Anda di halaman 1dari 3

Laras bahasa Melayu secara umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan

bahasa. Laras bahasa dedefinisikan sebagai gaya dan penggunaan sesuatu bahasa, gaya
merujuk kepada sesuatu bahasa manakala penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar,
situasi, topik dan tujuan perbincangan (Nicholas Lidang Mud, 2014). Oleh itu, sesuatu laras
tertentu digunakan berdasarkan sesuatu keadaan dan situasai tertentu. Hal ini menyebabkan
terdapat persamaan dan perbezaan laras bahasa Melayu klasik dan moden.

Laras bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai persamaan dari segi penggunaan
bahasa Arab. Sebagai contoh yang terdapat dalam prosa tradisional burung terbang dipipiskan
lada seperti, “Dan telah sudah lepas idah” (halaman 33), manakala bahasa Arab yang terdapat
dalam cerpen cinta Ahmad Mutawakkil seperti, “Alhamdulillah…” (halaman 48).

Seterusnya, kedua-dua laras bahasa Melayu mempunyai persamaan dari segi segi gaya
bahasa repetisi. Sebagai contoh yang terdapat dalam prosa tradisional burung terbang dipipiskan
lada seperti “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga,
hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat …” (halaman 29). Repetisi
yang terdapat dalam cerpen cinta Ahmad Mutawwakil seperti “Hati Melayu tak reti bermusuhan,
hati Melayu penuh dengan persahabatan” (halaman 50).

Laras penggunaan bahasa bagi bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden
mempunyai beberapa perbezaan yang ketara. Antara perbezaan yang terdapat dalam prosa
tradisional burung terbang dipipiskan lada dan cerpen cinta Ahmad Mutawakkil ialah penggunaan
kata pangkal ayat. Hal ini kerana bahasa Melayu klasik menggunakan kata pangkal ayat seperti
hatta, arakian dan syahadan manakala bahasa Melayu moden menggunakan kata pangkal ayat
yang lain seperti selain itu, seterusnya, namun dan lain-lain. Sebagai contoh kata pangkal ayat
yang digunakan dalam prosa tradisional burung terbang dipipiskan lada seperti, “Syahadan, pada
suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak”
(halaman 29). Justeru, kata pangkal ayat yang digunakan dalam cerpen cinta Ahmad Mutawakkil
seperti, “Namun, kami bersyukur atas dua perkara” (halaman 46)

Selain itu, laras bahasa Melayu klasik dan moden mempunyai perbezaan dari segi
penggunaan kata ganti nama diri. Hal ini kerana bahasa Melayu klasik banyak menceritakan
kehidupan di istana berbanding bahasa Melayu moden yang menceritakan kehidupan rakyat.
Oleh itu, kata ganti nama yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik seperti patik, tuan hamba
dan baginda. Sebagai contoh yang terdapat dalam prosa tradisional burung terbang dipipiskan
lada seperti “Maka titah baginda” (halaman 31). Namun begitu, kata ganti nama bagi bahasa

1
Melayu moden ialah saya, kami dan aku. Contoh yang terdapat dalam cerpen cinta Ahmad
Mutawwakil seperti “Aku tak sangka budak tu pandai menulis” (halaman 47).

Seterusnya, ayat bagi bahasa Melayu klasik panjang-panjang serta agak melerek
manakala ayat bagi bahasa Melayu moden ringkas, tepat dan padat. Sebagai contoh ayat bahasa
Melayu klasik panjang-panjang dan agak melerek yang terdapat dalam prosa tradisional burung
terbang dipipiskan lada seperti

“Telah bertemu dengan perahu siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua
tiga buah perahu siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya
pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu siam alah” (halaman 35)

Manakala ayat bagi bahasa Melayu moden ringkas, tepat dan padat yang terdapat dalam cerpen
cinta Ahmad Mutawakkil seperti, “Ahmad Mutawakkil terdiam, memandang tepat wajah gadis itu”
(halaman 52)

Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah wujud sejak zaman
dahulu dan telah mengalami pelbagai perubahan daripada beberapa aspek seperti kosa kata,
tatabahasa dan sebutan. Namun begitu, tedapat juga beberapa perkataan yang dikekalkan
sehingga kini. Oleh itu, kita perlulah menghargai bahasa Melayu dan sentiasa berusaha
meningkatkan bahasa Melayu supaya dapat bersaing dengan bahasa asing.

2
Rujukan

Nicholas Lidang Mud. (2014). Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa. Dipetik pada 30 Mac 2018
daripada https://www.slideshare.net/Nicholas940217/jenis-jenis-dan-ciriciri-laras-bahasa

Nik Safiah Karim, Norliza Jamaluddin, Raminah Sabran. (2015). Bahasa Melayu Penggal 1.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2015). Sejadah Rindu. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai