Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Nik Safiah (1986) dan Abdullah Hassan (1987) berpendapat bahawa, sebelumnya yakni
dalam tahun 80-an, konsep bahasa ilmu lebih dikenali sebagai “bahasa ilmiah”. Berlandaskan
Kamus Dewan edisi keempat (2005), ‘bahasa’ membawa maksud sistem lambang bunyi suara
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok untuk melahirkan perasaan
atau fikiran. Perkataan ‘melayu’ pula didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami
seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya atau nama suku bangsanya
terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu. Oleh itu boleh disimpulkan bahawa bahasa
Melayu adalah kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang
dalam percakapan atau tulisan yang diterima dan diguna pakai oleh rakyat sesebuah negara
sebagai alat perhubungan.

Berdasarkan sejarah perkembangan kegemilangan bahasa Melayu, A. Aziz Deraman


(2000) menyatakan bahawa penarafan bahasa Melayu sebagai bahasa “lingua franca” amat
berpengaruh bukan sahaja di rumpun kepulauan Nusantara, bahkan merentasi sempadan
negara asing yang lain. Kedudukan bahasa Melayu sebagai medium bahasa antarabangsa
telah tersebar melalui kegiatan perdagangan, migrasi, proses urbanisasi, perkahwinan dan
pertembungan peradaban dengan bangsa asing. Pengaruh bahasa Melayu di kepulauan
Nusantara telah berkembang pesat sebagai bahasa ilmu. Konsep bahasa Melayu sebagai
“bahasa ilmu” mula diperkenalkan dalam tahun 90-an seiring dengan penekanan “budaya
ilmu” dan pada masa yang sama setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara baik dalam
kegiatan-kegiatan keilmuan secara langsung ataupun tidak langsung.

1
2.0 FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU

Nik Safiah Karim dan Norlidza Shamsuddin (2007) menyatakan yang bahasa Melayu
mampu mengungkap ilmu-ilmu yang tinggi seperti memperkatakan bidang berkaitan dengan
sains, ekonomi, perundangan, teknologi maklumat dan bidang-bidang lain. Setiap laras
mempunyai kosa kata tersendiri yang khusus tentang bidang berkenaan. Bahasa Melayu
boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden, misalnya dalam bidang
kejuruteraan. Bahasa Melayu mempunyai laras-laras bahasa yang khusus untuk
menerangkan hal-hal tentang kejuruteraan awam,kejuruteraan elektrik, kejuruteraan
mekanikal dan kejuruteraan kimia. Laras-laras saintifik ini berbeza pula dengan laras sains
sosial dan kemanusiaan seperti laras kesusasteraan, sejarah, laras seni ukur, laras sains
rumahtangga dan sebagainya.

Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kim Fatt (1997), sebagai bahasa ilmu, bahasa
Melayu mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan laras bahasa yang sesuai untuk
mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Perbendaharaan kata
pada masa kini jauh lebih baik dan lebih khusus sifatnya. Misalnya, kamus Dewan terbitan
1984 hanya mempunyai 28000 kata masukan tetapi Kamus Dewan edisi ketiga yang
diterbitkan pada tahun 1994 telah ditambah sebanyak 6000 kata masukan baru dan
menjadikan kesemuanya berjumlah 34000 kata masukan. DBP telah mencipta istilah untuk
semua bidang yang berjumlah 477300 masukan pada April 1986. Sementara jumlah istilah
yang dihasilkan oleh DBP ialah lebih 600000 yang merangkumi 73 bidang pada Ogos 1996.
Nyatalah bahawa perbendaharaan kata (kosa kata) sebagai bahasa ilmu adalah banyak dan
lebih khusus sifatnya.

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2011), keintelektualan bahasa
dicapai terutamanya melalui perbendaharaan kata atau sebagainya melalui sistem
tatabahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan sesuatu bahasa itu
menyampaikan buah fikiran dan hujah yang tepat dan berkesan. Kemuncak pencapaian
keintelektualan bahasa ialah penggunaan laras saintifik dan ilmiah yang bertujuan untuk
menghasilkan bentuk bahasa yang tepat yang mencerminkan kejelasan pemikiran proses
saintifik dan yang menekankan konsep serta pemikiran yang lojik. Bahasa yang sempurna
adalah bahasa yang memperlihatkan sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dan keindahan. Keintelektualan bahasa ini dicapai terutamanya melalui
perkembangan perbendaharaan kata (kosa kata) dan struktur tatabahasa. Melalui
perkembangan perbendaharaan kata, iaitu menambahkan istilah-istilah baru. Oleh sebab

2
sebahagian daripada bidang-bidang itu bersifat khusus dan baru, istilah-istilah ini mungkin
tidak difahami oleh penutur-penutur biasa. Melalui struktur tatabahasa pula, penukaran bentuk
dan corak perbendaharaan kata, iaitu dengan memberi pengertian-pengertian tertentu atau
khusus bagi bidang-bidang tertentu kepada perkataan-perkataan biasa dalam bahasa itu.
Perkataan-perkataan baharu haruslah bersifat tepat, spesifik dan abstrak.

