Anda di halaman 1dari 21

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2016

HMEF5033

PENDIDIKAN PERBANDINGAN

NAMA

ZAHARUN BIN AWANG

NO. MATRIKULASI

CGS01279606

NO. KAD PENGNEALAN

771118-09-5099

NO. TELEFON

013-7987669

E-MEL

zahrunawang@gmail.com

PENSYARAH

PUSAT PEMBELAJARAN

DR LIM YAK HONG

PPW JOHOR

BAHAGIAN A
Tajuk artikel : Reframing the universal right to education
Nama penulis : Dr Tristan McCowan
Diterbitkan di : Comparative Education, (2010), 46(4), 509-525
Tahun

: 2010

Artikel ini membentangkan eksplorasi teoretikal soalan, membawa kepada penilaian semula
normatif. Tujuan artikel ini ditulis untuk mengekspresikan hak di dalam Deklarasi Hak
Manusia Sejagat (UDHR) di mana ia mengenal pasti batas-batas di dalam konteks pendidikan
rendah dan hak-hak pendidikan.
Konsep pendidikan sejagat adalah setiap individu berhak untuk mendapatkan
pendidikan. Pendidikan perlu diberikan secara percuma, sekurang-kurang pada peringkat
awal. Pendidikan awal seharusnya di wajibkan kepada semua. Pelajaran teknikal serta
profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pendidikan tinggi hendaklah mempunyai
akses yang sama rata kepada semua orang mengikut kebolehan masing-masing. Pendidikan
seharusnya bertujuan untuk mengembangkan personaliti individu secara menyeluruh dan
untuk mengukuhkan lagi rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan kebebasan asasi.
Pendidikan dapat memupuk persefahaman, toleransi dan persahabatan dalam di antara semua
negara, kaum dan agama dan seterusnya dapat menyokong aktiviti Bangsa-bangsa Bersatu
dalam mengekalkan keamanan sejagat.
Terdapat tiga aspek yang menghalang daripada pendedahan terhadap pendidikan.
Pertama adalah pendidikan wujud dalam pelbagai bentuk yang berbeza sama ada berbentuk
positif atau negatif walaupun pada kebiasaannya pendidikan ini sentiasa digunakan dalam
bentuk positif oleh masyarakat. Kedua, melalui pendidikan itu sendiri bertindak sebagai
persediaan bagi melalui aktiviti-aktiviti yang lain termasuk dalam mendapatkan potensi
pengalaman berharga di samping dapat membuat keputusan

dalam mencapai matlamat

hidup. Ketiga adalah pelajar tidak hanya meninggalkan kelas dengan apa yang mereka
pelajari sebaliknya guru perlu membuat latih tubi, soal menyoal dan mengaitkan
pembelajaran dengan kehidupan seharian serta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh
pada hari akan datang.

Konteks pendidikan untuk semua (EFA) terdapat dua sebab utama yang menunjukkan
konsep pendidikan tidak sama dengan konsep persekolahan. Pertama kebanyakan sekolah di
dalam dunia gagal untuk menyediakan pengalaman bermakna yang dapat dikategorikan
sebagai pendidikan. Sebagai contoh, di dalam Palmes (1999), menyatakan dalam kajian
etnografi sekolah-sekolah di utara Mozambique dengan nyata menunjukkan apa yang
dikhabarkan tidak menunjukkan situasi yang sebenar. Pelajar lebih banyak menghabiskan
masa untuk mendengar tanpa memahami apa yang disampaikan, menyalin tanpa memahami
isi kandungan perkara yang disalin dan lebih gemar menunggu. Peranan persekolahan di
Afrika mengukuhkan perselisihan yang radikal antara sekolah dengan komuniti tempatan ini
(Serpells 1999). Kedua, adalah sekolah berkemungkinan menjadi tempat yang menjejaskan
walaupun seharusnya sekolah perlu bersifat positif. Kesan daripada pendidikan ini terdapat
sebilangan kecil individu yang mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada
kehidupan komuniti setempat dan berkemungkinan berlaku perselisihan norma dalam
kalangan masyarakat. Terdapat juga pelajar yang meninggalkan sekolah dengan perasaan
yang kecewa dan ketidaksempurnaan personaliti
Persekolahan adakala melanggar hak kanak-kanak yang telah ditetapkan. Hak kanakkanak meliputi hak sebelum dan selepas lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-nilai
komuniti kanak-kanak. hal ini kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi , serta memerlukan
jagaan dan perlindungan khas daripada keluarga. Menurut Wilson (2004), terdapat pelbagai
aktiviti-aktiviti dan pengalaman yang dilalui oleh murid-murid di sekolah bukan sahaja tidak
memenuhi hak-hak pendidikan tetapi aktiviti dan pengalaman itu juga mewakili pelanggaran
hak asasi manusia yang seharusnya mereka peroleh. Segala pelanggaran tersebut telah
didokumentasikan di dalam penyelidikan empirikal seperti yang dinyatakan oleh Unterhatler
(2003), keganasan seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sekolah Afrika Selatan.
Marcapada kini terdapat banyak laporan yang dikeluarkan oleh media berkenaan gangguan
seksual kanak-kanak sekolah tidak kira sekolah menengah atau rendah. Laporan yang
dikeluarkan oleh pihak media sedikit sebanyak mempengaruhi pelanggaran hak kanak-kanak.
Pada tahun 2003, kenya telah memperbaharui sistem pendidikan mereka dengan
memperkenalkan pendidikan rendah secara percuma. Hal ini, menyebabkan keuntungan yang
ketara dalam memastikan kemudahan dan akses kepada pendidikan. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa aspek yang menyebabkan penerimaan kurang berjaya. Antara aspek
tersebut adalah sekolah kekurangan guru dan juga kemudahan bilik darjah. Selain itu,
penentuan terhadap kurikulum sekolah juga menjadi aspek utama yang menyebabkan

penerimaan kurang berjaya. Tambahan lagi, kekurangan infrastruktur fizikal dan tenaga
pengajar yang berkelayakan untuk mengajar. Kekurangan guru yang mahir akan
menyebabkan masalah besar terhadap persekolahan guru tidak mahir perlu mempelajari dan
menguasai terlebih dahulu mata pelajaran yang ingin diajar sebelum di ajar kepada murid.
Kemudahan infrastruktur asas yang kurang akan menyebabkan ketidakselesaan untuk murid
meneruskan pengajian di sekolah berkenaan.
Hasil pembelajaran seperti literasi, kemahiran menganalisis dan keupayaan
berkomunikasi adalah penting dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, terdapat
masalah di dalam mengenal pasti hak terhadap pendidikan melalui hasil pembelajaran yang
spesifik. Masyarakat yang kurang celik terpinggir untuk mendapatkan pekerjaan, peluang
untuk menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi dan kualiti kehidupan. Selain
itu, sekiranya kanak-kanak di ajar kemahiran literasi pada usia muda maka tiada lagi hak
terhadap hak mendapat pendidikan. Kanak-kanak perlu memperkembangkan kemahiran yang
telah di dedahkan kepada mereka sebagai contoh sekiranya kanak-kanak sudah fasih untuk
membaca ayat kanak-kanak perlu memperkembangkan kemahiran yang ada untuk membaca
sebuah buku. Masalah akan wujud sekiranya terdapat sekelompok kanak-kanak yang tidak
dapat menguasai kemahiran tersebut. Mereka tidak dapat untuk melanjutkan pelajaran pada
peringkat yang lebih tinggi dan mereka tidak dapat berkembang mengikut peredaran zaman.
Pendidikan tidak mempunyai penghujung tetapi ia adalah satu proses pembelajaran secara
berterusan atau pendidikan sepanjang hayat. Perbezaan dan keupayaan individu
mempengaruhi perkembangan mereka sama ada mudah atau sukar untuk menerima sesuatu
ilmu. Tambahan lagi, perbezaan yang wujud dalam proses pendidikan mempengaruhi hasil
pembelajaran seseorang sama ada dalam bentuk pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ketigatiga elemen tersebut memberikan pengalaman berharga di dalam proses perkembangan
individu secara berterusan.
Proses pengajaran yang bermakna akan membentuk asas kepada hak pendidikan.
Guru tidak hanya perlu memastikan objektif pembelajaran tercapai tetapi guru perlu
memberikan proses pengajaran yang bermakna dan berkesan kepada pembelajaran.
Berdasarkan pengalaman pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi
kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan
perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek
pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan

proses

pembelajaran. Proses tersebut dapat memberikan pengalaman konkrit kepada pelajar. Selain

itu, melalui proses pengajaran yang bermakna Dalam memastikan keberkesanan proses
pengajaran, guru haruslah memainkan peranan yang penting agar objektif pengajaran yang
telah ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi pengajaran.
Kesimpulannya, setiap kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan. Kebanyakan
negara yang mewajibkan pendidikan asas kepada kanak-kanak sebagai contoh di Malaysia
kanak-kanak wajib mendapat hak pendidikan seawal umur

enam hingga 12 tahun.

Pendidikan membolehkan seseorang individu memperkembangkan lagi kemahiran dan ilmu


yang dimiliki pada masa akan datang. Pengajaran merupakan aktiviti intelek. Ia melibatkan
pemikiran, perasaan, dan penilaian. Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang
ditujukan kepada kanak-kanak dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dalam
kalangan mereka.

BAHAGIAN B
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan proses pengajaran sistematik yang dirangka oleh sesuatu masyarakat
untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya yang lain.
Pendidikan sangat penting dalam sesebuah negara. Banyak negara yang berlumba lumba
untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. Negara yang maju dan membangun
menjadikan pendidikan sebagai tunjang utama untuk mencapai tahap negara maju.
Pendidikan mampu mempengaruhi kesejahteraan psikologi seseorang (Wolfe dan haveman,
2002). Melalui kenyataan berikut jelaslah bahawa pendidikan amat penting untuk setiap
lapisan masyarakat supaya dapat meneruskan dan menikmati kesejahteraan hidup.
Kepentingan terhadap kualiti dan kesesuaian sistem pendidikan mempengaruhi
pembangunan negara. Sesebuah negara akan mundur sekiranya tidak dapat melahirkan
pemimpin yang cerdik pandai. Melalui sistem pendidikan yang berkualiti dapat melahirkan
pemimpin dan masyarakat yang sentiasa memajukan negara. Selain itu, melalui pendidikan
yang sistematik juga dapat melahirkan modal insan yang berkualiti yang di perlukan di setiap
negara. Pendidikan juga dapat membantu seseorang individu menambahkan keyakinan diri
untuk menikmati kesejahteraan hidup. Pendedahan tentang pendidikan bermula pada tahap
pra sekolah supaya kanak-kanak terdedah dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Negara
yang mempunyai rakyat yang berilmu dan berkemahiran dapat memajukan negara dari segi
ekonomi, sosial dan politik. Pendidikan di Malaysia menitik beratkan usaha berterusan bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara yang mampu bersaing di peringkat global. Pelbagai
dasar dan sistem dibentuk bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Menurut Preston dan Elo (1996), menentang kemiskinan, membina demokrasi dan
membentuk masyarakat yang sejahtera memerlukan pendidikan berkualiti yang efektif. Setiap
negara mempunyai sistem pendidikan yang digunakan di dalam pentadbiran negara. Sistem
pendidikan yang digunakan di perbaiki setiap masa supaya selaras dengan perkembangan
teknologi terkini. Jelaslah bahawa pendidikan amat penting bagi membangunkan sesebuah
negara oleh demikian, setiap negara telah memberikan hak pendidikan sejagat kepada
rakyatnya. Penulisan ini merupakan analisis pembandingan yang dibuat terhadap dua negara
Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia tentang hak pendidikan sejagat. Perbandingan
dibuat terhadap sistem pendidikan melalui hasil pembacaan yang di perkenalkan oleh keduadua buah negara.

2.0 LATAR BELAKANG NEGARA


Malaysia dan Indonesia merupakan negara yang berjiran berada di kawasan Asia Tenggara.
Kedua-dua negara ini juga dikenali sebagai negara Association Of Southeast Asian Nations
(ASEAN). ASEAN adalah sebuah organisasi yang telah ditubuhkan oleh negara-negara di
kawasan Asia Tenggara pada 8 Ogos 1967 di kota Bangkok (Thailand).
2.1 Negara Malaysia
Negara Malaysia mempunyai keluasan lebih kurang 330,434 km persegi. Bahasa yang
digunakan di Malaysia adalah Bahasa Melayu dan mata wang yang digunakan adalah ringgit
Malaysia (MYR). Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Terdapat dua bahagian di Malaysia iaitu Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Bahagian
Malaysia Barat merupakan semenanjung Malaysia manakala di bahagian Malaysia Timur
merupakan negeri Sabah dan Sarawak. Terdapat pergunungan yang tinggi di Malaysia yang
terletak di Malaysia Timur iaitu Gunung Kinabalu iaitu ketinggian mencapai 4.101mdpl.
Kegiatan ekonomi yang paling utama dijalankan di Malaysia di bidang pertanian dan
perindustrian. Tanaman utama yang dihasilkan oleh masyarakat di Malaysia ialah kelapa
sawit, pisang, getah, dan padi. Manakala dalam bidang perindustrian pula Malaysia
merupakan sebuah negara utama yang mengeluarkan bijih timah. Ibu kota negara Malaysia
dikenali sebagai Kuala Lumpur.
2.2 Negara Indonesia
Negara Indonesia mempunyai keluasan lebih kurang 1,904,569 km persegi. Bahasa yang di
gunaan di negara Indonesia adalah bahasa Indonesia dan mata wang yang digunakan adalah
rupiah (IDR). Indonesia telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 17 Ogos 1945. Ibu kota
negara Indonesia dikenali sebagai Jakarta. Indonesia adalah kepulauan terbesar yang terdiri
dari 134,66 pulau. Indonesia mempunyai penduduk keempat terbesar di dunia. Terdapat lima
agama terbesar yang dianuti oleh masyarakat di Indonesia iaitu Islam, Kristian, Katolik,
Hindu dan Buddha. Sumber ekonomi Indonesia ialah minyak, gas, timah dan emas. Indonesia
memiliki lebih kurang 300 kelompok etnik, setiap etnik memiliki budaya dan adat resam
yang berbeza. Indonesia menjalankan pemerintahan berbentuk republik presiden yang
demokrasi. Indonesia berada pada kedudukan geografi dari aliran perdagangan dunia, dengan
sumber-sumber semula jadi yang banyak serta potensi besar untuk menjadi negara maju.

3.0 ANALISIS PENDIDIKAN MENGIKUT NEGARA


3.1 Malaysia
Di Malaysia, pendidikan telah mengalami evolusi yang sejajar dengan pembangunan dan
kemajuan negara ini. Evolusi pendidikan ini pada zaman pra merdeka (sebelum 1957), zaman
pasca merdeka (1957 1970), zaman dasar ekonomi baru (1971 -1990), zaman dasar
pembangunan negara (1991 2000), dan zaman dasar wawasan negara yang berlangsung saat
ini. Pada mulanya, pendidikan di Malaysia menggunakan sistem pondok yang dijalankan di
madrasah dan sekolah-sekolah agama. Sekolah ini memiliki kurikulum yang lebih
berstruktur, waktu belajar yang terjadual dan prasarana yang mencukupi. Tujuan sekolah
tersebut ialah untuk melahirkan sumber daya yang bermoral tinggi.
Selain sekolah pondok tersebut, ada pula sekolah vernakular yang menggunakan
bahasa ibunda dalam sistem pengajarannya. Bahasa yang digunakan di antaranya iaitu
Melayu, Cina, dan Tamil. Pada zaman penjajahan Inggeris, pendidikan di Malaysia memiliki
ciri-ciri yakni kurikulum yang diterapkan sekolah satu dengan lainnya berbeza, lokasi sekolah
bagi setiap kaum juga terpisah, setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum, bahasa pengantar
berbeza-beza seperti Sekolah Cina menggunakan bahasa penghantar bahasa Mandarin, dan
Sekolah Tamil menggunakan bahasa penghantar bahasa Tamil. Guru-guru didatangkan dari
negara pemerintah dan adanya peningkatan mutu sekolah. Guru-guru pada saat itu diberi
latihan kerja profesional dan dihantar ke Raffles College.
Pada masa kini di Malaysia terdapat kementerian yang ditubuhkan untuk
menguruskan hal ehwal pendidikan negara iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. Menteri
yang menerajui Kementerian Pendidikan ini ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Malaysia juga
mempunyai dasar pendidikan tersendiri seperti negara lain. SUHAKAM merupakan badan
bebas yang memperjuangkan hak asasi manusia. SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif hak
asasi manusia sebagai merujuk kepada kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam
Bahagian II Perlembagaan Persekutuan antara Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan
dalam Seksyen 4(1) adalah untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang
berhubung hak asasi manusia.

Pada tahun 2013 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Terdapat tiga gelombang yang telah
dirangka gelombang pertama iaitu pada tahun 2013-2015 di perkenalkan dalam Rancangan
Malaysia ke-10, gelombang kedua pada tahun 2016-2020 diperkenalkan dalam Rancangan
Malaysia ke-11 dan gelombang ketiga pada tahun 2021-2025 akan diperkenalkan dalam
Rancangan Malaysia ke-12. Pada tahun ini Malaysia masih berada di gelombang kedua
dalam PPPM.

Objektif PPPM adalah memahami prestasi dan cabaran semasa dalam

pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan
kecekapan. Objektif kedua adalah untuk mewujudkan visi dan apresiasi yang jelas untuk
sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. Ketiga adalah menggariskan
program transformasi bagi sistem pendidikan, termasuk perubahan penting dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 11 anjakan yang di perkenalkan di dalam PPPM
yang melibatkan kepada bidang pendidikan.
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak (CRC) diratifikan oleh kerajaan pada 17
Februari 1995. Di dalam CRC hak kanak-kanak di kelaskan kepada empat iaitu kehidupan,
perlindungan, perkembangan dan penyertaan. Perkembangan merupakan hak kanak-kanak
yang amat penting dalam konteks sekolah masa depan kanak-kanak akan menjadi suram
sekiranya gagal mendapat pendidikan. Pendidikan merupakan pembuluh yang membolehkan
kanak-kanak berkembang mengikut peringkat umur mereka. kanak-kanak layak mendapatkan
pendidikan kerana dapat mengembangkan kebolehan mereka. selain itu pendidikan hendaklah
untuk mengembangkan personaliti , bakat, kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada
tahap yang paling tinggi. Akta Pendidikan 1966 dipinda pada tahun 2002 mewajibkan
pendidikan sekolah rendah untuk semua kanak-kanak. Artikel 28 dalam CRC menyatakan
bahawa kerajaan dikehendaki menyediakan pendidikan wajib dan percuma untuk semua
rakyat Malaysia.
Setiap kanak-kanak di Malaysia layak untuk mendapatkan pendidikan termasuk kanakanak kelainan upaya (OKU) dan orang asal malaysia. Mereka mempunyai hak kepada
penjagaan, pendidikan dan latihan khas supaya mereka menikmati integrasi sosial. Di
Malaysia terdapat Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Falsafah ini selaras dengan usaha untuk menggalakkan kesedaran hak asasi manusia
di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights,
UDHR) pula menekankan bahawa setiap orang harus mendapat pendidikan yang dapat
membentuk perkembangan keperibadian manusia. Sehubungan itu, SUHAKAM berhasrat
menegaskan lagi pengajaran pendidikan hak asasi manusia di sekolah Malaysia.
Pembangunan insan dan kehidupan seseorang manusia bermula dari sekolah kerana sekolah
merupakan institusi yang unggul serta dapat membentuk minda dan tingkah laku generasi
pada muda pada masa kini. Pendidikan di Malaysia disediakan oleh sektor awam dan sektor
swasta. Rakyat Malaysia berhak mendapat pendidikan mengikut peringkat umur mereka.
sekolah awam yang di terajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan tahap
persekolahan mengikut peringkat umur. Pendidikan di Malaysia terdiri dari beberapa
peringkat antaranya adalah prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan
seterusnya pengajian tinggi.
Hak mendapat pendidikan di Malaysia bermula seawal umur enam tahun layak untuk
mendaftar sebagai pelajar di tadika atau prasekolah yang disediakan oleh kerajaan. Walau
bagaimanapun terdapat kanak-kanak yang mendaftar seumur empat sehingga enam tahun.
Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan wajib. Terdapat juga pihak swasta yang
menyediakan pendidikan prasekolah hal ini bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
Kebelakangan ini sebahagian besar sekolah kebangsaan mempunyai kelas prasekolah dan
terdapat guru prasekolah serta pembantu prasekolah yang menguruskan murid-murid. Apabila
menjangkau umur tujuh sehingga 12 tahun murid perlu mendaftarkan diri ke sekolah rendah.
Pendidikan rendah yang disediakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Terdapat dua
jenis sekolah rendah awam di Malaysia antaranya adalah Sekolah Kebangsaan dan kedua
Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar manakala sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai
bahasa penghantar seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menggunakan Bahasa Cina dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar. Di
peringkat rendah apabila mencapai 12 tahun Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Terdapat empat mata pelajaran yang dinilai

antaranya Bahasa Melayu terbahagi kepada dua pemahaman dan penulisan, matematik,
Bahasa Inggeris kertas satu dan kertas dua dan subjek sains.
Sistem pendidikan dipusatkan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. kerajaan
negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain sebaliknya ditentukan oleh
kementerian. Seterusnya, setelah tamat sekolah rendah murid dapat melanjutkan
persekolahan pada peringkat menegah. Pelajar di peringkat menegah ini perlu belajar dari
Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Setiap tingkatan mengambil masa selama satu tahun
untuk mempelajari sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan. Pada akhir tingkatan 3
ketika pelajar berumur 13 tahun satu penilaian diadakan bagi mengkategorikan pelajar sama
ada pelajar ke aliran Sains atau Aliran Sastera. Penilaian dinamakan sebagai Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3). Sekiranya pelajar tidak mendapat keputusan yang memuaskan pelajar
boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Di peringkat
menegah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 sebelum menamatkan pelajaran di peringkat pelajar
perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar di Sekolah Tinggi
Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi
(Senior). Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk
belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu
mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap
yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar
mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah
Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan
UEC-JML. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar
negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak
diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam
Malaysia. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004,
kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan
yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia dan sejarah SPM.
Selepas SPM, pelajar perlu membuat pilihan mengikut minat dan kelayakan mereka
sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau juga mengambil diploma. Peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu diduduki semasa pelajar berada di
tingkatan enam yang juga sekarang dikenali sebagai Pra Universiti. Tingkatan 6 yang terdiri
daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun.

STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam
dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti
awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Bagi matrikulasi pula 90%
daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak
sama dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan
dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Sesetengah
pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin
memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara
lain. Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi
terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh
dibandingkan.
Pada tahun 2004, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
sebelum ini Kementerian Pendidikan turut menguruskan pengajian tinggi. Datuk Seri Idris
Jusoh merupakan menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini. Permohonan untuk
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi memerlukan kelayakan seperti SPM, STPM,
Martikulasi atau diploma yang di iktiraf serta kelulusan lain yang di iktiraf oleh kerajaan
Malaysia. Setiap program dan kursus yang disediakan oleh universiti awam adalah terhad
oleh demikian sekiranya pelajar ining mengambil kursus yang sama tetapi tidak mempunyai
kekosongan pelajar perlu mendaftar di institusi pengajian tinggi swasta. Banyak subsidi
diberikan oleh kerajaan bagi menanggung pendidikan di universiti awam tempatan oleh
demikian ramai pelajar lebih gemar untuk melanjutkan pengajian di universiti awam kerana
kos pembelajaran yang rendah serta pinjaman turut disediakan. Para pelajar juga dapat
membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak
institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negara
Sesetengah universiti di luar negara pula membuka cawangan di Malaysia.
3.2 Indonesia
Pendidikan dan kemahiran adalah penting dalam memajukan negara Indonesia. Bagi
pendidikan asas beberapa dasar dan inisiatif diperkenalkan bagi mendedahkan pendidikan
asas di Indonesia. Indonesia menumpukan 20% daripada perbelanjaan kerajaan untuk
pendidikan. Dengan mengambil kesempatan ke atas pelaburan ini menunjukkan peningkatan
kecekapan terhadap sistem pendidikan. Terdapat bantuan sekolah seperti bantuan (Bantuan
Sekolah operations, atau BOS) pemberian, "One Roof" utama dan sekolah menengah rendah

yang ditempatkan di dalam bangunan yang sama di kawasan pedalaman. Beberapa dasar dan
inisiatif, tidak kurangnya sekolah operasi dan geran sekolah tempatan (Bantuan operations
sekolah daerah, atau BOSDA) telah menyumbang kepada meningkatkan akses, ketersediaan
dan kemampuan pendidikan asas.
Di Indonesia, pendidikan pada awalnya di ajar oleh orang tua atau tokoh dalam
masyarakat setempat, sebelum masuknya kebudayaan Hindu di sana. Pendidikan yang
dipelajari oleh kanak-kanak pada awalnya berkaitan tentang kehidupan spiritual moral serta
cara memenuhi keperluan ekonomi dalam kehidupan mereka. kesan daripada kemasukan
berbagai kebudayaan asing yang dibawa ke Indonesia turut mempengaruhi keadaan atau
corak pendidikan di Indonesia. Dapat dijelaskan bahawa corak pendidikan di Indonesia
berkembang dan dipengaruhi oleh budaya yang wujud dalam pentadbiran Indonesia.
Pendidikan di Indonesia bermula dari daerah berkembangnya agama seperti pada zaman
kerajaan Hindu di Pulau Jawa, Bali, dan Sumatra, dan Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa,
Sumatra, dan Sulawesi. Pada zaman kerajaan Islam, pendidikan diajarkan dalam dua bentuk,
iaitu pendidikan di surau dan pendidikan di madrasah. Surau yang merupakan tempat
beribadah umat Islam digunakan sebagai tempat belajar dan mengajar. Sementara pendidikan
di madrasah, merupakan pengajaran yang mengajarkan siswanya dididik di pondok-pondok.
Pondok atau madrasah tersebut dikelola oleh yayasan atau dibiayai bersama dari masyarakat
yang beragama Islam. Murid-murid di madrasah disebut santri, mereka belajar di bilik-bilik
yang

