Anda di halaman 1dari 2

Rumusan

Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai komponen yang penting dalam pembangunan pendidikan di negara ini. Penghayatan konsep pendidikan juga adalah aspek yang penting dalam pembangunan negara. Berdasarkan pendapat ahli-ahli falsafah dalam pendidikan, secara amnya mereka merumuskan bahawa pendidikan ialah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semulajadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang meliputi pendidikan formal dan tidak formal. Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar inidikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, proses globalisasi juga memberikan implikasi yang hebat terhadap pendidikan negara. Terdapat pelbagai kesan globalisasi terhadap pendidikan negara samada positif dan negatif yang sedikit sebanyak memberi perubahan terhadap sistem pendidikan dan cara penyampaian pendidikan pada zaman ini yang agak bebeza sebelum ini. Antara implikasi yang begitu ketara ialah berkaitan penggunaan teknologi maklumat yang meluas, pendemokrasian pendidikan, pemantapan kurikulum, penggunaan sistem telekomunikasi, dan sebagainya. Tambahan pula, setiap kesan terhadap sistem pendidikan kini mempunyai cabarannya yang tersendiri. Cabaran ini penting bagi memastikan segala aspirasi yang ingin dilakukan untuk memantapkan lagi institusi pendidikan kini dapat direalisasikan. Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut adalah dari segi keperluan terhadap pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat, pengurusan pendidikan, pembentukan jati diri pelajar, dan kualiti guru itu sendiri. Konklusinya, pendidikan merupakan suatu isu yang penting pada zaman ini. Segala dasar dan perubahan yang dilakukan pada masa kini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi sistem pendidikan supaya negara dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai