Anda di halaman 1dari 2

RENTAP PAHLAWAN IBAN SEJATI: SUATU TINJAUAN

Kajian ini membincangkan kedudukan Rentap sebagai pahlawan legenda Iban yang paling terkenal di Sarawak pada abad ke-19. Rentap merupakan satu-satunya
pahlawan legenda Iban yang paling banyak diberikan perhatian, pujian dan sanjungan. Daripada seorang pahlawan yang dahulunya digelar pemberontak oleh
penjajah kini Rentap merupakan satu-satunya pahlawan Iegenda Iban yang dipandang sebagai pejuang kebebasan yang berjuang untuk membebaskan tanah
airnya daripada cengkaman penjajah. Kajian ini cuba untuk merungkai apakah kelebihan dan keistimewaan pahlawan Rentap itu sehinggakan dia begitu diagung-
agungkan bukan sahaja oleh orang Iban, tetapi oleh juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

PENDAHULUAN
Pengenalan
Kita sering beranggapan bahawa cara yang paling baik untuk mempelajari dan mengkaji kesusasteraan ialah dengan membaca sesebuah teks atau manuskrip.
Namun demikian, bagi orang Iban persoalannya, di manakah teks atau manuskrip sastera yang pernah mereka hasilkan? Jika dibandingkan dengan bangsa-
bangsa lain di seluruh Nusantara, terutamanya orang Melayu, tradisi tulisan bagi orang Iban lahir begitu jauh terkemudian daripada tradisi lisan.

Ketika kesusasteraan Melayu di negeri Sarawak mula tumbuh dengan terbitnya Hikayat Nikosa yang ditulis oleh Ahmad Shahwal Abdul Hamid dalam tahun 1876,
kesusasteraan tulisan Iban masih lagi belum menampakkan wajahnya (Hamzah Hamdani, 1988: vii-viii). Regim Brooke yang datang kemudiannya begitu lambat
membawa pendidikan kepada orang Iban, oleh itu mereka begitu lambat celik huruf. Bahan bercetak yang ada pada ketika itu hanyalah berupa dokumen-dokumen
pemerintah Brooke.

Namun demikian ini bukan bermakna bahawa orang Iban tidak mempunyai sebarang hasil kesusasteraan. Sebenarnya orang Iban begitu kaya dengan tradisi dan
sastera lisan yang boleh dikatakan telah wujud seusia dengan bangsa itu sendiri. Sebelum mengenal sebarang bentuk tulisan, orang Iban sebenarnya mempunyai
bentuk tulisan yang dipanggil papan turai. Papan turai ini digunakan oleh lemambang atau tukang sabak sebagai panduan untuk menentukan urutan cerita dan
menoa (wilayah) yang akan disebutkan dalam persembahan mereka (Erik Jensen 1968: 29).

Namun demikian papan turai bukanlah tulisan dalam erti kata yang sebenarnya, papan tersebut adalah tidak Iebih daripada hanya kepingan papan yang diukir
dengan simbol-simbol untuk mengingati ungkapan atau perenggan-perengan tertentu dalam pengap atau sabak (death dirge). Simbol-simbol pada papan turai
hanya difahami oleh pembuatnya sahaja, oleh itu penggunaannya tidak meluas seperti kertas.

Namun demikian, sesuatu yang lebih penting daripada papan turai-papan turai, ialah cerita lisan yang telah disampaikan dari mulut ke mulut, daripada satu
generasi kepada satu generasi. Oleh itu tradisi ini tetap terpelihara dan kekal sebagai khazanah warisan Iban yang tinggi nilainya. Oleh itu, untuk mengkaji sastera
rakyat Iban, kita tidak semestinya bergantung kepada teks-teks atau manuskrip klasik seperti yang dimiliki oleh orang Melayu, tetapi boleh juga berdasarkan
sastera lisan mereka, misalnya cerita legenda pahlawan Rentap yang telah diwarisi oleh orang Iban sejak turun-temurun.

Kajian ini adalah berkisar kepada cerita Panglima Rentap, pahlawan legenda Iban yang terkenal dengan keberaniannya menentang penjajah di Sarawak,
terutamanya di Bahagian Kedua (Skrang-Kalaka-Saribas). Walapun Rentap telah meninggalkan kita lebih daripada satu abad lamanya, namun legendanya terus
hidup di tengah-tengah masyarakat hingga kini.

Kajian ini cuba menilai dan meletakkan perjuangan Rentap pada kedudukan yang sewajarnya berdasarkan cerita-cerita lisan. Selama ini kita hanya melihat dan
menilai perjuangan Rentap dari sudut pandangan regim Brooke dan kolonial British kerana kekurangan sumber-sumber daripada pihak tempatan, terutamanya
daripada orang Iban sendiri. Hal Ini menyebabkan perjuangan Rentap sering dilihat sebagai hanya didorong oleh faktor yang tidak rasional, iaitu keinginan
Rentap untuk mempertahankan budaya Iban yang jelek, iaitu headhunting (piracy) semata-mata.

Berdasarkan cerita-cerita lisan yang telah dipeturunkan kepada orang Iban, di samping dengan tidak mengabaikan catatan-catatan penjajah dan juga pandangan
beberapa pihak tempatan sendiri, diharapkan dapatlah kita melihat dan menilai perjuangan Rentap dari sudut pandangan kita sendiri. Akhirnya nanti dapatlah
kita membuat kesimpulan di manakah kedudukan Rentap sebagai pahlawan legenda Iban yang paling terkenal di Sarawak pada abad ke-19.

Kerja-kerja dalaman atau kepustakaan dalam kajian melibatkan pencarian bahan dan aklumat daripada buku, tesis, latihan ilmiah dan jurnal di Perpustakaan Tun
Seri Lanang (PSTL) UKM terutamanya di bahagian Koleksi Asia Tenggara, Bilik Sumber Jabatan Persuratan Melayu UKM, Perpustakaan Institut Alam dan
Tamadun Melayu (PATMA) di UKM, Pusat Dokumentasi Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Memorial
Kuala Lumpur dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.

Kajian lepas
Cerita jerita tuai atau bahan-bahan yang terkandung dalam tradisi lisan Iban sejak dahulu lagi telah menarik perhatian para penulis Barat dan juga penulis
tempatan. Seawal tahun 1 870-an, dengan terbitnya makalah Sarawak Gazette banyak artikel tentang sejarah, agama, kepercayaan dan sastera rakyat Iban,
termasuk mitos dan Iegenda telah ditulis oleh para penulis Barat seperti Anthony Richard, William Howell, C.A. Bamfylde, D.S.J. Bailey, Father Dunn. E.H. Gomes
dan Florence E. Het.

Kisah-kisah penentangan rakyat Sarawak, termasuk Rentap juga banyak dipaparkan oleh penulis-penulis Barat, terutamanya mereka yang juga merupakan
pembantu dan pentadbir-pentadbir di bawah regim Brooke seperti Spenser St. John, A.B Ward (The Rajah Servant), Hugh Low dan Steven Runcimen. Charles
Brooke sendiri, dalam jurnalnya Ten Years in Sarawak juga banyak memaparkan kisah-kisah dan pengalamannya untuk menghapuskan penentangan Rentap di
Sarawak (1 853-1861).

Sarawak Museum Journal (SMJ) yang mula diterbitkan pada tahun 1911 juga telah memuatkan banyak .artikel tentang orang Iban yang ditulis oleh Tom
Harrisson3, Anthony Richards, J. Derek Freeman, Erik Jensen dan A.B. Ward. Selain itu H. Munro dan Nora Kershaw Chadwick (1968), dalam buku bersiri
mereka The Growth ofLiterature: The Oral Literature ofThe lban or Sea Dyak of Borneo telah membuat kajian tentang jenis dan bentuk sastera rakyat Iban.
Benedict Sandin, ethnologis Iban yang pertama pernah memegang jawatan kurator Muzium Sarawak (1966-1974) merupakan penulis yang begitu komited dan
produktif. Beliau telah menghabiska sebahagian daripada hayatnya dengan menyelidik, mengumpul dan menulis cerita atau bahan-bahan yang terkandung dalam
tradisi lisan bangsanya. Sejak tahun 1950-an hingga kematiannya pada 1982 tidak kurang daripada 10 buah buku tulisannya tentang sastera lisan Iban telah
diterbitkan oleh Borneo Literature Bureau. Sementara itu tidak kurang daripada 20 buah artikelnya tentang adat resam kebudayaan dan cerita-cerita Iban juga
telah diterbitkan dalam Sarawak Museum Jurnal. Pada tahun 1960-an Benedict Sandin dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan majalah bersiri Iban Nendak
dan Pemberita yang banyak memuatkan ensera dan jerita tuai Iban.

DaIam bukunya The Sea Dayak of Borneo Before The White Rafah Rule (1967: 112), Benedict Sandin telah menceritakan dengan panjang lebar tentang salasilah
dan kisah pahlawan Rentap (Clífford Sather, dalam Benedict Sandin 1 994 :23 1). Dalam monograf istimewanya Sources of lban Traditional History yang
diterbitkan oleh Muzium Sarawak dengan kerjasama Clifford A. Sather dalam tahun 1994, Sandin juga turut memuatkan sejarah ringkas perjuangan Rentap.
Kisah-kisah tentang Rentap secara terperinci juga turut dimuatkannya dalam dua buah bukunya; Sengalang Burong (1962) (yang telah diterjemahkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka) dan Peturun Iban (1967).

A.M. Cooper (1968), penulis zaman kolonial dalam bukunya Men Of Sarawak telah menulis tentang perjuangan Rentap. Buku inilah yang menjadi panduan asas
kepada Chang Fat Foh apabila menulis tentang Rentap dalam dua buah bukunya Hero and Legends ofThe Land of Hornbill (1997) dan Legends and History
ofsarawak (1999).

Dengan tertubuhnya Borneo Literature Bureau dalam tahun 1963 tidak kurang daripada 30 buah buku tentang cerita rakyat Iban (ensera dan jerita tuai) telah
diterbitkan, koleksi buku-buku ini kini boleh banyak terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara penulis-penulis Iban yang menulis buku-buku berkenan ialah Benedict Sandin (kebanyakannya buku tentang
jerita tuai dan ritual Iban), Henry Gerijih (ensera) Andria Ijau, Harry Anding, Unggat Kedu, Dunstant Entinggi, Felix Ambon, Janang Ensiring dan Y.B. Jimmy
Donald yang telah menulis ensera Keling dalam Bahasa Inggeris; Keling of The Raised World (1991).

Namun demikian, sehingga kini belum ada lagi sebuah buku khas tentang perjuangan Rentap yang ditulis oleh penulis Iban, yang ada hanyalah cerita Ijau Lang,
pahlawan Iban Balau dari Banting yang memihak kepada Brooke menentang orang Iban di Skrang dan Saribas, termasuk Rentap.

Jamilah Haji Ahmad dan Johnathan Singki (1989) pula telah mengumpul sebanyak 1 5 buah cerita rakyat Iban yang dirakamkan oleh mereka di daerah Ulu
Balingan di Sarawak. Manakala Zaini Ozea (1988), dalam eseinya Analisis Isi Cerita Rakyat di Sarawak telah menulis tentang jenis-jenis cerita rakyat Sarawak,
termasuk orang Iban, namun demikian beliau tidak ada menyentuh tentang cerita legenda kepahlawanan Iban.

Awang Hasmadi Awang Mois (1 988), pula dalam eseinya Satu Renungan Terhadap Beberapa Cerita Lisan Masyarakat telah mengemukakan líma contoh cerita
rakyat Sarawak, termasuk cerita rakyat Iban, tetapi beliau seperti juga Zaini Ozea tidak ada menyebut cerita legenda.

Latifah Haji Sheblí (1974) dan James P. Ongkili (1983) dalam jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak pula mengajak kita mengemukakan satu
pandangan baru terhadap Rentap, Sherip Masahor dan James Brooke.

Robert Pringle (1974) dalam bukunya Rajah and Rebels: The Iban ofsarawak Under Brooke Rule 1841-1941 telah membuat suatu analisis tentang susur-galur
penentangan dan kebangkitan pahlawan-pahlawan Iban terhadap pemerintahan Brooke, terutamanya Rentap. Abdullah Zakaria (1995), dalam tulisannya Pribumi
dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia juga telah membicarakan dengan agak mendalam tentang perjuaagan Rentap.

Amer Haji Matsom dalam dua buah bukunya; Detik-detik Bersejarah; Perjuangan Rakyat Sarawak (1997) dan Rentap Pahlawan Iban (1999) telah memaparkan
kisah-kisah Rentap dalam bentuk buku fiksyen kanak-kanak. Cerita- cerita Rentap juga telah dìfiksyenkan oleh Nir Shahmir (2000) dalam bukunya Rentap:

Dia Pembela Bangsa. Nik Anuar Nik Mahmud pula dalam buku susunannya Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka? (1999) telah menyentuh serba sedikit tentang
kebangkitan rakyat Sarawak menentang penjajah, termasuk kebangkitan Rentap.

Selain telah dibukukan, pada tahun 1997 kisah perjuangan Panglìma Rentap di Bukit Sadok juga telah digarap dalam bentuk teater oleh pihak Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia yang telah dipersembahkan kepada para pelancong dan orang ramai di Kampung Budaya Sarawak di Kuching.

Anda mungkin juga menyukai