Anda di halaman 1dari 12

ETIKA DAN

ET
MORAL MPU 2323

BAB 2

PEMBENTUKAN INSAN MORAL

Pengenalan

Domain moral/etika memberikan tumpuan kepada nilai normatif yang dianggap baik, benar,
betul dan patut sepertimana yang diwajarkan dalam perwatakan seseorang individu dan
hubungan antara individu (Frankena, 1973: Abdul Rahman Md. Aroff, 1999). Justeru itu dalam
dunia yang begitu komplek, di mana seseorang individu menghadapi pelbagai cabaran dan
pilihan dalam kehidupan perlu meletakkan nilai-nilai moral dalam setiap tindakan yang ingin
dilaksanakan.

1 Overview

Hidup ini terikat dengan adat atau punyai kegunaan dan segala yang terikat dengan aktiviti
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

ataupun yang terbit secara luaran daripada seseorang individu,yang dikenakan terhadap
seseorang individu itu dan dipupuk sehingga menjadi satu tabiat itulah yang disebut sebagai
moral. Manusia itu adalah agen moral dan pengkritik moral bagi memastikan keberkesanan
fungsi moral. Ini bermakna bahawa kayu pengukur moral ialah nilai daripada apa yang
dilakukan , di ingini dan yang dicita-citakan oleh manusia itu sendiri. Bukankah ini akan
menentukan pilihan dan tindakan yang hendak dibuat?.

Objektif Pembelajaran
 Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat menerangkan konsep agent moral.
2.2 Kandungan Utama

2.1 Agent Moral


Kemoralan adalah satu instrument masyarakat secara keseluruhan untuk memimpin individu atau
kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Ia juga memerlukan individu dan kumpulan kecil
mengikutinya. Kemoralan adalah suatu istitusi kehidupan sosial, malah ia juga adalah suatu yang
membantu dalam bimbingan kendiri atau penentuan kendiri secara rasional di kalangan ahli-ahli
masyarakat.

- Dari aspek psikologi sosial dan falsafah moral, kemoralan bermula sebagai satu set
matlamat yang ditakrifkan secara budaya dan peraturan-peraturan yang mengawal pencapaian
matlamat ini. Kemoralan adalah sesuatu dari luaran individu dan dikenakan terhadap individu dan
dipupuk ke dalam individu sehingga menjadi tabiat (habits).
- Matlamat dan peraturan ini biasanya sedikit sebanyak menjadi “internalize” atau
“interiorized”, iaitu individu itu menerapkannya sebagai kepunyaan sendiri dan menyelaraskan kelakuan
sendiri: atau individu itu telah menghasilkan satu “ suara hati” (conscience) atau “ super –ego”.
- Proses “internalized” ini mungkin agak kurang rasional, tetapi ia memang biasa untuk
kemoralan dipupuk ke dalam individu dengan sekurang-kurangnya digunakan sebagai alasan semasa
hendak memberikan keterangan bagi perkara-perkara moral.
- Ini bererti kadangkala untuk menerangkan sesuatu yang kita lakukan itu adalah baik
atau betul, kita memberikan keterangan sebab dan alasan berdasarkan konsep kemoralan yang ada
pada diri kita sendiri.
- Kadangkala tanpa meninggalkan soal moral kita memindahkan arahan dalaman yang
kurang rasional kepada sesuatu yang lebih rasional agar dapat mencapai sesuatu jenis autonomi,
menjadi ajen moral atas kita sendiri, dan sehingga mencapai satu tahap yang mungkin boleh mengkritik
peraturan dan nilai masyarakat sendiri. (Ashmore, R.B 1987)

1. Aktiviti Tutorial
 Bincangkan set amalan yang ditetapkan dalam diri anda secara individu.
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

Pengenalan

Bagi membentuk insan yang bermoral, keperluan terhadap tiga dimensi moral yang berkaitan
adalah amat diperlukan. Iaitu perwatakan yang positif haruslah terdiri daripada tiga dimensi
moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Dengan mempelajari topik ini
pelajar mampu mampu membuat penilaian terhadap nilai-nilai moral, menerima dan
menunjukkan komitmen terhadap nilai moral ini secara menyeluruh dan juga mampu
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Overview

Teori perkembangan moral yang baik adalah mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini iaitu pemikiran
moral, perlakuan moral dan perasaan moral. Ia akan menyuburkan kesedaran hati nurani yang
menyebabkan insan itu gembira apabila melaksanakan sesuatu yang betul dan merasa bersalah apabila
melakukan perkara yang sebaliknya. Aspek kesedaran hati nurani adalah menjadi tunjang utama bagi
menyatupadukan ketiga-tiga dimensi ini.

Objektif Pembelajaran
 Pada akhir tajuk ini, pelajar dapat menerangkan kepentingan peraturan dalam masyarakat.

2.2 Kandungan Utama


Insan Bermoral

Peraturan Masyarakat

Manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan dan kebanyakan


perbuatan manusia sendiri supaya manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam keselamatan
dan hak asasi orang lain. Emmet, D. (1966) dalam buku Rules, roles and relation mengatakan
bahawa peraturan manusia tidak wujud sendiri, tetapi ialah hasil yang terkumpul daripada ilmu
pengetahuan dan pengalaman baru dan lama dalam kehidupan manusia.

Kepentingan peraturan :

a) Manusia lebih cenderung dalam mematuhi peraturan dan mengikut adat resam serta
kelaziman hidup dalam menghadapi perhubungan dengan orang lain.
b) Peraturan manusia merupakan rujukan bagi manusia semasa mereka membuat
pemilihan dan keputusan atas sesuatu perbuatan yang perlu dilakukan oleh mereka.
c) Mempertingkatkan mutu hidup manusia
d) Mengembangkan intelek manusia supaya ianya berfungsi dengan efektif.
e) Melindungi nyawa manusia dan membenarkan mereka terus hidup.
f) Mempertahankan hak asasi dan kebajikan manusia
g) Mengelakkan keruntuhan akhlak dan sistem moral dalam masayarakat
h) Menstabilkan keadaan dan suasana dalam masyarakat
i) Menjaga keamanan masyarakat
j) Mewujudkan dan memelihara rukun sosial (social order)
k) Memelihara keamanan masyarakat dengan suasana yang harmonis
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

l) Menjimatkan masa dan tenaga individu dalam masyarakat semasa melakukan sesuatu
tindakan atau membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri dan orang lain.

Apabila peraturan masyarakat dan undang-undang negara dicabar akan berlaku ; Contoh Peristiwa 13
Mei 1969.

Keperibadian Manusia

Seseorang insan perlu mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipuji untuk dianggap
sebagai seorang insan yang bermoral.

a) Motivasi Intrinsik (Intrinsic motivation)

Seseorang mempunyai keinginan (desires) atau keengganan (aversions) intrinsik untuk melakukan atau
tidak melakukan sesuatu dengan cara yang tertentu. Contohnya, keengganan melanggar perjanjian
sendiri, keengganan mencederakan orang dan keengganan gagal memberikan bantuan yang diperlukan
oleh orang lain. Jika ditanya sebab tentang perbuatan yang mengikut motivasi intrinsic ini dia akan
menjawab, “Saya berbuat demikian kerana saya tidak mahu melanggar perjanjian saya sendiri”. Jika
seseorang itu sendiri mempunyai keengganan berkelakuan dengan cara tertentu, biasanya dia juga
mengaharapkan orang lain tidak berkelakuan dengan cara tertentu itu, dan akan cuba menghalang
orang lain melakukannya. Kadangkala ada orang yang bermotivasi mengorbankan sendiri dengan tidak
melakukan sesuatu itu sendiri, tetapi tidak juga menghalang orang lain melakukannya.

Contohnya, seseorang tidak mencuri, tetapi dia mungkin boleh memaafkan orang lain yang mencuri
barangannya kerana bersimpati dengan pencuri yang lebih miskin daripadanya. Walau bagaimanapun
motivasi intrinsic yang digunakan dengan cara ini biasanya tidak digalakkan oleh masyarakat. Kesan
positif yang paling jelas ditonjolkan oleh orang yang mempunyai motivasi intrinsic ialah keengganan
mencederakan atau membunuh orang, serta keinginan menyelamatkan orang yang berada dalam
keadaan bahaya.

b) Perasaaan berdosa atau tidak bersetuju (Guilt-feeling and disapproval)


Apabila seseorang individu bertindak bertentangan dengan motivasi intrinsic sendiri, dia akan
berasa tidak selesa, berasa berdosa, dan penuh kesalan (remorseful). Apabila seorang individu
lain bertindak bertentangan dengan motivasi intrinsic yang dipunyai individu tadi, individu
tersebut akan akan bersikap antai (anti-attitude) terhadap orang itu, iaitu ia berasa marah, meluat
dan benci terhadapnya (khasnya apabila individu tersebut telah menjadi mangsa disebabkan
perbuatannya).

Begitu juga, seseorang individu tidak suka akan orang yang tidak bersetuju dengan kelakuan dan
perbutannya. Jika dia mengetahui bahawa orang lain tidak bersetuju dengannya, dia akan merasa
tidak senang hati dan berasa berdosa. Walau bagaimanapun, ketidaksetujuan orang lain ini akan
memperbaiki kod etika atau mempertingkatkan keberkesanan kod etika ini supaya ia menjadi
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

penghalang kepada kelakuan atau perbuatan yang tidak digemari oleh orang lain.

c) Kepentingan yang dipercayai (Believed importance)

Kelakuan yang diakibatkan oleh motivasi intrinsik seseorang difikirkan amat penting untuknya
sehingga dia berasa adalah sesuai untuk memaksa dia memantapkan bentuk kelakuan ini dalam
dirinya sendiri. Contohnya, seorang individu yang percaya bahawa memberikan pertolongan
cemas kepada mangsa kemalangan secara inisiatif (motivasi intrinsik) adalah satu perbuatan
yang amat penting kerana perbuatan tersebut dapat menyelamatkan nyawa orang lain, dan akan
memastikan bahawa keperibadian mulia ini dimantapkan dalam dirinya. Ini beerti apabila dia
terjumpa apa-apa kemalangan, dia akan memastikan bahawa dia sendiri yang melakukan kerja-
kerja penyelamat untuk mangsa-mangsa kemalangan. Ini disebabkan dia percaya bahawa
keperibadian inisiatif ini adalah penting.

d) Mengagumi atau menyanjungi (Admiration or esteem)


Bertentangan dengan sikap negatif terhadap orang yang kekurangan motivasi “ moral”, ialah
perasaan kagum atau menyanjung orang yang melakukan satu perkara lebih daripada darjat yang
dikehendaki oleh motivasi asas “moral” ini. Contohnya, orang yang dapat melakukan sesuatu
yang sangat baik yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain, atau seorang askar berkorban
nyawa untuk melindungi rakan askar lain daripada terkena letupan bom tangan. Dalam kes-kes
tersebut, individu ini telah melakukan sesuatu di luar daripada apa yang dikehendaki oleh
motivasi asas. Perbuatan atau kelakuan ini kadang-kadang dipanggil “tindakan bekerja lebih
daripada yang diwajibkan” (acts of supererogation).

e) Istilah Khas (Special terminology)

Adalah logik apabila seseorang individu mempunyai motivasi intrinsik, atau sifat berasa berdosa atau
sebagainya, tetapi tidak mempunyai alat linguistik khas untuk menerangkan sesuatu tindakan. Dalam
bahasa inggeris, kita boleh menggunakan istilah seperti “morally ought” (perlu secara moral), “morally
reprehensible” (patut disalahkan secara moral), “moral obligation” (kewajipan moral), dan sebagainya.
Adalah sukar untuk kod etika mengawal tingkah laku antara seorang dengan orang lain sekiranya
seorang individu tidak tahu berkomunikasi tentang motivasi, tindakan dan perasaannya. Kod etika juga
memerlukan rangka konsep yang agak kompleks. Hanya dengan mengetahui istilah khas bagi motivasi
dan tindakan “moral”, seseorang individu baru dapat memahami dan menghayati konsep moral yang
kompleks ini.

f) Justifikasi yang dipercayai (Believed justification)

Seseorang individu mesti mempercayai justifikasi bagi motivasi, perasaan berdosa, sikap bersetuju,
perasaan menyanjung, dan lain-lain yang ada padanya. Satu contoh justifikasi tersebut adalah mengenai
agama. Sekiranya seorang individu yang berpegang kuat pada ajaran agama, menggangap bahawa
prinsip-prinsip moralnya ialah kehendak Tuhan, maka dia akan berpuas hati dengan kemoralannya dan
berasa rasional untuk melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan kebajikannya sendiri
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

dalam jangka masa panjang.

