Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Penghargaan
Dalam menjalankan kerja kursus Cabaran dan Isu Semasa ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak menolong saya. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah saya, Puan Roryna atas bimbingan, tunjuk ajar, teguran, dan nasihat yang amat berguna. Saya berasa sungguh bertuah kerana pensyarah sanggup meluangkan masanya untuk memberi dorongan kepada saya. Tidak ketinggalan kepada ibu bapa saya atas galakan, dorongan, nasihat dan kewangan yang diberikan sehingga saya dapat menjalankan kerja kursus ini dengan lancar. Mereka juga telah menjadi orang sumber saya dalam menjalani kerja kursus ini. Begitu juga, ucapan terima kasih kepada rakan yang sudi menolong saya dengan memberi tunjuk ajar. Mereka juga sudi memberi pertolongan apabila saya menghadapi masalah. Budi baik mereka tidak dapat saya balaskan, hanya tuhan yang boleh balas budi mereka yang baik itu. Oleh itu, saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terakhir sekali, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana terus tabahkan diri saya untuk menyiapkan kerja ini agar saya tidak putus asa.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Esei 2
Isu-isu global dilihat memberi impak terhadap peluang pendidikan. Pada pandangan anda, sejauh manakah ianya memberi kesan kepada sistem pendidikan di Malaysia. Pada era globalisasi ini, dunia sedang menerusi aras globalisasi yang semakin hari semakin pesat. Globalisasi dikenali dengan nama seperti dunia tanpa sempanan, kampung global, desa sejagat dan dasar langit terbuka. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Salain itu, globalisasi telah membawa kemajuan dan banyak kebaikan kepada negara kita, malah juga mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap makluk yang dikenal manusia. Selain itu, kita tidak boleh menafikan bahawa globalisasi juga telah membawa kesan kepada pelbagai sektor termasuk sektor pendidikan. Pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut Plato, pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. Seterusnya, Isu-isu global yang berlaku pada hari ini dilihat memberi impak dan perubahan besar terhadap peluang pendidikan di negara kita serta di seluruh dunia yang seterusnya membawa kesan kepada sistem pendidikan Malaysia. tamadun manusia telah mengalami pelbagai cabaran. Untuk menangani cabaran yang dialami, manusia telah membuat pelbagai perubahan. Pada zaman dahulu, manusia menjalankan aktiviti pertanian dengan cungkil, kapak, dan lain-lain. Pada zaman sekarang, pelbagai mesin telah diperkenalkan untuk mempercepatkan proses pertanian dan tidak

menggunakan alat-alat pada zaman dahulu. Oleh sebab berlaku Revolusi Perindustrian. Revolusi Perindustrian membawa perubahan yang amat besar dalam pelbagai sektor, terutamanya sektor ekonomi. Pada zaman abad ke-21, kita kerap mendengar pelbagai isu-isu globalisasi di media massa elektronik dan media massa cetak. Sebagai tamsil, masalah kadar kemiskinan semakin tambah, pemerdagangan manusia semakin banyak, dan lain-lain. Isu-isu sebegini telah menjadi buah bibir masyarakat. Keadaan ini tidak boleh dipandang rendah. Jadi, apakah kesan yang dibawa oleh isu-isu global terhadap peluang pendidikan di Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Mari kita lihat isu atau topik ini bersama-sama.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Isu-Isu Pendidikan di Malaysia


Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya, bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia. Selain itu, tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan. Tambahan pula, kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses . Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh. Di samping itu, latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan Selain itu, penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan juga bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT. Bagi ekuiti pendidikan, dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM). Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Isu keganasan antarabangsa


Pengenalan Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran. Kesan bagi isu yang dibincangkan ialah keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara. Selain itu, ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan. Sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara. Jadi, kalau ekonomi Negara dijejaskan, Negara itu juga tidak dapat berkembang dengan baik dan juga tidak mepunyai kemampuan untuk memberi lebih banyak peluang pendidikan untuk semua Warga Negara. Di saming itu, industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan. Perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.Jadi , kalau industri pelancongan Negara terjejas, ekonomi Negara juga akan jejas, jumlah pendapatan Negara akan jatuh, sumber kewangan untuk memberi lebih banyak peluang pendidikan adalah sangat terhad. Seterusnya, mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri. Mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang. Dengan itu, rakyat untuk mendapat peluang pendidikan akan berkurang kerana kehilangan kebebasan dan keselamatan diri. Cara mengatasinya ialah penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan. Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk

membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan dan juga peluang pendidikan atau system pendidikan dapat dilancarkan dengan lebih baik. Cara yang kedua ialah sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada manamana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik, ekonomi dan juga pendidikan negara. Cara yang seterusnya, kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan. Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor berlakunya Kegiatan Keganasan yang memberi implikasi terhadap peluang pendidikan Faktor yang berlakunya kegiatan keganasan ialah terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri. Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun. Selain itu, peluang pendidikan juga akan dipengaruhi kerana rakyat Negara tidak dapat hidup bersama secara aman dan damai. Faktor yang seterusnya ialah sikap tamak yang menguasai diri. Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti. Oleh itu, sikap seperti ini juga akan menyebabkan sistem pendidikan tidak dapat dilancarkan dengan baik dan peluang pendidikan akan kurang. Selain itu, lambang kemegahan juga merupakan salah satu faktor berlakunya kegiatan keganasan. Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, Amerika Syarikat akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, Amerika Syarikat berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini. Jadi, lambing kemegahan ini bukan saja akan menimbulkan perselisihan antara Negara, system pendidikan yang sedang dilaksanakan juga akan dipengaruhi.

