Anda di halaman 1dari 27

Perkongsian Konsep Asas Pendidikan Moral

TAJUK 1 Konsep Asas Moral

1.0 Definisi Konsep


Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral,
etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang
saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah
masyarakat.

1.1 Konsep Moral


Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti:
tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan
nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa
peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Secaraetimologiistilah moral berasal daripada bahasa Latin mos, moris
(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk
mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes
Moral adalah hal yang mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang
baiksebagai “kewajiban” atau “norma”

Helden (1977) dan Richards (1971)


Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan
dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-
prinsip dan aturan-aturan.
Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat
dan tidak dapat dilakukan.
Contohnya Siva menjumpai sebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di
atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang pelajar kolej sudah pasti Siva memerlukan
sebuah komputer riba, untuk memudahkannyamembuatkerja-kerjakolej.
Tetapisebagaiseorang yang bermoral Siva telah membawa komputer riba itu ke balai
polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan
komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi
kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat
menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang
dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah
mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan
yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana
tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam
menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup.
Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik,
kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik.
Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan
untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan,
etika guaman dan sebagainya .
Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru
sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah
tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga
orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar
yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda.
Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar
etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3 Konsep Akhlak


Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap
sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa
atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang
bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t.
sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala
laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak
berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan
dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan
menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan
kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan
dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan
mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.
Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak
dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali
sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.
Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:
i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani
ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan
yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada
setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak
memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam keadaan mabuk,
sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang
berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral
berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.

2.0 Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoralharusnyamemegangkepadakonsepbaik, benardanpatut.


Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satuperbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu dikata “baik” atau “benar” sekiranya tindakan sejajar dengan tugas
dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan
benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah
mentakrifkannya dalam konteks atau pendekatan yang berbeza.

2.1 Konsep Baik


Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk
kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.
Maknabaik:
1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan
2. Kepuasandiri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan dan
sebagainya
3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi sokongan atau
persetujuan
4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

2.2 Konsep Benar


Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyai fakta-
fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi:


i. kebenaran mutlak – kepadaTuhan
ii. kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta
atau maklumat yang dikumpul dan dianalisi ssecara saintifik.
iii. kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan
bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat.

2.3 Konsep Patut


Patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’ dan mempunyai unsur bertindak
secara waras dan bijaksana

2.4 Pernyataan Normatif dan pernyataan Deskriptif


2.4.1 Pernyataan Normatif
Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Pernyataan Normatif Moral
Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan
nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak. Contoh-
contohnya:
(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.
(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.
Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan
istilah baik, buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak, dan sebagainya.
Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil
pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambil kira. Contoh-
contohnya:
(a) Kita patut menepati janji
(b) Perbuatan mencuri adalah salah.
Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang.
Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic. Contoh-contohnya:
(a) Seseorang yang kedekut adalah tidak baik.
(b)Dia mempunyai motif yang benar.
Harus diingat bahawa ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan
langsung dan segera terhadap tingkah laku. Apabila pernyataan itu dikeluarkan, kita
menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian. Contoh-
contohnya:
(a) Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Berhati-hati di jalan raya.
(b) Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik. Oleh itu, bermurah hatilah.
Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk atau
perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh anggota
masyarakat. Contoh-contohnya:
(a) Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.
(b) Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.

ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral


Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk di dalamnya ialah
agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik, dan sosial.
Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan
nilai moral perbuatan atau watak seseorang. Contoh-contohnya:
(a) Ini sebuah buku yang baik.
(b) Anda tidak perlu membeli kasut itu.
Antara pernyataan-pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan
agama ialah:
(a) Saya sukamembelibeg tangan yang cantik dan selesa.
(b) Menipu adalah satu dosa.
2.4.2 Pernyataan Deskriptif
Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai
atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Pernyataan ini value-neutral
dan terdiri daripada laporan atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta
empirikal atau logikal. Contoh-contohnya:
(a) Dia sentiasa tidur awal.
(b) Kereta itu berwarna biru.

3.0 Aliran Pemikiran Moral


3.1 Naturalis
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam
keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan
yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.
Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:

 Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan


peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,
belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
 Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak
takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun
negara telah merdeka 52 tahun yang lalu.
 Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya
percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan
menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima
sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk
membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.2 Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.
Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:

 Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat
letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan
menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

 Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir


panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
 Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid
tersebut
 Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
 Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
 Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka
keluarga.
 Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh
salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

2.3 Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami
1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau
isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah
Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka ketika menilai
bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta
kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh
dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara
tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan
aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa
indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau
‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka
mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

2.4 Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan
semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan
akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan
masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes
bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca
daripada pemikiran rasional.
Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara yang
berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah
dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari
logiknya. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan
dan sebagainya.

TAJUK2 Konsep Asas Nilai

2.1 KONSEP NILAI

Nilai merupakan kriteria atau standard bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda
(manusia, objek, idea, tingkah laku dan situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini,
berharga atau sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di antara kedua pola
ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990: ms 70)

Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik dan lain-lain adalah suatu
penilaian yang dibuat oleh akal manusia mengikut piawaian mereka.
Secara amnya nilai boleh digunakan dalam 3 konteks.(Eow B.H, 2000:14-16)
 Nilai Sifat (Attribute) – untuk menyatakan ketinggian nilai sesuatu seperti nilai yang
diberikan kepada masa – seperti emas.
 Nilai Kadar kepada sesuatu seperti harga atau markah sesuatu objek atau perkara –
seperti berapa harga barang atau berapa tinggi penilaian ketua terhadap tugas-tugas
yang kita jalankan.
 Nilai Aksiologi- yang berkaitan dengan falsafah nilai. Nilai budi yang tidak terbalas
seperti dalam pantun nasihat Melayu: – hutang budi dibawa mati dalam pantun pisang
emas.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara. Justeru,
wujudlah pelbagai kegunaan nilai:
 Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti
kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.
 Nilai sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah
atau dipertahankan.
 Nilai sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan.
 Nilai bukan hanya merangsang,malah menghadkan perlakuan seseorang.

2.1.1 Jenis-jenis Nilai

i. Nilai Instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik

Nilai-nilai ini digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai.

Nilai Nilai Intrinsik


Instrumental(Ekstrinsik)

 Kualiti yang diterima atau  Kualiti yang diterima


ditolak atau ditolak semata-
sebagai alat mencapai mata kerana ia baik
sesuatu matlamat. atau buruk tanpa
 Bergantung pada nilai lain mengambil kira
untuk mencapai sesuatu kesannya.
matlamat.  Tidak bergantung
 Nilai peringkat kedua, pada nilai lain untuk
misalnya berani, rajin dan mencapai sesuatu
hormat menghormati. matlamat.
 Nilai tersebut sendiri
Contoh: Keikhlasan sebagai matlamat
Kita perlu ikhlas dalam akhir.
menjalankan tanggungjawab  Nilai peringkat
di dunia ini. Berkat daripada pertama,misalnya
sifat ikhlas, kita akan baik hati, kasih
memperoleh ketenangan saying, keadilan.
dan kepuasan kendiri.
Contoh: Nilai Kasih
Nilai-nilai di atas bergantung sayang
kepada nilai lain untuk Azhar amat
mencapai matlamatnya. menyayangi ibu
bapanya. Azhar
sanggup berkorban
apa sahaja demi
kesenangan ibu
bapanya. Azmi tidak
pernah
mengharapkan harta
warisan atau
sebagainya kerana
beliau berpendapat
bahawa seseorang
anak berkewajipan
menjalankan
tanggungjawab
terhadap ibubapa.

Nilai-nilai di atas pula


tidak bergantung
dengan nilai lain
untuk mencapai
matlamat.

(ii) Nilai Subjektif berbanding Nilai Objektif


Nilai Subjektif Nilai Objektif

 Kualiti yang bernilai


 Kualiti yang diterima
atau sebaliknya yang
atau ditolak oleh
bebas daripada pilihan
seseorang yang
peribadi.
memberikan
 Diterima atau ditolak
pandangan
berdasarkan satu set
 Diterima atau
kriteria yang
ditolak mengikut
dipersetujui oleh
pandangan
semua atau
seseorang individu.
kebanyakan orang.

Contoh : Melepak Contoh : Peperangan

Rama seorang remaja Peperangan adalah

yang baik. Walau ibarat ‘menang jadi


bagaimanapun apabila dia arang kalah jadi abu’.
penat belajar, dia selalu Kesan peperangan

melepak di pusat beli ialah tragedi.


belah berhampiran dengan
rumahnya. Dia
berpendapat bahawa
melepak tidak salah
kerana dia dapat
melepaskan tekanan

Nilai Relatif berbanding Nilai Mutlak atau Nilai Absolute


Nilai Relatif Nilai Mutlak (Absolute)

 Nilai yang  Nilai yang


diterima atau kebaikan tidak
ditolak oleh terikat kepada
peraturan sesuatu
sesuatu kebiasaan
masyarakat sesebuah
untuk mencapai masyarakat.
sesuatu  Diterima umum
matlamat dan telah diuji
masyarakat. atau terbukti
 Nilai relatif ialah sebagai baik atau
arbitrari (tidak buruk.
tertentu), tidak  Kekal sepanjang
sempurna dan masa dan di
berbeza-beza semua tempat
antara serta hampir
masyarakat semua situasi
yang berlainan. norma
 Boleh berubah masyarakat.
mengikut masa.

Contoh : Menghormati
Contoh : Main Mercun ibubapa
Bermain mercun Anak dituntut untuk
merupakan menghormati ibu bapa
sebahagian daripada kerana tanpa mereka
amalan penting dalam siapalah kita. Anak yang
sambutan Tahun Baru tidak menghormati ibu
Cina. Walau bapa dianggap sebagai
bagaimanapun anak derhaka.
masyarakat Cina mula
menerima
pengharaman bermain
mercun yang
dikuatkuasakan oleh
kerajaan sebagai
tindakan rasional pada
masa kini.

Perbincangan

Berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan guru ,


bincangkan perbandingan antara Nilai Instrumental dan Nilai Instrinksik.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan :


“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepaddu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Falsafah Pendidikan Guru:


“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Fikir-fikirkan

Manusia dicipta dari pelbagai bangsa, keturunan, kaum dan agama. Justeru itu
wujudnya perbezaan dari segi nilai budaya yang dikenali sebagai silang budaya.
Bagaimanakah dengan perbezaan ini manusia boleh hidup harmoni dan bersatupadu.

TAJUK3 TEORI-TEORI ETIKA

3.2 TEORI ETIKA


Teori etika adalah "a systematic exposition of a particular view about what is the nature
and basis of good or right" (MacKinnon, 1995, m.s. 8). Teori etika memberikan sebab-
sebab atau norma untuk menimbangkan sama ada satu tindakan betui atau salah dan
cuba memberi justifikasi atas norma itu. la memberikan asas kepada prinsip moral atau
garis panduan yang meliputi beberapa nilai yang tertentu. Prinsip ini pula boleh
digunakan untuk menentukan apakah tindakan harus dipilih dan lakukan dalam sesuatu
situasi yang tertentu. Oleh itu, tugas etika adalah menyediakan garis panduan kepada
tindakan yang tekal dengan anggapan umum tentang maksud etika atau moral.
Teori etika terdiri daripada dua pandangan utama, iaitu Teori Teologikal
(Consequentialist Theory) dan Teori Deontologikal (Non-consequentialist Theory). Pada
prinsipnya, kedua-dua teori ini bertentangan antara satu sama lain dalam menentukan
nilai-nilai sesuatu perlakuan moral. Tumpuan Teori Teologikal ialah hasil atau akibat
sesuatu tindakan manakala tumpuan Teori Deontologikal ialah tindakan atau jenis
tindakan itu. Seseorang ahli teologis akan menentukan sama ada bercakap bohong
adalah betul atau salah melalui akibatnya, tetapi seseorang ahli deontologis akan
melihat nilai betul salah sesuatu tindakan secara intrinsik, iaitu sama ada berbohong itu
merupakan tindakan baik atau buruk tanpa menilai kesannya.

