Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Remaja dan seks bebas adalah dua perkara sinonim yang boleh dikatakan dan
sering menjadi isu di dada-dada akhbar dan berita. Kini sudah menjadi trend atau
perkara norma dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks
dikatakan kolot dan jumud. Kajian daripada seorang penyelidik yang mengatakan
bahawa boleh dikatakan seorang remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks
secara bebas. Terdapat juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada
cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. Begitu bahaya dan
dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia khususnya.
su keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja menjadi topik perbualan hangat di
mana-mana sahaja terutamanya isu melakukan hubungan seks bebas. Hubungan seks
membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam
perbuatan keji yang melanggar hukum agama. Seks bebas adalah hubungan seksual
yang dilakukan diluar ikatan pernikahan, baik suka sama suka atau dalam dunia
prostitusi.
Seks bebas bukan hanya dilakukan oleh kaum remaja bahkan yang telah
berumah tangga juga sering melakukannya dengan orang yang bukan pasangannya.
Biasanya dilakukan dengan alasan mencari variasi seks ataupun sensasi seks untuk
mengatasi kebosanan. Para remaja biasanya akan mengalami kehamilan luar nikah
yang akhirnya terjadinya pengguguran janin dan pembuangan bayi. Hal ini sangatlah
berbahaya dan berisiko untuk mendapat kemandulan bahkan kematian. Selain itu tentu
saja para pelaku seks bebas sangat berisiko dijangkiti virus HV yang menyebabkan
ADS, ataupun penyakit kelamin yang berbahaya seperti sifilis dan hernia.
Teori perkembangan psikoseksual yang dikemukakan oleh Freud mengatakan
bahawa setiap makhluk hidup pasti mengalami pertumbuhan dan perkembangan,
begitu juga dengan manusia. Freud mengatakan bahawa manusia sangat sukar untuk
melawan hawa nafsu sendiri. Oleh sebab itu, menurut beliau ramai remaja khususnya
gagal mengawal nafsu seks sewaktu berdua-duaan antara berlainan jantina. Teori
Psikososial daripada Erikson pula mengatakan bahawa manusia akan mendapat
kepuasan yang maksimum setelah mendapat apa yang mereka inginkan iaitu keinginan
seks.
Dalam slam pula, akhlak mendorong kepada adab dan tingkah laku seseorang.
Pandangan psikoanalisis berkata tindakan bawah sedar memainkan peranan penting
dalam pembentukan personaliti adalah bertentangan dengan pandangan slam.
Tindakan bawah sedar tidak boleh menjadi ukuran dan kesimpulan dalam kajian
personaliti. slam meletakkan empat unsur dalam pembentukan tingkah laku seseorang.

Pertama adalah nafs, yang merujuk kepada apa yang terdapat dalam diri
manusia yang mendorong tingkah lakunya. Firman Allah dalam al-Quran:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu masyarakat sehingga
mereka mengubah apa yang terdapat dalam diri mereka.
(al- Ra'ad (13):11)

Nafsu diwujudkan dalam diri manusia secara sempurna. a berfungsi untuk
menyeimbangkan tingkah laku manusia serta mendorong manusia melakukan kebaikan
(mutma'innah) berbanding keburukan (al-amarah). Nafsu inilah yang jika tidak dikawal
dengan baik akan menimbulkan perkara-perkara negatif seperti melakukan hubungan
seks bebas seperti yang dibincangkan.

Kedua adalah qalb. Merujuk kepada perkataan kalbu atau hati. Nabi Muhammad
pernah berkata, " Dalam diri manusia terdapat satu gumpal daging, sekiranya daging itu
baik, maka baiklah keseluruhannya, tapi jika daging itu busuk, maka busuklah
keseluruhannya dan daging itu adalah hati. Segala tingkah laku manusia termasuklah
emosi, perasaan dan rasa ingin tahu adalah berpunca dari hati. Keadaan ini dapat
dilihat dari firman Allah:

" Dia (Allah) menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menghiasnya indah
dalam kalbu mu.
(al-Hujarat:7)
"Kami akan campakkan ke dalam hati orang-orang yang tidak beriman itu
perasaan takut.
(al-mran:151).

Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa orang-orang slam yang melakukan hubungan
luar nikah seperti melakukan seks bebas tidak beriman dan mempunyai kalbu yang
busuk dan teruk.

Ketiga adalah aql. Aql adalah merujuk kepada akal dan pemikiran seseorang.
Antara makhluk yang hidup di dunia ini, manusia sahaja yang dianugerahkan akal. Otak
manusia adalah pengurniaan yang teristimewa. Manusia dapat menggunakan akal
untuk membezakan tingkah laku yang baik atau buruk. Oleh itu, manusia yang
melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya seperti seks bebas dikatakan tidak
menggunakan akalnya dengan baik, malah merosakkannya.