Brandt (1979) menetapkan enam sifat di atas yang perlu diperoleh oleh seorang insane yang
berkeperibadian mulia atau mempunyai kod etika. Menurut Brandt, jika seseorang mempunyai semua
sifat dia atas, orang itu tetap ,mempunyai kod etika. Akan tetapi, jika dia mempunyai kurang daripada
enam sifat ini, dia mungkin mempunyai atau tidak mempunyai kod etika tersebut. Keadaan ini
bergantung kepada perasaan seseorang untuk melihat dan menilainya.

Selain Brandt, beberapa orang tokoh pendidik juga memberi hujah tentang kepentingan keperibadian
mulia manusia dalam mempertingkatkan mutu komoralan dalam masyarakat. Antaranya ialah Warnock,
G. J (1976) yang menitikberatkan keadilan, kasih saying dan keengganan menyakiti orang lain secara
fizikal atau mental. Ashmore, R (1987) memberikan penjelasan yang terperinci tentang keperibadian
mulia (virtues) yang diperoleh dan dikaitkan dengan tabiat (habits) yang dibentuk kemudian. Ashmore
juga memberikan satu contoh bagimana seorang doktor perubatan yang mahir tetapi mengabaikan
kemahiran dan bakat dalam tugasnya sebagai doktor, atau menggunakan ilmu pengetahuannya tentang
ubat-ubatan dalam melakukan sesuatu perbuatan yang tidak bermoral. Kedua-dua kes ini dikaitkan
dengan keperibadian doktor yang sama-sama tidak menggunakan kepakaran mereka dengan sikap dan
cara yang sesuai atau betul.

Persoalan terakhir kita ialah mengapa keperibadian mulia adalah penting bagi pembentukan insan yang
bermoral, dan bagaimanakah ia dapat membantu seseorang hidup dengan lebih bermakna dan
bermaruah. Sebagai contoh, kita mendapati bahawa dalam masyarakat kita, terdapat manusia yang
mempunyai wajah yang cantik atau kacak, berpakaian kemas dan bersih, berkelakuan baik dan bersopan
di depan orang, sebaliknya dibelakang orang lain, ia amat jahat, pandai sabotaj kerja dan memburuk-
burukkan nama orang lain serta melakukan sesuatu yang kadang-kadang kita tidak boleh percayai.
Fenomena ini jelas dilihat dalam arena politik atau bidang perniagaan. Konspirasi politik, persaingan
perniagaan yang tidak sihat, jenayah kolar putih, serta cemburu-mencemburui antara satu sama lain
dalam pejabat dan sebagainya adalah wujud akibat sikap manusia yang telah mengabaikan keperibadian
mulia. Oleh itu, tidak hairanlah jika kita menyokong dan memilih wakil rakyat kita yang mengamalkan
berasuah, malas bekerja dan berakhlak buruk, kerana dia pandai menipu dan mahir dalam memancing
undi rakyat semasa pilihanraya.

Sebagai kesimpulannya, seseorang individu yang mempunyai peribadi mulia tetap akan memanfaatkan
diri sendiri dan orang-orang di sekelilingnya. Hanya dengan peraturan masyarakat, kita tidak akan dapat
hidup dalam satu keadaan dan suasana masyarakat yang selesa dan sempurna. Kesejahteraan dan
kebajikan ahli-ahli masyarakat amat bergantung kepada keperibadian mulia yang sepatutnya dimiliki
oleh semua insan dalam dunia ini.
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

