Anda di halaman 1dari 4

Pandangan dari segi Eksistensialisme tentang Melamine

Teori Eksistensialisme diperkenalkan oleh Ahli falsafah Eksistensialisme yang bernama Soren
Kierkegaars, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabriel Marcel dan Jean Paul Sartre. Jean Paul Sartre
ialah tokoh falsafah yang dianggap paling terkenal dengan falsafah Eksistensialisme. Beliau
mengemukakan hujah mengenai eksistensialisme dalam bukunya Being and Nothingness. Teori ini
juga dikenali sebagai etika situasi. Etika situasi menilai sesuatu perbuatan sama ada wajar atau tidak
wajar berdasarkan penilaian situasi atau keadaan pada waktu tersebut.

Berdasarkan teori Eksistensialisme, tindakan Syarikat San Lu di Negara China mencampurkan bahan
kimia melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalah tidak wajar
jika dinilai dari perspektif pengguna-pengguna produk susu Syarikat San Lu. Ini kerana syarikat
tersebut cuma mementingkan faedah sendiri tanpa berfikir terlebih dahulu kesan tindakanya yang
akan menjejaskan kesihatan orang lain serta membuat pilihan dan keputusan yang tidak bermoral
walaupun dikatakan mereka bebas untuk melakukan sebarang tindakan yang mereka rasa wajar.

Menurut pendapat teori pertama yang mengatakan bahawa tokoh falsafah Sartre tidak
mempercayai tuhan, jadi Syarikat San Lu bebas melakukan apa sahaja yang dianggap betul dan
sesuai dengan keadaan pada waktu tersebut. Oleh itu apa yang dilakukan adalah bergantung kepada
Syarikat San Lu tersebut dan peraturan atau hukum yang ditetapkan oleh agama adalah tidak perlu.
Walaupun demikian, tindakan Syarikat tersebut yang menambahkan bahan kimia melamine ke
dalam produk susu yang boleh memudaratkan nyawa dan membawa maut seseorang yang tidak
berdosa telah menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap syarikat tersebut. Tindakan mereka
tidak boleh dimaafkan kerana semata-mata hendak mengaut keuntungan telah menyebabkan
mangsa terlibat dalam keadaan kesakitan atau kedukaan.

Selain itu teori Eksistensialisme juga mengatakan manusia bebas melakukan apa sahaja yang
difikirkan wajar pada waktu tersebut dan tidak perlu mengikut sebarang peraturan. Begitu juga
Syarikat San Lu bebas melakukan perbuatan yang dianggap wajar dan tidak perlu mengikut sebarang
peraturan.Tetapi Syarikat tersebut tidak berfikir secara teliti tentang cara yang mereka hendak
melakukan untuk mengaut keuntungan adalah bermoral atau tidak. Oleh itu, Syarikat San Lu perlu
bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan serta peniaga haruslah menggunakan
kebebasan yang sepenuhnya untuk mendapatkan fakta yang tepat berhubung dengan situasi moral
yang dihadapinya dan mengambil tindakan yang wajar. Akhirnya adalah terpulang kepada peniaga
sendiri untuk membuat pilihan dan keputusan sama ada perbuatan tersebut bermoral atau tidak.

Di samping itu, teori Eksistensialisme juga menyatakan bahawa manusia bebas untuk membuat
keputusan berdasarkan situasi. Oleh sebab itulah, manusia mesti sentiasa memilih dan menilai
berdasarkan kesesuaian waktu. Syarikat San Lu haruslah berfikir terlebih dahulu tindakannya
samaada membawa kebahagiaan atau kesakitan kepada pengguna-pengguna produk syarikatnya.
Selain itu juga memikirkan teknik yang sesuai untuk syarikatnya mengaut keuntungan dan
mengembangkan syarikatnya berdasarkan kesesuaian waktu.

Kesimpulannya, tindakan Syarikat San Lu yang mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine
ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalalah tidak wajar kerana
perbuatan Syarikat San Lu yang tidak berfikir terlebih dahulu membawa banyak penderitaan kepada
mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes ini.

Teori-Teori Moral Tentang Perbuatan Anabelle

Dari kes kajian ini, Anabella telah menjalankan proses persenyawaan luar rahim (bayi tabung
uji) tanpa memberitahu suaminya Joshua. Tindakan Anabella yang terlalu mengikut perasaan sendiri
dan tidak menghiraukan perasaan suaminya Joshua, maka ini boleh dikatakan suatu tindakan yang
tidak bermoral berdasarkan Teori Kant. Dalam teori Kant menyatakan bahawa tiada suatu perkara
pun yang baik tanpa syarat kecuali Tekad Baik. Tekad yang bermaksud dalam teori Kant ini ialah
kebolehan manusia yang unik untuk bertindak menurut peraturan, prinsip-prinsip dengan
mengenepikan sebarang bentuk kepentingan peribadi atua akibat daripada tindakan itu. Selain itu,
perbuatan Anabella yang bertindak mengikut perasaan sendiri telah melanggarkan undang-undang
Islam. Ini kerana dalam perundangan Islam Anabella boleh dikatakan melakukan berzina sebab
pengambilan benih daripada ornag lain tanpa diketahui oleh suaminya Joshua.

Anabella telah menggunakan benih lelaki yang lain dan bukan menggunakan benih suaminya
sendiri untuk menjadi kehamilan, adakah ini boleh dijadikan satu peraturan sejagat? Maka ini boleh
dikatakan tidak bermoral berdasarkan Kategorikal Imperatif. Mengikut Kategorikal Imperatif
menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap sebagai tidak bermoral jika sekiranya peraturan
yang membenarkan itu tidak dapat digunakan secara umum sebagai satu peraturan universal kepada
semua manusia untuk menuruti atau mematuhi. Jikalau tindakan Anabella ini dikatakan bermoral
dan diterima oleh semua orang, apakah yang akan terjadi kepada keluarga tersebut? Akibatnya ialah
kebanyakan keluarga akan berpecah-belah, perceraian berlaku di kalangan pasangan suami isteri,
isteri yang dicerai akan menjadi ibu tunggal serta mungkin anak itu dijadikan bahan ketawa atau
dihina di kalangan masyarakat. Jadi, adakah tindakan Anabella ini boleh digunakan secara umum
atau sebagai peraturan universal yang dapat diterima secara umumnya?

Fikiran Anabella sentiasa berpendapat bahawa dalam sesebuah kelurga yang sempurna mesti
mempunyai anak. Dalam aplikasi Praktikal Imperatif, Anabella telah menggunakan anak sebagai satu
matlamat untuk membina sebuah keluarga yang berharmoni dan sempurna serta tidak ingin
bertengkar dengan suaminya tentang hal tersebut. Berdasarkan praktikal imperative menyatakan
bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi menjadi matlamat tetapi bukan alat perlakuan
individu. Jadi perbuatan Anabella adalah tidak bermoral mengikuti teori tersebut sebab dia
memperalatkan anak itu untuk mencapai keinginannya iaitu menjadi seorang ibu.

Proses persenyawaan luar rahim yang dijalankan oleh Anabella merupakan satu bentuk ekstrim dari
anti-kehidupan iaitu telah melanggarkan Teori Hukum Semulajadi. Berdasarkan teori ini percaya
bahawa nilai-nilai kemoralan itu sedia dapat alam semesta ini dan menjadi undang-undang alam
untuk manusia mematuhinya untuk menjadi bermoral. Sebagai contoh, bukan semua pasangan
suami isteri adalah menggunakan cara persenyawaan luar rahim untuk kehamilan. Malah cara
persenyawaan luar rahim hanya digunakan oleh pasangan suami isteri yang menghadapi masalah
dalam proses persenyawaan saja. Tetapi Anabella tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan
dan dengan kedegilan menjalankan proses persenyawaan luar rahim ini untuk mendapatkan anak
maka tindakannya dikatakan tidak bermoral berdasarkan prinsip teori hukum semulajadi.