3.2.1 TEORI TEOLOGIKAL


Perkataan teologikal berasal daripada perkataan Yunani “telos” yang bermaksud
“tujuan” atau “matlamat”. Teori teologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang
membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah
tidak bermoral. Berdasarkan teori ini nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada
kesansesuatu perbuatan. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan
sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan
daripada keburukan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu
tindakan. Bagaimanapun, ahli-ahli teologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang
apa yang dikatakan baik dan jahat serta kebaikan siapa yang hendak dimajukan. Ini
menyebabkan wujudnya beberapa jenis teori teologi yang berbeza seperti
utilitarianisme dan egoisme.

3.2.1.1 Utilitarianisme
Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748–1832) dan John Stuart Mill (1806–1873),
utilitarianisme berasal daripada perkataan “utility” yang bermaksud “berguna” atau
“kegunaan”. Teori moral ini berkaitan dengan tindakan seseorang yang berasaskan
tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokankepada majoriti.
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya
melakukan tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada
setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling
ramai. Disini, kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan, iaitu sesuatu yang
bukan bersifat moral.
Contoh: Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah dianggap wajar
kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan
penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia.
Pandangan Utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu ;
a) Utilitarianisme Tindakan : setiap orang patut melakukan tindakan yang akan
membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.
Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah
berlainan.
b) Utilitarianisme Peraturan: setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu
peraturan atau peraturan-peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi
semua orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi
manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan
diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi.Contohnya, Tindakan
membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak
majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan
kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.
Kelemahan Teori Utilitarianisme

1. Membenarkan seseorang melakukan kejahatan untuk mencapai


keseronokan.
2. Keseronokan dan kebahagiaan tidak boleh disamaertikan kerana dua sifat ini ada dalam
keadaan tertentu bertentangan antara keduanya.
3. Menghadkan keseronokan dan kebahagian sahaja tidak memadai untuk mencapai
matlamat hidup. Terdapat nilai lain yg lebih baik seperti kebebasan, kesihatan, ilmu
pengetahuan dan lain-lain.
4. Ada keseronokan yang berbentuk jahat seperti seronok mencuri, membunuh dan
menyeksa orang lain atau membakar harta benda orang.
5. Masochists: terdapat kepuasan yang dicapai melalui kesakitan orang.
6. Nietzsche: bagi mencapai kebahagiaan manusia perlu berhadapan dengan rintangan
yang menyakitkan dan terpaksa menempuh halangan.
7. Terlalu sukar untuk menyukat kuantiti keseronokan dan kesakitan seseorang kerana
berbeza citarasa dan pengalaman orang.

3.2.1.2 Egoisme

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu
adalah “betul” jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu
“buruk” jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Teori egoisme adalah satu
teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-realization). Ia terbahagi kepada
egoisme psikologi dan egoisme etika.
Egoisme Psikologikal
Mengikut teori ini,

i. manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri kerana dibentuk secara mental
untuk berbuat demikian; dan
ii. terdapat orang yang kerap, tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan.

Egoisme Etika
Egoisme Etika adalah bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:

1. Egoisme etika individu


Setiap orang patut bertindak untuk kepentingan saya.
2. Egoisme etika personal
Menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain.saya patut bertindak
untuk kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak.
3. Egoisme universal

Setiap orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga
memenuhi kepentingannya.

Contoh : Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada tahun 2003 adalah
untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah semata-mata untuk
kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.

