Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 1

Soalan : Berdasarkan pembacaan pelbagai sumber ilmiah serta dokumen Falsafah


Pendidikan Kebangsaan (FPK) analisis SATU ISU yang berkaitan dengan profesionalisme guru
di Malaysia. Nilaikan impak isu tersebut ke atas sistem pendidikan negara.

PENGENALAN

Guru sebagai agen perubahan untuk mendidik dan melahirkan generasi masa
depan, bertanggungjawab merealisasikan matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu mendidik pelajar menjadi warganegara berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, berkeupayaan mencapai kesejahteraan dan memberi
sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara. Bagi tujuan ini, guru-guru perlu
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-
kemahiran profesional yang terkini dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran, disamping menjadi “role model” kepada pelajar-pelajar mereka. Guru permulaan
yang berkualiti ini merupakan modal insan minda kelas pertama seperti yang digariskan di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pelajaran (2006–2010) (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2006). Ada juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah
profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.

Walau bagaimanapun, isu membabitkan guru dan profesionalisme keguruan terus


mendapat perhatian dan sering dibahaskan secara meluas sama ada di media massa, dalam
kalangan masyarakat umum malah dibincangkan sehingga peringkat nasional dan universal.
Saban hari dan waktu, pihak media massa secara berterusan menyediakan laporan yang
sesetengahnya berbaur sentimen mempersendakan guru dan profesionalisme keguruan.
Walaupun laporan dan gambaran yang diberikan tidak menyeluruh, namun tindakan ini berjaya
memetakan suatu prejudis masyarakat umum terhadap guru dan profesionalisme keguruan.
Lantas, fenomena ini turut melakarkan rasa kekecewaan, gangguan mental dan emosi guru,
sementelahan bila berhadapan dengan bebanan tugas yang semakin bertambah. Apa yang
menjadi isu ialah kegagalan guru permulaan dalam membuktikan mereka benar-benar
profesional turut menyumbang kepada masalah profesion keguruan. Terdapat pelbagai isu
profesion keguruan yang telah dikenali dan difahami oleh masyarakat. Walau bagaimanapun,
pada masa kini pelbagai isu yang baru dan hangat telah dipaparkan dalam surat khabar.

Antara isu yang paling dipaparkan di dada akhbar saban hari termasuk isu
penempatan guru tidak mengikut opsyen dan keperluan sekolah. Siva Subramaniam (1995)
dalam bukunya bertajuk “Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan” menyatakan, dalam
sesi penempatan dan pertukaran guru, terdapat kes-kes opsyen guru tidak diambil kira. Ini
mengakibatkan guru mengajar mata pelajaran yang di luar bidang pengkhususannya. Amalan
ini juga adalah pembaziran tenaga yang akan merugikan guru dan pelajar dan menimbulkan
tekanan kepada guru. Persepsi status amat penting dalam menentukan tahap keprofesionalan.
Sungguhpun demikian, status ini seringkali menimbulkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan
guru. Sebagai contoh, apabila timbul situasi kekurangan guru dalam sesebuah sekolah, guru
yang tiada pengkhususan sesuatu mata pelajaran diminta mengajar mata pelajaran tersebut

Fenomena ini dibuktikan melalui kajian Chang Lee Jon (2009) dalam “Profesionalisme
Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ini menyebabkan status seseorang
guru menjadi tercemar kerana mengajar tanpa pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang
semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru ini dikehendaki mengajar subjek
bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru
subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah
memberitahu isu ini berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang
(mismatch) sebab kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar
bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi. Pelbagai kajian yang menunjukkan isu guru
luar bidang ini mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru
bukan opsyen. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah satu daerah, di
mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek
tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk
mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan memberikan kesan terhadap
pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu
pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan.

