Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU, PENGKALAN CHEPA, 16109 KOTA BHARU, KELANTAN

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA KUMPULAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: : : :

NO. KAD PENGENALAN :

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek Matematik ini dengan sempurna dalam tempoh masa yang diberi. Walaupun terdapat banyak dugaan di sepanjang perjalanan saya menyiapakan tugasan ini, namun akhirnya saya berjaya

menyempurnakannya. Alhamdulillah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Zawawi bin Jaafar kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada kolaborasi bersama pensyarah pembimbing menjadi panduan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini. Di sini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pertolongan dan berkongsi maklumat dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Jasa baik dan kerjasama yang anda berikan tidak akan saya lupakan. Saya berharap agar tugasan ini menepati garis panduan yang ditetapkan dan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada sesiapa sahaja untuk memahami dan juga belajar mengenai tajuk yang saya sediakan ini.

ii

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan


2.0 Takrifan dengan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kontek Malaysia.

i ii 1

3.0

Punca beserta contoh yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan.

4.0

Bagaimanakah anda dapat mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan di dalam bilik darjah anda.

5.0 Penutup

11

6.0 Rujukan

12

1.0

Pengenalan

Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara kita masih lagi di belenggu dengan pelbagai faktor perbezaan peluang pendidikan. Ianya masih lagi jelas ketara dalam sistem pendidikan kita pada hari. Walaupun pelbagai langkah drastik yang di ambil untuk menangani masalah ini dengan merancang dan memperkemaskan sistem pendidikan melalui belanjawan tahunan dan Rancangan Malaysia namun ianya masih belum di atasi secara menyeluruh. Rancangan sebegini perlu di perkemaskan dan di perbaiki lagi untuk memastikan keberkesanannya. Menurut ucapan yang di sampaikan oleh Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan bahawa cabaran era globalisasi memerlukan usaha bagi merapatkan jurang pendidikan dipergiat dan dipertingkatkan. Medan persaingan mesti dijadikan lebih rata supaya anak-anak kita yang kurang bernasib baik dan terpinggir ini mempunyai lebih peluang untuk berjaya. Isu kemudahan asas, ketiadaan guru dan guru terlatih serta keupayaan menguasai 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan di antara isu utama yang perlu ditangani dengan segera. Saya berjanji selagi saya menjadi Menteri Pelajaran, agenda ini akan terus dijadikan keutamaan kerana kita tidak mahu melihat anak-anak kita tercicir dari arus perdana pendidikan negara. Dari petikan ini kita dapat tahu bahawa pendidikan merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan. Setiap orang perlu diterapkan dengan ilmu. Pendidikan sangat di utamakan untuk memajukan diri kita. Semua individu harus mempunyai kesedaran bahawa pendidikan membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan kehidupan. Oleh sebab itu, jurang dan perbezaan pendidikan ini harus di atasi agar semua individu mampu merebut peluang yang ada secara sama rata.

2.0

Bincangkan dengan lebih terperinci apakah yang boleh ditakrifkan

dengan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kontek Malaysia. Menurut definisi yang di dapati daripada kamus Dewan edisi ketiga menyatakan ketaksamaan boleh di definisikan sebagai satu perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Manakala menurut Noran Fauziah Yaakub perkataan ketaksamaan boleh di takrifkan sebagai suatu keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. Berdasarkan takrifan ini kita dapat simpulkan bahawa ia merupakan satu perbezaan yang tidak sama. Perbezaan ini boleh di kategorikan untuk perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan atau pun perbezaan darjat atau taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan. Manakala dari sudut takrifan, pendidikan adalah "suatu proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada insan''. Bagi pendapat yang di nyatakan oleh Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai "satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia". Imam Al-Ghazali pula mengatakan, pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik. Secara umumnya, daripada pandangan di atas kita boleh mengatakan bahawa pendidikan itu bersifat dalaman dengan bermatlamatkan melahirkan insan yang sempurna dan berakhlak mulia serta ia adalah proses yang mengambil masa yang panjang. Dalam kontek pendidikan di Malaysia ini, ketaksamaan pendidikan ini telah wujud dalam pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada ketaksamaan tersebut. Hal ini kerana, negara kita, Malaysia terdiri dari pelbagai latar belakang masyarakat dan persekitaran kehidupan sama ada dari segi cara hidup atau pun geografinya. Di sebabkan oleh perbezaan dari pelbagai aspek ini maka wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan sebegini dalam kehidupan kita. Setiap individu mempunyai perbezaaannya yang tersendiri dalam pelbagai aspek. Walaupun terdapat perbezaan ini, pihak kerajaan tetap memberi penekanan dan dititik berat dalam pendidikan ini memandangkan pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat. Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan kehidupan. Kita dapat lihat contoh perbezaan dari segi cara pemikiran, kecekapan menjana idea, kemahiran tersendiri dan sebagainya. Untuk melihat

