Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat

berpandukan gambar menggunakan teknik PakNaBaLo dalam kalangan murid tahun 4. Kajian

ini dibuat bagi menilai sejauh mana teknik PakNaBaLo dapat membantu murid menguasai

kemahiran membina ayat berpandukan gambar. Keberkesanan teknik ini diuji dengan

menggunakan instrumen pengumpulan data ujian pra dan pos serta pemerhatian. Hasil yang

diperoleh menunjukkan peningkatan menerusi markah pada ujian pos yang telah dilakukan.

Hasil pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa guru mengajar teknik PakNaBaLo

dengan berkesan dan murid memberikan respons yang positif. Implikasi menunjukkan bahawa

setelah didedahkan dengan penggunaan teknik PakNaBaLo, murid boleh membina ayat lengkap

berpandukan gambar dengan betul. Cadangan penambahbaikan terhadap kajian yang

seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah mengumpul data seperti temu bual soal

selidik dan analisis dokumen untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

vi

Anda mungkin juga menyukai