Hasrat FPK, kurikulum, strategi pengajaran dan kaedah penilaian serta kaedah
pelaksanaan mengarah kepada merealisasikan hasrat FPK tidak dapat dihayati oleh guru-guru
yang ditimpa isu tersebut dalam pendidikan. Pelajar bukan sahaja tidak mampu mengikuti
sukatan yang disediakan malah keseronokan dan kepuasan belajar itu sendiri telah
berkurangan serta penekanan terhadap FPK tidak diberi perhatian lagi. Satu situasi pasti akan
berlaku, "pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit‟. Situasi lain juga
turut dialami apabila seorang pelajar bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu
akan jawapannya. Oleh itu, guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang”
atau pun “Soalan ini sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun”. Keadaan ini
bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi
penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan.

Selain itu, akan timbul pula isu guru bukan opsyen gagal untuk menjawab pertanyaan
murid atau sentiasa menangguh untuk menjawab soalan. Akibatnya, murid merasa kurang
berkeyakinan terhadap guru tersebut dan sekali gus menghilangkan minat untuk mempelajari
subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Ini selaras dengan pendapat Johdi (2007) yang
menyatakan jika halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-muird berlanjutan,
situasi ini akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat mereka untuk belajar.
Seterusnya, walaupun penempatan guru tidak mengikut opsyen memberi kesan buruk, kesan
baik juga perlu dipertimbangkan. Contohnya, guru yang ditempatkan bagi opsyen yang berbeza
dapat meransang rasa ingin kuasai subjek tersebut serta membantu guru tersebut mengadakan
kelas tambahan bagi murid-murid yang tidak dapat kuasai subjek tersebut. Tambahan pula,
guru boleh mengajar murid yang ada masalah dalam subjek tersebut jika guru yang berkenaan
tidak dapat mengajar bagi sebab tertentu. Apatah lagi, guru yang dapat mengajar subjek lain
boleh sambung belajar bagi menjadi seorang guru yang cemerlang, kualiti dan berkesan yang
diperlukan oleh masyarakat.

Apatah lagi isu ini juga memberi kesan yang boleh menukarkan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada suatu proses yang tidak manfaat lalu memberi impak kepada sistem
pendidikan malaysia. Menjadi rujukan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memperkasakan
lagi bidang pendidikan melalui pengagihan tugas guru-guru yang lebih relevan dan berkesan.
Guru-guru tersebut akan mengambil masa untuk mengusai subjek yang tidak kaitan denganya
serta silibus akan lewat diajar. Kejadian ini akan melambatkan proses pengajaran dan
pembelajaran lalu memberi hasil yang kurang memuaskan dalam peperiksaan. Kesanya
kepada sistem pendidikan ialah purata subjek tersebut akan kurang tahun demi tahun.

KESIMPULAN

Kesimpulanya, seorang guru perlu memahami kandungan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) serta menghayatinya supaya dapat memahami hasratnya serta menerima
hakikat bahawa isu-isu profesion keguruan yang berlaku ini adalah biasa dan perlu sabar diri.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sewajarnya memikirkan insiatif segera dengan
mempercepatkan penempatan graduan pendidikan mengikut opsyen masing-masing agar masa
depan pendidikan pelajar disekolah tidak diperjudikan dengan mengambil guru yang bukan
mengikut opsyen mereka.
References

Chang Lee Jon (2009) “Profesionalisme Guru Baru di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd

Chek Mat. (2003). Kemahiran Memimpin: Kuala Lumpur: Utusan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1990). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Tahun Lima. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mohamad Johdi Salleh. (2007). Pengurusan Standard Guru Efektif. Kertas Kerja Seminar
Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Penempatan Guru Tidak Seimbang. (2006). Utusan Malaysia. Dicapai pada Mei 20, 2007, dari
http://www.utusan.com.my.

Siva Subramaniam Raja. (1995). “Mempertingkatkan Martabat Profesion Keguruan”, Petaling


Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Syed Ismail, S., & Ahmad Subki, M. (2013). Guru dan Cabaran Semasa (pp. 78-87). Selangor
Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai