yang betul ialah mengambil
pendekatan secara sederhana dan pertengahan.
            Walau bagaimanapun, banyak kritikan /kelemahan yang diberikan terhadap teori ini.
Pertama sekali, terdapat manusia seperti Nabi Muhamad saw, Gautama Buddha, Swami
Vivekanandha memiliki keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh
melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal
ini demikian perbuatan sederhana berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak
boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.
            Sebagai contoh, dalam permainan bola sepak, Keperibadian yang mulia yang ada pada
setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah kebolehan seseorang
itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap
pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain perlulah positif dan
berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas
memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 3


Teori Keperibadian Mulia menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik. .
Contohnya: “Kejujuran dapat mengelakkan perbuatan rasuah”.
 Aristotle mengatakan kebolehan moral yang dipanggil “keperibadian mulia” (virtue) atau
“tabiat baik secara moral” dibina melalui latihan atau latihan tubi.
 Ciri-ciri: Kecenderungan untuk satu tujuan, Ianya bukan perasaan. Ianya tidak dilahirkan
secara semulajadi dan diperoleh melalui latihan, mengamalkannya.

 PERINGKAT PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MULIA


 Semasa di peringkat kanak-kanak, kita hanya diberitahu yang mana betul dan yang mana
salah.
 Apabila kita menjadi remaja, kepiawaian ini diterapkan secara mendalam. (fikir tentang baik
atau buruk sesuatu tindakan)
 Hanya apabila kita menjadi dewasa yang matang dan rasional. (fikir tentang kesan tindakan
kpd diri sndiri dan org lain)

 CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MULIA


 Keperibadian diperoleh melalui pengajaran, pembelajaran atau latihan.
 tabiat - bermaksud mereka adalah kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan
 sesuatu yang boleh diguna pakai
 melakukan perkara yang baik (good), ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai buruk
atau jahat (vices)

 STRATEGI MEMBENTUK KEPERIBADIAN MULIA ADALAH MELALUI:


 Proses pengajaran dan pembelajaran
 Penghargaan dan hukuman
 Pengalaman dalam kehidupan
 Pemikiran rasional dan matang
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. AND 02 - TEORI ETIKA MORAL
TITLE

2.3 MENYATAKAN TEORI ETIKA MORAL BERKAITAN


KEBOLEHAN/ABILITIES TENTANG TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA
DENGAN BETUL
OBJEKTIF MODUL / MODULE 2) MENCERITAKAN PERASAAN MENGAMALKAN TEORI
OBJECTIVE KEPERIBADIAN MULIA DENGAN BETUL
3) MENGAMALKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA
DENGAN BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Z-009 / M04 / P(1) Muka : 1 drp : 6

TAJUK: TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan teori keperibadian mulia dan mengamalkan teori
keperibadian moral dengan betul dalam kehidupan harian.

NO. KOD
MPU 2322 Muka : 1 drp : 6

TEORI ETIKA TELEOLOGIKAL


1. PENGENALAN

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism). Jadi,
kriteria dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat
dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan
atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau
peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun,
pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah
menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.

1.1 Teori Utilitarianisme:


1.1.1 Definisi:
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan
sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang
atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).

1.1.2 Pengasas-pengasas:
Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya
dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Jeremy Bentham, mengatakan
bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan
ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan
memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti keseronokan dan kuantiti sekaligus. Menurut
Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/ rendah, baik/ buruk, baru/ lama dan
objektif/subjektif. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan,
pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak


yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau
perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. Keseronokan
(bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.
NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 6

1.1.3 Penyokong:
Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan
ditentukan oleh nilai natijah (kesan) daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah
keseronokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

1.1.4 Jenis dan Ciri-ciri:


Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya disukat.
Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri
mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang
terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan
maka ia dianggap betul.

Jenis-jenis Utilitarianism:
      Act utilitarianism: kesan daripada perbuatan itu - bermoral @ x
Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau
sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah
dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya
digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan.

Menonton Tv – tidak bermoral kerana tidak memberi kesan baik kpd diri & orang lain... X
Membuat kerja kebajikan – bermoral kerana memberi kesan baik kepada diri & org lain.... √

Tidur - tidak bermoral kerana tidak memberi kesan baik kepada diri..... X
Bersukan – bermoral kerana memberi kesan baik kepada diri..... √

      Hedonistic utilitarianism:


Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan
dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar
atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.
Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan,
sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan
kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral. Istilah yang selalunya
dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut:

Perbuatan itu betul & memberi kesan (keseronokan kpd ramai) ....√

Perbuatan itu salah & memberi kesan (keseronokan kpd ramai).... √


Perbuatan itu betul & tidak memberi kesan (keseronokan kpd ramai)..... X
NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 6
a) 
a) a) Istilah kebaikan: Pengalaman keseronokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan
pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.

(b.b) Istilah kebahagiaan: Menyamakan keseronokan dengan kebahagiaan.

1.1.1.5 Contoh yang berkaitan:


(a.a)  Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme
Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti
menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar
dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan
dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima
untuk menamatkan perang dunia kedua. (walaupun banyak manusia yang tidak berdosa
berkorban) . Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan
kezaliman yang berleluasa.

(b.b) Pandangan tentang peraturan yang bermoral


Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semua
yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan.
Contohnya, peraturan memakai seluar jeans dan t-shirt di dalam kawasan kolej.

(c.c)  Tindakan mencuri


Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan
kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan
orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

1.1.6 Kelemahan-kelemahan teori ini:


1.    Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar   untuk
diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah   berbeza. Kualiti
keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu   adalah tidak sama dengan
orang lain.
2.   
- Keseronokan atau kesakitan sukar untuk diukur
- Perasaan setiap individu adalah berbeza-beza
- Keseronokan atau kesakitan individu tidak sama dgn orang lain
NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 6

1.2 Teori Egoisme:


1.2.1 Definisi:
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan
diri sendiri dan nilai itu buruk jika merugikan diri sendiri.

1.2.2 Pengasas:
Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik
utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang
berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin
dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala
golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan
perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini.

Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan
jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha
rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa
bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau
menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil
daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu
menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan. etika, peraturan dan undang-undang
moral.
Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang
mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada golongan rakyat
jelata.

Sedikit - Golongan bangsawan (kaya + kuat)


Ramai - Golongan rakyat (miskin + lemah)

- Perlakuan bangsawan menambah kekayaan dan kuasa mereka dan menyusahkan rakyat
jelata dengan menaikan kadar cukai ..............dianggap bermoral. (egoisme)
NO. KOD MPU 2322 Muka : 5 drp : 6

1.2.3 Jenis dan ciri-ciri:


Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.
Egoisme Psikologi Egoisme Etika
satu teori deskriptif Memberitahu (pescribe)
mengatakan bagaimana bagaimana mereka perlu
orang melakukan tindakan. bertindak.

Berpendapat bahawa Berpendapat bahawa


semua orang adalah semua orang perlu selfish.
selfish.
Rajah 1
Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan
orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk
berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada
pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau
menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.

1.2.4 Contoh yang berkaitan:


a)      Tindakan membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana
dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak
beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan
dengan kecelakaan.

)      Tindakan peperangan


Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan British
mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam
situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap
lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan
(hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk
menakluki tanah melayu adalah bermoral.

c)   

NO. KOD MPU 2322 Muka : 6 drp : 6


Tindakan kegiatan pertubuhan
Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu
fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.

1.2.5 Kelemahan-kelemahan:
1.      Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini
memudaratkan orang lain.
2.      Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk
menghakimi sesutau tindakan.

1.2.6 Kesimpulan:
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya memaksimunkan
kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala pengajaran Egoisme pula menyokong
etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan
berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGAJIAN MORAL

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM PENGAJIAN MORAL

SEMESTER SEMESTER 1
NO. DAN TAJUK
MODUL/MODULE NO. AND 02 - TEORI ETIKA MORAL
TITLE

2.4 MENYATAKAN TEORI ETIKA MORAL BERKAITAN


KEBOLEHAN/ABILITIES TENTANG TEORI DEONTOLOGIKAL

PADA AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:


1) MENJELASKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA
DENGAN BETUL
OBJEKTIF MODUL / MODULE 2) MENCERITAKAN PERASAAN MENGAMALKAN TEORI
OBJECTIVE KEPERIBADIAN MULIA DENGAN BETUL
3) MENGAMALKAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA
DENGAN BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NO. KOD / CODE NO. / NOSS MPU 2322 Z-009 / M04 / P(1) Muka : 1 drp : 6

TAJUK: TEORI DEONTOLOGIKAL

TUJUAN:

Supaya pelajar – pelajar dapat menjelaskan teori keperibadian mulia dan mengamalkan teori
keperibadian moral dengan betul dalam kehidupan harian.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 2 drp : 6

TEORI DEONTOLOGIKAL

1. PENGENALAN
Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau
diwajibkan". Teori deontologi terdiri daripada pelbagai jenis pandangan yang berbeza. Teori
deontologi menafikan atau menolak apa yang diperakui teori telelogi. Teori deontologi menegaskan
bahawa ada pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan seseuatu
perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. Teori deontologi mementingkan sifat
perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis teori
deontologi iatu teori deontologi-lakuan (eksistensialisme) dan teori deontologi-peraturan (prinsip
kewajipan).

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-
1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya
bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-
akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita
adalah di bawah kawalan kita. oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita
untuk membuat kebaikan atau keburukan.

2.1 Prinsip Kewajipan:


2.1.      Definisi:
Pengasas Prinsip Kewajipan Immanuel Kant (1724 - 1804)menegaskan “duty for the sake of duty”,
iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu
tanggungjawab.

2.3.      Ciri-ciri:
a)      Konsep tekad baik (Goodwill) (niat) menunaikan tanggungjawab
Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab - akan
melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah
membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan
kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik
atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal
tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk
mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya.
Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-
mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan
kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau
menghormati undang-undang.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 3 drp : 6

b)     3. Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)


Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa
sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral
dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar
kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Individu ini akan memilih kewajipan dan
kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa
membuat sesuatu pilihan.
Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan
digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali sebagai categorical
imperative atau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk
dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) dan mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain,
individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara rumusnya, prinsip
moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini
menjelaskan bahawa Kant meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu
undang-undang sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.

3.1   Contoh yang berkaitan:


a)      Bertekad yang baik
         Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri
sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika,
manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika. Seseorang pelajar belajar
bersungguh-sungguh atau tekun untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaaan atas
kesedaran diri sendiri kerana dia pemikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan
satu perbuatan yang beretika.

        Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah walaupun menipu
boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang
kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil. Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan
yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh
membantu kita mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang
lain atau disalahkan di sisi undang-undang.

        Berbohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang salah secara rasionalnya. Ia adalah satu
kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang yang kita bohong dan
kehilangan kepercayaan orang lain terhadap kita. Oleh itu, sejak kecil lagi kita dididik supaya tidak
cakap bohong

NO. KOD MPU 2322 Muka : 4 drp : 6

4.      Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan


Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan semata-mata
kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan di mana dua kewajipan
berkonflik, sukar untuk memilih mana yang perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam
Prinsip Kewajipan.
Rajah 1

Dalam situasi di atas, pelajar tersebut mempunyai dua kewajipan iaitu sebagai pelajar dia
perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak, dia perlu membantu ibu dengan kerja rumah kerana
ibunya tidak sihat. Apabila terdapat konflik di antara dua tanggungjawab, Prinsip Kewajipan kurang
jelas dan tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain.

5. Eksistensialisme:
5.1.      Definisi:
Menegaskan bahawa nilai baik mesti berasaskan pilihan individu secara bebas.
Sebaliknya, nilai buruk jika pilihan individu kerana dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan
senang, tetapi apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran eksistensialisme
yang berlainan pandangan iaitu:
a)   Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-
duanya katolik;
b)    Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan), termasuk
Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sartre sendiri.

NO. KOD MPU 2322 Muka : 5 drp : 6

5.2. Pelopor:
Jean-Paul Sartre (1905-1980)
Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah ditentukan.
Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang
dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidupannya.

5.3.   Ciri-ciri:
Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai
panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre,
jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi"
yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat
bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain,
tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap
pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang
memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan
dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan
pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu
membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan
yang tidak sah.
Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam
situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:
        i. Kebebasan jasmani
ii. Kebebasan kehendak
iii. Kebebasan moral - Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan
dan larangan.
Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang
dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip
dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul
berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu
menilai secara teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri.
Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

NO. KOD MPU 2322 Muka : 6 drp : 6

5.4 Contoh yang berkaitan:


1.      Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi
menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.
2.      Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang guru. Sebaliknya, dia memilih untuk menjadi
guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana
terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau menentukan apa yang disukainya.
3.      Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai baik
jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas paksaan.

Rajah 2

Dalam situasi di atas, Jaysha telah membuat keputusan berasaskan keadaan persekitaran
dan ingin memilih keputusan hendak menjadi GRO yang pada anggapannya meringankan beban
kewangan ibu bapa dan pada masa yang sama memberinya pendapatan yang lumayan. Tetapi
keputusan ini mungkin tidak baik dari segi moral sebab ibu Jaysha dan masyarakat setempat
mungkin mempunyai standard moral yang berbeza dengan Jaysha.

6. Kesimpulan:
          Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawab yang kita dilaksanakan semata-mata
kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Manakala Eksistensialisme menyatakan pilihan
seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah baik atau
buruk. Oleh itu, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan atau pilihan dalam kehidupan
seharian.

Anda mungkin juga menyukai