Anda di halaman 1dari 10

1.

Pengenalan

Murid ialah generasi pelapis pada masa akan datang. Mereka bakal diamanahkan untuk
memimpin dan menerajui Negara Malaysia. Bagi merealisasikan dan mencapai hasrat aspirasi
ini, institusi sekolah disandarkan menjadi pusat pembentukan jati diri dan pengisian modal
insan. Kerajaan, masyarakat, ibu bapa, dan para pendidik mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang besar dalam menentukan hala tuju generasi ini. Namun, beberapa insiden
pelanggaran disiplin melibatkan tingkah laku seperti buli yang berlaku dalam dunia
persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi ini.
Sekolah sebagai agen sosialisasi utama, bertanggungjawab membenteras gejala ini hingga ini
hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan
bagi merangsang perkembangan murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0

Masalah buli

Menurut Kamus Dewan, Edisi keempat (2007), buli ditakrifkan sebagai perbuatan mendera,
mempermainkan seseorang, supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru.
Pembuli biasanya mempermain-mainkan, mendera orang yang lemah, dengan tujuan untuk
menggertak,

menakutkan orang yang berkenaan sekadar untuk berseronok. Menurut The

American Heritage Dictionary mengatakan bully (noun); A person who is habituallycruel or


overbearing, especially to smaller or weaker people. Apa yang dapat disimpulkan dari kesemua
definisi di atas ialah buli ialah sebuah perbuatan kasar yang dilakukan terhadap seseorang
yang diangkap lebih lemah dari diri si pelaku. Buli terbahagi kepada dua iaitu buli fizikal dan buli
mental.
Buli fizikal amatlah ekstrim. Buli fizikal merujuk kepada perbuatan penggunaan anggota
kaki mahupun tangan ke atas mangsa buli. Antara contoh buli fizikal ialah memukul,
menendang, mencubit, menumbuk dan memaksa mangsa buli untuk melakukan kerja seperti
basuh baju dan membeli barang. Buli fizikal ini dianggap sebagai satu perbuatan yang amat
negatif dan ekstrim kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Mangsa turut
dibuli dengan lebih teruk jika dia cuba mengelak atau melaporkan kepada lain. Berdasarkan
pemerhatian buli fizikal ini kebiasannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai sifat ego yang
tinggi yang benar-benar menyangka dirinya lebih kuat dan hebat berbanding orang lain.

Buli mental boleh meninggalkan kesan mendalam pada mental mangsa. Buli mental
atau kata lainnya ialah buli psikologi ialah buli yang menghentam pemikiran individu tanpa
perbuatan fizikal. Misalnya ialah mengejek, mencaci, mencerca, memaki hamun dan
memulaukan seseorang. Kesan buli mental ini amatlah teruk dan boleh mengakibatkan trauma
kerana mangsa akan teringat-ingat kata-kata yang dikeluarkan oleh si pelaku. Buli mental ini
biasanya berlaku di sekolah oleh seseorang yang merasakan dirinya lebih hebat atau mahu
menjatuhkan seseorang akibat daripada perasaan cemburu. Buli mental ini boleh dilihat
terutamanya di sekolah rendah.
3.0

Punca masalah

Punca masalah yang dipilih adalah kesibukan ibu bapa, rakan-rakan sebaya dan aksi ganas
dalam filem dan drama. Punca-punca tersebut dihurakan seperti dibawah.
3.1

Kesibukan ibu bapa

Menurut Dolge (1994) dalam Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon dan Zurhana
Muhamad (2008) mengatakan keluarga adalah satu-satunya agen sosialisasi yang
penting di dalam masyarakat. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam memberi kanak-kanak pendedahan awal sosialisasi di
peringkat kehidupannya. Sekarang ini, kebanyakan ibu bapa terlalu mengejar
kemewahan dunia dan lebih bersikap materialistik untuk memenuhi segala keperluan
hidup hinggakan kurangnya masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak. Tidak
dinafikan lagi, kebanyakan ibu bapa sekarang ini mahukan kehidupan yang lebih baik
dan terjamin untuk anak-anak sehinggakan mereka terlupakan
mereka

kepada

anak-anak.

Mereka

mengabaikan

anak-anak

tanggungjawab
untuk

mengejar

kemewahan hidup. Menurut Redl (1966) dalam Azizi Yahya et al. (2008) tekanan hidup,
kesibukan kerja, kesibukan mengejar kemewahan serta aktiviti sosial menyebabkan ibu
bapa dan anak-anak kurang mempunyai masa dan kesempatan untuk bercakap,
berbincang ataupun berdampingan antara satu sama lain, malahan jarang bersua muka.
Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan yang sempurna, sementara pelajar
pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna. Terdapat
juga ibu bapa terlalu garang dengan dengan anak-anak. Anak-anak adalah tempat
mereka melepaskan stres di tempat kerja. Anak-anak akan dipukul, ditendang dengan
sesuka hati kerana melakukan kesalahan yang menyakitkan hati ibu bapa. Pelajar
menjadi pembuli akibat daripada kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu

bapa. Pelajar pembuli akan membawa perasaan dendam dan geram kepada ibu bapa
ke sekolah dan dilepaskan dengan cara membuli pelajar lain di sekolah. Dari situ
mereka berasa gah dan lega setelah berjaya melepaskan geram yang dipendam.
3.2

Rakan-rakan sebaya

Rakan-rakan yang sering mempengaruhi untuk pelaku membuli. Pengaruh rakan


amatlah sinonim dengan apa jua gejala negatif di sekolah. Oleh yang demikian pelajar
sering diingatkan supaya bijak memilih dan menilai kawan. Pengaruh rakan sebaya
dalam tingkah laku seseorang amatlah sukar untuk dibendung kerana rakan adalah
pihak yang sentiasa bersama seseorang individu. Tidak dinafikan, terdapat banyak
pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Bagi si pelaku, ia adalah
sesuatu yang

menyeronokkan melihat pelajar lain dibuli beramai-ramai oleh rakan-

rakan yang sekepala dengan dirinya. Dari situ, hubungan mereka bertambah erat dan
seterusnya akan lebih giat membuli pelajar lain.
3.3

Aksi ganas dalam filem dan drama

Sekarang ini, boleh dikatakan setiap

keluarga di Malaysia mempunyai televisyen.

Semua orang suka menonton televisyen di waktu lapang. Tidak terkecuali


remaja. Remaja amat
televisyen

gemar menonton televisyen.

dengan

Kebanyakan rancangan di

kini sering memaparkan aksi ganas seperti bergaduh, mencuri, ponteng

sekolah dan berlagak samseng. Aksi sebegini ditonton oleh semua lapisan masyakat.
Aksi-aksi ini akan dicontohi oleh pelajar yang gemar meniru perbuatan ganas orang
lain. Tujuan aksi ganas ditonjolkan adalah untuk memberi pengajaran dan panduan
kepada penonton bahawa setiap kejahatan akan mendapat balasan seperti hukuman
penjara. Namun, mesej yang ingin disampaikan telah disalahgunakan. Aksi-aksi yang
ditonjolkan ini lebih menarik perhatian pelajar pembuli untuk ditiru bersama rakan-rakan
sekutunya. Pelajar pembuli ini meniru aksi yang dilihat dan mempraktikkan dengan
cara membuli pelajar lain. Pelajar pembuli akan berasa mereka lebih bergaya dan
setaraf dengan para pelakon yang melakonkan aksi tersebut.
4.0

Kesan kepada pelajar, guru dan sekolah


4.1

Kesan kepada pelajar

Pelajar yang menjadi mangsa buli akan mempunyai masalah yang serius dalam aspek
pergaulan. Individu yang dibuli akan mengalami kesan negatif seperti menjadi pendiam
ketika berada di rumah mahupun sekolah. Apabila

gejala ini berlarutan ia

akan

merenggangkan hubungan dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan. Mangsa buli
lebih gemar untuk

menyendiri berbanding berkongsi masalah dengan ahli keluarga

terdekat seperti ibu dan bapa.


Bukan itu sahaja, mangsa buli juga akan mengalami perasaan takut untuk ke sekolah.
Mangsa buli ini berpendapat, kehadiran mereka ke sekolah hanya akan

memberi

peluang untuk dibuli oleh pembuli dengan sewenang-wenangnya. Menurut Charach,


Pepler dan Ziegler (1990) dalam Azizi Yahaya dan Abdul Latif Ahmad (2005),
mengatakan

bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan pihak sekolah

untuk menyelesaikan masalah buli. Ini berlaku kerana guru kurang membincangkan
tentang permasalahan perlakuan buli di dalam bilik darjah. Pihak sekolah akan memberi
perhatian yang serius terhadap masalah buli sekiranya melibatkan ancaman fizikal dan
pergaduhan. Di samping itu juga, mangsa buli turut mengalami masalah daripada aspek
komunikasi yang berkesan. Kebanyakan pelajar yang dibuli akan menunjukkan sikap
kurang minat untuk berinteraksi.

Keadaan ini berlaku kerana pelajar itu bimbang

percakapannya akan dijadikan bahan ejekkan oleh pembuli. Pelajar yang dibuli akan
mengalami gangguan emosi

yang serius

yang akan memberi

impak yang besar

kepada personaliti remaja.


Golongan pelajar merupakan golongan yang sering berhadapan dengan konflik
emosi dan tingkah laku. Konflik ini akan menjadi lebih kritikal apabila pelajar
berhadapan dengan masalah serius seperti buli. Hal ini adalah kerana semasa peringkat
remaja emosi individu dikatakan lebih sensitif berbanding sebelumnya. Emosi mereka
juga sering terganggu akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku pada tubuh
badan dan limpahan hormon agak ketara. Mangsa buli akan menganggap diri mereka
seorang yang bodoh dan tidak berguna. Menurut Hooover dan Juul (1993) dalam
Sanders dan Phye (2004) mangsa buli mempunyai keyakinan diri rendah dan tahap
kebimbangan sosial yang tinggi. Gangguan emosi sering membebani mangsa buli dan
mengakibatkan prestasi pelajaran mereka akan merosot. Keseronokan mengikuti aktiviti
harian juga akan terjejas. Ada juga mangsa buli yang mengalami tekanan perasaan dan
dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar psikologi yang bagi membantu mereka

melepaskan diri daripada trauma yang dihadapi akibat dibuli secara berterusan. Kesan
buliyang paling membimbangkan adalah keinginan untuk membunuh diri.
Pembuli pula sebenarnya adalah golongan yang tidak menyedari bahawa diri
mereka

sedang menghadapi masalah menjalani kehidupan sosial yang baik.

Contohnya, apabila seorang pelajar yang suka membuli


menunjukkan

mereka akan cuba

reaksi kekerasan untuk mendapatkan barangan yang mereka hajati.

Keadaan ini berlaku lantaran daripada sikap ego serta angkuh yang tinggi pada diri
pelajar pembuli. Menurut Freud dalam Suppiah Nachiappan et al. (2009) melalui Teori
Psikoanalis, Freud menjelaskan bahawa remaja mempunyai tahap komponen personaliti
yang berbeza-beza terdiri daripada id, ego dan superego. Komponen ego dikatakan
terbentuk daripada pengalaman manakala super ego terbentuk daripada baka atau
persekitaran. Seorang pelajar yang menjadi pembuli

itu akan membesar sebagai

seorang insan yang tidak berdisiplin dan gagal mendapat keputusan yang cemerlang
dalam pencapaian akademiknya. Proses pembelajaran pembuli
kerana mereka

akan terganggu

sering dipanggil oleh guru disiplin dalam membantu mencari

penyelesaian yang terbaik dalam setiap masalah yang dilakukan oleh mereka di
sekolah. Masa belajar pembuli juga akan berkurangan kerana terpaksa menjalani
hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan untuk memberi pengajaran kepada
pembuli.
Pelajar pembuli akan menjadi bertambah agresif sekiranya mereka berterusan
membuli.

Pembuli akan menganggap cara agresif

mereka mengekspresikan

kemarahan atau kekuatan terhadap orang lain adalah tidak salah. Selalunya masalah
buli berlaku kepada dua pelajar yang berlainan saiz badan. Individu yang besar cuba
untuk menonjolkan kekuatan dan kekuasaannya terhadap golongan yang lemah.
Menurut Dodge (1991) dalam Sanders dan Phye (2004) agressi dapat dibahagikan
kepada dua iaitu reaktif dan progresif. Golongan pembuli dikatakan tergolong dalam
kumpulan reaktif kerana tindakan mereka biasanya melibatkan kemarahan.

Amat

dibimbingi pelajar pembuli akan menjadi penjenayah yang agresif yang melakukan
kesalahan seperti merogol, merompak dan mencederakan isteri suatu hari nanti. Oelh
itu langkah pencegahan dari merebakkan kes buli di sekolah harus dibendung dengan
segera.
4.2

Kesan terhadap guru

Pelajar yang terlibat dengan kes buli adalah terdiri murid-murid yang lemah di dalam
pelajaran. Bagi menjaga imej mereka dikalangan rakan-rakan dan supaya tidak
dipandang rendah, mereka menunjukkan kuasa mereka kepada rakan yang lain seperti
melakukan perbuatan membuli rakan- rakan yang dianggap lemah. Pelajar pembuli ini
tidak berminat untuk belajar dan sering melakukan masalah di dalam kelas. Pelajar ini
suka menganggu rakan dengan cara mengusik mereka dan menyorokkan barangbarang mereka terutamanya pelajar perempuan. Mereka merasa bangga apabila rakanrakan mereka menjerit dan menangis kerana barang mereka

hilang. Mereka juga

akan menganggu pengajaran guru di dalam kelas akibat perasaan bosan mereka
kerana tidak berdaya untuk menguasai pelajaran yang diajarkan oleh guru. Sekiranya
mereka mendapati guru yang mengajar itu kurang menarik perhatian, mereka akan
menganggu pengajaran guru tersebut. Pelajar pembuli ini tidak akan membuat kerja
yang diberikan oleh guru. Mereka juga sering tidak membawa buku teks dan latihan
ke sekolah. Pembuli juga akan memaksa rakan-rakan mereka yang lemah untuk
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Pengajaran guru di dalam kelas
tidak akan dapat dijalankan dengan baik kerana sering terganggu dengan pelajar
yang mempunyai masalah tingkah laku seperti pembuli ini.
4.3

Kesan terhadap sekolah

Masalah buli adalah satu fenomena yang banyak berlaku di sekolah ketika ini. Masalah
buli dalam kalangan pelajar sekolah adalah masalah utama di sekolah
Perbuatan

buli dilakukan oleh pelajar

Malaysia .

lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan

terlibat dengan tingkah laku buli psikologi seperti ejek, fitnah, pulau dan sisih, sementara
pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan tingkah laku buli fizikal seperti menolak,
memukul dan menepeleng. Masalah buli semakin menyeramkan apabila boleh
melibatkan kematian. Murid yang lemah dan berbadan kecil sering menjadi mangsa buli.
Pembuli biasanya terdiri daripada murid yang berbadan tegap dan besar. Masalah buli
sekarang melibatkan pelajar di kelas yang berbeza. Murid yang lebih besar akan
membuli pelajar yang lebih kecil daripada mereka. Contohnya pelajar tahun tiga akan
membuli pelajar tahun dua. Pelajar tahun enam akan membuli pelajar tahun lima dan
tahun empat.

Masalah buli sekarang ini kian hebat apabila pembuli membuat ugutan

akan mencederakan mangsa buli sekiranya enggan memberikan wang yang


dikehendaki. Jumlah wang yang terlibat adalah dalam jumlah yang banyak seperti wang
yang diberikan ibu bapa untuk membayar wang tuisyen, tambang van dan wang untuk
6

mengikuti lawatan. Pembulipembuli sering mendapat info daripada rakan-rakannya


tentang murid yang mempunyai wang yang banyak. Strategi akan disusun untuk
mendapatkan wang tersebut. Sekarang ini jumlah wang yang diugut oleh pembuli
adalah dalam jumlah yang lebih besar. Contohnya kes yang berlaku di sekolah rendah di
Kuala Selangor tempat saya mengajar, wang ugutan yang diminta oleh pembuli adalah
berjumlah RM 600. Wang ini berjaya diperolehi oleh pembuli. Mangsa telah mengambil
wang emaknya untuk diberikan kepada pembuli kerana takut dicederakan oleh pembuli
yang berbadan besar. Pembuli ini adalah pelajar di Tahun 6. Sementara mangsa buli
pula adalah di Tahun 4. Ramai pelajar yang engggan datang ke sekolah kerana takut
dibuli oleh rakan mereka. Tempat-tempat aktiviti buli biasanya

adalah tempat yang

tersembunyi di sekolah seperti tandas, belakang bangunan sekolah,


padang sekolah. Pelajar pembuli
membantah setiap

stor dan di

biasanya kerap melawan dan keras kepala dan

tindakan yang diambil terhadap mereka. Pelajar pembuli ini

menyedari bahawa mereka akan mendapat bantuan daripada ibu bapa mereka apabila
mereka tertangkap melakukan kesalahan membuli. Pelajar pembuli ini biasanya
mendapat sokongan dan perlindungan daripada ibu bapa. Ibu bapa akan memberi
pelbagai alasan untuk menyokong tindakan anak-anak mereka. Didikan dan asuhan
daripada ibu bapa inilah yang akan mendorong dan menentukan tingkah laku anakanak mereka. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli.
Masalah buli perlu dipandang serius kerana ia akan menjadi satu masalah besar
kepada negara pada masa hadapan. Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar perlu
diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin, kebajikan dan
keselamatan pelajar. Masalah tingkah laku buli perlu ditangani dengan sebaik mungkin
supaya ianya tidak menjadi masalah yang boleh mendatangkan kesan

kepada

perkembangan akademik dan sahsiah pelajar. Pembuli dan mangsa buli akan
mengalami masalah kemerosotan dalam pelajaran. Pembuli akan terus membina sikap
keegoaan diri dan merasakan pelajaran adalah sesuatu yang membebankan dan
membosankan. Pembuli lebih gembira melakukan perbuatan buli kepada rakan-rakan.
Kesan berdarah, menangis dan lebam dimuka mangsa buli adalah suatu kepuasan
kepada pembuli. Mereka telah berjaya membuktikan diri mereka telah

menang.

Kebanyakkan kejadian buli yang berlaku di jalan-jalan raya dan luar sekolah

juga

dikaitkan dengan kejadian buli yang berlaku di sekolah. Apabila pembuli tidak dapat
melaksanakan buli terhadap mangsa buli, mereka akan mencari ruang di luar waktu
persekolahan. Pembuli jalan raya ialah seorang yang ketika persekolahannya juga
7

merupakan seorang pembuli. Ini menunjukkan wujud pertalian antara tingkah laku buli
dan kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa
dewasa. Ini menunjukkan zaman kanak-kanak juga mempengaruhi tingkah laku apabila
meningkat dewasa.
5.0

Statistik membuli mengikut Lembaga Disiplin Sekolah.

Menurut statistik sebuah Sekolah di Puncak Alam Kuala Selangor masalah buli adalah antara
masalah yang paling kerap berlaku di sekolah ini. Masalah bergaduh dengan rakan dan
pengawas adalah merupakan jumlah masalah tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh
pelajar di sekolah ini. Jumlah kes yang melibatkan tingkah laku bergaduh dengan rakan adalah
sebanyak 30 kes. Sementara masalah meminta wang secara paksa dengan rakan adalah
merupakan masalah kedua tertinggi yang dihadapi di sekolah ini. Kes meminta wang secara
paksa adalah sebanyak 8 kes. Jumlah wang terlibat dalam kes peras ugut ini adalah sebanyak
RM 600.00. Masalah menganggu rakan dengan menyorokkan barang rakan juga ada terjadi di
sekolah ini. Jumlah kes seperti ini adalah 8 kes. Masalah buli yang lain adalah mengoyakkan
buku rakan sebanyak 3 kes. Sementara kes mengejek rakan dan mengurung rakan di dalam
tandas ke dua-dua adalah berjumlah sebanyak 1 kes. Semua kes ini menjadikan sekolah ini
bermasalah dalam pencapaian akademik. Murid sekolah ini kurang cemerlang dalam
peperiksaan. Di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun lepas, sekolah ini
hanya mempunyai 65 peratus pencapaian keseluruhan kelulusan. Usaha keras harus dilakukan
oleh semua pihak bagi memastikan

pembentukan tingkah laku yang baik akan dapat

diterapkan dan pelajar bermotivasi untuk belajar bagi menjamin kejayaan di masa depan.
6.0

Cara mengatasi masalah buli.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membendung masalah buli ini. Masa pelajar
lebih banyak dihabiskan di rumah berbanding di sekolah. Ibu bapa haruslah berperanan dalam
memberikan pendekatan dan cara yang terbaik bagi membentuk sahsiah remaja pelajar ini. Ibu
bapa perlu memberikan didikan agama dan asuhan yang mencukupi dan merangkumi aspek
jasmani, rohani dan emosi kepada anak-anak remaja ini supaya tidak berlaku ketempangan
dalam diri mereka. Hal ini pernah disebut oleh Siddiq Fadhil dalam Mustaffa Kamil Ayub (1994)
yang mengatakan bahawa manusia seutuhnya dengan segala aspek, dimensi dan potensinya
harus dibina dengan seimbang sehingga mencapai keadaan keseimbangan. Dengan adanya
asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara-

perkara yang tidak baik. Ibu bapa juga perlu menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
seperti menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain.
Selain itu, ibu bapa haruslah berbincang dan menghabiskan masa dengan
memperuntukan masa yang berkualiti untuk mengetahui perkembangan anak-anak. Ibu bapa
seharusnya menjadi rakan kepada anak-anak remaja ini. Dengan cara ini anak-anak akan lebih
mempercayai ibu bapa dan menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan dan tempat berkongsi
dan meluahkan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah, ibu bapa hendaklah
memberikan tumpuan.

