Anda di halaman 1dari 3

Definisi Konsep

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika
dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling
berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral

Perkataan moral berasal daripada perkataan mores - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah
laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai
murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan
seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat
dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

Secara etimologi istilah moral berasaldaripada bahasa Latin mos, moris


(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat
istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak).Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk
mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes

Moral adalahhal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan yang baiksebagai


kewajiban atau norma

Helden (1977) dan Richards (1971)

Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-
tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

Atkinson (1969)

Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak
dapat dilakukan.

Contohnya Siva menjumpa isebuah beg yang mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku
stesyen bas. Sebagai seorang pelaja rkolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba,
untuk memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral Siva telah
membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.
Rumusannya moral ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat
peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat
peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang
yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan
peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi
keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin
akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini
merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap
moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk
menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas
persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh 1

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual
dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga
pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu
seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga
yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah
melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

1.3 Konsep Akhlak

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku
seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak
Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan
kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya
serta meninggalkan segala laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap
tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam
agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat.
Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi
akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan
tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang
menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan
penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi
dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:

i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani

ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah

iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara

iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas

v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu perbuatan yang tidak
bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada setengah orang dewasa.
Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri
jika seseorang berada dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan.
Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis
manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.

Dicatat oleh norina hasan di 7:24 PTG

E-melkan Ini

BlogThis!

Kongsi ke Twitter

Kongsi ke Facebook

Kongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda mungkin juga menyukai