Anda di halaman 1dari 9

KURSUS:

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

KOD KURSUS:
PIX 3001

TUGASAN:
PENILAIAN BERTERUSAN INDIVIDU

TAJUK:
PERSAMAAN PELUANG DALAM PENDIDIKAN DAN PERKAITAN
TERHADAP CABARAN DALAM PROFESION PERGURUAN.

NAMA PELAJAR:
QURRATU’ AINI BT ISHAK

NO. MATRIK:
IIO190033 & 17081709/2

PENSYARAH:
DR. CHE ALEHA BT LADIN

SEMESTER

SESI 2021/2022
Persamaan peluang dalam pendidikan dan perkaitan terhadap cabaran dalam
profesion perguruan.

Dalam bidang pendidikan, guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling
penting untuk membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan sumbangannya amat
diperlukan baik di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat menengah. Bidangnya
semakin mencabar maka pekerjaan guru berhak diberi status profesion iaitu setanding
dengan profesion-profesion yang lain (Mohd Salleh, 1992). Justeru itu, guru mestilah
mengikuti peredaran zaman agar dapat mengetahui dan memahami perkembangan
semasa. Perkara tersebut dapat membantu guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran
mereka dengan tajuk pembelajaran yang diajar di sekolah.

Tanggungjawab sebagai guru bukan hanya sebagai pendidik di dalam bilik darjah, malah
guru perlulah menjadi teladan yang baik agar dapat dicontohi oleh para pelajar dan
masyarakat di sekeliling. Menurut perspektif Islam, guru bertanggungjawab sebagai
Murabbi, Mudarris, Muallim, Muaddib dan Mursyid. Para guru yang berkaliber mestilah
mempunyai ciri- ciri yang tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Guru bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan baik sekaligus
memastikan ilmu itu dapat diamalkan dalam kehidupan anak anak murid sepanjang hayat.

Oleh itu, dapatlah kita fahami bahawa profesion perguruan dengan profesion-profesion
yang lain adalah berbeza, sebabnya peranan guru merangkumi pertumbuhan dan
perkembangan jasmani dan rohani membentuk dan memupuk anak-anak yang mentah
menjadi manusia yang mulia, membina generasi yang ideal dan sihat zahir batinnya (Pullias,
E.V & Young,J.D, 1992).Bidang perguruan atau pendidikan merupakan suatu profesion yang
besar tanggungjawab serta cabarannya.

Setiap insan yang menceburkan dirinya dalam profesion perguruan bertanggungjawab


menjaga nama baik profession tersebut dengan mengamalkan profesionalisme perguruan
semasa menjalankan tugasnya. Tugas guru bukan setakat mendatangkan kebaikan untuk
kumpulan sendiri tetapi untuk masyarakat yang lebih menyeluruh, iaitu bersifat universal.
Memandangkan Islam memperuntukkan bahawa tanggungjawab itu ialah suatu amanah
Allah, maka guru perlu menjalankan tugas secara ikhlas (Abd. Raof, 1991).

2
Persamaan peluang dalam pendidikan adalah merujuk kepada peluang pendidikan yang
adil yang dapat diberikan kepada semua pelajar. Ia mestilah diberikan tanpa rasa
diskriminasi, prejudis, sikap berat sebelah disebabkan oleh status sosial dan lain-lain.
Semua kanak-kanak khususnya kanak-kanak di Malaysia wajar menerima pendidikan
secara pecuma oleh Kerajaan sebagai asas kehidupan mereka. Hal ini adalah kerana,
setiap manusia memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk meneruskan kehidupan.
Kesedaran bagi kepentingan mempunyai ilmu perlu ditanamkan dalam diri semua anak anak
Malaysia agar negara kita semakin maju dan berkembang dengan memiliki rakyat yang
berfikiran kreatif dan kritis.

Walau Bagaimanapun, masih terdapat beberapa isu yang membezakan kesamarataan


peluang dalam pendidikan. Pertama sekali adalah isu pedalaman. Isu pedalaman ini adalah
isu di mana terdapat jurang antara pelajar di sekolah di bandar dan sekolah di pedalaman.
Contoh bagi jurang yang membezakan mereka adalah seperti transport, kemudahan fasiliti
sekolah dan lain lain. Kita dapat lihat pada hari ini, masih ada lagi pelajar di sekolah
pedalaman yang masih menggunakan perahu atau sampan untuk pergi ke sekolah.
Manakala, para pelajar di bandar menaiki kereta atau kenderaan awam lain seperti LRT, bas
dan sebagainya. Jurang ini telah memberi kesan kepada kedua-dua pihak, sama ada
kepada pelajar sendiri dan para guru yang mengajar di sana.

Pada akhir Mac 2019 yang lalu, seluruh negara telah menghadapi virus yang berbahaya
corona virus. Negara kita telah mengambil langkah berjaga- jaga dengan menutup semua
sekolah dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Situasi ini
telah mendatangkan cabaran baru bagi semua guru- guru kerana ia sedikit sebanyak
mengganggu proses pengajaran harian yang sudah biasa dilaksanakan di sekolah. Cabaran
ini lebih banyak dirasai oleh guru yang mengajar di sekolah pedalaman. Hal ini kerana, guru
guru mengalami kesukaran untuk menghubungi para pelajar di kawasan pedalaman. Isi
rumah mereka tidak mempunyai alat komunikasi yang lengkap seperti telefon bimbit dan
laptop. Tambahan lagi, mereka juga tidak mempunyai rangkaian internet yang baik untuk
menyiapkan tugasan tugasan yang dibekalkan oleh guru-guru.

Oleh itu, apakah usaha yang diambil oleh guru untuk mengatasi masalah ini? Menurut
Muhammad Nabil Fikri Aini dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Sofea Susan Albert
Kassim, beliau berkata bahawa beliau sanggup untuk menjadi posmen demi menyampaikan
kerja kerja sekolah ke anak anak muridnya. Katanya, mereka bukan sahaja tidak
mempunyai akses untuk menyertai pembelajaran di Google Classroom tetapi mereka tidak
mempunyai line telefon. Disebabkan oleh itu, guru tersebut sanggup untuk mengedarkan
kerja kerja rumah ke rumah anak anak murid beliau. Beliau sanggup berperahu menghantar

3
kerja sekolah kepada murid prasekolah hingga tahun enam di 12 buah rumah panjang di
sekitar Kapit, Sarawak. Bagi beliau, cabaran ini bukanlah alasan untuk murid murid tidak
meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Situasi tersebut dapat membuktikan bahawa walau apa pun rintangan dan masalah yang
datang namun para pendidik sanggup berkorban dengan melakukan apa sahaja para
pelajar dapat terus belajar dengan baik. Menurut Cikgu Muhammad Nabil Fikri, walaupun
mengajar di kawasan pedalaman sedikit mencabar namun ia tetap tidak mematahkan
semangat beliau untuk berbakti dan menyampaikan ilmu. Beliau juga mengakui di dalam
artikel tersebut bahawa beliau tidak menyesal pun dengan dengan pilihannya itu. Oleh itu,
para guru yang lain mestilah mencontohi sikap Cikgu Muhammad Nabil Fikri dengan kekal
bersemangat. Guru guru mestilah jalankan amanah yang diberikan walau terdapat beribu
cabaran yang datang menimpa.

Isu persamaan peluang pendidikan yang kedua ialah, perbezaan peluang pendidikan
berdasarkan kelas sosial. Sepertimana yang kita tahu, kelas sosial ini terbahagi kepada
beberapa bahagian. Antaranya adalah, golongan kelas atasan yang berpendapatan tinggi,
golongan tengah yang berpendapatan sederhana dan golongan bawahan yang
berpendapatan rendah. Secara amnya, golongan atasan yang berpendapatan tinggi
memiliki lebih banyak kelebihan kerana ibu bapa mereka mampu untuk menyediakan
keperluan pendidikan yang lebih baik. Kita tidak boleh nafikan bahawa kelas atasn ini
mempunyai peluang pendidikan yang jauh lebih baik berbanding golongan bawahan.

Sebagai contoh, ibu bapa pelajar yang berpendapatan tinggi mampu untuk menghantar
anak anak mereka ke kelas tambahan, mempunyai dana jika anak anak mereka ingin
melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi, mampu menyediakan kelengkapan sekolah seperti
buku buku dan alat tulis dan sebagainya. Manakala golongan yang berpendapatan rendah
mungkin hanya bergantung pada pendidikan yang asas di sekolah sahaja. Mereka juga
bergantung kepada bantuan daripada kerajaan seperti Rancangan Makanan Tambahan
(RMT), Biasiwa Kecil Persekutuan (BKP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) dan lain-lain.

Jika dilihat daripada sudut pandang kasar, semua pelajar mempunyai potensi yang
sama untuk cemerlang dalam akademik. Namun, faktor faktor dalaman seperti keperluan zat
makanan yang baik atau lain lain itu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada tahap
pencapaian akhir pelajar. Dalam erti kata lain, golongan yang berpendapatan rendah
mempunyai peluang yang kurang sedikit berbanding golongan atasan yang mempunyai
lebih banyak pendapatan. Maka disitulah terdapat cabaran yang harus ditangani oleh guru

4
guru. Semua guru wajib memberikan layanan yang adil dan didikan yang sama rata kepada
semua pelajarnya.

Guru wajarlah bersikap adil tanpa membezakan kelas sosial para pelajar di sekolah, tidak
bersikap bias dan pilih kasih terhadap seluruh pelajarnya, memilih pelajar kegemaran dan
lain-lain. Tidak kiralah pelajar itu daripada golongan atasan ataupun bawahan, kesemua
pelajar mestilah mendapatkan pendidikan yang sama. Jika para guru bersikap berat
sebelah, segelintir pelajar pasti akan merasa sedih dan tidak berminat untuk belajar mata
pelajaran tersebut. Faktor ini akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai, rekod
tahap pembelajaran akhir yang buruk, pelajar malas untuk hadir ke sekolah dan banyak lagi.

Oleh itu, antara cabaran yang terdapat dengan profesion guru daripada isu ini adalah guru
kurang memberikan perhatian terhadap pelajar yang kurang bernasib baik. Oleh itum guru
mestilah mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan mengetahui cara cara untuk
memenangi hati pelajar tersebut di dalam kelas. Selain itu, guru juga tidak boleh
menghakimi situasi pelajar daripada sudut luaran sahaja. Sebaliknya, guru hendaklah
mengambil tahu sebab sebelum menghukum mana mana pelajar. Ia adalah salah satu cara
mengatasi daripada sudut psikologi. Menurut perspektif Islam, Al- Qabisi berpendapat
bahawa pendidikan anak harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan ketekunan
yang tinggi. Menurut beliau, seseorang guru hendaklah menghukum pelajar sekiranya dia
melakukan kesalahan. Namun, sifat hukuman hendaklah dalam bentuk mendidik bukan
dengan niat menyakiti pelajar.

Terdapat satu situasi lain di mana guru mengabaikan pelajar yang lemah kerana guru
hanya mahu mengajar sekadar untuk menghabiskan silibus tanpa prihatin akan tahap
pemahaman serta penerimaan pelajarnya. Pengaplikasian konsep pendidikan menurut Al-
Qabisi bagi situasi tersebut ialah sikap dan personaliti seorang guru mempengaruhi
keberkesanan pengajarannya. Guru yang bersikap mulia seperti prihatin dan sabar mampu
menyumbang kepada keberkesanan pengajaran terutamanya ketika menghadapi pelajar
yang lemah. Kesimpulannya, setiap bakal guru mestilah mempelajari pedagogi, psikologi,
mempunyai minat yang dalam terhadap perguruan, betul betul bersedia untuk mengajar
supaya matlamat pendidikan yang sebenar dapat tercapai. Saya berharap agar tidak ada
lagi pelajar daripada golongan bawahan yang kan rasa tersisih dan mereka sentiasa
mendapat pendidikan yang sama seperti pelajar yang lain.

Isu ketiga pula ialah pelajar kumpulan minoriti dalam sesebuah sekolah. Contohnya,

5
pelajar yang berbangsa Cina atau India yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
Sebagaimana yang kita tahu, Sekolah kebangsaan merupakan usaha yang dilakukan oleh
kerajaan untuk merapatkan jurang antara ketiga-tiga kaum ini. Di sekolah lah para pelajar
dapat mengenali perbezaan yang terdapat pada rakan- rakan mereka yang berlainan
bangsa. Mereka dapat belajar perbezaan daripada sudut penghayatan agama, adat,
kerayaan, makanan dan macam macam lagi. Para pelajar di Sekolah Kebangsaan boleh
mendapat pendedahan awal melalui Kokurikulum, kurikulum, sukan dan aktiviti aktiviti lain di
sekolah.

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini masih terdapat beberapa masalah yang


melibatkan isu perkauman ini. Contohnya, isu rasisme antara kaum yang menyebabkan kes
buli dan sebagainya. Isu rasisme ini bukan sahaja terdapat di kalangan pelajar malah ia
wujud daripada kalangan guru di sekolah. Isu rasisme ini mestilah dobendung dari awal agar
ia tidak memberikan kesan yang lebih buruk pada masa akan datang sehingga memecah
belahkan rakyat Malaysia. Maka di situlah cabaran bagi profesion guru apabila
tanggungjawab bagi menyatupadukan rakyat terletak dengan bagaimana kaedah
pengajaran guru mengendalikan para pelajarnya.

Cabaran guru sangat besar apabila menghadapi para pelajar yang datang daripada
pelbagai latar belakang. Cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan guru
berperanan sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di Sekolah.
Menurut Mohd Daud Awang dalam artikelnya yang berjudul Peranan Guru Sebagai Agen
Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah, Guru haruslah mendapat
pendidikan dan pendedahan tentang isu perbezaan kaum dengan baik. Ia adalah
persediaan untuk menguasai kemahiran yang relevan demi menangani kebarangkalian
masalah isu kaum yang akan berlaku.

Perbezaan perkauman seperti adat kebudayaan, pakaian, dan amalan. Isu isu ini
adalah sangat sensitif dan tidak boleh dipandang remeh. Justeru itu, guru mestilah
mengenal pasti pendekatan yang paling berkesan untuk memberikan pengalaman yang
bermakna kepada pelajar (Noriati et al. 2011). Jika guru tidak melengkapkan diri dengan
perkembangan semasa yang berkaitan tentang ilmu kebudayaan kaum lain, kekeliruan dan
pertembungan kebudayaan yang tidak sihat mungkin akan berlaku lebih teruk dalam
kalangan pelajar di sekolah. Ia juga akan memberikan impak yang negatif pada jangka masa
yang panjang.

6
Akhir sekali, isu bagi persamaan dalam peluang pendidikan ini ialah jantina iaitu
diskriminasi ke atas satu satu jantina sama ada lelaki atau perempuan.Maksud disriminasi
ialah pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat
berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Isu diskriminasi jantina dalam
pendidikan memainkan peranan yang sangat besar dalam bidang pendidikan kerana
layanan guru yang tidak sama kepada murid murid semestinya akan memberikan kesan
negatif kepada semua pelajar.

Terdapat beberapa contoh bagi isu diskriminasi ke atas jantina ini. Antaranya, isu unsur
bias, isu kaedah pengajaran guru, isu minat pelajar terhadap mata pelajaran dan lain-lain.
Isu bias ini adalah cabaran yang kerap berlaku di kalangan guru. Isu unsur bias tidak asing
lagi pada masa kini, Ia lebih mudah difahami jika disebut pilih kasih. Misalnya, guru
perempuan lebih cenderung bias kepada pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya.
Guru sememangnya harus mengelakkan daripada melakukan perkara perkara seperti ini
berlaku. Dalam kajian Brophy dan Evertson (1981) dan Bank (1987), guru perempuan
mempunyai persepsi yang buruk terhadap pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan.
Tambahan lagi, menurut Zalizan (2005), guru perempuan kurang memberikan perhatian
kepada pelajar lelaki yang bermasalah. Keadaan ini boleh mempengaruhi tingkah laku dan
sikap guru terhadap pelajar.

Seterusnya, menurut Norawati binti Hashim (2004), strategi pengajaran yang biasa
digunakan oleh guru adalah kaedah tradisional yang selalu digunakan oleh guru guru
sebelum ini. Apabila guru hanya memberi penerangan tanpa melakukan sebarang aktiviti
yang menarik. Menurut daripada kajian dan pemerhatian yang dijalankan, kaedah ini tidak
sesuai untuk pelajar lelaki kerana mereka mudah untuk hilang fokus dan mudah untuk
merasa jemu. Berlainan dengan pelajar perempuan yang tetap fokus. Oleh itu, bagi
mengatasi masalah ini, guru hendaklah bijak memilih kaedah yang sesuai dalam
menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah

Cara mengatasi ataupun kaedah lain yang boleh diambil oleh guru untuk mengatasi
masalah ini ialah dengan melakukan dengan menggunakan penaksiran formatif secara
berterusan bagi memantau dan menyokong pembelajaran pelajar. Guru guru boleh
tambahkan pelbagai jenis soalan (puisi, gambar rajah, carta dan jadual) apabila menggubal
item ujian, peperiksaan atau penaksiran untuk memberi respons terhadap kepelbagaian
dalam gaya pembelajaran pelajar. Di samping itu, Guru juga boleh gunakan pelbagai jenis
soalan (aneka pilihan, esei, jawapan pendek) dan mengimbangkan item ujian untuk
memastikan pelajar lelaki dan perempuan diuji dengan pelbagai gaya pembelajaran agar
mereka mempunyai peluang yang sama untuk berjaya.

7
Akhir sekali, guru juga boleh Imbangkan kaedah-kaedah penaksiran bilik darjah untuk
menilai tugasan individu dan kumpulan dengan menggunakan alat lisan dan bertulis seperti
ujian kertas dan pensil. Dengan menggunakan pelbagai kaedah ini, guru boleh mengelakkan
diri daripada terjebak dengan isu isu seperti isu bias dan sebagainya. Guru perlulah bersikap
adil dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Hal ini adalah kerana,
para pelajar sangat sensitif dan mudah terasa apabila mereka merasakan dirinya tersisih.
Dengan penambahbaikan daripada segi kaedah ini, para pelajar akan merasa semakin
bersemangat dan termotivasi untuk menjadi lebih aktif di dalam kelas.

Kesimpulannya, kita dapat fahami bahawa tugas yang dipikul oleh seorang guru bukanlah
suatu kerja yang mudah. Ia adalah sebuah amanah yang berat yang mesti dipukul dengan
baik. Jika tidak, anak anak muda akan kurang berpendidikan dan lebih mudah terlibat
dengan gejala sosial yang negatif seperti merokok, melepak, merompak dan sebagainya.
Oleh itu, saya berharap agar para guru dapat menguatkan mental dan menjadi seorang
yang cekal dalam menyampaikan ilmu dan dalam proses memanusiakan manusia.

8
Rujukan

Zainal, K. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori
Tingkah laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. 9.

Yahya Buntat, & Omar, N. (2011). Cabaran Guru Guru Pelatih Tahun Tiga Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 2007/2008 Terhadap
Latihan Mengajar Yang Telah Mereka Lalui. 4, 92-109.

Yong Hie Hie, Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang, &
Halim, A. A. (2018). Peranan Guru Agen Sosialisasi dalam membentuk
Perpaduan Kaum di Sekolah. 88(2), 95-108.

Husin, N. A. N., & Dawi, A. H. (2019). Peranan Sekolah Dalam Pembentukan


Perpaduan Antara Kaum Dalam Kalangan Pelajar. 12.
doi:https://doi.org/10.37134/bitara.vol12.2.2019

Zubir, S. b. S. d. (2019). Isu dan Cabaran Guru Pendidikan Khas di Malaysia dan
Amerika Syarikat. 1, 170-184.

Mohamad Khairi Haji Othman, Mohd Zailani Mohd Yusoff, Alis Puteh, & Nurfasihah
Roslan. (2017). Permasalahan dan Cabaran Guru dalam Membentuk Nilai
Pelajar Di Sekolah Menengah Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah
(Special Issue), 1-10.

Husin, N. A. N., & Dawi, A. H. (2019). Peranan Sekolah Dalam Pembentukan


Perpaduan Antara Kaum Dalam Kalangan Pelajar. 12.
doi:https://doi.org/10.37134/bitara.vol12.2.2019

Hadi, I. A. (2017). Peran Penting Psikologi dalam Pendidikan Islam. Nadwa: Jurnal
Pendidikan Islam, 11(2), 251-168.

Pengaruh Personaliti Guru Pendidikan Islam Terhadap Pembentukan Peribadi Murid

Ainul Widad binti Muhd Fauzi, Asmawati Suhid, & Fathiyah Mohd Fakhruddin.
(2017). Penerapan Nilai Akhlak Dalam Pengajaran Guru Pendidikan Islam
Menurut Al-Ghazali. Promoting Research Culture Excellence In Education
And Human Resource Development, 1-8.

Anda mungkin juga menyukai