Keempat adalah roh. Roh adalah pemberian Allah yang paling tinggi dalam diri
manusia dan merupakan sesuatu yang abstrak. Dengan erti kata lain, roh adalah suatu
yang halus daripada pengetahuan manusia. Roh boleh dikaitkan dengan kepercayaan.
Barangsiapa yang mempercayai tentang larangan agama, sudah tentu dia tidak
melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. Dalam konteks ini, semua
agama melarang hubungan seks bebas.





%EORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

Diperkenalkan oleh Erik Erikson yang merupakan ahli neo-Freudian yang
menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Walaubagaimanapun, beliau telah
menambahbaikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-
emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga
peringkat tua di mana setiap peringkat berkait antara satu sama lain. Beliau
menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat, tingkah laku positif dan negatif akan
timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya. Menurut
teori psikososialnya ini, beliau menekankan kepentingan hubungan sosial dengan
individu di persekitaran kanak kerana personaliti mereka dibentuk melalui
perkembangan psikososial ini. Erikson juga berpendapat bahawa setiap individu perlu
berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mempunyai
matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan untuk mencapai matlamat tersebut
akan memberi kesan kepada imej kendiri individu itu.



FAK%OR-FAK%OR SEKS BEBAS

Seks bebas dalam kalangan remaja dipengaruhi oleh beberapa faktor. Salah
satu daripada faktor tersebut adalah pengaruh negatif daripada budaya barat.
Kebanyakan remaja pada zaman ini mempunyai tanggapan yang kurang tepat di mana
mereka menganggap bahawa budaya barat adalah budaya yang lebih moden, terbuka
dan lebih baik jika dibandingkan dengan budaya timur yang mengamalkan amalan
sopan-santun. Tidak dinafikan bahawa masyarakat barat mempunyai amalan-amalan
dan budaya-budaya yang baik dan sesuai untuk dicontohi oleh masyarakat timur seperti
menepati masa, bekerja keras dan sebagainya. Namun, nilai-nilai positif ini telah
dikaburi dengan pelbagai perkara yang mempunyai banyak unsur-unsur negatif seperti
pergaulan bebas dan sikap keterbukaan yang melampau. Tidak salah sebenarnya jika
remaja-remaja di timur atau lebih spesifik, remaja di Malaysia mengambil contoh yang
baik daripada budaya barat. Namun begitu, apa yang membimbangkan adalah
kenyataan bahawa dalam proses mencari identiti diri, remaja-remaja ini lebih terarah
untuk mengadaptasi identiti sosial Barat yang negatif seperti pergaulan bebas dan sikap
keterbukaan yang melampau. ni bertepatan dengan peringkat 'identiti melawan
kecelaruan identiti' dalam Teori Sosio Emosi Erik Erikson. Pada peringkat ini, remaja
masih berada dalam proses menentukan identiti diri mereka. Apabila mereka
terpengaruh dengan budaya yang negatif, mereka akan berasa bangga dan terlalu
taksub dengan budaya yang mereka bawa hingga menyebabkan mereka lupa diri dan
mengabaikan didikan moral yang telah dipupuk sejak kecil. Situasi ini seterusnya akan
mengakibatkan para remaja terjebak dengan gejala seks bebas tanpa ada sedikit pun
rasa takut dan risau. Golongan remaja ini akan melakukan hubungan seks bebas demi
memuaskan nafsu mereka tanpa memikirkan kesan buruk terhadap diri, keluarga,
masyarakat, negara dan agama.

Selain itu, institusi kekeluargaan juga mempengaruhi gejala seks bebas dalam
kalangan remaja. Keluarga terutamanya ibu bapa seharusnya memberi didikan moral
dan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka selain menerapkan nilai-nilai
murni ke dalam diri mereka. Namun begitu, apa yang sering terjadi pada masa kini
adalah ibu bapa sering sibuk dan alpa dengan kerja harian dan profesion mereka
sehinggakan mereka terlupa untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Hal
ini akan menyebabkan anak-anak akan bebas melakukan apa saja tanpa pengawasan
oleh golongan dewasa. Peluang ini seterusnya digunakan oleh mereka untuk bersama-
sama dengan rakan sebaya mereka di mana pergaulan yang berlaku antara lelaki dan
perempuan tidak dapat dielakkan dan tidak terbatas. Sejurus, tarikan seksual antara
lelaki dan perempuan yang terjadi akan menjebakkan diri remaja tersebut ke dalam
kancah seks bebas. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh meletakkan kesibukan
sebagai alasan untuk tidak mendampingi anak mereka. Malah, mereka sepatutnya,
dengan apa jua langkah sekalipun, mencari cara dan inisiatif untuk meluangkan masa
untuk anak-anak mereka. Apa yang paling penting adalah, ibu bapa tahu bagaimana
caranya untuk meluangkan dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama
anak-anak mereka. Masa berkualiti yang telah diluangkan oleh ibu bapa untuk anak-
anak mereka akan mengurangkan minat para remaja ini untuk bersama-sama dengan
teman-teman sebaya mereka. Secara tidak langsung, hal ini akan mengurangkan risiko
terjadinya seks bebas. Mereka juga akan sentiasa berasa diri mereka diawasi dan ini
akan menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam melakukan perkara seharian
mereka.
Disamping itu, sikap atau perangai buruk yang ada pada diri ibu bapa itu sendiri
boleh mempengaruhi golongan remaja ini untuk melibatkan diri dalam gejala seks
bebas. Sebagai contoh, belakangan ini terdapat banyak ibu bapa yang sudah bercerai
mengamalkan budaya-budaya yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran di
mana ada dalam kalangan mereka yang tanpa segan silu dan rasa bersalah membawa
pulang teman wanita atau teman lelaki mereka pulang ke rumah. Hal ini akan
menjadikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak kerana seperti yang diketahui,
anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai rol model yang terdekat. Mereka akan
mempraktikkan apa sahaja perilaku ibu bapa mereka yang telah ditunjukkan. ni adalah
selaras dengan teori perkembangan emosi yang diperkenalkan oleh Albert Bandura di
mana dia mengatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan
cara peniruan. Dia juga berpendapat bahawa kanak-kanak meniru tingkah laku emosi
yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah
dibuatnya dulu. Oleh itu, jika buruk perbuatan ibu bapa, maka buruk jugalah perbuatan
anak-anak. Sehubungan dengan itu, selain mengawasi dan memantau anak-anak
mereka, ibu bapa seharusnya memperbaiki sikap dan perangai mereka terlebih dahulu.
Janganlah menjadi seperti 'ketam yang mengajar anaknya berjalan'.

Pengaruh media massa seperti televisyen, internet, dan majalah hiburan juga
merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada berlakunya gejala seks bebas
dalam kalangan remaja Malaysia pada masa kini. ni berikutan tidak semua kandungan
yang terdapat dalam media-media ini membawa mesej dan pengajaran yang baik.
Malahan, isi-isi yang terkandung di dalam media ini mempunyai elemen dan unsur
negatif yang lebih banyak sehingga melitupi mesej dan pengajaran yang hendak
disampaikan. Sebagai contoh, televisyen banyak memaparkan kisah-kisah cinta yang
mana ia membawa mesej yang baik iaitu kasih sayang. Namun begitu, untuk membawa
penonton sampai kepada mesej yang disampaikan itu, terdapat banyak aksi-aksi
menghairahkan yang kurang sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja
yang telah diselitkan. Tidak dinafikan bahawa setiap program dan rancangan yang ada
di kaca televisyen telah dikelaskan mengikut tahap kematangan penonton seperti
'18SX', '18SG', '18PA' dan '18 PL'. Namun, sejauh mana keberkesanan pengaplikasian
kaedah pengkelasan ini dapat menghadkan para penonton terutamanya remaja dan
kanak-kanak daripada menonton rancangan yang dikelaskan tidak sesuai pada umur
mereka dapat dipersoalkan. Tambahan lagi, walaupun filem-filem di Malaysia telah
ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem, namun filem-filem yang ditapis ini mudah
diperolehi daripada media massa yang lain iaitu internet dan juga cakera padat yang
dijual secara haram. Hal ini, mahu tidak mahu terpaksa dirujuk semula kepada peranan
ibu bapa dalam memantau program televisyen yang ditonton oleh anak-anak mereka
selain mengawasi gerak-geri anak mereka di rumah. Apa yang menyedihkan,
kebanyakan ibu bapa di Malaysia seperti tidak mengambil peduli tentang kandungan
dan bahan yang ditonton oleh anak-anak mereka di kaca televisyen. Mereka tidak sedar
bahawa sikap acuh tidak acuh yang mereka tonjolkan ini sebenarnya akan memakan
diri mereka satu hari nanti.
Selain daripada internet dan televisyen, majalah hiburan juga merupakan salah
satu medium negatif yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi anak-anak muda dan
remaja di Malaysia untuk terlibat dengan gejala seks bebas. ni dapat dilihat dengan
pendedahan gambar-gambar model yang menggiurkan di majalah tersebut.
Pendedahan-pendedahan ini seterusnya akan merangsang para remaja secara seksual
kerana mengikut Teori Perkembangan Emosi yang telah diperkenalkan oleh Sigmund
Freud, pada peringkat genital, iaitu ketika anak-anak berusia 12 tahun ke atas, kelenjar-
kelenjar kelamin mereka sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin mereka juga sudah
melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan
kepuasan. Pada peringkat ini juga, mereka akan menunjukkan minat kepada rakan
sebaya yang berlainan jantina. Jadi, melalui faktor-faktor tersebut, tidak hairanlah jika
gejala seks bebas berlaku secara berleluasa pada masa ini.