ketaksamaan dan perbezaan ini dengan lebih jelas kita boleh lihat berdasarkan sesebuah kumpulan atau kelompok masyarakat yang tinggal dalam satu-satu kawasan tersebut. Contonya masyarakat yang tinggal di bandar dan juga masyarakat yang tinggal di kampung. Kedua-dua masyarakat ini jelas menunjukkan perbezaan mereka dari pelbagai sudut tersendiri sama ada dari cara hidup atau pergaulan dan pemerolehan peluang pendidikan. Oleh itu, ia juga dapat mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan dalam kontek kehidupan

masyarakat di Malaysia.

3.0

Sebagai

pendidik,

jelaskan

tiga

punca

beserta

contoh

yang

menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan. Mengikut Falsafah pendidikan Malaysia mendefinisikan pendidikan sebagai satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Oleh itu, tanggungjawab utama sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Namun, dalam usaha merealisasikan usaha ini, terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan. Masih terdapat kelemahan dalam menyalurkan pendidikan sama rata kepada semua rakyat. Antara punca yang menyebabkan perbezaaan peluang pendidikan adalah dari segi kelas sosial. Kelas sosial di takrifkan sebagai kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Contohnya, kelas sosial juga wujud antara masyarakat yang tinggal di bandar dan pedalaman. Masyarakat di bandar biasanya mempunyai kedudukan kelas sosial yang tinggi berbanding dengan masyarakat di pedalaman. Dari segi aspek kemudahan pendidikan, masyarakat di bandar lebih mudah untuk merasai peluang kemudahan yang di sediakan berbanding dengan masyarakat pedalaman. Maka persekitaran sebegini yang wujud di pedalaman telah mengurangkan rangsangan kepada murid-murid di pedalaman untuk menimba ilmu pengetahuan. Di bandar terdapat banyak kemudahan seperti perkhidmatan tenaga pakar untuk mengajar di kelas-kelas tambahan manakala di pedalaman ianya sangat sukar untuk mendapatkan khidmat sebegini. Selain itu, kelas sosial juga boleh di lihat dari aspek jurang ekonomi. Ekonomi orang berada jauh lebih tinggi berbanding dengan ekonomi orang miskin. Oleh sebab itu, orang berada mampu menyediakan pelbagai kemudahan fizikal untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif berbanding dengan orang miskin. Contohnya, murid berada mampu memperolehi sebuah bilik belajar yang lengkap dengan bahan bacaan dan selesa. Maka, perkara

ini membolehkan mereka belajar dengan tenang dan selesa jika di bandingkan dengan murid miskin. Sesetengah golongan miskin langsung tidak mampu untuk menyediakan kemudahan asas seperti elektrik, bilik belajar dan sebagainya untuk anak-anak mereka belajar. Punca ini jelas di perkukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Hal ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi mampu untuk memenuhi segala keperluan pembelajaran. Malahan ada juga ibu bapa yang mampu menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih baik di luar negara. Jika kita lihat di sekolah juga terdapat banyak program yang di laksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah kelas sosial agar murid dapat belajar dengan selesa. Contohnya, program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang mana hanya khusus di berikan kepada murid dalam golongan kelas sosial yang kurang berkemampuan. Tujuan asalnya adalah untuk memastikan murid miskin dapat bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Hal ini penting supaya murid dapat belajar dengan selesa apabila mereka dapat makan secara percuma. Bukan ini sahaja program yang dilaksanakan di sekolah malahan terdapat banyak lagi program yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Disebabkan oleh punca sebegini, maka wujudlah jurang ketaksamaan pendidikan antara kelas sosial di kalangan masyarakat. Punca ketaksamaan peluang pendidikan juga muncul daripada perbezaan jantina. Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadikan ketaksamaan pendidikan terus ketara dalam

masyarakat kita. Pada zaman penjajah dahulu pula, kita dapat lihat bahawa peluang pendidikan sangat diutamakan untuk golongan lelaki. Manakala golongan wanita seperti dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan. Namun, pada hari ini, dasar yang diterapkan semasa zaman penjajahan telah beransur berubah. Kaum perempuan telah hampir mendominasi peluang pendidikan di negara ini. Menurut pengkaji Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi

mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutamanya di sekolah vokasional dan teknik serta di institusi pengajian tinggi. Hasil dari pemerhatian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Bukan itu sahaja, jika kita lihat di sekolah terutama, guru juga sering mewujudkan perbezaan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Sesetengah guru lebih cenderung kepada satu pihak manakala satu pihak lagi di nafikan kewujudannya. Contoh di sini adalah guru lelaki yang biasanya lebih cenderung memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid perempuan. Apabila sesi bersoal jawab maka murid lelaki di abaikan. Begitu juga dengan sesi pengajaran dimana jika komunikasi hanya wujud dalam kalangan murid perempuan sahaja. Murid-murid lelaki mudah menjadi bosan untuk terus belajar apabila tidak di beri perhatian oleh guru. Kesannya, mereka akan keciciran dalam pembelajaran seharian. Apabila persekitaran sebegini wujud, maka akan timbullah ketaksamaan pendidikan melalui perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan. Seterusnya adalah berkaitan dengan kumpulan minoriti. Kumpulan minoriti di takrifkan sebagai suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang terkecil. Jumlahnya langsung tidak mampu untuk mempengaruhi kumpulan yang lain. Contohnya, masyarakat orang asli Iban, Kadazan dan sebagainya. Kumpulan yang terkecil ini seringkali tersisih dari kumpulan besar yang lain. Antara sebab mengapa mereka sering terpinggir dalam arus pendidikan adalah kerana kekurangan infrastruktur dan prasarana di kawasan tempat tinggal mereka seperti kemudahan elektrik, bekalan air bersih serta jalan yang tidak berturap. Kesemua ini sangat mempengaruhi terhadap perkembangan pendidikan murid-murid. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat di nikmati sepenuhnya oleh Orang Asli. Bukan itu sahaja punca sebenar yang kita mampu lihat, kita juga dapat perhatikan bahawa dalam kalangan mereka sendiri tidak ramai golongan bijak pandai. Perkara ini wujud kerana kurangnya berlaku persaingan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Mereka langsung tidak mementingkan peluang pendidikan yang ada dalam dunia hari ini. Mereka tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pendidikan yang di perlukan dalam kehidupan masa kini. Kesannya, mereka akan terus tercicir dalam merebut peluang pendidikan lalu menyebabkan mereka mundur dalam kehidupan. Dalam suasana di sekolah pula, kita dapat

perhatian bahawa kumpulan minoriti ini juga mampu wujud seperti golongan murid yang suka ponteng, pembuli, suka merokok, melepak dan sebagainya. Kebanyakan dari golongan ini tercicir dari pandangan pihak sekolah atau guru kerana mereka seringkali di kaitan dengan pembawa masalah kepada persekitaran. Oleh itu, mereka sering ketinggalan dalam menuntut ilmu. Manakala dari sudut positif, ada juga golongan minoriti yang bersifat terpuji seperti golongan ulat buku, murid yang suka belajar hal-hal agama dan lain-lain lagi. Pergerakan mereka seringkali tidak diberi perhatian kerana mereka lebih suka untuk bergerak secara kumpulan kecil. Apabila wujudnya golongan minoriti seperti ini dalam persekitaran pembelajaran, semua pihak harus sedar dan prihatin dengan tidak mengabaikan perhatian. Hal ini supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Melalui perhatian yang diberikan ini mampu untuk mengelakkan kumpulan minoriti tersebut dari terus mendominasi situasi yang akan membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

4.0

Sebagai seorang guru, jelaskan dengan terperinci bagaimanakah anda

dapat mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan di dalam bilik darjah anda. Sebagai seorang pendidik, saya harus bijak menangani masalah-masalah yang timbul dalam bilik darjah. Punca-punca yang timbul ini perlu di atasi dengan segera agar murid-murid tidak tercicir dan ketinggalan dalam memperolehi pendidikan di sekolah. Seorang guru perlu menganalisis dan mengkaji setiap latar belakang murid-muridnya di dalam kelas. Guru kelas harus faham apa yang di perlukan oleh setiap muridnya. Bagi masalah kelas sosial, guru perlu merapatkan jurang perbezaan ini agar ia dapat di hapuskan dalam suasana pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, guru perlu mencampurkan antara murid berada dengan murid kurang berkemampuan apabila melakukan aktiviti di dalam kelas. Apabila berlaku percampuran ini, guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid agar saling tolong menolong antara mereka. Jika objektif ini tercapai, secara tidak langsung murid berada dan kurang berkemampuan akan saling menolong. Kedua-dua golongan ini akan saling lengkap melengkapi antara mereka untuk memastikan proses pembelajaran mampu berjalan dengan lancar. Selain itu, muridmurid ini boleh saling bertukar buku rujukan, berkongsi tempat belajar yang sama dan sebagainya. Dari situ, murid yang kurang berkemampuan akan dapat belajar dan menuntut ilmu sama seperti murid yang berada. Tambahan pula, guru juga perlu memastikan setiap muridnya bersedia sebelum memulakan pembelajaran. Jika terdapat murid yang kurang berkemampuan yang belum bersarapan, maka guru perlu mencadangkan namanya untuk menerima program Rancangan Makanaan Tambahan. Segala keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat belajar ini sangat penting untuk setiap murid. Hal ini kerana, perkara ini sangat mempengaruhi proses pembelajaran di dalam kelas. Seorang guru itu harus fleksible dan cepat bertindak untuk menyelesaikan masalah muridnya. Dalam soal ekonomi keluarga murid, guru perlu membantu mereka yang memerlukan. Di sekolah terdapat berbagai bentuk bantuan yang di sediakan untuk membantu keluarga murid yang kurang berkemampuan. Oleh itu, peluang ini perlu di manfaatkan agar murid dapat merasai peluang pendidikan yang sama rata dengan golongan yang lain. Dalam aspek sikap guru itu sendiri juga perlu lebih bersifat adil dan saksama antara murid berada dan kurang upaya. Hal ini penting agar tiada murid yang terasa diri mereka di sisihkan

dalam sesi pembelajaran. Contohnya, jika guru hanya memberi tumpuan kepada murid kaya sahaja manakala murid miskin di abaikan. Maka, ia akan menyebabkan murid miskin berasa bosan dan tidak bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka. Oleh itu, sebagai pendidik kita perlu pandai untuk menangani masalah ini agar ia tidak menggangu proses pembelajaran. Untuk menangani masalah kedua iaitu berkenaan dengan perbezaan jantina, kita sebagai seorang pendidik seharusnya sedar akan kepentingan kedua-dua jantina ini. Kita tidak boleh menafikan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada lelaki dan juga perempuan. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Untuk mengelakkan perbezaan dalam pendidikan bagi kedua jantina ini, kita seharusnya banyak melakukan aktiviti yang menggabungkan kedua-duanya. Contohnya aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Kita haruslah mencampurkan bilangan lelaki dan juga perempuan di dalam satu kumpulan. Hasil dari penggabungan ini, kita pasti akan memperolehi keputusan yang

memberangsangkan. Hal ini kerana, lelaki dan perempuan saling mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Maka, mereka boleh bertukar-tukar pendapat dan idea sekiranya mereka di gabungkan dalam kumpulan secara bersama. Bukan itu sahaja, kita juga tidak boleh bersikap berat sebelah antara lelaki dan juga perempuan. Layanan sama rata perlulah di berikan antara lelaki dan perempuan. Perkara ini sangat perlu di titik beratkan agar tiada murid berasa terpinggir dalam sesi pembelajaran. Contohnya jika guru bertanyakan pendapat seorang murid perempuan, maka untuk berlaku adil dia juga perlu bertanya kepada murid lelaki. Dari situ, kedua-dua belah pihak telah di beri peluang untuk menonjol dalam sesi pembelajaran. Kemudahan yang di berikan oleh guru juga perlulah seimbang antara lelaki dan juga perempuan. Contohnya kemudahan dalam menggunakan alat bantu mengajar. Guru perlulah memberi peluang sama rata kepada murid lelaki dan juga murid perempuan untuk mencuba dan belajar. Sekiranya guru tidak bersikap sama rata dalam soal sebegini maka akan memberi kesan kepada penglibatan dan perhatian mereka dalam pembelajaran. Jadi tidak mustahil pada masa guru tersebut mengajar murid akan membuat bising dan hilang semangat untuk belajar di dalam kelas. Di samping itu, sebagai seorang guru kita juga perlu mempunyai semangat yang kental untuk mengajar kumpulan minoriti ini. Disebabkan kumpulan minoriti ini

10

sering tertumpu di pedalaman, maka mereka mempunyai pelbagai masalah dalam aspek kemudahan. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk membawa kemudahan yang terbaik agar mereka dapat merasai kemudahan ini seperti mana yang di rasai oleh penduduk di bandar. Guru boleh membawa banyak pendedahan dari dunia luar kepada mereka seperti pendedahan dari segi pembangunan. Contohnya jika di sana tiada kemudahan untuk mempertontonkan kepada mereka pembangunan negara maka guru boleh membawa bahan-bahan maujud seperti gambar untuk

memberitahu kepada mereka tentang pembangunan yang ada. Dari situ, mereka pasti dapat mempelajari sesuatu yang bermakna. Dengan ini, kita nampak bahawa guru itu sanggup berusaha untuk membawa pendedahan dan memberi pendidikan kepada mereka walau dalam apa jua keadaan yang ada. Manakala dalam aspek kumpulan minoriti yang wujud di dalam kelas seperti golongan yang malas dan rajin juga boleh di atasi oleh guru tersebut. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan fungsinya iaitu mengenalpasti punca utama yang menyebabkan murid-muridnya bersikap sedemikian. Untuk menarik minat murid belajar, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah agar dapat menarik minat murid untuk turut serta dalam sesi pembelajaran. Kadang kala sikap murid ini berpunca dari guru itu sendiri. Murid akan hilang motivasi lalu menyebabkan mereka menjadi malas untuk belajar. Oleh itu, kita sebagai guru harus meneliti dan mengatasi masalah ini. Contoh pendekatan yang guru boleh gunakan seperti pendekatan berasaskan guru, pendekatan berasaskan murid dan pendekatan berasaskan bahan-bahan. Kesemua pendekatan ini akan menghasilkan keputusan yang berbeza-beza kepada kumpulan murid. Jadi, guru perlu bijak mengatur strategi ini untuk menawan minat murid di dalam kelas.

11

5.0

Penutup Kesimpulannya, semua pihak tidak kira pihak kerajaan, sekolah, tenaga

pengajar, mahupun individu itu sendiri perlu memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan

masyarakat kita sekarang ini. Pihak

kerajaan sendiri telah menggariskan

matlamatnya untuk melihat setiap murid mendapat peluang pendidikan yang sama rata sekali gus memastikan kejayaan mereka di sekolah. Kita tidak mahu melihat hanya terdapat sesetengah golongan sahaja yang mampu menguasai bidang pendidikan ini sedangkan golongan yang lain jauh ketinggalan. Perbezaaan seperti ini tidak seharusnya wujud dalam kalangan masyarakat kita yang hidup secara majmuk. Oleh itu, semua pihak perlu menggembeling tenaga untuk mengatasi masalah ini. Hal ini perlu untuk memastikan generasi-generasi muda yang bakal meneraju negara tidak ketinggalan ke belakang dalam proses penerimaan ilmu. Kita sebagai pencorak kepada kehidupan masa hadapan seharusnya memikul beban ini untuk membuat suatu perubahan agar ketidaksamaan ini tidak wujud lagi dalam sistem pendidikan. Sebagai seorang guru pula, kita perlu bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat dan juga impian kerajaan melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. Di harapkan dengan langkah-langkah serta amalan yang di huraikan dapat membantu pihak berwajib untuk mengatasi masalah ketaksamaan peluang pendidikan ini.

12

6.0

Rujukan

Syed Ismail & Ahmad Subki (2010). Budaya Dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Soon Sang Mok & Shok Mee Lee (1988). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Ibrahim Saad (1982). Isu pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rashid, Siti Masayu Rosliah (2008). Peluang Dan Cabaran Pendidikan Dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar : Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin Di Jajahan Bachok, Kelantan. Kajian kes. Rusli Bin Md Zain (1998). Realiti Pencapaian Budaya Cemerlang Di Sekolah Dari Perspektif Pelajar. Jurnal kajian. Kerajaan terus sediakan kemudahan pendidikan (atas talian) http://www.malaysiazoom.com/kerajaan-terus-sediakan-kemudahan-

pendidikan/ (20 Ogos 2012) Teks Ucapan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. (atas talian).

http://www.malaysianbar.org.my/speeches/teks_ucapan_dato_seri_hishamm uddin_tun_hussein_ketua_pergerakan_pemuda_umno_malaysia.html ( 20 Ogos 2012)

Anda mungkin juga menyukai