Isu ketidakseimbangan kekayaan dunia dan kemiskinan dunia ketiga


Kewangan Pendidikan
Pendidikan merupakan proses mengilmukan manusia dengan berbagai-bagai disiplin ilmu pengetahuan serta melatih individe manusia dengan berbagai-bagai kemahiran hidup agar mereka berfungsi dengan baik sebagai ahli masyarakat yang memberi sumbangan positif dalam proses pembangunan ekonomi, politik, sosial, agama, sains, teknologi, pendidikan, pemakanan, dan pertanian. Justeru, pendidikan ialah satu pelaburan penting bagi pembangunan sumber manusia. Oleh yang demikian, perbelanjaan bagi sistem pendidikan merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk memperoleh tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai sector ekonomi dan pendidikan kerajaan. Namun demikian, perbelanjaa peruntukan kewangan untuk system pendidikan perlulah berhemah, sejajar dengan ketetapan Akta Pendidikan 1996 yang menyatakan bahawa dasar pendidikan perlu memastikan pengajaran yang cekap dan tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah.

kemanusiaan tanpa pengetahuan tentang duduk soal kehidupannya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

sendiri bisa tersasar. Yang dinamakan zaman moden adalah zaman kemenangan modal. Setiap orang zaman moden diperintah oleh modal besar juga pendidikan, juga suratkhabarnya juga kesusilaan, juga hukum, juga kebenaran dan pengetahuan. - Pramoedya Ananta Toer, Anak Semua Bangsa Ketidaksetaraan ekonomi merupakan masalah yang wujud sejak sekian lama dalam mana mana peradaban baik di Timur mahupun Barat. Dunia sering dibahagikan kepada Negara yang maju dan yang tidak. Malah hal ini semakin ketara selepas Perang Dunia Ke-2, wujudnya istilah Negara Selatan, Negara membangun dan sebagainya. Tidak dinafikan banyak Negara mengalami pertubuhan pesat sehingga mencapai tujuh peratus setahun, namun tidak wujud titisan ke bawah. Hubungan antara negara kaya dan miskin bukan lagi berasaskan penyediaan sumber seperti komoditi melalui eksport dan import barangan siap oleh negara miskin tetapi telah mengalami perubahan dengan adanya peranan modal atau disebut Foreign Direct Investment, FDI. Melalui FDI, negara yang menerima pelaburan asing menyediakan tenaga buruh yang murah, sumber dan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan. Seperti yang dijelaskan Eichengreen (2003) menyatakan bahawa pergerakan modal sebagai penjana pembangunan dengan menyalurkan sumber, teknologi, pengetahuan berorganisasi dan pemangkin kepada perubahan institusi. Tugas polisi atau dasar pula untuk menggalakkan pengaliran modal dari negara pemodal yang kaya ke dalam negara-negara yang miskin ekonominya. Hasil daripada FDI yang membawa bersama teknologi dan kepakaran, sebahagian negara-negara miskin, kurang membangun dan negara-negara dunia ketiga kini telah banyak berubah menjadi apa yang dinamakan negara sedang membangun dan negara industri baru. Dengan itu, punca kewangan dan juga ekonomi Negara dapat ditingkatkan. Oleh itu, sistem pendidikan dapat diperbaiki dan taraf pendidikan Negara dapat ditingkatkan kalau rakyat yang berpeluang untuk mendapat pendidikan. Jika menggunakan model penggantungan Frank, mungkin sukar untuk menjawab mengenai kemunculan Negara ekonomi perindustrian baharu Asia seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, dan Singapura. Namun, pemahaman terhadap fenomena ini telah dihuraikan oleh Wallerstein. Negara Negara ini adalah Negara Semi-periferi yang mengeksploitasi Negara periferi. Terlebih dahulu hendaklah difahami dengan jelas tentang ciri ciri Negara ekonomi baru Asia ini. Umumnya, terdapat beberapa sifat sepunya yang dapat dilihat pada Negara Negara ini ialah ekonomi yang sangat terbuka ( sangat tinggi peratusan nisbah eksport atau import kepada KNK) yang mengalami perindustrian serta pertumbuhan pesat sejak 1960-an. Ekonomi mereka dipacu oleh pertumbuhan eksport yang besar terutamanya dengan sebahagian besar jumlah eksport yang terdiri daripada barangan pembuatan. Selain itu, kejayaan perindustrian pacuan eksport barangan pembuatan ini adalah hasil perlaksanaan strategi pembangunan berorentasikan eksport. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai disertai pertumbuhan dalam pertunjuk sosioekonomi seperti pengurangan ketaksetaraan pengagihan pendapatan dab peningkatan taraf hidup rakyat. Seterusnya, tidak mempunyai sumber asli dan juga merupakan masyarakat yang homogeny.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Terdapat dua teori ekonomi yang utama dalam membahaskan fenomena ini. pertamanya neo liberal yang menyatakan bahawa kejayaan Negara ekonomi baharu Asia ini disebabkan oleh polisi liberalisasi ekonomi mereka. Liberalisasi juga bermaksud mengehadkan campur tangan kerajaan dalam pasaran. Namun, ekonomi perindustrian bahru ini sehingga akhir 1980-an mewakili dua ekstrim dengan Korea Selatan yang paling authoritarian dalam pemerintahannya diikuti oleh Singapura. Manakala Hong kong pula adalah saki baki ekonomi Laissez faire abad ke 19. Taiwan adalah diantaranya. Selain itu jika diteliti, negara negara ini berorentasikan perdagangan interport, di mana barangan mentah yang mereka import (hal ini kerana mereka tidak memiliki sumber asli) dari negara periferi dikilangkan dan dijenamakan semula sebelum dijual kepada negara core. Pandangan struktruralis mempunyai pelbagai kecenderungan, namun umumnya penekanan diberikan dalam menganalisa struktur ekonomi ialah kepentingan relative berbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, industry dan perkhimatan. Selain itu, hubungan ekonomi domestic dengan ekonomi dunia. Tingkat produktiviti dalam setiap kegiatan dan juga jenis dan skala perusahaan Maka, aliran strukturalis melihat kejayaan ekonomi perindustrian baharu ini adalah disebabkan oleh kejayaan pemerintah yang berjaya mendisplinkan pasaran. Campur tangan kerajaan adalah untuk memastikan kegagalan penyelarasan pasaran tidak berlaku khususnya diperingkat awal pembangunan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Korea Selatan hanya membuka pelaburan kepada firma yang syarat kerajaan. Perkembangan globalisasi yang mendorong dunia tanpa sempadan bagi pengaliran modal, buruh dan perdagangan dunia mungkin memerlukan pengubahsuaian semula teori pergantungan oleh Gunder Frank. Bagaimanapun, aspek pelebaran kuasa kapitalisme juga tidak dinafikan terus kukuh di dalam sistem dunia berikutan perkembangan-perkembangan baru ini kerana modal, FDI dan teknologi masih berasal dari negara-negara kapitalis kaya yang pada akhirnya mereka yang akan menguasai dan memonopoli pasaran negara lain. Hal ini berlaku kerana pasaran domestik negaranegara miskin tidak cukup besar bagi menyokong ekonomi berskala yang digunakan negara-negara kaya bagi mengekalkan harga yang lebih murah. Isu kedua adalah membabitkan aspirasi politik negara-negara miskin sama ada penukaran daripada menjadi pengeluar komoditi kepada barangan perkilangan boleh dilakukan atau tidak. Isu terakhir adalah melibatkan sejauh mana negara-negara miskin sebenarnya mempunyai kawalan terhadap produk utama mereka khususnya bagi penjualan barangan tersebut ke pasaran antarabangsa. Hubungan terkini antara negara-negara di dalam sistem baru dunia ini mungkin dijelaskan dengan lebih tepat oleh teori sistem dunia yang dikemukakan oleh Wallerstein. Ini kerana dunia yang sedang membangun dan negara-negara miskin memerlukan kewujudan negara teras atau core untuk mendapatkan bantuan bagi kemajuan ekonomi mereka. Negara-negara teras secara konsisten menjadi penjana FDI utama dunia dan mampu mengekalkan corak penguasaan terhadap negaranegara yang memerlukan bantuan mereka dalam membangunkan ekonomi sejagat. Oleh itu, proses untuk membebaskan diri oleh negara-negara kurang membangun ini dilihat begitu mustahil dilakukan lebih-lebih lagi dengan penubuhan blok-blok perdagangan serantau yang ingin membina satu bentuk perlindungan kepada industri masing-masing. Percubaan untuk memasuki rantau kerjasama perdagangan tersebut oleh sebuah negara dari rantau lain begitu sukar dan perlu mematuhi pelbagai syarat yang akan melonggarkan peranan kawalan negara terhadap pasaran, misalnya penghapusan pelbagai bentuk cukai dan tarif. Contoh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

lain daripada isu ini adalah kemasukan China ke dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia, WTO yang mana China telah dipaksa mematuhi syarat-syarat seperti meningkatkan tahap hak asasi manusia sebelum diterima masuk untuk memperolehi kelebihan dalam perdagangan dunia. Maka, kaedah yang boleh dilakukan adalah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Frank iaitu perubahan yang radikal dalam struktur dan system ekonomi yang sedia wujud. Untuk itu antara pilihannya, sama ada negara negara membangun ini memutuskan hubungan dari system dunia ini dan membangunkan dahulu ekonomi mereka atau membina blok ekonomi mereka sendiri dan mula berdagang sesama sendiri. Kesimpulannya, kerjasama perdagangan, hubungan antara satu sama lain perlu dijalinkan dan juga dirapatkan supaya ekonomi Negara dapat ditingkatkan, keamanan dan kedamaian antara Negara diwujudkan, dan banyak kebaikkan dan juga kelebihan dapat didapati oleh setiap Negara. Kalau sistem ekonomi diperbaiki, sistem pendidikan yang dilaksanakan juga dapat dijalankan dengan lancar dan peluang pendidikan untuk rakyat Negara menjadi lebih banyak. Oleh itu, taraf pendidikan Negara akan meningkat.

Isu Pemerdagangan Manusia


Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja,Bangladesh, Pakistan dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Menurut laporan TIP ( Trafficking In Persons) Jun 2011, Malaysia diletakan di Senarai Pemerhatian Tahap 2 (2WL). Dimana, dalam tahap 2WL ini, Malaysia diklasifikasikan mempunyai bilangan mangsa permedagangan yang ketara dan semakin meningkat. Tiada usaha berterusan dalam memerangi jenayah pemerdagangan manusia. Selain itu, dalam pemerhatian bagi memastikan negara melaksanakan usaha untuk mematuhi piawaian minimum Perlindungan Mangsa Penyeludupan Akta (TVPA) , berdasarkan komitmen kerajaan dalam mengambil langkah penambahbaikan masa hadapan. Punca berlakunya kegiatan pemerdagangan manusia ialah kemiskinan. Hal ini kerana mangsa berusaha untuk mengubah taraf hidup dan berusaha untuk berhijrah ke negara yang lebih maju dan mempunyai peluang pekerjaan.Terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan. Permintaan tenaga buruh yang tinggi mendorong berlakunya kegiatan pemerdagangan orang. Sindiket pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini dengan membekalkan buruh untuk mengaut keuntungan. Sindiket-sindiket ini menyamar sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh asing. Mangsa akan dipaksa bekerja dengan upah yang tidak setimpal. Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang. Hukuman yang berat juga sepatutnya dikenakan kepada pihak majikan yang mengambil pekerjaan daripada sindiket. Jadi semua ini juga merupakan salah satu isu global yang akan membawa implikasi terhadap peluang pendidikan. Oleh itu, pihak tertentu perlu memainkan peranan untuk mencegah kegiatan ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Kesan isu global terhadap pendidikan


Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah budaya pembelajaran sepanjang hayat, kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa, menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian. Selain itu, pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar, perubahan peranan guru dalam bilik darjah, peluang pendidikan terbuka luas, persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi dan juga perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa

kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu kadar

pengangguran semakin meningkat, pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar Negara , meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Selain itu, perdagangan pendidikan, penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani, berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah Negara dan juga pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial.

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri muridmurid.

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN


Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 1, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

gambar rajah 1 Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama. Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai. Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang. Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa. Jadi, kalau peluang pendidikan ditawarkan kepada semua rakyat, taraf pendidikan dapat dinaikkan. Oleh itu, peluang pendidikan amat penting dan memainkan peranan yang significan bagi Malaysia atau mana-mana satu Negara.

Isu-isu Global terhadap Peluang Pendidikan


Sekiranya kita ingin mendidik tentang keamanan di dalam dunia ini, dan jika kita ingin mengistyharkan peperangan sebenar terhadap peperangan, maka kita harus bermula dengan kanak-kanak. Mahatma Gandhi [1869-1948]

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Dunia abad ke-21 menyaksikan kesinambungan konflik peperangan dan sindrom keganasan di peringkat global. Sepertimana Perang Dunia Pertama dan Kedua, konflik abad ke-21 masih bertunjangkan pergelutan kuasa, persaingan mendapatkan pengaruh dan penguasaaan sumber asli seperti minyak. Mungkin bezanya terletak pada penggunaan teknologi pertahanan dan persenjataan yang terkini, namun kesan langsung daripada konflik peperangan masih menjadi igaun penduduk dunia. Pasca-911 melihat Amerika bangkit menjadi kuasa unilateralis yang bongkak kerana menceroboh kedaulatan negara seperti Afganistan dan Iraq, manakala perang saudara di Sudan, konflik perkauman di Rwanda dan perebutan wilayah Palestine di Tebing Barat yang berterusan telah menyebabkan ribuan nyawa rakyat yang tidak berdosa terkorban. Di celah-celah penindasan rakyat dan perebutan kuasa oleh pemimpin yang tamak inilah, masyarakat dunia mendamba erti keamanan yang sebenar.

Dengan berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama dan proses rekonstruksi negara-negara yang terlibat dengan peperangan tersebut sekitar tahun 50-an, keamanan dinilai dari segi ketiadaan elemen keganasan. Konsep ini bersifat peribadi dan terhad kepada keganasan yang dialami oleh seseorang individu sahaja contohnya penderaan fizikal. Namun, pada tahun 1960-an, keamanan melalui evolusi makna dan konteks. Apabila masyarakat dunia, yang sedang melalui era Perang Dingin berhadapan dengan keganasan yang bersifat struktural atau diinstitusikan contohnya perkauman, seksisme, kebuluran dan pemerintahan bercorak autotarian, mereka mendapati keamanan tidak akan wujud tanpa keadilan politik, ekonomi dan sosial. Kesedaran ini telah melahirkan konsep justpeace yakni adil-damai. Perkembangan ini memperkayakan lagi istilah keamanan sebagai satu istilah yang menuntut analisis dan tindakan. Negara dilihat dan diharapkan oleh umum agar berupaya melaksanakan reformasi politik, ekonomi dan sosial bagi menjamin hak dan kepentingan umum seterusnya membina dan mempertahankan keamanan. Ia bukan lagi sekadar istilah popular siulan hippies yang berdemonstrasi menentang peperangan U.S-Vetnam sekitar akhir 70-an. Ia adalah satu istilah yang berorientasikan tindakan!

Menyedari peripenting mengukuhkan kefahaman rakyat mengenai perkaitan keadilan dan keamanan, aktivis sosial di kawasan-kawasan yang berkonflik di seluruh dunia mulai mendidik masyarakat setempat mengenai kepentingan menegakkan keadilan politik, ekonomi dan sosial bagi memastikan keamanan tercapai. Samada secara langsung (kelas kemahiran atau program pendidikan berunsur keamanan) mahupun tidak langsung, (protes atau piket aman, kempen cintakan keamanan), pendidikan mengenai keadilan dan keamanan (PKK) berperanan mendidik generasi muda yang membesar di kawasan berkonflik agar menghayati maksud keadilan dan keamanan seterusnya tidak memilih jalan pintas atau berpihak kepada keganasan bagi menyelesaikan konflik. Menurut kajian oleh Pledge For Justpeace Association di London, kanak-kanak mulai mempunyai rasa suka dan benci pada usia seawal 5 tahun. Manakala kanak-kanak di peringkat sekolah rendah pula berkemampuan mempunyai rasa prejudis yang kuat dan mempunyai idea mengenai peperangan dan keamanan. Penemuan ini membuka mata umum bahawa PKK harus bermula dengan generasi muda sejak awal. Benarlah kata-kata Nelson Mandela; Pendidikan adalah senjata paling utuh untuk mengubah dunia.