terpisah dan sebahagian besar waktunya berada di luar ruangan madrasah untuk

bercucuk tanaman ataupun melakukan aktiviti lainnya.


Pada masa penjajahan Belanda, pendidikan yang diterapkan di Indonesia merupakan
pendidikan gaya Barat. Sekolah-sekolah yang ada pada masa itu berorientasi Barat. Pada
mulanya, pendidikan gaya Barat ini hanya ditujukan untuk golongan elit. Namun seiring
dengan berkembangnya zaman, golongan rakyat bawah pun mendapatkan kesempatan yang
sama dalam hal pendidikan. Pada masa itu, sekolah menggunakan pengantar bahasa daerah,
namun juga ada yang menggunakan pengantar bahasa Belanda. Pendidikan saat itu ditujukan
untuk membentuk sumber daya berkualiti di bidang industri dan ekonomi, seperti teknik,
tenaga pertanian, dan lainnya yang berstatus kelas dua atau tiga. Pada masa, kini Jika dilihat
pada pendidikan asas yang disediakan oleh negara Indonesia. Kemajuan yang baik telah
dibuat ke arah sasaran untuk mencapai guru-guru yang berkelayakan dan penyediaan bilik
darjah dan bahan-bahan pengajaran yang selesa untuk murid-murid. Indonesia telah mencapai

kemajuan yang lebih cepat daripada beberapa negara sepanjang dekad yang lalu. Kajian
berterusan dijalankan sebagai contoh pemerhatian terhadap amalan pengajaran yang baik dan
pembelajaran kumpulan, dengan guru-guru yang berdedikasi dan pelajar bermotivasi. Walau
bagaimanapun, masih terdapat jurang perbezaan antara pelajar wilayah dan daerah.
Kesukaran menyediakan akses kepada pendidikan di kawasan pedalaman kekal seperti
masalah penyertaan anak-anak muda di sekolah, terutamanya dalam kalangan masyarakat
berpendapatan rendah.
Pendidikan yang ada di Indonesia di tadbir oleh

Kementerian Pendidikan dan

Kebudayaan Republik Indonesia (Kemendikbud). Indonesia mewajibkan program belajar 9


tahun kepada seluruh warganegaranya. Sembilan tahun meliputi pendidikan dasar di Sekolah
Dasar atau di Madrasah Ibtidaiyah selama 6 tahun ditambah dengan pendidikan menengah
selama 3 tahun di Sekolah Menengah Pertama atau Madarasah Tsanawiyah. Masyarakat
diberi

kebebasan

untuk

memilih

jenis

sekolah

dan

di

mana

mereka

ingin

bersekolah. Pendidikan di Indonesia berdasarkan Undang-Undang Nombor 20 Tahun 2003


tentang Sistem Pendidikan Nasional. Kurikulum yang diterapkan di Indonesia selalu
mengalami pembaharuan dan perbaikan sesuai dengan keperluan masyarakat.
Bagi memastikan pendidikan berada dalam keadaan baik. Pendidikan prasekolah
untuk kanak-kanak dari keluarga yang berkemampuan diberikan keutamaan melalui program
yang tersedia. Kerajaan Indonesia secara progresif perlu meningkatkan perbelanjaan kepada
penyediaan awam perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang boleh diakses oleh
keluarga yang kurang berkemampuan. Selain itu kerajaan Indonesia telah melantik seorang
yang profesional dan berdedikasi untuk menyelia pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun
tidak ada kekurangan guru secara keseluruhannya, orang-orang di kawasan pedalaman dan
luar bandar terlalu kerap ponteng sekolah. Kadar ketidakhadiran adalah tertinggi di daerah
pendalaman. Pembelajaran awal di kalangan kanak-kanak sekolah di sekolah-sekolah di luar
Jakarta adalah masalah yang serius, dengan kira-kira satu perempat daripada mendaftar
kanak-kanak tidak mencapai Gred 2 penguasaan membaca. Kurikulum baru direka untuk
membangunkan pemikiran kritikal dan kreativiti di kalangan pelajar dan juga untuk
menyediakan mereka dengan lebih kontemporari terhadap ilmu pengetahuan. Pelbagai usaha
telah dilakukan untuk memastikan pembelajaran berada dalam keadaan baik seperti aspek
kurikulum baru, pengajaran tema, pedagogi interaktif dan pembelajaran kumpulan. Oleh

demikian, hanya guru yang yakin dan berpengalaman akan mengambil alih tugas tersebut
untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah.
Kerajaan Indonesia telah membuat pelaburan di dalam sistem pendidikan yang
memberikan keuntungan kepada rakyat mereka. Sebagai contoh, peningkatan kesediaan
kanak-kanak melalui pembelajaran awal kanak-kanak akan meningkatkan kadar kejayaan
penyertaan mereka dalam pendidikan asas, mengurangkan keciciran dan kadar pengulangan
gred, dan meluaskan penyertaan golongan muda dari kumpulan kurang diwakili. Kadar
kejayaan yang semakin meningkat dalam pendidikan asas akan membawa secara progresif
kepada kadar yang lebih tinggi daripada penyertaan dalam pendidikan kanan menengah dan
pengajian tinggi pendidikan, akademik dan vokasional. Penambahbaikan guru dalam bidang
pendidikan, sebahagiannya disebabkan oleh latihan yang lebih baik disediakan untuk praperkhidmatan, akan menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik pada semua
peringkat pendidikan.
Seterusnya, pendidikan menengah atas. Sejak tahun 2000, terdapat peningkatan ketara
dalam bilangan Sekolah Menengah atas, pelajar-pelajar dan guru-guru yang berkelayakan
untuk mengajar dalam sektor pendidikan menegah atas. Sekolah Menengah Swasta
menyediakan alternatif bagi pelajar yang tidak boleh mendapatkan akses sekolah-sekolah.
Kerajaan komited untuk mencapai penyertaan universal dalam pendidikan menengah atas.
Walau bagaimanapun, perkembangan terhadap pendidikan menengah tinggi akan melibatkan
perbelanjaan belanjawan yang besar. Berkemungkinan belanjawan ini akan memenuhi
keperluan untuk kepelbagaian pelajar menengah tinggi pada masa hadapan.

Kecekapan

yang lebih tinggi di dalam pergerakan guru boleh membawa kepada akses pelajar yang lebih
besar tanpa menjejaskan kualiti pendidikan. Pelaburan yang banyak dilakukan terhadap
sumber bilik darjah, termasuk buku teks dan maklumat teknologi komunikasi (ICT), boleh
meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Peringkat pendidikan teknikal vokasional dan
latihan. Kerajaan merancang untuk meningkatkan penyertaan oleh pelajar dari golongan
pendidikan menengah atas dan meningkatkan bahagian pendidikan vokasional dari semasa ke
semasa. Selain itu, pendidikan ini diselaraskan

dengan lebih teliti terhadap matlamat

pembangunan negara. Kemahiran diperlukan oleh Indonesia untuk merebut pertumbuhan


ekonomi peluang akan memerlukan usaha bersepadu untuk memanfaatkan semua sumber.
Seterusnya, di Indonesia juga terdapat pendidikan peringkat universiti atau pengajian
tinggi. Terdapat kursus-kursus yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan semasa. Dalam

Undang-Undang No. 12, Tahun 2012. Tentang Pendidikan Tinggi, Pasal 59 menyebutkan,
Bentuk Perguruan Tinggi terdiri seperti universitas, institut, sekolah tinggi, politeknik,
akademi

dan

akademi

komunitas.

Berikut

merupakan

Pegajian

Tinggi

yang

menyelenggarakan pendidikan akademik dan dapat menyelenggarakan pendidikan vokasi


dalam pelbagai rumpun ilmu pengetahuan atau Teknologi dan jika memenuhi syarat,
universitas dapat menyelenggarakan pendidikan profesional.

4.0 ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PENDIDIKAN


Melalui hasil pembacaan dan rujukan yang telah dilakukan terdapat persamaan dan perbezaan
terhadap sistem pendidikan antara kedua-dua negara iaitu negara Malaysia dan Indonesia.
Perbezaan yang tidak terlalu ketara kerana Malaysia dan Indonesia merupakan negara
serumpun dan juga negara ASEAN. Segala dasar yang di perkenalkan seperti UNESCO di
laksanakan di kedua-dua negara. Oleh demikian, tidak terlalu banyak perbezaan dalam
bidang pendidikan.

PERKARA /
NEGARA

MALAYSIA

INDONESIA

Kementerian pendidikan
Malaysia

Kementerian pendidikan dan


kebudayaan

6 tahun sehingga 12 tahun

7 tahun sehingga 15 tahun

Kementerian

Umur wajib
mendapat
pendidikan

Bentuk sekolah

Sekolah kerajaan

Sekolah bantuan

Sekolah kerajaan

kerajaan

Sekolah bantuan kerajaan

Sekolah swasta

Sekolah swasta

Proses pendidikan

Peringkat
pendidikan

Pendidikan formal

Pendidikan formal

Pendidikan tidak formal

Pendidikan non formal

Pendidikan informal

Prasekolah

Prasekolah

Pendidikan rendah

Pendidikan dasar

Pendidikan menengah

Pendidikan menengah
pertama

Pendidikan pra-universiti

Pendidikan menengah atas

Pendidikan tinggi

Jenis-jenis sekolah

Pendidikan tinggi

Sekolah kebangsaan

Sekolah dasar

Sekolah cluster

Sekolah menengah pertama

Sekolah jenis
kebangsaan

Madrasah Tsanawiyah

Sekolah menengah atas

Sekolah menengah
kejuruan

Madrasah Aliyah

Sekolah wawasan

Sekolah agama Islam

Sekolah bestari

Sekolah teknik dan


vokasional

Sekolah berasrama
penuh

Madrasah Aliyah Kejuruan

Pendidikan tinggi

Akademik

Akademik

Institut

institut

Politeknik

politeknik

Universiti awam

sekolah tinggi

Universiti swasta

universitas

Kolej

Dapat dilihat persamaan antara sistem pendidikan di Malaysia dan Indonesia adalah
pendidikan di kedua-dua buah negara dibiayai oleh kerajaan. Kerajaan telah menubuhkan
kementerian yang di dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sistem pendidikan negara.
Di Malaysia kementerian yang dipertanggungjawabkan adalah Kementerian Pendidikan
Malaysia manakala di Indonesia adalah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan republik
Indonesia. Selain itu, di Malaysia terdapat juga sekolah-sekolah swasta yang perlu dibiayai
oleh ibu bapa pelajar. Pendidikan formal dan tidak formal wujud di kedua-dua buah negara.
Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan yang tidak memerlukan sukatan pelajaran
dan hanya pembelajaran melalui ahli keluarga. Manakala pendidikan formal merupakan
pendidikan yang diperoleh di sekolah dan mempunyai sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan. Masyarakat diberi kelonggaran untuk memilih sekolah mengikut kemampuan
mereka. Tambahan lagi, pendidikan diwajibkan untuk semua lapisan masyarakat tidak ada
yang berkecuali sebagai contoh di Malaysia orang asli atau orang asal turut diberikan peluang

untuk mendidik. Terdapat pendidikan yang sama hanya nama tahap pendidikan sahaja yang
berbeza.
Perbezaan sistem pendidikan pula dapat dilihat melalui usia wajib untuk mendapat
pendidikan di Indonesia adalah seawal tujuh hingga 15 tahun manakala usia wajib untuk
mendapatkan pendidikan di Malaysia adalah seawal umur enam tahun sehingga 12 tahun.
Selain itu, perbezaan juga dapat dilihat pada peringkat pendidikan yang berbeza pada
peringkat sekolah menengah. jika di Malaysia pelajar perlu menempuh hanya lima tahun
persekolahan iaitu pada tingkatan satu sehingga tingkatan lima tetapi di Indonesia berbeza
pelajar perlu menempuh pendidikan selama enam tahun. Negara Malaysia dilihat lebih maju
di dalam bidang pendidikan kerana kurikulum tidak sering diganti hal ini berbeza dengan
sistem pendidikan Indonesia sering kali berubah dan perlaksanaannya mengambil masa untuk
di kembangkan.

KESIMPULAN
Pendidikan di Indonesia dan Malaysia memiliki sejarah tersendiri. Pendidikan
berubah seiring dengan kemajuan dunia. Selain itu, sistem pendidikan juga dipengaruhi oleh
penjajahan sebelum merdeka dahulu seperti di Malaysia wujudnya sekolah vernakular.
Terdapat persamaan dan perbezaan di antara sistem pendidikan di Malaysia dan Indonesia.
Setiap negara memiliki dasar wajib untuk rakyatnya mendapat pendidikan belajar. Setiap
keluarga yang memiliki anak diwajibkan untuk melalui pendidikan seperti yang ditetapkan di
sesebuah negara. Hal ini bertujuan untuk individu itu sendiri meningkatkan taraf hidupnya.
Selain itu, pendidikan juga penting kepada sesebuah negara kerana pendidikan dapat
memajukan negara. Tambahan lagi, kerana dengan pendidikan lahir pemimpin dan rakyat
yang berilmu untuk membentuk sesebuah negara maju dan harmonis

RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang:
PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd
BAPPENAS (2013). Ministry of National Development Planning/National Development
Planning agencyEarly Childhood Development Strategy Study presented at an Early
Childhood Education and development Conference in Jakarta, Indonesia.
Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur: As Noordeen.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ministry of National Education (2011), Grand Design: Indonesian ECCE Development 20112015, Ministry of National Education.
Ministry of National Education (2010), 2010-2014 Ministry of National Education Strategic
Pelan Renstra), Ministry of National Education, Jakarta.
MOEC Ministry of Education and Culture (2012), Indonesia: Educational Statistics in Brief
2011/2012, MOEC, Jakarta.
Preston, S.H. dan Elo, I.T. (1996). Survival after age 80: letter to the editor. NewEngland
Journal of Medicine, 334 (8), 537.
Report 2000-2015. (2015). Malaysia Education For All End Decade Review Report 20002015. Kementerian Pendidikan Malaysia
Rohman, Arif. 2010. Pendidikan Komparatif: Menuju ke Arah Metode Perbandingan
Pendidikan Antar Negara. Yogyakarta: Laksabang Grafika

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Wolfe, B.L. dan Haveman, R.H. (2002). Social and nonmarket benefits from education in
an advanced economy. Conference Series (proceedings). Federal Reserve Bank of
Boston, Jun, 97-142.

Anda mungkin juga menyukai