Anda di halaman 1dari 4

5.

0 Sejauh Mana Teori Etika Dapat Dilaksanakan Dalam Kehidupan


Seharian Kita

Teori-teori Etika memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kita.


Sebenarnya, kita tidak menyedari bahawa kita telah mengambil dan
mengaplikasikan salah satu ataupun kesemua teori-teori tersebut dalam
membuat sesuatu tindakan. Walaubagaimanapun, terpulang kepada individu
tersebut untuk memilih teori-teori yang dirasakan sesuai. Dalam hal ini,
pemilihan yang dibuat perlulah bergantung kepada keadaan.

Sebagai contoh, terdapat segelintir wanita pada hari yang melakukan


proses persenyawaan luar rahim bagi memperoleh zuriat. Timbul konflik
apabila suami wanita tersebut tidak menginginkan anak.
Walaubagaimanapun, wanita ini meneruskan niatnya tanpa memberitahu
suaminya terlebih dahulu. Tindakan wanita ini yang terlalu mengikut perasaan
sendiri dan tidak menghiraukan perasaan suaminya. Oleh itu, perbuatan
wanita ini yang bertindak mengikut perasaan sendiri telah melanggarkan
undang-undang Islam. Hal ini demikian kerana, dalam perundangan Islam
wanita ini boleh dikatakan melakukan berzina sebab pengambilan benih
daripada orang lain tanpa diketahui oleh suaminya.

Jika wanita ini menggunakan benih lelaki lain untuk hamil, adakah ini
boleh dijadikan satu peraturan sejagat? Maka ini boleh dikatakan tidak
bermoral berdasarkan Kategorikal Imperatif. Kategorikal Imperatif
menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral
jika sekiranya peraturan yang membenarkan itu tidak dapat digunakan secara
umum sebagai satu peraturan universal kepada semua manusia untuk
menuruti atau mematuhi. Jika tindakan wanita ini dikatakan bermoral dan
diterima oleh semua orang, apakah yang akan terjadi kepada keluarga
tersebut? Akibatnya ialah kebanyakan keluarga akan berpecah-belah,
perceraian berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri, isteri yang dicerai
akan menjadi ibu tunggal serta mungkin anak itu dijadikan bahan ketawa atau
dihina di kalangan masyarakat. Jadi, adakah tindakan wanita ini boleh
digunakan secara umum atau sebagai peraturan universal yang dapat
diterima secara umumnya?

15
Seterusnya, fikiran wanita ini sentiasa berpendapat bahawa dalam
sesebuah kelurga yang sempurna mesti mempunyai anak. Dalam aplikasi
Praktikal Imperatif, wanita ini telah menggunakan anak sebagai satu matlamat
untuk membina sebuah keluarga yang berharmoni dan sempurna serta tidak
ingin bertengkar dengan suaminya tentang hal tersebut. Berdasarkan
praktikal imperatif, kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi menjadi
matlamat tetapi bukan alat perlakuan individu. Jadi perbuatan wanita ini
adalah tidak bermoral mengikuti teori tersebut kerana memperalatkan anak itu
untuk mencapai keinginannya, iaitu menjadi seorang ibu.

Proses persenyawaan luar rahim yang dijalankan oleh wanita ini


merupakan satu bentuk ekstrim dari anti-kehidupan iaitu telah melanggarkan
Teori Hukum Semula jadi. Teori ini percaya bahawa nilai-nilai kemoralan itu
sedia terdapat di alam semesta ini dan menjadi undang-undang alam untuk
manusia mematuhinya supaya menjadi bermoral. Sebagai contoh, bukan
semua pasangan suami isteri adalah menggunakan cara persenyawaan luar
rahim untuk kehamilan. Malah cara persenyawaan luar rahim hanya
digunakan oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah dalam
proses persenyawaan saja. Tetapi wanita ini tidak mengalami sebarang
gangguan kesihatan dan dengan kedegilan menjalankan proses
persenyawaan luar rahim ini untuk mendapatkan anak, maka tindakannya
dikatakan tidak bermoral berdasarkan prinsip teori hukum semulajadi.