12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Salah satu contoh yang relevan adalah usaha Holy Land Trust (HLT) yang beroperasi di Betlehem, Palestine. HLT mempunyai misi menyebarluaskan mesej anti-keganasan dan pembinaan keamanan kepada rakyat Palestine yang menderita dek kekejaman Zionis. Justeru, Ahmad Al-Aazzeh, salah seorang koordinator pertubuhan tersebut bertanggungjawab untuk membentuk program yang dapat membina jatidiri dan kemampuan masyarakat setempat agar menjadi agen transformasi konflik seterusnya mengamalkan strategi dan prinsip anti-keganasan di dalam kehidupan seharian. Bermula pada Julai 2003, usaha memperkenalkan PKK di buat di sekitar kawasan Betlehem dari peringkat tadika sehingga universiti. PKK untuk kanak-kanak di Betlehem tidak hanya untuk melatih kanakkanak menggunakan kaedah yang aman dalam mengendalikan tekanan dan konflik yang sedang berlaku di sekeliling mereka. PKK turut bertindak sebagai sesi terapi bagi membuang sentimen prejudis dan kebencian yang bersarang di dalam diri kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak akan meluahkan rasa sedih, kesal dan marah mereka mengenai cercaan, ejekan dan kekerasan fizikal yang dideritai setiap hari melalui kegiatan yang positif dan membina. HLT berharap agar usaha ini dapat mengurangkan bilangan kanak-kanak kecil yang tidak mampu memikul tekanan jiwa dan belenggu kemarahan lalu memilih untuk menjadi pegenbom berani mati. Usaha yang sama turut dipelopori oleh Cik Zalika di bandar Hebron. Beliau juga tidak mahu mengalah kepada keganasan dan tekanan Zionis lalu membuka sekolah keamanan bagi membantu kanak-kanak di Hebron melalui pahit maung kehidupan seharian mereka di Hebron.

Burundi, Afrika telah terlibat dalam perang saudara di antara puak Hutu dan Tutsi untuk suatu masa yang agak lama. Semenjak tahun 1994, beratus orang awam terbunuh dek kerana pergolakan di antara dua puak ini untuk mempertahankan kuasa atau membalas dendam. Cik Modeste, seorang wanita dari Gitega, bandar kedua terbesar di negara tersebut, mengambil keputusan untuk membina keamanan di dalam komuniti beliau sebagai alternatif kepada konflik tersebut. Beliau telah menubuhkan Sekolah Amahoro (Sekolah Keamanan) dan menjemput kanak-kanak daripada keduadua puak Hutu dan Tutsi untuk menyertai sekolah tersebut. Pada sebelah pagi, sekolah itu menjalankan kelas formal yang selaras dengan sistem persekolahan kerajaan manakala pada sebelah petangnya, para pelajar didedahkan kepada kurikulum pendidikan keamanan. Cik Modeste menerangkan visi sekolah seperti berikut: Bermula daripada tadika sehinggalah ke peringkat rendah, kami menekankan yang keamanan harus disuburkan di dalam jiwa mereka. Kami menjadi contoh dengan mempamerkan kasih sayang dan perpaduan dalam melaksanakan tugas seharian kami agar kanak-kanak dapat menyemai perasaan tersebut dalam diri. Kami mengajar teori dan praktikal memgenai keamanan. Kanakk-kanak di sekolah ini diajar untuk menjadi contoh atau model manusia yang aman walau di mana mereka berada. Kami sedang membangunkan wajah baru Burndi! Kegiatan praktikal yang dilaksanakan di sekolah tersebut adalah melibatkan para pelajar dalam kegiatan kemasyarakatan seperti pengagihan makanan dan pakaian kepada yang memerlukan, melawat rumah anak yatim, kem pelarian dan hospital dan melawat sekolah lain bagi membuat persembahan mengenai keamanan menerusi koir, drama dan tarian. Para pelajar di sekolah itu turut diperkaya dengan pengetahuan mengenai hak kanak-kanak.

Selain Palestine dan Burundi, negara-negara lain seperti Nepal, Sri Lanka dan India turut mengorak langkah untuk membangunkan PKK di kawasan yang berkonflik. Kesempatan yang diberikan kepada penulis untuk menghadiri Bengkel PKK Peringkat Asia di Hyderabad, India selama seminggu

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

memberi peluang kepada penulis untuk melihat secara dekat, inisitiatif yang diambil oleh komuniti Muslim-Hindu di Hyderabad bagi mendepani konflik dek perbezaan agama yang dihadapi saban hari. Inisiatif berterusan ini dipelopori dan dibiayai oleh Pusat Henry Martyn, sebuah Pusat Pengajian Antara Agama yang tersohor di India dan rantau Asia.

Pusat Henry Martyn (HMI) di Hyderabad, India ditubuhkan pada tahun 1930 dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian untuk mubaligh dan pendakwah Kristian mempelajari Islam dengan mendalam. Selain Pengajian Islam, pusat ini turut menawarkan kursus Bahasa Arab, Ilmu Tassawur dan Fiqh Siasah. Namun, sejajar dengan perubahan masa dan sejarah, kini, pusat tersebut dikenali di rantau Asia sebagai sebuah Pusat Pengajian Antara Agama yang terbuka kepada semua tanpa mengenal perbezaan agama, bangsa dan ideologi. Sehingga kini, pusat tersebut menawarkan pelbagai program pengajian. Antara yang menarik adalah Diploma Pasca-Ijazah dalam Penyelesaian Konflik, Pembinaan Keamanan dan Hubungan Antara Agama serta Diploma Pasca-Ijazah Dalam Pengajian Islam dan Hubungan Antara Agama. Pusat tersebut turut aktif menganjurkan syarahan umum untuk para cendikiawan, tokoh agama dan orang awam. Antara topik menarik yang dibincangkan dalam syarahan umum ini adalah mengenai persepsi masyarakat dunia terhadap Islam pasca-911 dan hubungan antara masyarakat Sunni dan Syiah. Melihat kepada pengisian dan kerangka program HMI, ternyata pusat ini amat prihatin dan komited kepada usaha membina keamanan di dalam masyarakat yang pluralistik dengan meningkatkan kefahaman dan rasa hormat terhadap perbezaan yang wujud dalam agama masing-masing.

Maka tidak hairanlah sekiranya HMI menjadi tuan rumah kepada Bengkel PKK Peringkat Asia. Bengkel PKK Peringkat Asia ini telah dianjurkan oleh Kerjasama Forum Antara Agama (IFC) yang berpusat di Hong Kong. Objektif bengkel ini adalah untuk mengenalpasti sumber serta amalan yang baik dan boleh dicontohi dalam bidang PKK. Semua peserta yang menghadiri bengkel tersebut mempunyai latarbelakang dan pengalaman yang luas di dalam PKK serta berkhidmat di kawasan berkonflik seperti Nepal, Sri Lanka dan Kashmir. Selain dapat berkongsi pengalaman dengan para peserta mengenai perkembangan semasa negara serta bidang kerja masing-masing, bengkel tersebut turut memberi peluang kepada penulis melihat secara dekat usaha HMI menyebarluas pendidikan PKK seterusnya membuat perbandingan yang konstruktif dengan Malaysia.

HMI tidak hanya memfokus inisiatif mereka kepada pembinaan komuniti intelektual yang arif mengenai perbandingan agama, bahkan, mereka turut aktif menganjurkan aktiviti praksi yang berorientasikan kesedaran akar umbi mengenai kepentingan keadilan dan keamanan dalam kehidupan seharian mereka. Menyedari potensi meletusnya konflik yang dijana oleh prejudis agama, HMI telah menubuhkan tiga Pusat Komuniti yang dikenali sebagai Pusat Aman-Shanti di sekitar Hyderabad. Pusat tersebut terletak di Bandar Lama Sultan Shahi, Chandrayangutta dan Shankernegar. Penulis berpeluang melawat Pusat Aman Shanti di Sultan Shahi yang merupakan agenda utama bengkel tersebut.

Pusat Aman-Shanti Sultan Shahi telah beroperasi sejak 1997. Komponen utama pusat tersebut adalah kelas pra-sekolah dan peringkat rendah bagi pelajar darjah 1-3. Yuran serendah Rs.5 dikenakan dan tujuh matapelajaran termasuk sains dan matematik diajar di peringkat menengah. Selain menawarkan pendidikan formal kepada kira-kira 106 kanak-kanak setahun, sekolah tersebut

14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

turut berfungsi sebagai pusat pendidikan PKK memandangkan kawasan Sultan Shahi tidak terlepas daripada ancaman pertelingkahan dan keganasan yang dimangkin oleh prejudis terhadap agama. Kawasan tersebut diduduki oleh hampir 55% penduduk beragama Islam dan 45% penduduk beragama Hindu. Mandhavilatha, pengetua pusat sejak tahun 1998, menceritakan kepada penulis bagaimana pergaduhan kecil mahupun keganasan adalah lumrah yang berlaku di kawasan tersebut semasa perayaan Ganesh pada 6 Disember, perayaan Bohala (kedua-duanya adalah perayaan bagi masyarakat beragama Hindu) dan sembahyang Jumaat bagi umat Islam. Kebiasaannya, pada waktu tersebut, penduduk tempatan akan mengunci pintu, menyorokkan diri di dalam rumah ataupun melarikan diri ke rumah saudara mara di kawasan lain. Ini bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau kehilangan nyawa berlaku. Pada tahun 2004, umpamanya, semasa perayaan Ganesh, rumah-rumah telah dibakar dan ramai penduduk setempat mengalami kerosakan harta benda. Mandhavilatha turut mendakwa, ada juga penduduk yang terkorban contohnya semasa tragedi rusuhan pada tahun 1990. Insiden-insiden ini meninggalkan kesan yang traumatik di dalam diri penduduk setempat. Masyarakat yang beragama Muslim dan Hindu sukar berinteraksi dan ada yang tidak bertegur sapa langsung kesan daripada pertelingkahan yang berlaku.

