Anda di halaman 1dari 5

Himpunan Soalan KBAT

Tingkatan 1
Bab 1: MENGENALI SEJARAH
1. Berikan cadangan anda untuk memelihara sumber sejarah. (KEMPUNAN)
2. Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah? (CINTA)
3. Mengapakah kita perlu memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di
negara kita? (SUPER)

Bab 2: ZAMAN AIR BATU


1. Mengapakah kita perlu memelihara dan memulihara alam sekitar? (SUPER)
2. Bagaimanakah cara untuk kita memelihara kelestarian alam sekitar?
(KEMPUNAN)
3. Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah bumi kita yang semakin
panas. (CINTA)

Bab 3: ZAMAN PRASEJARAH


1. Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu memelihara dan memulihara
tinggalan Zaman Prasejarah? (SUPER)
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai kemajuan dalam
masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita? (CINTA)
3. Berikan cadangan anda untuk melindungi tapak bersejarah Zaman Prasejarah.
(KEMPUNAN)

Bab 4: MENGENALI TAMADUN


1. Apakah peranan anda dalam usaha membentuk tamadun yang gemilang?
(KEMPUNAN)
2. Pada pendapat anda mengapakah kita perlu mempunyai perancangan sebelum
membina sesebuah bandar? (CINTA)
-cinta= kita perlu ada rasa cinta akan negara, yang menjadikan kita masyarakat yang
berdaya saing
-ilmu= kerana kita perlu ilmu pengetahuan untuk membina sesebuah bandar dengan
baik
-nasihat= nasihat yang baik perlu bagi memastikan setiap aspek diambil kira. Sebagai
contoh mengambil kira keperluan rakyat yang terdiri daripada orang kelainan upaya
(OKU)
-taat= kerana kita perlu taat dengan pemimpin yang baik
-amalan= kerana kita perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
agar dapat mengekalkan kelestarian bandar yang dibina
3. Jika anda diberikan pilihan untuk tinggal di Athens atau Sparta yang mana
satukah pilihan anda? (SUPER)
Bab 7: PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA
1. Apakah kepentingan Pendidikan kepada sesebuah negara? (SUPER)
2. Sistem peperiksaan yang diamalkan di negara kita pada hari ini patut
diamalkan. Beri ulasan anda. (CINTA)
3. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa peperangan di dunia.
(KEMPUNAN)
-Kempen=kita sepatutnya membuat kempen kesedaran bahaya peperangan terhadap
manusia.
-Media=kita sepatutnya menggunakan media memberitahu manusia kesan-kesan
buruk peperangan.
-Pendidikan=kita sepatutnya rajin belajar menambah ilmu supaya tidak mudah
dijajah.
-Undang-undang=kita sepatutnya mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh
pemimpin agar negara tidak huru-hara.

Bab 8: TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA


1. Apakah akan berlaku sekiranya semangat assabiyah diamalkan dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum? (SUPER)
(Gunakan Teknik SUPER tapi sudut negatif)
-Sejahtera= negara akan menjadi huru-hara
-Unggul= pemimpin yang memerintah bukan pemimpin yang bagus
-Politik= keadaan politik negara tidak akan stabil
-Ekonomi= ekonomi negara akan jatuh
-Raja= rakyat tidak akan menghormati Raja pemerintah
2. Bincangkan iktibar yang boleh dipelajari daripada ciri-ciri kehidupan
masyarakat Arab Jahiliah. (CINTA)
-Cinta= masyarakat arab jahiliah cintakan kabilah masing-masing sahaja
-Ilmu= masyarakat arab jahiliah mencintai ilmu-ilmu sastera kerana mereka gemar
berpidato, bersyair dan bersajak.
-Taat= masyarakat arab jahiliah taat setia kepada pemimpin kabilah mereka
-Amalan= masyarakat arab jahiliah mengamalkan nilai-nilai murni seperti mentaati
masa, memuliakan tetamu dan menghormati tuan rumah.
3. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan bagi memastikan perpaduan
kaum di negara kita? (KEMPUNAN)

Tingkatan 3
Bab 1: KEDATANGAN KUASA BARAT
1. Sekiranya anda pemimpin tempatan, apakah usaha anda untuk mengekalkan
kedaulatan negara daripada diceroboh oleh kuasa asing? (KEMPUNAN)
2. Huraikan kepentingan bekerjasama dalam menjamin kemakmuran negara.
(CINTA)
3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan memanfaatkan sumber kekayaan
negara. (SUPER)
Kepentingan memanfaatkan sumber kekayaan negara ialah
Rakyat dapat hidup sejahtera. Seterusnya negara dalam keadaan yang unggul.
Selain itu dapat menjamin kestabilan politik negara. Akhir sekali dapat meningkat
ekonomi negara

Bab 2: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT


1. Huraikan iktibar yang diperoleh daripada kekayaan hasil bumi sesebuah
negara. (SUPER)
2. Beri cadangan anda bagi memajukan sektor ekonomi negara? (KEMPUNAN)
3. Huraikan iktibar yang dipelajari daripada strategi peluasan kuasa barat ke
negara kita. (CINTA)

Bab 3: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU


1. Huraikan langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengekalkan
kedaulatan negara. (KEMPUNAN)
2. Sebagai pemimpin sesebuah negara, apakah langkah yang boleh anda lakukan
untuk menghalang campur tangan asing di negara kita? (CINTA)
3. Jelaskan bukti kemajuan perlombongan bijih timah terhadap pembangunan
Negara? (SUPER)
Bukti kemajuan perlombongan bijih terhadap pembangunan Negara yang pertama
ialah rakyat dalam keadaan sejahtera. Hal ini kerana negara berada dalam
prestasi yang unggul. Selain bukti yang kedua ialah politik negara dalam keadaan
yang stabil dan ini menyebabkan ekonomi meningkat.
Bab 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
1. Apakah kepentingan pentadbiran yang sistematik dalam memajukan negara?
(SUPER)
2. Jelaskan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara. (SUPER)
3. Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa penjajahan British (CINTA)

Bab 5: PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH


1. Mengapakah pentadbiran yang berkesan dan sistematik dapat memajukan
negara (SUPER)
2. Apakah cara untuk mengelakkan negara daripada ancaman penjajahan
(CINTA)
3. Apakah peranan anda sebagai rakyat Malaysia agar negara kita tidak mudah
dikuasai oleh kuasa asing? (CINTA)

Bab 6: KESAN PENTADBIRAN BARAT TERHADAP EKONOMI DAN SOSIAL


1. Dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Perlis,Kedah,Kelantan ,
Terengganu dan Johor terdapat sistem perundangan tersendiri. Apakah
kepentingan undang-undang dalam kehidupan masyarakat. (SUPER)
2. Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan negara yang berdaulat (KEMPUNAN)
3. Sebagai seorang pemimpin apakah usaha yang akan anda lakukan untuk
memajukan ekonomi negara (KEMPUNAN)

Bab 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN


1. Mengapakah generasi masa kini perlu mencontohi perjuangan Dol Said? Beri
penjelasan anda. (CINTA)
2. Sekiranya anda hidup pada zaman penjajahan, mengapakah anda perlu
membantu perjuangan tokoh yang bangkit menentang penjajah? Beri hujah
anda. (SUPER)
3. Cadangkan tindakan anda untuk menunjukkan penghargaan terhadap
perjuangan tokoh-tokoh pejuang tempatan. Beri penjelasan anda.
(KEMPUNAN)

Bab 8: KEBIJAKSAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI


CABARAN BARAT
1. Bagaimanakah generasi masa kini boleh lakukan untuk menangani cabaran
Barat? Beri hujah anda. (KEMPUNAN)
2. Sekiranya anda dilantik sebagai pembesar tempatan, apakah cadangan anda
untuk memajukan negeri anda? (SUPER)
-Sejahtera= memastikan negara di dalam sejahtera
-Unggul= memastikan pemimpin setiap bahagian adalah pemimpin yang unggul
-Politik= memastikan kestabilan politik negeri
-Ekonomi= meningkatkan taraf ekonomi negeri
-Raja= memastikan Raja yang baik dan dihormati rakyat.
3. Raja-raja Melayu telah berjaya menangani cabaran peluasan kuasa Barat. Pada
pendapat anda, apakah faktor yang telah mendorong kejayaan tersebut?
(CINTA)

Jelaskan kebaikan yang diperolehi daripada kekayaan hasil bumi sesebuah negara.
kebaikan yang diperolehi daripada kekayaan hasil bumi sesebuah negara ialah dapat menjamin kehidupan
rakyat yang sejahtera. Hal ini kerana berlakunya peningkatan ekonomi negara. Selain itu turut menyebabkan
politik negara dalam keadaan stabil dan keadaan ini turut menyumbang kepada negara yang unggul.

D DEMI

A AGAR

B BAGI

U UNTUK

S SUPAYA

S SEPERTI

Anda mungkin juga menyukai