3.2.2 TEORI DEONTOLOGIKAL


Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon” yang bermaksud “yang diharuskan
atau diwajibkan”. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau
buruk, benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang
bernilai intrinsik, tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.
Teori ini mempunyai dua aspek iaitu tindakan dan peraturan. Ia menyatakan ada
pertimbangan lain yang boleh menentukan sesuatu tindakan atau peraturan menjadi
baik, betul atau wajib secara moral walaupun ia tidak menghasilkan banyak kebaikan
daripada keburukan bagi individu, masyarakat atau dunia.
1. Teori Deontologi Tindakan menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan
moral bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam
situasi tertentu. Contoh:’Dalam keadaan genting ini aku terpaksa memetik picu
senapang ke arah perompak itu’ Tindakan ini dilakukan untuk menyesuaikan keadaan
tanpa merujuk apa-apa peraturan.
2. Teori Deontologi Peraturan pula mengatakan bahawa kepiawaian tentang betul
atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau lebih peraturan. Peraturan itu
adalah asas dan tidak berpunca daripada situasi tertentu.
Perbezaan antara kedua-dua teori ini ialah teori deontologi peraturan menjelaskan
bahawa pertimbangan moral adalah ditentukan dengan merujuk kepada perkara-
perkara umum seperti peraturan masyarakat atau prinsip-prinsip tertentu manakala teori
deontologi tindakan pula menyatakan bahawa tidak perlu untuk membuat rujukan
kepada prinsip-prinsip atau peraturan tetapi menegaskan bahawa tindakan adalah satu
persepsi yang terus terang sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah.
Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German
(1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat
Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan
bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah
kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan,
oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat
kebaikan atau keburukan.Teori Deontologi boleh dibahagikan kepada dua prinsip
utama, iaitu Prinsip Kewajipan dan Prinsip Eksistensialisme.
3.2.2.1 Prinsip Kewajipan

Satu prinsip kemoralan dalam teori deontologikal peraturan yang dikemukakan oleh
Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan (principle of duty) yang
menegaskan “duty for the sake of duty” dan membawa maksud tanggungjawab
dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama menentukan sama ada tindakan itu
bermoral atau tidak. Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.(
Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain dalam
pertandingan, walaupun kadang kala ia dianggap tanggungjawab etika).

Konsep tekad baik (goodwill) adalah sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan
susuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam
menentukan sama ada suatu tindakan itu adalah baik atau betul. Prinsip Perintah
Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualiaan atau
syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mesti diterima
secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup
diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Kewajipan Prima Facie

Sir William David Ross (1877–1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada
asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju
dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima
facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang
serius memerlukan kita buat yang berlainan.
Prima facie = (“at first glance” atau “on the surface of things”)
Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana
ini adalah obligasi manusia melakukannya. Ross menyusun sebuah daftar kewajipan
yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:

 Kewajipan kesetiaan: kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas
 Kewajipa ganti rugi: kita harus melunasi hutang moral dan material
 Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat
baik kepada kita.
 Kewajipan keadilan: kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan
sesuai dengan khidmat orang berkaitan.
 Kewajipan berbuat baik: kita harus membantu orang lain yang memerlukan
bantuan kita.
 Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan
meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.
 Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang
dirumuskan Ross dalam bentuk negatif)

3.2.2.2 Eksistensialisme
Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti
berasaskanpilihan individu secara bebas. Menurut Sartre (1905-1980) seorang ahli
falsafahPerancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip kemoralan adalah
terlaluabstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan bahawa tidak
adasatu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan tindakan
bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada pilihan individu
secara bebas. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang bertanggungjawab
terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu bertanggungjawab dalam
merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan
kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan individu yang menggugat keharmonian
negara adalah pilihan inividu itu sendiri secara bebas dan mereka perlu
bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah kerana manusia perlu
bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri.

3.2.3 TEORI KEMORALAN SOSIAL


Kemoralan Sosial (atau kecenderungan untuk mengaitkan peraturan masyarakat
dengan konsep etika) berkait rapat dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada
tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat. Ia juga menitikberatkan
tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti.
Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan dan faedah masyarakat, bukan
kepentingan diri seseorang individu. Peraturan masyarakat biasanya menyerupai
tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai dan pantang larang. Kesemua ini
adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya, setiap kaum di negara ini
mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan keharmonian
sesebuah masyarakat.
Ciri-ciri kemoralan Sosial
1. Peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh
pemerintah supaya wajib dipatuhi.
2. Peraturan ini lebih mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai
matlamat etika.
3. Peraturan ini juga tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan
moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.

Kelemahan kemoralan sosial ialah :


a) Ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai peraturan
moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan dengan
yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya pepecahan dan membawa kepada
ketegangan dan konflik sekiranya setiap masyarakat terlalu agresif mempertahankan
peraturan moral masing-masing.
b) Kemoralan sosial juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya
kesukaran menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa.
Peraturan yang konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing
seseorang menghadapi semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa
berubah.
c) Menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk kepada peraturan yg dibuat
oleh masyarakat.

d) Kesukaran masyarakat baru menyesuaikan diri dengan sistem moral.

e) Mementingkan kepatuhan individu kepada autoriti walaupun bertentangan dengan


kehendak hati mereka

f) Perubahan zaman yg lebih mementingkan budaya lain dan adat resam ditinggalkan

g) Tidak semua peraturan yang dibuat oleh masyarakat adalah baik. Terdapat
peraturan yang dibuat oleh masyarakat bersifat negatif dan membawa keburukan.
Contoh: diskriminasi kaum dan lain-lain.

3.2.4 TEORI KEPERIBADIAN MULIA (VIRTUE)


Teori ini diperkenalkan oleh Aristotle bahawa “kecenderungan untuk mencapai sesuatu
tujuan akan menjadikan seseorang itu manusia yang sempurna”. Keperibadian mulia
ialah teori yang menekankan sifat peribadi untuk mencapai kehidupan yang baik.
Seseorang individu perlu mengetahui kualiti dan taraf hidup yang ia inginkan. Matlamat
ini akan menjadi piawai untuk individu itu menentukan keadaan dirinya. Seterusnya,
keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan di dalam diri seseorang oleh alam
semulajadi, yakni tidak dikudratkan atau dilahirkan dengan sifat baik atau jahat.
Sebaliknya, cara untuk memperolehi atau memiliki keperibadian mulia adalah menerusi
latihan dan pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan
menyeronokkan.
Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4 SM
dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan sebagai
kualiti terbaik atau istimewa (excellence). Terdapat dua jenis keperibadian mulia:

a. Keperibadian mulia intelektual; dan


b. Keperibadian mulia moral.

Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti


kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa
sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian
mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu
tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia
mewajibkan kita bertingkah laku baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran
seorang guru tetapi menerusi latihan, tindakan-tindakan yang kerap diulang sehingga
menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
Ciri-ciri Keperibadian Mulia
Seseorang dianggap berkeperibadian mulia sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Menyedari moral adalah satu kewajipan yang tidak boleh dipersoalkan;


b. Mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai;
c. Sentiasa berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan dan mengelakkan
keburukan;
d. Berpegang kepada prinsip;
e. Tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan; dan
f. Sedia menerima dengan tenang sesuatu yang dianggap kesusahan dan
kesengsaraan.

Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat bahawa


keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh golongan yang
percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan, seperti para nabi
dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana pemberian dan
keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh diperoleh menerusi
pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia
kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut teladan.
Satu lagi ciri kepribadian mulia yang dinyatakan oleh Aristotle ialah setiap keperibadian
itu merupakan suatu ‘jalan tengah’ iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu kurang.
Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang itu adalah tindakan yang salah, jahat,
buruk dan boleh dicela. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep ‘Jalan Tengah’.

Jadual konsep ‘jalan tengah’ atau virtues Aristotle


Bidang lakuan Berlebihan Jalan Tengah Terlalu kurang
atau perasaan
kegentaran atau Kegopohan Keberanian Perasaan atau
ketakutan dan perlakuan pengcut
keyakinan atau penakut
Perasaan malu Terlalu malu Sopan Muka tebal
Perasaan marah Panas hati Sabar Kurang semangat
Ucapan diri Cakap besar / Ketulusan / Kata-kata rendah
sombong Kebenaran diri
Perbuatan kasar Kelakar Bijak Canggung
Kelakuan sosial Hampakan diri Ramah tamah Suka gaduh

Kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.


 Terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
 Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan.
 Teori jalan tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Ini kerana
perbuatan”sederhana” berbeza antara individu dengan individu yg lain.
 Emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur
secara berterusan.
 Terdapat beberapa nilai yang tidak boleh diambil secara pertengahan, cth
keadilan, mengumpat, bercakap benar dll

Anda mungkin juga menyukai