Mandhavilatha dan tiga orang pengajar yang lain bertekad untuk mengubah keadaan. Perubahan, menurutnya hanya dapat direalisasikan sekiranya generasi muda dididik agar menghormati dan menerima perbezaan jiran mereka dengan terbuka. Inilah misi dan visi pusat tersebut. Kaedah serta program yang mudah tetapi berkesan dilaksanakan di peringkat sekolah agar kanak-kanak dapat memahami perbezaan mereka dengan lebih mendalam. Antara program yang dilaksanakan adalah program nutrisi , permainan play for peace dan jalinan hubungan dengan dua buah sekolah rendah lain dalam penganjuran program keamanan. Bagi mengelakkan kesulitan berkomunikasi dengan para pelajar, bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar manakala bahasa ibunda para pelajar seperti Hindi, Urdu dan Telegu turut diajar di sekolah. Penulis sempat mengikuti program nutrisi yang dijalankan di sekolah tersebut. Program nutrisi merupakan satu usaha pihak sekolah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para pelajar. Namun, ia turut diselang-selikan dengan penyediaan makanan oleh para pelajar sendiri yang kemudiannya dikongsi bersama-sama oleh mereka semasa waktu makan tengahari di sekolah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat memahami limitasi ataupun larangan yang wujud dalam penyediaan makanan oleh komuniti Muslim dan Hindu dan berhati-hati apabila menyediakan makanan yang akan dikongsi dengan rakan-rakan di sekolah. Mungkin ini merupakan satu sahaja daripada beribu -ribu perbezaan yang wujud, sampuk Jahan Ara, salah seorang tenaga sukarela di pusat tersebut. Tetapi ia satu permulaan yang baik. Selain kelas akademik, sekolah itu turut menganjurkan sambutan Hari Persahabatan pada minggu pertama bulan September serta Hari Antara Agama bagi mengukuhkan hubungan para pelajar serta komuniti Sultan Shahi dalam suasana yang harmoni. Penulis kagum melihat hasil usaha para pelajar yang menggunakan kreativiti mereka menghasilkan lukisan dan hiasan dinding dengan mesej keamanan daripada tokoh terkemuka seperti Mahatma Ghandhi (ikon gerakan keamanan rakyat India), Martin Luther King Jr. , Buddha dan Nabi Muhammad s.a.w. Keupayaan para pelajar tersebut mengaplikasi dan menterjemah mesej-mesej tersebut ke dalam karya seni amat menakjubkan.

Pusat Aman Shanti Sultan Shahi turut menawarkan kursus kemahiran menjahit dan membaiki

15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

penghawa dingin dan peti sejuk. Selain hidup dalam suasana takut serta penuh ketegangan, komuniti Sultan Shahi turut dibelenggu oleh kemiskinan justeru kursus-kursus ini ditawarkan bagi membantu golongan belia di kawasan tersebut memperolehi kemahiran yang boleh membantu mereka menyara kehidupan mereka kelak. Poverty breeds violence, ujar Mandivalatha. Kenyataan itu dikuatkan lagi dengan dakwaan bahawa terdapat segolongan kecil yang diupah untuk meneruskan kitaran keganasan di kawasan tersebut. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja yang diperintah asalkan mereka diberi ganjaran wang. Ini termasuklah mencederakan ahli komuniti Sultan Shahi atau merosakkan harta benda pada waktu malam.

Tenaga pengajar di pusat tersebut tidak menafikan perjudis sesama ahli komuniti masih wujud dan agak sukar dikikis namun usaha Pusat Komuniti Aman-Shanti merupakan satu permulaan yang baik dan boleh dijadikan model oleh negara-negara lain. Pendekatan secara halus dan penuh diplomasi pemangkin keberkesanan program mereka. Buktinya, permohonan daripada masyarakat setempat untuk menempatkan anak mereka di sekolah tersebut meningkat dan terdapat permintaan daripada ibu bapa untuk membuka kelas darjah empat di pusat tersebut. Maklumbalas yang positif daripada komuniti membuktikan bahawa komuniti Sultan Shahi mula membuka mata kepada usaha pusat tersebut untuk membawa perubahan yang positif ke dalam komuniti tersebut. Sungguhpun penulis mengakui kemudahan yang terbatas di pusat tersebut mempengaruhi mutu pendidikan di pusat tersebut namun istiqamah dan semangat para tenaga pengajar yang diterajui oleh Mandhavilatha untuk mencorak perubahan di Sultan Shahi dengan menggunakan PKK sebagai strategi utama membuahkan impak yang positif. Mereka turut mengakui mesyuarat yang lebih dikenali sebagai peace meetings yang mana belia Muslim dan Hindu akan duduk berbincang dan merancang kawalan di kawasan kejiranan sebelum sebarang perayaan turut membantu komuniti tersebut mengenali satu sama lain selain bersatu padu menentang ancaman keganasan. Mesyuarat sebegini di samping aktiviti sosial yang bersifat inklusif (melibatkan komuniti daripada kedua-dua agama) seperti riadah, berkelah yang dipelopori olehPusat Aman-Shanti memantapkan lagi proses rekonsiliasi di peringkat akar umbi. Penulis mengakui aktiviti sebegini turut dianjurkan di Malaysia namun, penulis berpendapat usaha untuk mewujudkan rasa hormat dan harmoni di dalam masyarakat Malaysia tidak boleh diinstitusikan oleh pihak kerajaan sekiranya masyarakat di peringkat akar umbi tidak memainkan peranan mereka di dalam keluarga dan komuniti masing-masing. Masyarakat Malaysia wajar bangkit dari lemas di dalam kemewahan ekonomi dan kesenangan hidup serta memikirkan samada benarkah Malaysia benar-benar bebas daripada belenggu prejudis dan semangat perkauman?

Walaupun Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang bebas dari konflik peperangan dan perkauman, namun sejarah 13 Mei 1969 akan sentiasa menjadi titik hitam di dalam kamus sejarah negara yang mengingatkan kita kepada natijah yang terpaksa ditanggung rakyat angkara semangat perkauman dan fanatisme politik. Bahkan, walaupun masyarakat Malaysia kelihatan selesa dan toleran antara satu sama lain, namun terdapat beberapa insiden yang berlaku, tercetus akibat kita masih belum berupaya memahami rakan atau jiran kita yang mempunyai kepercayaan atau ideologi yang berbeza. Tragedi Taman Medan, larangan membawa makanan berunsur khinzir yang dikuatkuasa oleh sebuah sekolah yang namanya dirahsiakan dan beberapa insiden terasing lain adalah umpama titisan nila yang boleh merosakkan susu sebelanga. Pasca -911 turut memperkenalkan dunia kepada rangkaian pengganas antarabangsa seperti Al-Qaeda apatah lagi

16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

apabila baru-baru ini, masyarakat tempatan dikejutkan dengan kematian seorang warganegara Malaysia, Dr. Azhari Husin yang dikaitkan dengan aktiviti terorisme. Maka, apakah yang boleh dilaksanakan atau telah dibuat di Malaysia untuk menghindari insiden-insiden ini dari berulang?