Bentuk Moral
Menurut Grassian, V (1981), untuk menyelesaikan masalah dilemma moral, selain daripada
menggunakan kebijaksanaan atau intelektualnya (keperibadian mulia) dan merujuk peraturan-
peraturan masyarakat, seseorang individu juga perlu memberikan pertinbangan kepada prinsip-
prinsip moral yang sentiasa digunakan olehnya secara konsisten. Dia juga perlu mengaturkan
prinsip-prinsip ini dalam susunan hierarki supaya satu atau lebih prinsip moral yang asas boleh
digunakan sebagai alat untuk menjustifikasikan prinsip-prinsip moral yang lain. Dia juga perlu
meastikan bahawa prinsip-prinsip ini tidak berkonflik antara satu sama lain. Cadangan Grassian
adalah satu cadangan bentuk etika, dan lebih tepat lagi ialah bentuk etika “prinsipalistik”
(principalistic ethics form), iaitu bentuk etika ini menggunakan prinsip-prinsip moral (asas dan
derivatif) untuk menyelesaikan masalah. Satu lagi bentuk etika yang juga boleh digunakan ialah
bentuk situasional (situational ethics form). Secara umum, bentuk etika ini dapat membuat
tanggapan tentang situasi yang menimbulkan isu atau dilemma moral. Berikut adalah keterangan
lanjut serta contoh-contoh yang membenarkan kita memahami kedua-dua bentuk etika ini
dengan lebih mendalam.

a) Bentuk Etika Prinsipalistik


Apabila membuat sesuatu keputusan dalam dilemma moral, kita boleh menggunakan prinsip moral yang
paling asas, khususnya prinsip “keadilan” dan prinsip “altruisme” yang merupakan nilai asas dan juga ibu
kepada nilai-nilai murni yang lain. Oleh itu, dua prinsip ini akan digunakan sebagai contoh dalam
penjelasan bentuk etika.

Istilah “keadilan” (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud “ law, right”. Kini
“justice” digunakan sebagai “the quality of being righteous, rectitude, impartiality, fairness”. Menurut
Kamus Dewan, “keadilan” bererti sifat (orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang,
hukuman dll) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana (apabila memutuskan
sesuatu dan sebagainya). Oleh itu, konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang
adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang
dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu. Dalam erti kata lain, perbuatan dan tindakan
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

ketidakadilan (injustice) tidak membawa apa-apa manfaat kepada sesetengah orang kerana dalam
tindakan atau perbuatan ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan akan berasa
marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.

b) Bentuk Etika Situasional


Kadangkala, dalam sesuatu keadaan tertentu, seseorang individu perlu membuat keputusan dan
bertindak berdasarkan situasi di mana dia berada. Grassian, V. (1981) melaporkan pandangan
dan contoh yang diberikan oleh Fletcher, Joseph yang menentang tiga pendekatan yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan moral. Tiga pendekatan ini
ialah “legalism”, “antinomianism” dan “ situationism”.

Menurut Fletcher, J. (Grassian, V. 1981 ) orang yang menggunakan pendekatan situasional, iaitu
situasionis bertindak dengan :

“…enters into every decision making situation fully armed with…ethical maxims… and he treats them
with respect as illuminators of his problems. Just the same he is prepared in any situation to
compromise them or set them aside in the situation if love seems better served by doing so.”

“Ethical maxims” dalam penjelasan ini ialah peraturan atau prinsip etika yang digunakan untuk
menangani masalah berdasarkan situasi tertentu. Bagaimanapun, menurut Grassian, V. Fletcher
J. tidak memberikan keterangan lanjut tentang peraturan atau prinsip yang digunakan dalam
situasi tertentu, seperti contoh yang diberikannya dalam bukunya. Contoh ini adalah tentang kes
pengguguran bayi Sheri Fishbein pada awal tahun 1960.

“When a lady in Arizona learned, a few years ago, she might bear a defective baby because she had
taken Thalidomide, how was she to decide? She asked the court to back her doctor and his hospital in
terminating the pregnancy, and it refused, to the judge’s chagrin, since the law prohibits nonmedically
indicated abortions without exception. Her husband took her to Sweden, where love has more control
of law, and there she was aborted. God be thanked, since the embryo was hideously deformed. But
nobody could know for sure, it was a brave and responsible and right decision, even if the embryo had
been all right.”

