Anda di halaman 1dari 3

Intipati daripada video pertama adalah FPK tidak memberikan kesan yang

diingini pada masa kini kerana kewujudan perlunya keseimbangan pendidikan dan
dalam pendidikan insan kanak-kanak tidak dibawa ketengah meskipun FPK
mempunyai platform untuk berbuat demikian. Oleh itu, perlu satu relevensi untuk
mengetengahan isu berkenaan ke tempat yang sebenarnya dalam mengolah
pendidikan negara pada masa kini.

Selain itu, FPN 1988 tidak jauh beaznya dengan FPK 1996. FPK 1996
mempunyai 5 hikmah. Pertama, pendidikan merupakan usaha berterusan(life long
learning), menyeluruh(holistik) dan bersepadu(integrated). Kedua, tujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, dari (hikmah ketiga) intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan (hikmah keempat) kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan dan rakyat Malaysia. Hikmah kelima adalah mencapai
kesejahteraan diri, memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran.

Seterusnya, bagaimankah keterbatasan seperti halangan politik, masa depan


dan realiti pekerjaan graduan dan covid-19 digunakan sebagai kesempatan untuk
menyusun semula transfomasi pendidikan. Keterbatasan ini menurut p.e.tan sri
Dzul merupakan keterbatasan yang dibuat-buat. Universiti merupakan
mementingka soal ilmu berbanding soal kedudukan kerana ianya tidak
penting.Universiti adalah tempat untuk meraihkan idea, budaya, intelektual dan
bukan semata-mata ekonomi. Selain itu, universiti bukan tempat koprat malah
ianya tempat untuk menetukan gerak kerjanya dan apa sahaja yang hendak
dilakukan dan hal ini tidak wujud di malaysia.

Lain daripada itu, isu tentang pendidkan sebagai senjata politik yang menjerat
negara. Pendidikan terdiri dari berterusan, menyeluruh dan bersepadu dan jika
pendidikan sudah lari daripada itu, makanya ia sudah tidak selari dengan
kefahaman pendidikan dalam konteks negara.

Isu yang terakhir dari video pertama, adalah dimanakah gelombang


perjuangan perubahan harus bermula dengan keadaan situasi politik tidak
menentu. Falsafah merupakan pengikat kepada perjuangan pengajar dan setiap
org pengajar haruslah meletakkan kepercayaan kepada FPK. Selain itu, menteri2
juga haruslah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada falsafah dan sistem
pendidikan negara meskipun menteri bersilih ganti.

Intipati untuk video kedua pula adalah yang pertama, bolehkah kepelbagaian
aliran sekolah boleh diteruskan dengan mengikuti FPK. Kepelbagaian aliran
sekolah boleh diteruskan selagi berteraskan keseimbangan seperti yang
dinyatakan dalam FPK supaya pelajar tahu bagaimanakah untuk hidup bersama
biarpun berbeza aliran sekolah. Dalam erti kata lain, pengisian pendidikan
haruslah seragam dan mengwar-warkan nilai yang sama dalam semua aliran
sekolah seperti yang terkait dalam intipati FPK.

Intipati kedua pula, pendidikan berteraskan nilai dan dimanakah letaknya nilai
dalam FPK. Nilai terbahagi kepada dua iaitu kebendaan dan aspek bukan
kebendaan seperti etika dan moral. Nilai bukan kebendaan haruslah dipupuk
seperti soal kebersihan kerana ianya tidak boleh dibeli. Ini juga merupakan
sebahagian pendidikan dalam dunia covid-19 kerana kalau tidak mengamalkan
kebersihan akan mendatangkan kemudaratan. Dalam konteks FPK, nilai ini lah
yang boleh dikongsi bersama semua orang kerana ianya memberikan sumbang
kepada 5 kerangka utama kewujudan manusia tidak kira dari budaya dan tamadun
lain.

Selain itu, bagaimanakah untuk kembali kepada FPK sedangkan kita


mengambil acuan pendidikan luar. Amalan yang sudah dilakukan haruslah disemak
semula dan memasukkan semula FPK ke dalam benda-benda yang boleh
diperbetulkan semula. Sebagai contoh, tentang kesejahteran diri dalam semua
peringkat pendidkan yang dipandang pada ketika ini semata-mata untuk
membangunan kebendaan dan modal insan yang mana ianya telah menyimpang
dari makna nilai membangunkan diri. Nilai ini boleh dibawa semula dalam
pembangunan pendidikan masa hadapan.

Akhir sekali, pandangan masyarakat yang menjadi penghalang kepada proses


pelaksanaan FPK. Sebagai seorang pendidik, mereka haruslah mendidik semua
lapisan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, ibubapa juga boleh jadi pendidik
kepada anak-anak mereka terutamanya dalam soal kebersihan, seperti contoh
penggunaan tandas di rumah. Malah, sekiranya terdapat soal yang penting seperti
kebersihan, maka semua orang harus mendidik orang lain. Hal ini penting untuk
membangunkan masyarakat dan tamadun dan harus dijadikan sebagai norma
dalam kehidupan.

Intipati untuk video ketiga adalah aspirasi sistem pendidikan negara adalah
refleksi kepada aspirasi negara dan perubahan sistem pendidikan negara haruslah
bermula dengan mengambil kira wawasan 2020 dan FPK.

Anda mungkin juga menyukai