Anda di halaman 1dari 9

Pergaulan bebas

Pendahuluan

Pergaulan bebas sering dikaitkankan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas,
dadah, kehidupan malam, dan lain-lain. Memang istilah ini diadaptasi dari budaya barat
di mana orang bebas untuk melakukan hal-hal diatas tanpa takut menyalahi norma-
norma yang ada dalam masyarakat. Berbeza dengan budaya timur yang menganggap
semua itu adalah hal tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan jauhi
pergaulan bebas.

Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual, khusus di kalangan
remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing
tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu
yang mula dipandang remeh. Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji
dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "...dan
janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan
satu jalan yang sangat buruk." Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar
sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang
terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina

Sekarang ini zaman globalisasi, remaja harus diselamatkan dari globalisasi.
kerana globalisasi ini ibaratnya kebebasan dari segala aspek. Sehingga banyak
kebudayaan-kebudayaan asing yang masuk, sementara tidak sesuai dengan
kebudayaan kita. Sebagai contoh kebudayaan seks bebas itu tidak sesuai dengan
kebudayaan kita. Pada saat ini, kebebasan bergaul sudah sampai pada tingkat yang
membimbangkan. Para remaja dengan bebas dapat bergaul antara jenis. Tidak jarang
dijumpai pemandangan di tempat-tempat umum, para remaja saling berangkulan mesra
tanpa memperdulikan masyarakat sekitarnya. Mereka sudah mengenal istilah
berpasangan sejak awal masa remaja. Teman bagi mereka merupakan salah satu
bentuk atau symbol yang membanggakan. Akibatnya, di kalangan remaja kemudian
terjadi persaingan untuk mendapatkan pasangan.

Definisi pergaulan bebas
Pergaulan merupakan proses interaksi yang dilakukan oleh individu dengan
individu, dapat juga oleh individu dengan kelompok. Seperti yang dikemukakan oleh
Aristoteles bahawa manusia sebagai makhluk sosial (zoon-politicon), yang ertinya
manusia sebagai makhluk sosial yang tak lepas dari kebersamaan dengan manusia
lain. Pergaulan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan keperibadian
seorang individu. Pergaulan yang ia lakukan itu akan mencerminkan kepribadiannya,
baik pergaulan yang positif maupun pergaulan yang negatif. Pergaulan yang positif itu
dapat berupa kerjasama antara individu atau kelompok guna melakukan hal hal yang
positif. Sedangkan pergaulan yang negatif itu lebih mengarah ke pergaulan bebas., Hal
itulah yang harus dihindari, terutama bagi remaja yang masih mencari jati dirinya.
Dalam usia remaja ini biasanya seorang sangat mudah terpengaruh terhadap pujukan
dan bahkan dia ingin mencuba sesuatu yang baru yang mungkin dia belum tahu
apakah itu baik atau tidak.

Pergaulan bebas adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang, yang mana
bebas yang dimaksud adalah melewati batas-batas norma ketimuran yang ada.
Masalah pergaulan bebas ini sering kita dengar baik di lingkungan maupun dari media
massa.





Pergaulan bebas menurut agama
Dilihat dari segi katanya dapat ditafsirkan dan dimengerti maksud dari istilah pergaulan
bebas. Dari segi bahasa pergaulan ertinya proses bergaul, sedangkan bebas ertinya
terlepas dari ikatan. Jadi pergaulan bebas artinya proses bergaul dengan orang lain
terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Islam telah mengatur bagaimana cara
bergaul dengan lawan jenis. Hal ini telah tercantum dalam surat An-Nur ayat 30-31.
Telah dijelaskan bahwa hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul. Lalu
bagaiamana hal yang terjadi dalam pergaulan bebas? Tentunya banyak hal yang
bertolak belakang dengan aturan-aturan yang telah Allah tetapkan dalam etika
pergaulan keraa dalam pergaulan bebas itu tidak dapat menjamin kesucian seseorang.

Faktor-faktor

Banyak sebab pergaulan bebas jadi begitu merebak :

1. Tahap Iman yang lemah
Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman,
ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu
dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. Tahap iman manusia
hidup dalam jiwanya yang lemah dan kosong. Manusia yang lemah tidak takut dan
gentar akan hari pembalasan di akhirat kelak. Akibatnya, mereka tidak dapat
membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan kebatilan.


2. Dunia Cinta Remaja


Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang
lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah,
perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi
sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala
sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah
Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet menjadi
sangat berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain. Ini
adalah disebabkan oleh sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara iaitu sukar
disekat, ditapis dan dihalang. Selain itu, bahan-bahan lucah dapat memasuki negara
dengan mudah. Rancangan-rancangan yang disiarkan di televisyan memaparkan
adengan-adengan seks. Media cetak seperti majalah-majalah berbentuk hiburan juga
member kesan negatif. Banyak majalah memaparkan gambar-gambar artis barat dan
kelakuan dan gaya mereka.

Kesan-kesan

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan
banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam
masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari
aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan
akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang.
Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah:


1. Pembuangan bayi
Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii.
Hal ini menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum berkahwin. Dalam
situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama akan menjadi tidak
berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempat- tempat
seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

2. Perceraian dan keruntuhan rumahtangga
Kebanyakan pemudi-pemuda yang berkahwin akibat daripada mengandung.
Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih tidak matang lagi.
Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran
akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi
keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat
dilihat pada pertambahan kes perceraian yang berlaku di Malaysia.



3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki
dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS.
Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari
ini.

Cara mangatasi

Memandangkan masalah ini semakin menular di kalangan remaja,langkah-langkah
perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Langkah-langkah yang patut diambil
adalah seperti berikut:

1. Peranan ibu bapa
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan
anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-
anak. Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan
bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa
mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara
lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat
hingga menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu
memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka.

2. Peranan pihak sekolah
Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks
melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini
dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk
melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan
itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna,
seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi
benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan
bebas [Berita Harian,2 Mei 2005].

3 Peranan Guru Moral
Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral dan nilai perlulah dimulakan
dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan falsafah ilmu. Kalau dulunya kita
bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya kita kembali kepada ilmu yang
bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Usaha untuk membina acuan
Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai agenda istimewa perlulah
dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan masyarakat madani. Ini bermaksud
persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu
cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan,
ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian dan sebagainya mestilah
dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau
teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan
dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran
wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia
dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing
dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui
pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu
kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan
menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti,
pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat FPN
adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek emosi,
intelek, rohani dan jasmani.


Rumusan



Keratan Akhbar


Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu
yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup
untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih
tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.

Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah
adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di
sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita
semua.
Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam
pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan
melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara
dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau
remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman
sebelum perluasan pengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnya
pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal
tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa
banyak yang berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-
pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk
membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik.
Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan
masa kini sudah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar
daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era baru dalam pembentukan
sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar
dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi
manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang
semakin menjadi-jadi sehingga mengancam kenteteraman negara

Anda mungkin juga menyukai