Menurut Grassian dalam menyokong keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil oleh
Sheri Fishbern, wanita yang hamil itu, Fletcher telah memfokuskan “loving concern” terhadap
Sheri Fishbern. Akan tetapi, orang yang menentang perbuatan Sheri Fishbern juga memberikan
alasan “loving concern”, tetapi “loving concern” ini adalah terhadap fetus bayi yang boleh
dilahirkan.

Daripada contoh ini, kita dapati bahawa sesuatu keputusan yang diambil berdasarkan situasi kadangkala
adalah controversial, bergantung kepada sama ada prinsip etika yang digunakan adalah wajar atau tidak.
Oleh itu, soal ini telah memantulkan balik kepada soalan sama ada etika prinsip atau etika situasi perlu
diutamakan dalam penyelesaian masalah dilemma moral. Kebanyakan ahli pendidik moral memihak
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

kepada penggunaan etika prinsip daripada etika situasi. Ini adalah kerana mengikut cara mereka
membuat keputusan berasaskan situasi adalah terlalu mendesak dan risiko membuat keputusan yang
tidak tepat serta controversial adalah besar. Manakala, dengan prinsip etika, keputusan yang dibuat
adalah lebih konsisten dan kurang controversial (Frankena, W. K 1973 & Grassian, V. 1981).
Walaubagaimanapun, kita dapat merumuskan disini bahawa seseorang insan boleh membuat keputusan
dan mengambil tindakan moral dalam sesuatu masalah dan berasaskan prinsip asas dan nilai-nilai moral
yang ada padanya.

Dimensi Moral
Konsep etika boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi etika. Secara amnya. Kita
boleh membahagikan etika kepada tiga dimensi, iaitu secara penaakulan, perasaan dan perlakuan.
Ketiga-tiga dimensi etika ini adalah seperti berikut :

DIMENSI ETIKA

Penaakulan Moral Perasaan Moral Perlakuan Moral

Pemikiran dan Pertimbangan Emosi dan Perasaan Tingkahlaku dan Tindakan

Rasional Empati Bertanggungjawab

Bebas Simpati Berdedikasi

Normatif Murah hati Berprihatin

Tepat Kasih saying Bekerjasama

Tajam Belas kasihan

Kreatif Altruistik

Inovatif Sentimen

Kritis Berjiwa
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

Huraian tiga demensi etika ini adalah seperti berikut.

1. Penaakulan moral : Berupaya membuat penaakulan moral, iaitu pertimbangan atau fikiran
secara rasional dan berautonomi (bebas).
2. Perasaan moral : Mempunyai emosi moral seperti suara batin, iaitu kehalusan perasaan individu
yang mengandungi rasa bersalah, malu, bimbang serta perasaan simpati dan empati, prihatin,
belas kasihan, bermotivasi altruistik yang berpatutan. Perasaan ini akan membawa kepada
perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk mengawal
perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya,
perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang
yang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
3. Perlakuan moral : Dapat bertingkahlaku moral, iaitu bertindak dengan penuh tanggungjawab
mengikut kemampuan sendiri terhadap sesuatu keputusan berlandaskan penaakulan dan emosi
moral.

Ejen Moral dan penerimaan Moral

Untuk memahami perkaitan antara ketiga-tiga dimensi etika ini dengan lebih abstrak, adalah wajar bagi
kita menjelaskan kedudukan ejen moral dan siapa pula pesakit moral? Soalan pertama mengenalpasti
orang yang boleh melakukan tindakan moral, manakala soalan kedua mengenalpasti penerima
(recipient) bagi tindakan moral. Menurut Ashmore (1987), walaupun kedua-dua soalan ditanya secara
berasingan, tetapi jawapannya adalah sama sebenarnya, iaitu semua manusia dan hanya manusia yang
boleh menjadi agen moral dan pesakit (penerima) moral. Untuk menjawab soalan-soalan ini, Ashmore
memberikan satu contoh tentang pemeliharaan kucing rumah.