Anabella telah membuat keputusan menggunakan cara persenyawaan luar rahim tanpa peduli
mengambil benih lelaki lain sebab dia berpendapat bahawa kewujudan bayi akan mendatangkan
kegembiraan dan memenuhi keinginannya sebagai seorang ibu. Pada pandangan Egoisme adalah
bermoral kerana ia menyatakan bahawa tindakan yang dibuat adalah untuk kepentingan atau
kebaikan diri sendiri. Tetapi, sekiranya proses persenyawaan luar rahim itu tidak disetujui bersama
suaminya sebab suaminya Joshua tidak menginginkan anak dan sebagai akibatnya suaminya berasa
kecewa atas tindakan Anabelle serta menceraikannya iaitu membawa kesan buruk atau kerugian
pada diri sendiri. Dalam situasi ini, Anabella adalah dianggap tidak bermoral dalam teori egoisme.
Bukan itu saja, proses persenyawaan luar rahim bukan sekali boleh berjaya hamil dan jikalau gagal
akan menjejaskan kesihatan Anabella diri snediri serta mungkin membawa kematian jika Anabelle
ingin berterusan menjalankan proses persenyawaan tersebut.

Pada masa yang sama, Anabella telah mengamalkan teori moral Eksistensialisme iaitu dia telah
membuat keputusan sendiri untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk mendapat
cahaya mata walaupun suaminya Joshua tidak ingin anak. Dalam eksistensialisme mengatakan
semua individu mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan atas pilihan sendiri dari
segi bentuk kebebasan jasmani, kehendak dan moral. Kebebasan ini bukan bermaksud kita boleh
bertindak sesuatu yang apa-apa yang kita mahukan tetapi kebebasan bertindak tanpa diamanahkan,
perasaan dan larangan serta dikenhendaki olehnya sendiri. Berdasarkan kes ini, tindakan Anabelle
dengan sukarela atau rela hati untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa
dipengaruhi oleh suaminya. Suaminya Joshua tidak inginkan anak walaupun lama berkahwin tetapi
Anabelle telah lama ingin melahirkan anak supaya keluarga ini menjadi lebih sempurna lalu
membuat keputusan untuk menjalankan proses persenyawaan luar rahim tanpa membuat
pertimbangan dan tidak dipengaruhi oleh fakta bahawa suaminya tidak inginkan anak. Sebaliknya,
Anabelle juga boleh dikatakan tidak bermoral dalam toeri eksistensialisme sebab dia melihat setiap
keluarga mempunyai anak dan begitu bahagia dan berasa cemburu manakala dia sendiri berasa
keluarga begitu sunyi tanpa seorang anak dalam keluarga ini. Dalam keadaan dia pun telah
dipengaruhi lalu pun inginkan seorang anak walaupun tidak disetujui oleh suaminya Joshua dan telah
membuat keputusan menjalankan proses persenyawaan luar rahim untuk kehamilan.

Doktrin Utilitarianisme menghendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan
atau kesenorokan yang maksima kepada bilangan orang sebanyak mungkin atau semua pihak yang
terlibat. Jikalau perbuatan Anabella dijadikan contoh dan ditiru atau mempengaruhi masyarakat
membuat sedemikian seperti Anabella menjalankan persenyawaan luar rahim untuk mendapat
anak, apa akan terjadi? Bilangan ramai pasangan suami isteri akan bercerai atas hal demikian serta
anak yang dilahirkan itu dijadikan bahan ketawa serta dihina atau dipandang rendah daripada
masyarakat bahawa anak itu adalah dilahir dalam proses persenyawaan luar rahim. Ini akan
membawa tekanan kepada anak tersebut pada masa yang akan datang. Bukan saja membawa
keburukan kepada masyarakat , ia juga membawa masalah kepada keluarga Joshua. Ini telah
menyebabkan Joshua menceraikan isterinya Anabella dan Anabella akan menjadi ibu tunggal.
Malang sekali ialah anak yang tidak berdosa juga terlibat serta hidup dalam kelurga yang situasi
berpecah-belah yang akan menjejaskan masa depan anak tersebut. Maka ini bermakna dalam teori
utilitarianisme bahawa perbuatan Anabella adalah tidak bermoral kerana hanya membawa
keburukan yang maksima kepada orang sebanyak mungkin dan semua pihak yang terlibat.

Kesimpulannya, majoriti perbuatan Anabella tidak boleh dijustifikasikan dari segi moral.

Anda mungkin juga menyukai