Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN SISTEM PERTANDINGAN

Sesebuah pertandingan atau perlawanan diadakan untuk mencari pemenang


atau juara dalam sesuatu jenis sukan selain daripada untuk memberi keseronokan
dan penglibatan aktif dalam bidang sukan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk
mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta berkemahiran dalam
permainan tersebut.

Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem


pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah sistem liga, sistem kalah mati, sistem
cabar-mencabar, sistem piramid dan sistem ombak. Akan tetapi, terdapat beberapa
aspek lain perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan sistem pertandingan
apa yang harus digunakan dalam sesuatu pertandingan.

Antaranya ialah, anggaran bajet keseluruhan pertandingan, masa yang


diperlukan, alatan yang sedia ada, jenis pertandingan, agihan pertandingan yang adil
dan saksama, cara penentuan pemenang yng telus dan sah serta jumlah penyertaan,
undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam sesebuah pertandingan.
Dalam hal ini, sistem yang digunakan adalah SISTEM KALAH MATI.

2.0 TUJUAN PERTANDINGAN

Sistem pertandingan kalah mati ini adalah bertujuan untuk memudahkan


penyingkiran peserta atau kumpulan yang kalah. Kebiasaannya sistem ini digunakan
bagi perlawanan yang mempunyai banyak peserta atau kumpulan tetapi dengan
masa yang terhad. Sistem ini juga sesuai digunapakai apabila sumber kewangan
adalah terhad di samping kekurangan peralatan lengkap dan sumber manusia.
Perlawanan akan berlangsung secara berterusan sehinggalah terdapat satu org atau
kumpulan yang masih bertahan. Sistem ini bukanlah cara yang terbaik untuk
mengetahui potensi dan keupayaan seseorang individu.

— Sistem ini digunakan apabila masa, pegawai pertandingan, kemudahan tempat


dan peralatan, serta perbelanjaan adalah terhad.
— Penyertaan yang terlalu ramai.

— Sistem ini juga dijalankan untuk pusingan kedua atau pusingan akhir selepas
pertandingan secara liga dijalankan pada peringkat awal.

— Setiap peserta akan diundi untuk menentukan lawan masing-masing.

— Pemenang akan mara ke pusingan berikutnya, yang kalah tidak berpeluang


bermain lagi.

— Jika perlawanan berakhir dengan seri, biasanya masa tambahan diberikan. Jika
masih seri biasanya undian atau percubaan jaringan diberikan untuk menetukan
pemenang

3.0 Sukan Badminton.

Badminton merupakan sukan gelanggang dan dimainkan menggunakan raket


dan bulu tangkis yang ringan. Mengikut catatan sejarah, Bulu tangkis yang
digunakan dalam sukan ini terdiri daripada ‘cork’ kecil berbentuk hemisfera dan 16
bulu angsa serta mempunyai berat dalam sekitar 5 gram. Namun begitu, badminton
pada masa kini menggunakan bulu tangki yang lebih moden dan diperbuat daripada
bahan sintetik yang di iktiraf oleh Badminton World Federation (BWF).

Badminton ini pertama kali dimainkan pada tahun 1873 di Gloucestershire,


England. Asasl usul badminton juga boleh dikesan pada zaman lampau Greek, China
dan India. Kejohanan bukan rasmi pertama badminton, iaitu “All England” untuk
kategori lelaki di adakan pada tahun 1899 dan pada tahun seterusnya untuk kategori
perempuan.

Badminton World Federation (BWF) merupakan badan yang bertanggungjawab


mentadbir dan mengurus setia sukan badminton ditubuhkan pada tahun 1934.
Sukan ini juga sangat popular di Malaysia, Indonesia, Jepun dan Denmark. Beberepa
kejohanan juga turut diadakan diperingkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
Antara kejohanan badminton yang popular termasuklah kejohanan badminton All
England, Piala Thomas, Piala Uber dan sukan Olimpik. Sukan ini diperkenalkan dalam
sukan olimpik buat kali pertama pada tahun 1972 dan 1988. Namun begitu, hanya
pada tahun 1992 badminton menjadi sukan berpingat dalam temasya olimpik.

Perlawanan badminton dimainkan secara tertutup dan dalam gelanggang kerana


faktor angin yang boleh merubah haluan bulu tangkis ketika pertandingan sedang
berlangsung. Saiz gelanggang yang digunakan dalam badminton adalah gelanggang
berbentuk segi empat yang mempunyai dimensi 44 kaki (13.4 meter) panjang, 17
kaki (5.2 meter) lebar untuk kategori perseorangan dan 20 kaki (6.1 meter) lebar
untuk kategori beregu samada lelaki/perempuan atau campuran. Tinggi jaring yang
digunakan dalam gelanggang adalah 5 kaki (1.5 meter).

Sukan badminton ini memerlukan 2 atau 4 orang pemain dalam satu masa.
Setiap pemain haruslah memukul bulu tangkis melepasi jaring ke dalam gelanggan
lawan samada bulu tangkis mencecah lantai gelanggang pihak lawan atau pihak
lawan memukul bulu tangkis kembali keluar dari gelanggangnya. Bulu tangkis tidak
boleh melantun-lantun dalam gelanggang pada masa permainan. Pemain yang
memenangi rali akan memperolehi mata.

Sistem kiraan mata untuk badminton ini sebanyak 21 mata rali untuk setiap
perlawanan. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kemenangan dalam 2 atau 3
perlawanan. Setiap perlawanan, perbezaan 2 mata diperlukan selepas melepasi 21
mata rali. Jika tiada perbezaan 2 mata berlaku, maka perlawanan akan diteruskan
sehingga mata 29-29. pemain pertama yang memperolehi mata ke 30 akan
memenangi perlawanan badminton.

Oleh kerana sukan badminton sangat popular dalam negara kita, pelbagai
insiatif telah diambil untuk memartabatkan lagi pencapaian sukan badminton
terutamanya diperingkat sekolah. Dasar 1 Murid, 1 Sukan merupakan salah satu
inisiatif yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk lahirkan individu
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga
bakat-bakat yang ada pada pelajar boleh digilap dan dibangunkan termasuk sukan
badminton disamping dapat menikmati manfaat bersukan dan melahirkan insan yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik

Sebagai contoh, pertandingan badminton terbuka sempena Hari Sukan peringkat


sekolah diadakan bagi menyahut seruan Kementerian Belia dan Sukan dan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memartabatkan lagi industri sukan di Malaysia
di samping membina semangat persaingan yang sihat di antara belia. Tambahan
pula, pihak sekolah juga dapat mencungkil bakat anak muda di bidang sukan
badminton terutamanya dalam kalangan pelajar selain dapat mengetahui keupayaan
dan mengenal potensi baru di kalangan pelajar.

Hal ini, secara tidak langsung dapat memupuk minat dan semangat kesukanan
yang tinggi dalam kalangan murid di sekolah. Kesimpulannya, penganjuran
pertandingan badminton terbuka ini bukan sahaja banyak memberi manfaat dan
impak yang sangat positif terhadap peserta yang mengambil bahagian malah dapat
menyerlahkan bakat yang mampu mengharumkan nama sekolah dan negara dalam
bidang sukan badminton.

Rujukan
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Badminton .
(n.d.). Kementerian Pelajaran Malaysia. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/dasar/1222-
sukan-badminton-sekolah-menengah-bm/file

Badminton. (n.d.). Retrieved December 27, 2020, from


https://www.britannica.com/sports/badminton

Kertas Kerja Pertandingan Badminton Tertutup Peringkat IPG Kampus Keningau


(Rep.). (2016). Retrieved December 27, 2020, from
https://www.slideshare.net/jonas97777/kertas-kerja-pertandingan-badminton-
beregu-tertutup

Anda mungkin juga menyukai