Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA

Pada era globalisasi ini, pendidikan amat penting bagi semua


lapisan masyarakat tanpa mengira tua mahupun muda. Menurut
Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 (1993), pendidikan didefinisikan
sebagai perihal mendidik. Selain itu, pendidikan juga merujuk kepada
ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan
pendidikan ini berasal daripada perkataan ‘didik’ yang bermaksud
bimbing, bentuk dan asuh. Di samping itu, Mok Soon Sang (1991)
pula merumuskan pendidikan sebagai suatu proses yang berusaha
untuk memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi
seseorang individu di samping menambahkan kemahiran, kebolehan
dan pengetahuan seseorang individu. Tambahan pula, dari perspektif
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.

Kementerian Pendidikan telah mendukung hasrat murni


kerajaan dalam menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia
selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu menyediakan
sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara sejak
pentadiran Perdana Menteri ke-5 Malaysia, Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Dengan adanya hasrat tersebut, kualiti pendidikan negara
dapat ditingkatkan kepada satu standard yang lebih tinggi dan
mampu bersaing dengan negara maju yang lain seperti Singapura,
Amerika Syarikat dan lain-lain. Secara umumnya, pendidikan bertaraf
dunia ini dapat ditakrifkan sebagai kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk
menunjukkan perubahan dan kemajuan dinamik seperti kepesatan
pertumbuhan ekonomi, pembangunan sains dan teknologi serta
penambahbaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial.

Walaubagaimanapun, hasrat tersebut bukanlah sesuatu yang


mudah untuk direalisasikan disebabkan oleh beberapa cabaran dan
kecanggihan arus modenisasi. Antaranya ialah penghijrahan
pensyarah. Permintaan terhadap tenaga pengajar pada peringkat

1
sekolah atau universiti yang semakin bertambah telah mencerminkan
perkembangan pendidikan di negara kita. Dalam pada itu, pendidikan
pensyarah ini menjadi satu ancaman kerana untuk menghasilkan
seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Tambahan
pula, sektor swasta sering kali menawarkan gaji atau bayaran yang
lebih tinggi serta kemudahan yang lebih baik jika dibandingkan
dengan institusi pengajian tinggi awam. Seterusnya, dominasi jantina
dalam profisien perguruan turut menjadi salah satu cabaran yang
harus dihadapi pada abad ke-21 ini. Trend yang berlaku pada masa
ini sangat jelas menunjukkan jumlah guru wanita adalah lebih banyak
berbanding guru lelaki. Keadaan ini agak membimbangkan kerana
boleh membawa kepada pertambahan aktiviti atau gejala yang tidak
sihat seperti masalah disiplin, keruntuhan moral dan kenakalan
remaja.

Lantaran itu, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh


kerajaan bagi mengurangkan kesan atau permasalahan akibat
cabaran dalam merealisasikan pendidikan bertaraf dunia. Antara
langkah yang telah diambil ialah reformasi pelbagai aspek organisasi
pendidikan. Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul
bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan pada
peringkat sekolah. Di samping itu, kerajaan turut melonggarkan
sistem pendidikan negara. Strategi ini sangat penting dalam
merapatkan jurang kemiskinan dalam kalangan masyarakat di mana
setiap pelajar cemerlang berpeluang menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi atau universiti.

Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat haruslah


memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan hasrat
negara iaitu pendidikan bertaraf dunia. Kita perlulah bekerjasama
bagai aur dengan tebing dan berganding bahu dalam menjayakan
wawasan negara demi melahirkan generasi muda yang proaktif,
berpengetahuan, inovatif dan kreatif.

2
497 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai