Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SEMINAR PEGAWAI TEKNIKAL OLAHRAGA KESATUAN OLAHRAGA MALAYSIA MELAKA NAMA PENCERAMAH : PN.

TAN CHOON HUWAH TAJUK : PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN TARIKH : 1 MAC 2013 MASA : 4.00 PTG 6.00 PTG

TEMPAT: DEWAN TUN FATIMAH

Slot yang kedua pada hari pertama seminar ialah slot Peraturan-peraturan pertandingan yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman iaitu Pn Tan Choon Huwah. Semasa slot ini berjalan, penceramah menerangkan kepada pesertapeserta seminar mengenai peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dalam sesuatu pertandingan peringkat antarabangsa. Antara peraturan-peraturan yang dibincangkan ialah mengenai kategori umur peserta yang layak memasuki pertandingan bergantung kepada acara yang disertai. Selain itu, peserta seminar juga diterangkan mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang atlet dari segi pakaian dan kasut, bantuan, bantahan dan rayuan serta tatacara semasa bertanding. Sepanjang slot ini, penceramah juga merujuk kepada Buku Peraturan Olahraga KOM 2012-2013. Hampir kesemua peserta seminar mempunyai buku ini dan ia lebih memudahkan pemahaman para peserta seminar mengenai slot yang dijalankan selama lebih kurang dua jam ini. Slot ini berakhir kira-kira pukul 6.00 petang. Banyak input yang diperoleh para peserta. Slot ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan dan bimbingan kepada para peserta seminar untuk menjawab soalan peperiksaan yang diadakan pada 16 Mac 2013.

Disediakan Oleh, ( INTAN NAJIHAH BINTI MOHAMAD YUSOF)

Anda mungkin juga menyukai