Anda di halaman 1dari 5

Majlis Hari Raya Peringkat Sekolah 2018

Masa Que Teks


2.20 pm Murid berkumpul Minta perhatian:
di dewan
Bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini, saya
memohon agar murid-murid memberikan tumpuan pada majlis
yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

SYAHMI Ucapan Pengerusi Yang Mulia,


Majlis Tengku Insani bt Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah Alhaj

Yang Mulia,
Tengku Puteri bt Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah Alhaj

Yang Berusaha,
En Abdul Halim b. Ahmad
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (1) Tengku Bendahara Azman

Yang Dihormati,
Pn Nah Swee Chin
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Norhasmah bt Md Hashim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Afzainizam b Long
Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Roshidah bt Dasuki,
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Ahli Jawatankuasa PIBG,

Barisan warga Pendidik, staf-staf sokongan dan murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk
menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.
Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan
Tengku Thuraya yang ceria ini untuk meraikan Majlis Hari Raya
Peringkat Sekolah 2018.
FAEZ Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-
sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa.

~ DOA ~

Amin, amin ya Rabbal `alamin…

FAEZ Ucapan GB Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan yang


Berusaha En. Abdul halim b Ahmad, Guru Besar SK(1) Tengku
Bendahara Azman untuk memberikan perutusan aidilfitri. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

~Ucapan GB~

FAEZ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar
atas ucapan sebentar tadi.

FAEZ Jamuan Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Dijemput Yang Mulia Tengku, guru-guru, murid-murid dan semua


warga sekolah untuk menikmati jamuan Aidilfitri yang telah
disediakan.

Dipersilakan.

*** JAMUAN ***

SYAHMI Pertandingan Sambil mengambil dan menikmati juadah yang telah disediakan,
Karoeke kita akan menyaksikan pertandingan karoeke oleh guru-guru dan
Guru/Murid murid-murid SK(1) Tengku Bendahara Azman.

Sebelum tirai persembahan dibuka, izinkan saya memperkenalkan


barisan hakim yang akan mengadili pertandingan Karoeke pada hari
ini.

Yang pertama,
1. ___________________________________ selaku ketua
hakim
2. ___________________________________
3. ___________________________________

Dijemput para hakim pertandingan untuk mengambil tempat.

~hakim mengambil tempat~

Dipersilakan peserta pertama, ____________________________


untuk naik ke pentas.
*** Karok***

SYAHMI Begitulah tadi pertandingan karoeke yang sungguh menghiburkan


oleh guru-guru dan juga murid-murid. Sukar nampaknya juri di
hadapan ini untuk mencari pemenang.

SYAHMI Pertandingan Hadirin dan hadirat sekalian, sementara juri mengira markah,
Pakaian Hari Raya marilah sama-sama kita menyaksikan aneka pakaian raya yang
Tercantk digayakan oleh murid-murid SK(1) TBA bagi Pertandingan Pakaian
Tercantik Hari Raya.

Dipersilakan….

***fesyen show***

Demikianlah tadi pertunjukan pakaian hari raya tercantik oleh


murid-murid SK(1) TBA yang sungguh memukau.

FAEZ Penyampaian Hadirin hadirat yang dimuliakan.


Hadiah
-Wefie Kini, tibalah masanya acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan
pada hari ini. BagI meneruskan acara, majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Mulia Tengku Insani bt Yang Amat Mulia
Tengku Azman Shah Alhaj diiringi En. Abdul Halim b Ahmad untuk
menyampaikan hadiah.

Bagi pertandingan wefie guru kelas bersama murid,


 Johan Tahap 1 : _______________________
 Johan Tahap 2 : _______________________
 Johan Pra Sek : _______________________
 N. Johan Pra Sek : _______________________

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Mulia Tengku


Insani bt Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah Alhaj kerana sudi
menyempurnakan majlis.

SYAHMI -Pakaian raya & Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada
karok murid pemenang pakaian hari raya tercantik 2018. Majlis dengan ini
menjemput Yang Mulia Tengku Puteri bt Yang Amat Mulia Tengku
Azman Shah Alhaj untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Pakaian guru paling raya :


 L : _________________
 P : _________________

Pakaian murid paling raya :


 Tahap 1 : ________________
 Tahap 2 : ________________
 Pra Sek : ________________
Bagi Pertandingan Karoeke Murid, dipersilakan
 Johan : _______________
 N. Johan : _______________
 Ketiga : _______________

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Mulia Tengku


Puteri bt Yang Amat Mulia Tengku Azman Shah Alhaj atas kesudian
menyampaian hadiah kepada para pemenang.

FAEZ Bersurai Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah kepada para


pemenang.

Yang Mulia Tengku dan hadirin sekalian,

Majlis kita telahpun sampai ke penghujungnya. Kami mewakili


semua tenaga kerja majlis merakamkan ribuan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu jemputan atas
kesudian memeriahkan Majlis Hari Raya Peringkat Sekolah 2018.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Majlis Perpisahan Pn Hafizzah bt Saliman

5.00 pm Ucapan Pengerusi Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Ucapan Wakil Pergi ke kota beli selasih,


Murid Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput wakil murid,


___________________________ untuk menyampaikan ucapan,
dipersilakan.

****ucapan****

Terima kasih diucapkan kepada _____________________ selaku


wakil murid-murid SK(1) TBA atas ucapan itu tadi.

Ucapan GB Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan


Guru Besar SK(1) TBA, En. Abdul Halim b Ahmad untuk
menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

****ucapan****

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul halim atas ucapan itu
tadi.

Ucapan Pn. Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
Hafizzah bt Saliman daripada Puan Hafizzah bt Saliman. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.

****ucapan****

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Puan Hafizzah atas ucapan itu tadi.

6.15pm Bersalaman Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Pn. Hafizzah kerana sudi
bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar Pn.
Hafizzah ceria di tempat baru. Semoga Allah sentiasa memberkati

Sebelum Pn Hafizzah meninggalkan kita, marilah kita mengambil


kesempatan ini untuk bersalaman dan bermaaf-maafan sambil
mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hafizzah.

Anda mungkin juga menyukai