Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW

Tibow-sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular.


Dikenali sebagai Pisa' Tibow, permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat
kampung sebagai simbol perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut
ketibaan musim buah. Dan sebagai pemainan yang digemari ramai-waktu inilah
anak-anak muda berkaul - ia sebenarnya merupakan pesta untuk mencari jodoh.
Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung
kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak
mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan
pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat
sebarang kecederaan parah. Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal
tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang
sehingga larut malam.
Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan
mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan
tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan
tersebut. Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti
yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk
membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan
peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah
dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.
Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki
diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu
sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk
membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi
memeriahkan dan menambahkan gempar suasana. Semasa mengangkat untuk
mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun dinyanyikan beramai-ramai: Kat kerakat,
Kerurieng udat, Tibow idei pada 'mekat' Pantun ini merupakan pemujaan kepada
ipo' tibow atau dewa yang menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta
pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu.

Anda mungkin juga menyukai