3
3.0 KESAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU TERHADAP BANGSA DAN
NEGARA

3.1 Lahirnya ramai para ilmuan dan cendekiawan yang terkenal.

Terdapat beberapa kesan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terhadap bangsa dan
negara. Antaranya ialah lahirnya para ilmuan dan cendekiawan yang terkenal di seluruh
negara yang menerbitkan buku-buku dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, Professor Dr.
Asmah Haji Omar yang pakar dalam bidang nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam
bidang perancangan bahasa. Selain itu, Awang Sariyan pula pakar dalam bidang pengajian
Melayu di China dan A.Aziz Deraman. Pada kurun ke-15, terdapat beberapa lagi tokoh ilmuan
yang terdahulu seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Al-Raniri dan Syeikh Muhammad
Arsyad Al-Banjari yang mengungkapkan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Hal ini
menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai puncak ketinggiannya sebagai bahasa
ilmu sejak zaman kesultanan Melayu di seluruh kepulauan Melayu sesudah kedatangan Islam
dengan lahirnya tokoh-tokoh sastera dan kesufian serta terhasilnya kitab-kitab ulung. Jelaslah
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat melahirkan ramai para cendekiawan yang
telah memberi banyak sumbangan kepada bangsa dan negara serta membangunkan nama
negara.

3.2 Bahasa Melayu digunakan di seluruh dunia dalam pelbagai bidang.

Selain itu, bahasa Melayu digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia dalam pelbagai
aspek seperti bidang pendidikan, sosial dan ekonomi. Dalam bidang pendidikan, bahasa
Melayu digunakan di peringkat universiti, bukan universiti tempatan sahaja malah di seluruh
dunia seperti Korea, China dan beberapa negara Eropah seperti penubuhan Kursi Pengajian
Melayu di beberapa universiti terkemuka di dunia, iaitu Kursi Pengajian Melayu wilayah Eropah
di Universiti Leiden, Belanda, Kursi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Amerika Syarikat,
Universiti Victoria Wellington, Universiti Beijing dan di Universiti Hankuk, Korea Selatan.
Bahasa Melayu juga digunakan di forum antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB). Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia tentulah menuntut
usaha menghasilkan sebanyak mungkin bahan berilmu dalam bahasa Melayu.

3.3 Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa perhubungan di Malaysia.

Akhir sekali, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menjadikannya sebagai bahasa
perhubungan di Malaysia. Penduduk tanah Melayu sejak awal lagi terdiri daripada pelbagai
kaum dan setiap kaum mempunyai bahasa ibunda. Begitu juga dengan masyarakat Melayu
sendiri, terdapat pelbagai dialek dan dialek ini hanya boleh difahami dalam lingkungan mereka
sendiri. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bertindak sebagai alat yang menghubungkan

4
penutur-penutur yang menuturkan pelbagai dialek ke dalam bahasa yang sama. Ini dapat
menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat penuturan dan menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa utama dalam interaksi pelbagai kaum serta memudahkan interaksi antara
kaum yang berlainan dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

5
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu


bersaing dan berdaya maju dengan negara-negara lain dalam mencapai kecemerlangan
bahasa ilmu. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dan menghargai dengan
pencapaiannya. Ini terbukti apabila China dan Korea serta Jepun yang sangat mendaulatkan
bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbuktilah bahawa sesuatu bahasa tidak
pernah menjadi penghalang kepada kemajuan bahkan membantu menaikkan dalam
perkembangan sesuatu negara. Oleh yang demikian, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa
ilmu. Di samping itu, kesemua ini terbukti bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan
ilmu dalam zaman kegemilangannya dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan,
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang dapat menjana minda bangsanya. Segala
pengorbanan dan usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab
mendaulatkan bahasa Melayu dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, dilihat
sebagai satu usaha yang murni dan menyumbangkan kepada perkara positif khususnya
kepada pembangunan tamadun bangsa. Oleh itu, bahasa ilmu mampu menjadi pengantara
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi yang mana bahasa ilmu
telah diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu.

6
RUJUKAN

A.Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

AB. Rahman Ab Rashid, Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Selangor:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Azizul Haji Ismail, Dr. Vijayaletchumy a/p Subramaniam. Pengajian Bahasa Melayu di Luar
Negara. Retrieved on 17 Ogos 2017 from http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1825.

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu apa sudah jadi?. Kuala Lumpur: PTS
Professional Pub.

Mohd Raman Daud. (2013). Memartabatkan Bahasa Melayu jadi Bahasa Dunia. Retrieved
on 17 Ogos 2017 from http://www.beritaharian.sg/bahasa-budaya/

memartabat- melayu-jadi-bahasa-dunia.

Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin. (2007). Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

RPM, Jebat, AJ, B.B & SMKTK. Retrieved on 17 Ogos 2017 from

http://www.penaminang.com/2013/06/sekalung-tahniah-dan-syabas-buat-
prof.html#axzz4qBfLmZ5R.

S.M Zakir, Asmah Omar Pendeta Bahasa Melayu. Retrieved on 17 Ogos 2017 from

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4397.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Tokoh: Asmah Haji Omar. Retrieved on 17 Ogos 2017 from

http://pspkkm.um.edu.my/images/pusat_sumber/1.6%20PEND%20TOKOH/1.%20As
mah%20Haji%20Omar.pdf.

7
8

Anda mungkin juga menyukai