Selain itu, wanita ini juga telah membuat keputusan menggunakan


cara persenyawaan luar rahim tanpa mempedulikan keputusannya
mengambil benih lelaki lain kerana berpendapat bahawa kewujudan bayi
akan mendatangkan kegembiraan dan memenuhi keinginannya sebagai
seorang ibu. Pada pandangan Egoisme adalah bermoral kerana ia
menyatakan bahawa tindakan yang dibuat adalah untuk kepentingan atau
kebaikan diri sendiri. Walaubagaimanapun, sekiranya proses persenyawaan
luar rahim itu tidak disetujui bersama suaminya disebabkan suaminya tidak
menginginkan anak menyebabkan suaminya berasa kecewa dan
menceraikannya. Penceraian ini akan membawa kesan buruk atau kerugian
kepada wanita ini. Dalam situasi ini, wanita ini dianggap tidak bermoral dalam
teori egoisme. Bukan itu sahaja, proses persenyawaan luar rahim bukan

16
sekali boleh berjaya hamil dan jika gagal akan menjejaskan kesihatan
ataupun mungkin boleh membawa kematian jika wanita ini ingin berterusan
menjalankan proses persenyawaan tersebut.

Pada masa yang sama, wanita ini sebenarnya telah mengamalkan


teori moral Eksistensialisme iaitu dia telah membuat keputusan sendiri untuk
menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk mendapat cahaya mata
walaupun suaminya tidak menginginkan anak. Teori Eksistensialisme
mengatakan bahawa semua individu mempunyai hak dan kebebasan untuk
membuat keputusan atas pilihan sendiri dari segi bentuk kebebasan jasmani,
kehendak dan moral. Kebebasan ini bukan bermaksud kita boleh bertindak
sesuatu yang apa-apa yang kita mahukan tetapi kebebasan bertindak tanpa
diamanahkan, perasaan dan larangan serta dikehendaki olehnya sendiri.
Berdasarkan kes ini, tindakan wanita ini dengan sukarela atau rela hati untuk
menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa dipengaruhi oleh
suaminya. Suaminya tidak menginginkan anak walaupun lama berkahwin
tetapi isterinya telah lama ingin melahirkan anak supaya keluarga menjadi
lebih sempurna lalu membuat keputusan untuk menjalankan proses
persenyawaan luar rahim tanpa membuat pertimbangan dan tidak
dipengaruhi oleh fakta bahawa suaminya tidak inginkan anak. Sebaliknya,
wanita ini juga boleh dikatakan tidak bermoral dalam toeri eksistensialisme
kerana melihat setiap keluarga yang mempunyai anak begitu bahagia dan
berasa cemburu. Jadi, wanita ini berasakan bahawa keluarganya begitu sunyi
tanpa seorang anak dalam keluarga. Dalam keadaan yang dipengaruhi oleh
situasi semasa, wanita ini inginkan seorang anak walaupun tidak dipersetujui
oleh suaminya dan telah membuat keputusan menjalankan proses
persenyawaan luar rahim untuk kehamilan.

Utilitarianisme menghendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk


menghasilkan kebaikan atau keseronokan yang maksimum kepada bilangan
orang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. Jika perbuatan
wanita ini dijadikan contoh dan ditiru oleh masyarakat, ramai pasangan suami
isteri akan bercerai disebabkan hal tersebut manakala anak yang dilahirkan
itu dijadikan bahan ketawa serta oleh masyarakat kerana anak itu adalah
dilahirkan melalui proses persenyawaan luar rahim. Hal ini akan membawa

17
tekanan kepada anak tersebut pada masa yang akan datang. Bukan saja
membawa keburukan kepada masyarakat, malah membawa masalah kepada
keluarga suami wanita ini. Perkara ini boleh menyebabkan suami wanita ini
menceraikannya dan wanita ini akan menjadi ibu tunggal. Lebih malang lagi
apabila anak yang tidak berdosa juga terlibat sama dalam kelurga yang
berpecah-belah yang akan menjejaskan masa depan anak tersebut. Ini
bermakna, teori utilitarianisme beranggapan bahawa perbuatan wanita ini
adalah tidak bermoral kerana hanya membawa keburukan yang maksimum
kepada orang sebanyak mungkin dan semua pihak yang terlibat.

6.0 Rumusan

Moral merupakan satu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral. Moral
adalah sesuatu benda yang dapat dilihat dan menunjukkan harga nilainya
serta sesuatu yang dapat dirasai secara dalaman.

Sesetengah nilai boleh berubah tetapi sesetengah masih stabil dalam


kehidupan seseorang dan masyarakat. Sesuatu nilai itu, kadang-kadang
berbeza di antara seseorang dengan yang lain atau sesuatu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.

Oleh itu, kita perlu memahami fungsi nilai iaitu satu piawai yang
konsisten agar kita dapat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima.
Kita dapat menjadi agen moral, mengetahui apa yang boleh dilakukan dan
menilai kemoralan diri sendiri dan orang lain.

18

Anda mungkin juga menyukai