Ibu bapa tidak perlu membuat spekulasi yang tidak baik ataupun

menghukum anak-anak remaja ini. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan
penyelesaiannnya. Ibu bapa juga digalakkkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli
keluarga dan perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak. Ibu bapa tidak boleh membiarkan
anak-anak bersendirian. Anak-anak perlu dibimbing dalam menentukan jalan hidup. Ibu bapa
adalah model bagi anak-anak, jika ibu bapa menunjukkan tingkah laku agresif di hadapan anakanak, mereka akan meniru tingkah laku itu. Menurut Olweus (1978) dalam Azizi Yahaya et al.
(2008) mengatakan salah satu sebab mengapa pemerhati kejadian buli turut membuli adalah
kerana peniruan. Ibu bapa perlu memberikan contoh teladan yang baik supaya anak-anak
boleh meniru tingkah laku ibu bapa seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan. Bahasa
dan perlakuan ibu bapa yang kasar akan mudah untuk ditiru dan dipraktikkan oleh anak-anak
untuk mengejek dan membuli rakan-rakan.
Selain itu juga, ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak. Rakan sebaya
mempengaruhi dan memberi impak yang besar terhadap tingkah laku dan kelakuan seseorang
individu itu. Rakan sebaya merupakan insan yang rapat dengan remaja selain ibu bapa. Rakan
sebaya yang baik akan mendorong rakan-rakan untuk membuat kebaikkan. Rakan sebaya
yang baik harus melaporkan kepada guru jika melihat kes buli. Sikap takut

kepada pembuli

harus dikikis supaya masalah buli ini tidak menjadi lebih serius dan dapat dibenteras. Rakan
sebaya yang baik seharusnya memberi semangat kepada mangsa buli supaya penderitaan
mangsa tersebut akan berkurangan.

Mangsa buli ini amat memerlukan sokongan dan

dorongan dari rakan sebaya untuk mengembalikan semangatnya yang hilang akibat kejadian
buli tersebut. Menurut Nesbitt (1999) dalam Azizi Yahaya (2008) pelajar yang mempunyai ciriciri personaliti yang lemah seperti pemalu, pasif dan tidak bermaya berpotensi untuk menjadi
mangsa buli. Mangsa buli ini juga merupakan pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri dan
kurang popular dalam kalangan rakan sebaya. Oleh yang demikian, sebagai rakan sebaya
seharusnya berdampingan dan berinteraksi serta mengajak mangsa buli ini menyertai aktiviti9

aktiviti sosial seperti menyertai Kelab Rakan Sebaya atau kelas seni mempertahankan diri
supaya mangsa buli ini berkeyakinan dan mempunyai nilai keyakinan diri yang tinggi dan tidak
mudah menjadi mangsa buli lagi. Rakan sebaya juga tidak boleh meminggirkan mangsa buli ini
kerana dengan cara ini ia akan menimbulkan masalah yang berat kepada mangsa buli.
Dorongan dan sokongan haruslah diberikan kepada mangsa buli supaya semangat dan
kekuatan dapat dibina semula dalam dirinya.
7.0

Kesimpulan

Sekolah merupakan sebuah komuniti yang menjadi sebahagian daripada masyarakat yang
lebih luas. Di samping mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai role model yang
utama kepada para pelajar. Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan
sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau
murid itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat
untuk melahirkan samseng. Sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas
dendam, perbuatan seumpama ini tidak sepatutnya menjadi budaya yang menunjangi institusi
sekolah.Masalah buli ini, walau sekecil mana pun, ia mempunyai potensi yang besar untuk
merebak dengan berluasa jika dibiarkan. Maruah dan harga diri negara kita adalah terletak
pada rakyatnya yang sentiasa beretika, bermoral dan berdisiplin.

10

Anda mungkin juga menyukai