Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Pemahaman konsep asas moral akan mempengaruhi kandungan dan kaedah


mengajar pengajaran Pendidikan Moral seseorang guru. Seseorang guru
moral perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang teori etika sebagai asas
dalam mempengaruhi dan mencorakkan penaakulan dan pelakuan murid.

Pengetahuan dan kefahaman teori perkembangan moral dari segi


psikologi juga akan memmempekukuhkan kefahaman dan pendekatan guru
dalam penyampaian nilai-nilai moral kepada murid-murid.

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita pastinya mengaitkannya


dengan konsep nilai, etika dan akhlak. Amat penting kita memahami konsep-
konsep yang saling berkaitan ini untuk mencari pengertian moral dalam
kehidupan sesebuah masyarakat.

2.0 Definisi dan Konsep

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep


moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami
konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap
aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

2.1 Konsep Moral


Perkataan moral berasal daripada perkataan mores, iaitu bahasa
Yunani yang membawa maksud tingkah laku yang sejajar dengan
tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan
nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan
berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila,
tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan
adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.
Terdapat beberapa tokoh terkemuka yang memberikan definisi
moral. Tokoh-tokoh tersebut antaranya adalah seperti berikut :

Helden (1977) dan Richards (1971)


Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan
tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak
hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-
aturan.

Atkinson (1969)
Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan
salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.

Contoh :
Siva menjumpai sebuah beg yang mengandungi sebuah komputer
riba di atas bangku stesen bas. Sebagai seorang pelajar kolej
sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk
memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai
seorang yang bermoral, Siva telah membawa komputer riba itu ke
balai polis untuk diambil tindakan yang selanjutnya.

Rumusannya, moral mempunyai isi atau kandungannya. Moral


terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia.
Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat
sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan
pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia
berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu
mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu
insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian
mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral,
individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam
menghadapi dilema moral.

2
2.2 Konsep Etika
Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud
adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian
tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajiban moral,
sikap moral, tanggung jawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang
baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan
kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan
asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan
sebagainya.

Contoh :

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di


dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya.
Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga
pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan
jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang.
Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran
keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar
atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru
yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada
dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

2.3 Konsep Akhlak


Dalam bahasa Arab, akhak bermaksud budi pekerti seseorang
individu. Ia merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri
seseorang itu. Istilah akhlak tidak membawa maksud kelakuan
yang baik atau buruk. Ia hanya membawa maksud kelakuan
sahaja. Sebaliknya, istilah moral sentiasa dikaitkan dengan tingkah
laku yang sesuai dengan peraturan masyarakat.

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang.


Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan
secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.

3
Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang
bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan
kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang
melaksanakan perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-
Nya.

Contoh :
Mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika
minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu
diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak
membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak
dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di
samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan
dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan
tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya
berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan
mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar


terhadap peminum arak dan penjudi. Menurut Islam orang yang
meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi
dirampas hartanya. Kesan positif daripada pengharaman arak dan
judi:

i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani


ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah
iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara
iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas
v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis


bukanlah suatu perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap
tidak baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada sesetengah orang
dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak sepatutnya
tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada

4
dalam keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan
kemalangan. Hakikatnya akhlak dan moral memang berbeza
kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis manakala moral
berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.

3.0 Teori-Teori Etika


Teori-teori Etika merupakan asas kepada pembentukan insan yang mulia.
Teori-teori ini berdasarkan kepada kognitif, sosial dan tingkah laku. Teori-
Teori ini juga menghurai dan menilai tentang perlakuan manusia sama
ada baik, betul, wajar, buruk dan tidak wajar berdasarkan ukuran
kerasionalan akal manusia. Semua teori ini memberi pandangan dan
pemikiran yang berbeza tentang konsep kemoralan, sehingga
menjadikannya sesuatu yang menarik untuk kita teliti dan perbahaskan.

3.1 Teori Teleologikal


Teleologi berasal dari perkataan Yunani, telos yang bermaksud
tujuan. Perkataan teleologi adalah ajaran yang menerangkan
segala sesuatu dan segala kejadian menuju pada tujuan tertentu
atau berdasarkan akibat yang ditimbulkan oleh tindakan itu.
Istilah teleologi dikemukakan oleh Christian Wolff, seorang ahli
falsafah Jerman. Teleologi merupakan sebuah kajian tentang
gejala-gejala yang memperlihatkan keteraturan, rancangan, tujuan,
akhir, maksud, kecenderungan, sasaran, arah, dan bagaimana hal-
hal ini dicapai dalam suatu proses perkembangan. Secara
umumnya, teleologi merupakan sebuah kajian falsafah mengenai
bukti perancangan, fungsi, atau tujuan di alam mahupun dalam
sejarah. Dalam bidang lain, teleologi merupakan ajaran falsafah-
agama tentang kewujudan tujuan dan kebijaksanaan objektif di
luar manusia.
Etika Teleologi mengukur baik dan buruknya suatu tindakan
berdasarkan tujuan yang ingin dicapai dengan tindakan itu atau
berdasarkan akibat yang ditimbulkan oleh tindakan itu. Maksudnya,
teleologi boleh diertikan sebagai pertimbangan moral akan baik

5
buruknya suatu tindakan yang dilakukan. Teleologi benar-benar
mengetahui mana yang benar, dan mana yang salah, tetapi itu
bukan ukuran yang terakhir. Yang lebih penting adalah tujuan dan
akibat.
Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah
bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang
terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik
atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak
langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan
salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan
sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa
lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan
yang berkenaan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat
sesuatu tindakan. Teori teleologikal boleh dilihat daripada dua
perspektif, iaitu utilitarianisme dan egoime.

3.1.1 Utilitarianisme

Utilitarianisme berasal dari bahasa latin, utilis yang bermaksud


bermanfaat. Menurut teori ini, suatu perbuatan adalah baik jika
membawa manfaat, tapi manfaat itu perlu melibatkan bukan
saja satu dua orang bahkan masyarakat sebagai keseluruhan.

Dalam rangka pemikiran utilitarianisme, kriteria untuk


menentukan baik buruknya suatu perbuatan adalah "the
greatest happiness of the greatest number", kebahagiaan
terbesar dari jumlah orang yang terbesar.

Utilitarianisme sangat menghargai kebebasan setiap


pelaku moral. Tidak ada paksaan bahawa seseorang harus
bertindak dengan cara tertentu yang mungkin tidak diketahui
alasannya mengapa demikian. Jadi, suatu tindakan baik
diputuskan dan dipilih berdasarkan kriteria yang rasional dan
bukan sekadar mengikuti tradisi atau perintah tertentu.

6
Utilitarianisme adalah penilaian suatu perbuatan
berdasarkan baik dan buruknya tindakan atau kegiatan yang
bertumpu pada tujuan atau akibat dari tindakan itu sendiri bagi
kepentingan orang ramai. Utilitarianisme membenarkan suatu
tindakan yang secara deontologinya tidak beretika sebagai
tindakan yang baik dan beretika, iaitu jika sudah ternyata tujuan
atau akibat dari tindakan itu bermanfaat bagi orang ramai.

Contoh :

Seorang anak mencuri untuk membeli ubat ibunya yang sedang


sakit. Tindakan ini baik untuk moral dan kemanusiaan tetapi dari
aspek undang-undang tindakan ini melanggar undang-undang
sehingga etika teleologi lebih bersifat keadaan, kerana tujuan
dan akibatnya suatu tindakan boleh bergantung pada keadaan
khusus tertentu.

3.1.2 Egoisme

Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu


baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika
sesuatu itu merugikan diri sendiri. Egoisme boleh dibahagikan
kepada Egoisme Psikologi dan Egoisme Etika.

Egoisme Psikologi Egoisme Psikologi


satu teori deskriptif mengatakan Memberitahu (pescribe) bagaimana
bagaimana orang melakukan mereka perlu bertindak.
tindakan
Berpendapat bahawa semua orang Berpendapat bahawa semua orang
adalah selfish. perlu selfish.

Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan
itu adalah betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan
sesuatu itu buruk jika ia membawa keburukan kepada diri sendiri.

7
3.2 Teori Deontologikal
Istilah deontologi berasal dari perkataan Yunani 'deon' yang bererti
kewajiban. Mengapa perbuatan ini baik dan perbuatan itu harus
ditolak sebagai buruk? Menurut teori deontologi, perbuatan
pertama menjadi kewajipan kita manakala perbuatan kedua
dilarang sama sekali.
Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli
flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University
of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa
yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan
akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada
di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah
di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab
secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau
keburukan.
Dalam teori ini, perkara yang menjadi dasar baik buruknya
perbuatan adalah kewajiban. Pendekatan deontologi sudah
diterima dalam konteks agama, pada masa kini merupakan juga
salah satu teori etika yang terpenting.
Etika deontologi menekankan kewajiban manusia untuk
bertindak secara baik. Menurut teori ini juga, tindakan dikatakan
baik bukan kerana tindakan itu mendatangkan akibat baik,
melainkan berdasarkan tindakan itu baik untuk dirinya sendiri.

Contoh :
Suatu tindakan perniagaan akan dinilai baik oleh etika deontologi
bukan kerana tindakan itu mendatangkan akibat baik bagi
pelakunya tetapi tindakan itu selaras dengan kewajipan si pelaku.
Misalnya, memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua
pelanggannya ataupun menawarkan barangan dan perkhidmatan
dengan kualiti setanding dengan harganya.

8
3.2.1 Eksistensialisme

Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand


Choice) iaitu membuat pilihan terus dari akal rasional
berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral yang sentiasa
berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak
kekal dan individualistik.

Contoh :

Seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru,


tetapi merupakan pilihan individu tersebut untuk menjadi guru
atau pekerjaan lain. Begitu juga dengan pelaksaan tindakan lain
oleh seseorang yang dirasakan yakin dan betul untuk
dilaksanakan. Aspek ini mementingkan kebebasan individu
untuk memilih tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi masih
dalam konteks rasional membuat pemilihan.

3.2.2 Prinsip Kewajipan

Prinsip kewajipan pula membawa maksud sesuatu tindakan


dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau
tanggungjawab yang diakui. Erti kata lain, prinsip ini
menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana
amalan itu merupakan kewajipan. Bagi mengambil sesuatu
tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut:

Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan (rujukan


Maxim) = Tindakan Bermoral.

Tekad baik dapat diterangkan lebih jelas dengan


tindakan manusia dalam melakukan tugas dan tanggung
jawabnya semata-mata kerana desakan nilai dalaman yang
dipanggil good will atau tekad baik dan bukan disebabkan oleh
motif-motif lain seperti ganjaran, hukuman atau tekanan. Jika
seseorang melakukan tugas dan tanggungjawabnya disebabkan

9
keseronokan, simpati atau kasihan tetapi bukan disebabkan
good will, maka tindakannya dikatakan tidak mempunyai nilai
moral walaupun mendapat sanjungan dan pujian.

Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu


categorikal imperative (perintah mutlak) dan practical
imperative. Categorical imperative atau perintah mutlak
menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang
pengecualian atau syarat-syarat. Terdapat tiga prinsip utama
dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah diterima
secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang
bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya
dia berada dalam kedudukan teraniaya. Practical imperative
(Praktikal Imperatif) menyatakan bahawa kemanusiaan
hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan
individu. Malah, kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik
manusia.

Contoh :

Situasi semasa peperiksaan. Ramai yang mengetahui meniru


atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan
yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin
mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani
meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan
sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak
adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai
kejayaan.

3.3 Teori Kemoralan Sosial


Teori ini mengaitkan bahawa manusia hidup berkelompok, maka
soal kemoralan sosial menjadi teras dalam kehidupan. Moral
sekular menekankan perlunya kemoralan sosial untuk menjamin
manusia terus hidup dalam keadaan harmoni dan selamat.

10
Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi
keperluan, kehendak dan keinginannya bagi menjamin
kelangsungan hidup (survival). Kemoralan sosial berkait rapat
dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum,
tatasusila atau tatatertib masyarakat.

Peraturan masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma,


kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang. Kesemua ini
menjaga kerukunan sosial. Setiap kaum di negara ini mempunyai
adat resam dan pantang larang bagi menjamin keutuhan dan
keharmonian sesebuah masyarakat. Ahli-ahli sosiologi moral
berpendapat , adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk
mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.

Berdasarkan maklumat di atas, teori kemoralan sosial melihat


moral itu adalah sesuatu yang adalah berdasarkan apa yang telah
dihukumkan oleh masyarakat. Oleh itu, kemoralan atau etika
merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat.

Teori ini juga sering dikaitkan dengan pantang-larang dan adat


sesuatu masyarakat. Hakikatnya, teori ini juga wujud di dalam
ajaran Islam yang melihat moral melalui kaca mata masyarakat dan
kehidupannya selagi mana ia tidak bertentangan dengan kehendak
syarak.

Maksudnya di sini ialah, moral atau undang-undang warisan


sesebuah masyarakat secara automatik akan tertolak jika
bertentangan dengan syariah. Dengan kata lain, syariah
berperanan untuk memberi had kepada masyarakat supaya
sebarang kod etika atau kepercayaan yang wujud tidak dogmatik
dan undang-undang yang digubal tidak menindas pihak yang lain.
Dalam perbincangan ilmu usul fiqh juga, adat (urf) dan pandangan
setempat merupakan salah satu sumber hukum yang diiktiraf oleh
syarak.
11
Oleh sebab itu, seseorang Muslim tidak harus berkelakuan
janggal dan berlainan dengan norma masyarakat setempat.
Walaubagaimanapun, sebarang tindak tanduk masih lagi dibatasi
oleh norma dan etika mutlak yang terkandung di dalam al- Quran
dan Hadis

Contoh :
Seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah
mengelakkan diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi
bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk
individu menjadi seorang insan yang mulia.

3.4 Teori Keperibadian Mulia

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau


istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan
yang bermoral. Teori ini berkait rapat dengan kaedah sikap baik dan
sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah
kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau
kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu
tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab
perasaannya atau kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia
dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi. Sebaliknya, cara untuk
memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan
pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan
dan menyeronokan.

Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi


menerusi latihan hingga menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan.
Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud
tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan
dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahat, buruk dan
tercela. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara
sederhana dan pertengahan.

12
Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap
teori ini. Pertama, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian
mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui
pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan tengah sukar untuk ditentukan
dan dipraktikkan. Hal ini demikian kerana perbuatan sederhana
berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh
dianggap sebagai suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Teori Keperibadian Mulia mengutamakam sifat peribadi


terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Fokus Teori Keperibadian
Mulia ialah terhadap sifat peribadi mulia yang patut ada pada setiap
individu. Untuk mengenalpasti sifat peribadi mulia ini, objektif atau
matlamat dalam kehidupan perlu dianalisis.

Menurut Aristotle, seorang ahli falsafah Greek yang memberi


sumbangan besar terhadap Teori Keperibadian Mulia, terdapat tiga
keadaan yang perlu wujud apabila seseorang individu boleh diterima
sebagai agen yang memiliki sikap peribadi mulia dalam perlakuannya.
Pertama, individu tersebut tahu apa yang dilakukan. Kedua, individu
tersebut perlu memiliki perlakuan yang dia mahu kerana perlakuan itu
mulia. Ketiga, perlakuan atau tindakan itu perlu timbul daripada tingkah
laku yang konsisten dan tidak berubah-ubah.

Contoh :

Dalam permainan bola sepak, keperibadian yang mulia yang ada pada
setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran
adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus
dan baik. Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain
perlu melakukan latihan yang banyak dan betul. Jadi, sikap pemain
perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap sederhana
dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu
perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.

13

Anda mungkin juga menyukai