Faktor terakhir yang boleh mempengaruhi para remaja untuk terlibat dengan
gejala seks bebas ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan ejen
sosiolisasi yang paling berpengaruh ketika anak-anak berada pada zaman remaja. ni
adalah disebabkan kebanyakan remaja akan meniru dan mencontohi apa sahaja
perbuatan yang dilakukan oleh rakan mereka sama ada perbuatan itu baik ataupun
bertentangan dengan nilai-nilai moral. Keberangkalian besar hal ini adalah disebabkan
para remaja merasakan diri mereka perlu melakukan perbuatan yang sama dengan apa
yang dilakukan oleh rakan mereka demi untuk diterima dan tidak disisih oleh rakan-
rakan mereka. Hal ini dapat dikaitkan dengan teori Erik Erikson (1963) yang
menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran
kanak-kanak. Seks merupakan salah satu perbuatan yang selalunya mereka akan
lakukan kerana bagi sesetengah remaja di Malaysia, mereka menganggap bahawa
seks merupakan simbol kebebasan di mana mereka menganggap mereka boleh
melakukan apa sahaja yang mereka mahu pada usia mereka. Sekali lagi, peranan ibu
bapa diperlukan untuk memantau dan mengawasi anak-anak supaya mereka tidak
tersalah pilih kawan seperti pepatah yang mengatakan "berkawan dengan pembuat
minyak wangi, akan mendapat tempias wanginya dan berkawan dengan tukang besi,
akan mendapat percikan apinya.






KESAN/IMPLIKASI SEKS BEBAS
Seks bebas yang diamalkan secara berleluasa oleh segelintir masyarakat,
khususnya remaja zaman kini mengundang kesan dan implikasi yang negatif kepada
diri mereka sendiri, masyarakat seterusnya negara kita yang tercinta ini.
Individu
Antara kesan terhadap individu yang melakukan seks bebas menurut perbuatan
moden ialah dijangkiti penyakit jangkitan seksual atau Sexually Transmitted Disease
(STD). lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti.
Antaranya ialah sifilis, genital herpes dan ADS (Acquired mmune Deficiency
Syndrome) atau HV, salah satu penyakit yang paling berbahaya di dunia ini. Di
Amerika sahaja ADS menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum
wanita (sumber perubatan slam dan bukti sains moden). Di Malaysia pula, bilangan
jangkitan HV melalui perhubungan seks telah meningkat dari hanya 41 kes pada tahun
1990 kepada 10,346 kes pada Jun 2005. Lebih mengejutkan, terdapat peningkatan
yang drastic bagi kes HV/ADS di kalangan wanita dan suri rumahtangga. Majoriti
penghidap penyakit yang membawa maut ini adalah remaja yang merupakan aset
negara kita ini. ADS/HV merupakan salah satunya penyakit yang tidak dapat diubati
secara sepenuhnya dan pasti membawa maut bagi sesiapa yang menjangkitinya. selain
itu, bagi wanita, khususnya remaja wanita yang menghidap penyakit ini
berkemungkinan untuk mengalami komplikasi-komplikasi seperti mengandung di luar
rahim atau ecpotic pregnancy, barah kemandulan, sakit jantung serta infeksi dan sakit
puan.

Seterusnya, mengikut kajian, individu yang mengamalkan seks bebas cenderung
untuk mengalami kemerosotan dari segi akademik dan kehidupan sosialnya. Hal ini
kerana mereka tidak dapat lagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran
lebih-lebih lagi jika berlakunya kehamilan. Statistik dari Kementerian Pelajaran
menunjukkan kebanyakan pelajar cenderung untuk berhenti sekolah kerana malu
berhadapan dengan kawan-kawan serta guru di sekolah. Dalam pada itu, kajian
menunjukkan mangsa-mangsa hamil cenderung untuk berhenti belajar dan membunuh
diri kerana kesan psikologi mengandungkan anak luar nikah, lebih-lebih lagi jika
pasangannya tidak mahu sama-sama memikul tanggungjawab. Di samping itu, mereka
juga akan lebih bergantung kepada ibu bapa kerana mereka tidak mempunyai sumber
kewangan yang kukuh untuk menyara diri serta kandungan. Penggantungan terhadap
ibu bapa juga berlaku kerana mereka malu dengan masyarakat sekeliling yang
cenderung untuk menyisihkan dan menjatuhkan maruah mereka. Begitu juga halnya
dengan segelintir remaja yang lari dari rumah kerana malu untuk berhadapan dengan
keluarga mereka. Situasi ini dapat dikaitkan dengan Teori Sosioemosi Erik Erikson
(1963) yang menyatakan bahawa dalam peringkat 'keintiman lawan keasingan',
individu, khususnya remaja akan mengalami krisis psikologikal di mana mereka perlu
membuat keputusan dalam menanganinya. Walaubagaimanapun, keputusan yang
salah akan menyebabkan remaja tersebut mengasingkan diri dari orang lain. Dari segi
biologi pula, remaja yang hamil luar nikah akan mengalami kesan biologi yang negatif
pada diri mereka. Mereka akan mengalami masalah kekurangan zat besi dan kalsium
seterusnya menyebabkan sistem pertahanan badan mereka menjadi lemah dan lebih
cenderung untuk dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya.

Seterusnya, antara kesan-kesan yang jelas kelihatan akibat gejala seks bebas
adalah peningkatan kes pengguguran dan pembuangan bayi. Pengguguran
menyebabkan kesihatan wanita tersebut terjejas dan peluang untuk dijangkiti penyakit
akan meningkat. Mereka berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah
seperti kemandulan, jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Selain masalah-
masalah fizikal dan sosial yang telah dibincangkan, pengguguran juga akan
mengakibatkan gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa
bersalah, resah gelisah dan hilang keyakinan diri. Untuk kes pembuangan bayi,
implikasinya jauh lebih serius berbanding dengan pengguguran. Hal ini kerana
pembuangan bayi akan menjejaskan bukan sahaja individu tersebut malah setiap
lapisan masyarakat. ndividual tersebut akan mengalami gangguan mental dan emosi
tidak tenteram serta rasa bersalah menyelubunginya setiap masa. Lebih-lebih lagi,
individu yang membuat perancangan untuk membuang bayinya tidak akan meminta
bantuan perubatan dari doktor. Hal ini menyebabkan individu tersebut berkemungkinan
kehilangan darah, menghadapi jangkitan kuman dan kecederaan semasa bersalin.
Mengikut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri
Mohd Zinin, sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak tahun 2005 hingga
Januari tahun ini. ni menunjukkan peningkatan yang amat ketara memandangkan ini
hanyalah sebilangan kecil dari sejumlah angka asal pembuangan bayi yang tidak
dilaporkan kepada pihak polis. Rajah di bawah pula menunjukkan statistik mengikut
umur individu yang ditangkap melakukan perbuatan kejam dan tidak bermoral itu.



Manakala jadual di bawah pula menunjukkan bilangan bayi yang ditemui dan
dilaporkan mengikut jantina bayi tersebut.



Tambahan daripada maklumat-maklumat di atas, kadar kematian bayi akan
meningkat kerana tidak mendapat jagaan perubatan yang rapi dan sempurna. Bayi
yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrem jika tidak diberi
tumpuan dan kasih sayang yang secukupnya. Masalah ini akan bertambah serius
apabila mereka melangkah ke dunia dewasa. Sikap mereka yang ekstrem akan
mendorong mereka ke arah penjenayahan kerana personaliti mereka tidak dibentuk
berdasarkan perkembangan psikososial ini (Erikson, 1963).

Akhir sekali, apabila gejala seks bebas ini semakin berleluasa, aset-aset negara
kita ini akan cenderung untuk melakukan perkara yang menyeronokkan ini tanpa
mengira larangan agama la. Sehubungan dengan itu, remaja tersebut apabila
mengetahui dirinya mengandung, sifat benci pada anak, pada lelaki yang tidak
bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga tidak ada perasaan keibuan pada
anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi mengenai penolakan ini amat kuat
pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun mereka tidak mempunyai perasaan kasih
walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat. Merujuk pendapat Prof Dr. Suradi Salim,
ciri-ciri ini boleh dikaitkan dengan mekanisme helah bela diri pasif iaitu penafian di
mana remaja ini telah menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan
melakukan sesuatu yang bertentangan. Helah bela diri pasif represi adalah
mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya. a
merupakan konsep Freud yang terawal. Contohnya, remaja tersebut membuang bayi
yang dilahirkannya dan menganggap anak itu tiada setelah dilahirkan.











Masyarakat dan Negara.
Menelusur arus pemodenan dan globalisasi, manusia senantiasa mencari
peluang untuk memenuhi setiap keperluan dan kehendak individu. Hal yang demikian
ini adalah kerana mereka bisa mendapatkannya lantaran hadirnya pelbagai teknologi
yang menjadi pemudah cara untuk memenuhi tiap-tiap keperluan dan kehendak
masing-masing. Sesungguhnya telah diketahui umum dan menjadi satu lumrah
kehidupan bahawa setiap insan yang bergelar manusia mempunyai nafsu dan
keinginan seks. Akan tetapi, manusia yang tidak mampu mengawal dan mengaturkan
halatuju hawa nafsunya sudah pasti akan menyimpang ke lembah kemaksiatan dan
penuh kehinaan. Maka tidak hairanlah sekiranya fenomena seks bebas semakin
menjadi-jadi dan menghantui individu yang bergelar remaja di seluruh pelosok tanah
air. mplikasi yang bakal muncul ini bukanlah semata-mata terkesan kepada individu
sahaja bahkan kepada masyarakat dan negara. Antara kesan-kesannya ialah
melahirkan masyarakat yang rosak akhlak, tidak bertanggungjawab dan tidak
bersyukur.

Dampak primer yang dapat dilihat daripada gejala seks bebas kepada komuniti
masyarakat ialah melahirkan masyarakat yang rosak akhlak. Menurut Teori Psikososial
Erikson (1963), hubungan sosial individu dengan persekitarannya memainkan peranan
yang amat penting dalam mencorakkan tingkah laku seseorang remaja. Sekiranya
seseorang itu berada dalam persekitaran yang baik, maka baiklah dia. Sekiranya dia
berada dalam persekitaran yang tidak baik, maka dia akan bertingkah laku yang tidak
baik. Seterusnya, dia juga akan mempengaruhi masyarakat yang berada di
sekelilingnya. Akibatnya, lahirlah masyarakat yang rosak akhlak. Sudah tidak boleh
dinafikan lagi bahawa ketinggian budi pekerti seseorang terletak pada akhlak yang ada
pada diri seseorang. Lantaran itu, tiada satu agama pun yang membenarkan amalan
seks bebas. Seks bebas sememangnya tidak menonjolkan akhlak yang baik dan terpuji.
Hal yang demikian ini kerana kegagalan seseorang untuk mengawal nafsu syahwatnya
dan tingkah lakunya telah menuntunnya ke arah melakukan perkara terkutuk di sisi
agama dan norma masyarakat yang berakhlak mulia. Selain itu, pasangan yang sering
melakukan seks bebas tidak ubah seperti binatang-binatang yang hidup melata di muka
bumi ini bahkan lebih teruk daripada itu. Hal yang demikian ini kerana binatang
mengamalkan seks bebas demi melempiaskan nafsu yang sudah menjadi fitrah kepada
setiap makhluk yang hidup di dunia. Waima, binatang tidak mempunyai akal dan tidak
bisa berfikir secara waras sepertimana seorang manusia. Maka, seks bebas yang
diamalkan oleh binatang boleh diklasfikasikan sebagai satu cara yang dibolehkan untuk
mereka terus membiak. Persoalannya, bolehkah manusia melakukan seks bebas
walhal manusia mempunyai akal fikiran yang waras yang tidak dikurniakan kepada
binatang-binatang? Semestinya tidak kerana akallah yang membezakan manusia
dengan binatang. Akal yang sempurna mampu membuahkan akhlak yang baik. Walau
bagaimanapun, mereka akan menganggap diri mereka sentiasa betul meskipun seks
bebas mngakibatkan pelbagai kesan negatif kerana masyarakat sekeliling telah
menerima dan sebati dengan atmosfera yang tidak baik.

mpak sekunder daripada kanser masyarakat yang saban hari kian menular ini
ialah masyarakat menjadi tidak bertanggungjawab. Menurut Erikson (1963), krisis yang
paling utama dihadapi oleh remaja ialah pengertian identiti dengan peranan dan
tanggungjawab yang digalas. Hal yang demikian ini tampak lebih jelas apabila pelaku-
pelaku seks bebas tidak mahu memikul tanggungjawab membesarkan anak yang bakal
dilahirkan kendatipun sudah sedia maklum bahawa mana-mana pasangan yang telah
mengadakan hubungan intim sehingga menyebabkan kelahiran bayi perlu memainkan
peranannya sebagai ibu dan bapa untuk membesarkan bayi tersebut. Menurut
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin
(2011), sejak Januari hingga Ogos tahun ini, seramai 44 bayi ditemui mati manakala
hanya 29 yang masih hidup menjadikan jumlah kes pembuangan bayi sebanyak 73 kes.
Mereka yang telah terlanjur dan alpa dalam dunia mereka sendiri ini lebih rela
membunuh bayi yang tidak berdosa daripada membesarkannya. Padahal, bayi yang
bakal dilahirkan itu merupakan aset negara yang tidak ternilai dengan wang ringgit dan
merupakan bakal peneraju negara di masa yang mendatang. Secara tidak langsung,
mereka yang telah bergelumang dalam kancah kemaksiatan dan berlumuran dengan
dosa menambah lagi dosa mereka dengan membunuh bayi hasil perbuatan terkutuk
mereka. Dalam pada itu, tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti tanggungjawab
sebagai seorang anak, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab
sebagai seorang hamba Tuhan turut diabaikan oleh mereka yang mempraktikkan
amalan seks bebas. Hal yang demikian ini kerana mereka lebih mengutamakan nafsu
serakah mereka daripada menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah
diberikan.

Di samping itu juga, masyarakat yang tidak mengetahui erti bersyukur mula
tumbuh lantaran terdapat golongan masyarakat yang membenarkan dan mengamalkan
amalan seks bebas. Menurut Erikson (1963), ketika peringkat seseorang melawan rasa
rendah dirinya, dia akan sentiasa memberi penghargaan kepada dirinya sehingga dia
merasakan mampu untuk melakukan apa-apa perkara kerana dia mempunyai
keyakinan yang mantap dan berupaya untuk melakukannya. Untuk melawan rasa
rendah diri tersebut, sedikit rasa ego secara tidak langsung terbit daripada individu
tersebut. Malangnya, ego ini semakin bercambah dan menjadi semakin parah. Hal yang
demikian ini kerana mereka merasakan seluruh nikmat kesempurnaan anggota badan
boleh diperlakukan dengan semahu-mahunya walhal nikmat kesempurnaan anggota
badan ini sayugialah ditempatkan di tempat yang selayak baginya. Mereka tidak
bersyukur dengan kurniaan Tuhan yang memberikan kesempurnaan zahir dan batin
kepada mereka kerana mereka tidak bergantung sedikit pun kepada Tuhan. Mereka
rasa mereka lebih berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja kendatipun Tuhan telah
menganugerahkan berbagai-bagai kurniaan adalah untuk beribadat kepadanya serta
menggunakannya ke jalan yang benar dan diredai oleh-Nya. Walau bagaimanapun,
pasangan yang menyanjung tinggi nilai kebaratan yang membenarkan amalan seks
bebas masih melakukan perbuatan keji ini meskipun hal yang demikian ini telah ditegah
di sisi agama. Selain itu, mereka juga tidak bersyukur dengan ilmu-ilmu yang telah
dipelajari seperti ilmu agama, moral dan biologi. Hal yang demikian ini kerana ilmu-ilmu
ini dipelajari untuk mendapatkan kemaslahatan bersama dan bukannya membentuk
generasi yang porak-peranda. Semua ilmu ini seharusnya membentuk modal insan
yang mampu berfikir dengan lebih matang dan memahami konsep bersyukur yang
sepatutnya ditunjukkan melalui perbuatan yang dibenarkan oleh agama. Mereka juga
telah mengetahui bahawa gejala seks bebas sememangnya mendatangkan banyak
tribulasi yang akan merosakkan masa depan semua pihak. Namun begitu, mereka
masih melakukan kegiatan seks bebas tanpa segan silu.

Selain implikasi kepada masyarakat, seks bebas juga memberi impak kepada
negara. Antaranya ialah menjatuhkan maruah negara. Sesungguhnya, Malaysia telah
sekian lama dikenali ramai dan disanjung tinggi dengan nilai, budaya dan adat
ketimuran yang luhur. Hal yang demikian ini juga dapat dibuktikan dengan lebih jelas
apabila negara Malaysia menggazetkan nilai kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun
Negara yang menjadi tonggak kepada kejayaan Malaysia sehingga ke hari ini. Menurut
Erikson (1963), ketika remaja berada di peringkat keintiman, mereka akan mula
membina sebuah hubungan intim yang akhirnya bisa menuju ke jenjang pelamin.
Walau bagaimanapun, remaja pada zaman atom lebih gemar mengambil jalan mudah
dengan mengadakan hubungan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan dengan
beralasan ingin membuktikan cinta sejati yang telah lama dipupuk. Adakah perlakuan
seks bebas menunjukkan norma adat ketimuran yang tinggi dan boleh dilakukan demi
membina hubungan yang lbih intim? Sememangnya tidak kerana hubungan yang lebih
intim perlu dilakukan dengan cara yang betul dan bukannya dilakukan dengan semahu-
mahunya. Tahap pergaulan yang paling intim sehingga membawa kepada hubungan
seks hanya bisa dilakukan apabila pasangan remaja telah bergelar suami isteri.
Sebetulnya, maruah negara Malaysia telah tercalar akibat daripada virus seks bebas
yang telah menyerang berbondong-bondong rakyat Malaysia. Budaya barat yang
merosakkan nilai kemanusiaan dari hari ke hari telah melunturkan norma-norma adat
ketimuran yang menekankan pembentukan generasi yang penuh dengan modal insan.
Lantas, imej negara Malaysia yang terkenal dengan norma-norma ketimuran dan
agama tidak lagi bisa dikekalkan. Kemajuan teknologi dan percambahan ideologi yang
membutuhkan pemikiran yang kritis setiap individu senantiasa mencari peluang untuk
meruntuhkan adat ketimuran yang telah dibawa dari satu generasi ke generasi yang
lain.

Sementara itu, seks bebas juga boleh menyebabkan sesuatu negara menjadi
tidak produktif. Hal yang demikian ini kerana seks bebas tidak mampu melahirkan
pemimpin yang akan mencorakkan tapuk pemerintahan yang mantap di masa akan
datang. Menurut Erikson (1963), ketika remaja sedang mencari identiti sebenar diri
mereka, mereka akan menyeimbangkan kehendak diri dan kehendak orang lain dalam
pelbagai aspek antaranya ialah aspek bersosial. Mereka akan cuba bersosial dengan
cara masing-masing sehingga kehendak diri mereka mampu dicapai. Waima,
kegagalan mengaturkan kehendak dan keperluan semasa boleh menyebabkan pelaku-
pelaku seks bebas kecundang dalam membahagikan masa, tenaga dan komitmen
terhadap bidang kerjaya mereka. Pengamal-pengamal seks bebas semestinya
menghadapi kepincangan pemikiran dan lantas tidak bisa membuat keputusan untuk
mensejahterakan dan mengharmonikan negara pada suatu masa kelak. Hal yang
demikian ini tampak lebih nyata apabila mereka tidak mampu membezakan yang baik
dan buruk hatta mereka terjerumus dalam kancah seks bebas. Bagaimanakah seorang
pemimpin negara yang berlumuran dengan dosa dan noda bisa memimpin negara ke
arah yang lebih baik sedangkan dirinya sendiri tidak terkawal? Tuntas, wujudlah negara
yang tidak produktif disebabkan pemimpin yang tidak mampu membendung gejala yang
merosakkan masa depan masyarakat. Hasil dan kualiti kerja kian merudum kerana
ideologi barat yang sering menyeru manusia untuk terus menerobos peraturan-
peraturan alam yang sentiasa mencabar kesabaran seorang insan yang suci. Sekiranya
akar umbi sudah rosak, tidak mungkin hasil yang bakal diterima lebih baik daripada
asasnya yang kurang kukuh. Lantas, politik negara menjadi kucar-kacir, ekonomi
negara jatuh menjunam dan sosial negara menjadi haru-biru.

Konklusinya, kanser masyarakat yang saban hari kian menular ke seluruh
pelosok tanah air ini tidak lagi bisa dibiarkan. Sudah terpampang di dada-dada akhbar,
di kaca-kaca televisyen dan corong corong radio bahawa mehnah yang melanda
negara ini telah berada di tahap yang kritikal dan perlu diberi perhatian yang khusus
agar masalah yang melanda ini bisa dibanteras sehingga ke akar umbinya. Bak kata
pepatah Melayu, "Melentur biarlah dari rebungnya dan "Sudah terhantuk baru
terngadah, sudah terkena baru menyesal seharusnya menjadi pegangan bagi seluruh
rakyat Malaysia demi menjamin masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
























Keluarga
Seterusnya, keluarga mereka pula akan menanggung malu yang besar. ni akan
mengakibatkan mereka disisih oleh masyarakat sekeliling, mendorong berlakunya
perpecahan di kalangan ahli keluarga tersebut. Hal ini dibuktikan apabila ramai ahli
keluarga individu yang melakukan seks bebas ini lebih cenderung untuk membuang
individu tersebut dari kehidupan mereka. Hal ini kerana mereka tidak mahu individu
tersebut membawa kesan negatif kepada ahli-ahli keluarga yang lain.

Anda mungkin juga menyukai