Sejak tahun 2004, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peingkat rendah dan menengah. Selain bertujuan untuk menanam kesedaran sivik dan semangat patriotisme, mata pelajaran ini dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi katalis bagi menanam semangat toleransi dan kefahaman yang mendalam mengenai perbezaan agama dan kaum yang wujud di dalam masyarakat. Mata pelajaran tersebut turut menyelitkan prinsip hak asasi yang relevan contohnya kesamarataan, rasa hormat, keadilan dan tanggungjawab sosial. Selain itu, pendedahan kepada isu-isu antarabangsa contohnya konflik peperangan dan kemanusiaan di rantau Asia dan antarabangsa boleh membuka ruang lingkup pandangan generasi muda mengenai bahana semangat perkauman dan fundamentalisme agama. Unit seragam sekolah atau pertubuhan belia seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Puteri Islam, Majlis Kanak-Kanak Malaysia, Belia 4B mahupun YMCA boleh menjadi platfomr terbaik untuk mendidik golongan muda negara mengenai peripenting keamanan dan keadilan di dalam masyarakat. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, sebuah badan berkanun negara turut mengambil langkah proaktif dengan mendedahkan golongan muda kepada hak asasi dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Ini dilaksanakan bagi mendidik golongan muda agar tidak menggunakan hak asasi mereka dengan adil dan dan aman selaras dengan Perkara 30 Peristyharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyarankan agar perlaksanaan hak haruslah tidak mengorbankan atau menggugat hak orang lain di dalam masyarakat.

Sekilas pandang, Malaysia berkemampuan mempraktikan PKK di semua peringkat masyarakat. Dengan kemudahan, mekanisme pengurusan dan dana yang cukup, Malaysia wajar menginstitusikan PKK samada di sekolah, pusat komuniti, penjara mahupun pusat-pusat lain yang dirasakan perlu mengetahui dan mendalami nilai keadilan dan keamanan. Janganlah kita seronok bersantai di dalan zon selesa masing-masing dan membina tembok apathy. Kemewahan kebendaan dan kestabilan ekonomi belum tentu menjamin semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat. Interaksi masyarakat yang bebas dari prasangka, mekanisme kerajaan yang telus dan demokratik serta penglibatan ahli masyarakat yang aktif di dalam kegiatan kemasyarakatan, perayaan dan khidmat sosial adalah kunci kepada sebuah masyarakat yang adil dan aman. Akhir sekali, pendidikan merupakan sesuatu yang amat penting dan telah memainkan peranan significan dalam kehidupan kami. Jadi, sistem pendidikan perlu dikembangkan dan dinaikkan taraf selain daripada itu juga perlu memberi dan membuka lebih peluang pendidikan untuk semua rakyat negara supaya negara kita dapat dimajukan dan wawasan 2020 dapat direalisasikan pada masa yang akan datang.

17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Kesimpulan
Secara keseluruhan, isu-isu global yang tercetus dalam globalisasi sesungguhnya memberi banyak implikasi kepada peluang pendidikan dan sistem pendidikan yang sedang dilaksanakan di Malaysia. Pendidikan merupakan asas kepada sesebuah Negara. Oleh itu, pemimpin Negara kita haruslah lagi peka terhadap kesan yang dibawa oleh isu-isu global. Dengan ini, sistem pendidikan Negara kita tidak menghadapi impak apabila berlaku isu global yang mampu memusnahkan sistem pendidikan Negara kita... Pihak pendidik perlu berusaha sepenuh hati untuk bekerjasama bersama pihak kementerian bagi menghadapi era globalisasi dan isu-isu yang tercetus dalam zaman globalisasi ini. Selain itu, pembuat polisi dan penggubal dasar kerajaan perlulah menstruktur sistem pendidikan dan strategi pendidikan bagi menyediakan dan mempersiapkan modal insan dan sumber manusia dalam dunia tanpa sempadan ini. Oleh itu, semua pihak haruslah sentiasa berprihatinan terhadap isu-isu global yang berlaku, berusaha mengatasinya dan belajar sesuatu daripadanya untuk membina dunia hadapan yang lebih cerah supaya Wawasan 2020 Negara kita dapat direalisasikan dan digapai pada masa yang akan datang.

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, SABAH

Rujukan Aishah, Muat turun pada 12 Ogos 2013, dari http://aishahnetty.blogspot.com /p/globalisasi-dalam-pendidikan.html Chamhuri Siwar, Mohd. Haflah Piei (sunt). 1988.Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Jomo K S. 1988. Pembangunan Ekonomi dan Kelas social Di semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan pustaka. Jomo K S (sunt). 1987. Pagar Makan Padi; Amanah , Kemiskinan dan kekayaan. Kuala Lumpur. INSAN Losinin Johalin. Muat turun pada 20 Ogos 2013, dari http://www.scribd.com/doc/ 39146635/Pendidikan-Abad-Ke-21-Isu-Dan-Cabaran

Najeemah Md. Yusof, Konsep Pendidikan, PTS Professional 2006, Kuala Lumpur.

PRINCE ZULKARNAIN FARIHIN AL IVANI . Muat turun pada 22 Ogos 2013 http://farihinzul1974.blogspot.com/2013/01/isu-pendidikan-kouta-tambahankemasukan.html

Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia(sejarah, sistem dan falsafah), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2004.

19

Anda mungkin juga menyukai