Anda di halaman 1dari 2

BERIMAN KEPADA MALAIKAT KEUNIKAN MALAIKAT (TEKS) / HAKIKAT WUJUD MALAIKAT ( HSP) PENGERTIAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT Beriman

kepada malaikat adalah salah satu daripada rukun iman. Setiap orang Islam yang mukallaf WAJIB beriman dengan kewujudan Malaikat. Sesiapa yang mengingkari kewujudan Malaikat maka batallah imannya. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa taat melaksanakan semua perintah Allah S.W.T. Justeru itu Kita hendaklah berusaha mencontohi kepatuhan Malaikat dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keredaan Allah KEISTIMEWAAN MALAIKAT Malaikat adalah Makhluk unik yang dicipta oleh Allah. Antara keistimewaan Malaikat : Bersayap Dicipta daripada Cahaya Boleh menjelma dalam pelbagai bentuk Bertugas / berperanan sebagai utusan Allah untuk mengawasi & membantu orang beriman dengan izin Allah

SIFAT-SIFAT MALAIKAT : ( PERBEZAAN DENGAN SIFATSIFAT MANUSIA ) SIFAT-SIFAT MALAIKAT 1. Tidak berjantina 2. Tidak berkahwin & tidak berketurunan 3. Tidak makan & minum 4. Tidak tidur malah tidak pernah rasa mengantuk 5. Tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia 6. Sentiasa beribadat & mentaati Allah serta tidak pernah melakukan maksiat SIFAT-SIFAT MANUSIA 1. Berjantina ( lelaki atau perempuan ) 2. Berkahwin & berketurunan 3. Perlu Makan & minum 4. Memerlukan tidur & mempunyai rasa mengantuk 5. Dapat dilihat dengan mata kasar 6. Ada manusia yang beriman & ada yang kufur serta melakukan maksiat

KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

KPD INDIVIDU 1. Menerima & mematuhi arahan yg tidak bertentangan dgn syarak 2. Menyedari ada teman ghaib yg sentiasa menemani kita 3. Berwaspada dalam setiap tindakan

KPD MASYARAKAT 1. Lahir anggota masyarakat yang kuat & tekun bekerja / belajar 2. Masyarakat sentiasa berhati-hati & teliti dalam membuat sesuatu tindakan 3. lahir masyarakat yang cinta kepada ilmu berlumba-lumba mencari ilmu. ( kerana yakin malaikat memberi penghormatan kpd penuntut ilmu )

KPD NEGARA 1. Pengurusan jabatan & institusi kerajaan menjadi lebih sistematik 2. Organisasi kerajaan akan lebih telus & berdisiplin 3. Negara berkembang maju

LATIHAN PENGUKUHAN : 1. Berikan pengertian beriman kepada malaikat 2. Apakah keistimewaan malaikat ? 3. Nyatakan 4 sifat malaikat yang berbeza dengan sifat manusia. 4. Mengapakah kita dituntut beriman kepada malaikat dan apakah kesannya terhadap kemajuan Negara ?

Anda mungkin juga menyukai