Menurutnya, kucing rumah adalah seperti satu ajen moral kerana tingkahlaku kucing boleh dikatakan
“rule-governed” dan bersistematik. Akan tetapi, kucing juga boleh melanggar peraturan, dan kita
mengatakan bahawa kucing itu baik atau jahat berdasarkan prestasi tingkahlaku kucing yang dikawal
oleh peraturan yang kita tetapkan sendiri. Kita mengajar dan melatih kucing serta memastikan kucing
bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya, kerana kita memberikan ganjaran dan denda mengikut
pencapaian kucing berkenaan. Apabila kucing melakukan “kesalahan”, kucing menunjukkan tingkahlaku
“rasa berdosa”, dan akan menyedari kesalahannya, iaitu tidak mengikut norma-norma yang ditetapkan
bagi kucing. Dalam keadaan begini, kucing akan bersembunyi di satu sudut untuk mengelakkan diri
daripada di denda. Kucing itu tahu bahawa dia akan dikenakan hukuman jika dia melanggar peraturan.
Dalam erti kata yang lain, jika kita melatih kucing seperti kita melatih manusia, dan bertindakbalas
terhadap tingkahlaku kucing seperti kita bertindakbalas terhadap manusia, maka tiada perbezaan bagi
kucing dan manusia bertindak sebagai agen moral. Perbezaan yang ada ialah corak tingkahlaku kucing
adalah bersifat naluri (instinctual), dan jika dilatih adalah berdasarkan akibat ransangan gerak balas
(stimulus response). Kekurangan kucing hanyalah daya konseptualisasi (conceptualization), iaitu kucing
tidak memahami mengapa tindakan itu betul atau salah.
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

Oleh yang demikian, Ashmore mengatakan bahawa semua manusia ialah agen moral dan juga
penerima moral. Apa yang berbeza ialah manusia mempunyai penaakulan rasional dan bebas
perasaan dan emosi yang boleh mempengaruhi perlakuan manusia sendiri, manakala penaakulan
dan perasaaan moral adalah dua dimensi yang amat kurang dalam haiwan seperti kucing.

Perhubungan antara Dimensi-dimensi Etika

Secara ringkas, penaakulan, perlakuan dan perasaan seseorang individu akan membenarkan individu
sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga supaya sesuatu yang dilakukan adalah mengikut kehendak
normatif di mana dia berada. Sebagai contoh, apabila seseorang melakukan sesuatu yang salah atau
tidak bermoral, dia akan berasa takut, menyesal, atau rasa bersalah. Jika dia mempunyai pemikiran ini,
dia tidak akan melakukan lagi tindakan yang antinorma dan anti sosial ini. Oleh itu, emosi moral dalam
dimensi etika ini adalah sangat penting bagi menentukan apa yang mungkin dilakukan atau tidak
dilakukan oleh seseorang individu. Sebenarnya ketiga-tiga demensi etika ini adalah sama penting dari
segi moral.

Kupperman (1983) melaporkan bahawa orang yang membuat sesuatu yang tidak bermoral tidak
semestinya lebih bodoh atau lebih pandai berbanding dengan orang yang biasa. Akan tetapi individu
yang tidak bermoral ini sentiasa tidak sensitif terhadap kesengsaraan mangsanya kerana adalah sukar
untuk dia memperoleh perasaan moral.

Apabila seseorang individu dapat menaakul secara rasional dan bebas, perlakuan individu dalam bentuk
tingkahlaku dan tindakan akan terhasil. Perlakuan ini akan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan individu
tersebut pada masa yang sama, supaya perlakuan ini adalah bersifat moral dan bukan hanya mengikut
perintah atau arahan daripada penaakulannya, yakni penaakulan ini mungkin dikawal oleh autoriti
luaran. Sebaliknya penaakulan yang tanpa rasional dan tidak bebas, serta tidak dipengaruhi oleh emosi
dan perasaan moral, akan menghasilkan perlakuan individu yang tidak berautonomi dan mungkin tidak
bermoral, kerana tindakan atau tingkahlakunya mungkin telah bertentangan dengan halurnya. Oleh itu,
ketiga-tiga dimensi ini mesti saling “berinteraksi” atau “mempengaruhi” antara satu sama lain untuk
membina satu insan yang berautonomi, rasional dan bebas dalam dimensi etika penakulan, perasaan
dan perlakuannya.

Aktiviti Tutorial
ETIKA DAN
ET
MORAL MPU 2323

 Bincangkan dimensi etika.

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai