Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN
Dasawarsa ini, isu pendidikan sering meniti dari bibir ke bibir setiap rakyat, sehingga ia
boleh dikatakan menjadi topik utama setiap orang dimanapun mereka berada. Permasalahan ini
sering disandarkan kepada Profession perguruan yang dikatakan tidak mempunyai bakat dan
mempunyai kualiti yang kurang sebagai seorang guru. Profesion Mengikut Kamus Dewan ialah
Pekerjaan, terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas
misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.
Keguruan pula ialah Tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Profesionalisme pula
ialah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud supaya
matlamat perkerjaan berkesan, produktif, cekap dan tanggungjawab. Profesionalisme keguruan
bermaksud sikap dan nilai guru agar dapat mempengaruhi pelajar (minat, fahaman).
Persoalannya apakah ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang guru agar dapat melahirkan guru
yang versatile iaitu melakukan kerja tanpa rungutan belakang dan apakah perkara yang perlu
ditambah oleh seorang guru untuk menambah baikkan lagi diri mereka.

2.0 CIRI-CIRI YANG PERLU ADA PADA GURU

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat  tanda  yang khusus pada
sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. Untuk menghasilkan pendidikan bertaraf
dunia, ciri-ciri guru yang cemerlang ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam
pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan.
Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan baik pada mata masyarakat, seseorang guru
itu harus mempunyai beberapa ciri pada dirinya seperti mempunyai kemahiran professional,
bersifat professional dan peka dengan segala perkembangan Pendidikan dan dapat
menggunakan Bahasa yang pelbagai.

2.1 MEMPUNYAI KEMAHIRAN PROFESSIONAL

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang


dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai
kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak 
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan
negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara
kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para
pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-
pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan
jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia).

            Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang
akan mencapai wawasan negara.Kemhiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu
dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru
perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-
pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat
dilakukan oleh para pendidik.

2.2 BERSIFAT PROFESSIONAL DAN PEKA DENGAN SEGALA PERKEMBANGAN


PENDIDIKAN
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang professional, seorang
guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang professional juga sentiasa
mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Contohnya ialah dengan perlaksanaan program
“sekolah bestari” yang memberi Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia, “Projek Sekolah
Net” iaitu Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru
berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada
luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar dan beberapa projek seperti Projek Smart
Lab dan Projek Sekolah Vista. Ini akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah dan dapat meningkatkan kualiti Pendidikan di negara kita.
Mok Soon Sang ( 2007 ), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan
menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang
perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-
murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru juga perlu mengaplikasikan teknologi
maklumat      ( ICT ) di dalam bilik darjah melalui program SLE ( smart Learning Environment )
yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi
word processing, spreadsheet, database, desktop publishing dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p
Joginder Sigh, 2007). Ia akan menjadi kelebihan kepada guru jika berlakunya perkara-perkara
yang tak diingini contohnya seperti sekarang, pembelajaran terpaksa dibuat secara online dek
keran pandemic covid-19 yang melanda.

2.3 DAPAT MENGGUNAKAN BAHASA YANG PELBAGAI


Menguasai pelbagai Bahasa bukanlah sesuatu yang mudah bagi kita semua tetapi ia
dapat memberi impak yang besar kepada diri kita apabila kita dapat menguasainya. Perkara ini
pernah dicadangkan oleh bekas Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Mazlee Malik tetapi ia tidk
mendapat banyak sambutan dikalangan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa kerana ia
dianggap sebagai satu perkara yang menyusahkan. Bagi seorang guru pula menguasai banyak
Bahasa dapat memberi banyak kelebihan kepada mereka apabila hendak mengajar kelak.
Sebagai contoh, apabila guru-guru berbangsa melayu terpaksa mengajar di sekolah SJKT
ataupun SJKC, mereka tidak akan merasa janggal apabila ingin berkomunikasi dengan murid-
murid yang berlainan bangsa. Para guru juga boleh membuat kelas kepada murid-murid yang
ingin belajar bahasa ketiga ini. Seterusnya, guru yang pakar bahasa ketiga ini dapat menjadi
wakil sekolah jika ingin melakukan sebarang pembentangan ke sekolah-sekolah lain.

3.0 SIKAP YANG TAK PERLU ADA PADA SEORANG GURU


Terdapat beberapa sikap yang tak boleh ada pada diri seorang guru kerana ia
berkemungkinan akan menjejaskan pembelajaran murid-murid. Antaranya ialah guru tidak
seharusnya terlalu berpilih kasih terhadap pelajar, guru tidak boleh bersifat autokrasi ataupun
demoralizing dan guru juga tidak boleh melepaskan tekanan kerja kepada anak murid.

3.1 GURU TIDAK SEHARUSNYA TERLALU BERPILIH KASIH TERHADAP PELAJAR


Pilih kasih bermaksud melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi. Ini
merupakan sikat tidak atau memihak kepada seseorang. Isu sikap pilih kasih guru bukan
perkara yang baru di dunia Pendidikan. Sikap pilih kasih sering wujud pada personality bai
seseorang guru sama ada dalam mereka sedar atau tidak. Pilih kasih ini sering kali terjadi
apabila seseorang murid itu mempunyai pencapaian yang bagus atatupun pilih kasih dari segi
perkauman atau penampilan. Menurut kajian Betterman (2007), daripada hasil kajian
menunjukkan kita akan membuat tanggapan terhadap orang lain selepas tujuh saat berjumpa
dengan mereka. Oleh itu, tidak hairanlah jika guru mudah menilai dan membeza-bezakan
pelajar. Sikap ini dapat membuatkan pelajar yang lemah dalam Pendidikan merasakan diri
mereka dipingurkan oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak
atau mudah memahami pelajaran dalam kelas
3.2 GURU TIDAK BOLEH BERSIFAT AUTOKRASI ATAUPUN DEMORALIZING
Gaya pengajaran guru autokrasi ialah di mana guru tidak memberi peluang langsung
kepada pelajar untuk bertanya atau memberikan pendapat. Ini bermakna hanya terjadi
komunikasi satu hala sahaja dan pengajaran berpusatkan kepada guru. Ini membuatkan pelajar
terpaksa menerima sahaja semua yang disampaikan tanpa boleh bertanya atau menyangkal
setiap pengajaran yang di sampaikan tanpa boleh bertanya atau menyangkal setiap pengajaran
yang disampaikan. Hal ini akan menyekat percambahan minda pelajar dan membuatkan idea
pelajar tidak dapat berkembang untuk membetnuk pemahaman yang kukuh. Lebih teruk lagi ia
akan menyumbang kepada masalah ponteng dan masalah disiplin yang lain. Menurut Omardin
Ashaari (1999), guru yang bersifat autokratik dan melaksanakan tugas secara kuku besi dan
terlalu dominan dalam tindak tanduk mereka ketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan
pelajar tidak bebas berfikir. Pelajar perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan pembelajaran seperti mengeluarkan pendapat dan saranan agar tidak menjejaskan
keupayaan dan kemampuan mereka untuk menerima pelajaran.
Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral pelajar sehingga mereka
merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai. Guru yang gemar menghina
pelajar-pelajar akan menyebabkan pelajar-pelajarnya menjadi pasif, menarik diri serta tidak
yakin menyertai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1992). Guru
seharusnya mempunyai sikap dan sahsiah yang baik, bertutur dengan perkataan yang baik-
baik sahaja. Tidak sepatutnya seorang guru menghina, memalukan pelajar di depan ramai
orang dan juga menjatuhkan moral pelajar.

3.3 GURU PERLU BIJAK MENGAWAL EMOSI/TEKANAN KERJA


Seperti yang kita sedia maklum, tugas seorang guru pada masa kini bukan sahaja
mengajar di dalam bilik darjah, para guru juga terpaksa melakukan beberapa perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh kerana sekolah hal ini menyebabkan bertambahnya tekanan kepada
para guru. Selain itu dengan berlakunya banyak perubahan didalam system Pendidikan kita
seperti pemansuhan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan digantikan dengan Penilaian
Tingkatan 3 (PT3) dan banyak lagi. Walaupun yang demikian, para guru tidak boleh sesekali
melepaskan tekanan kerja kepada anak murid disekolah. Para guru perlu bijak mengawal emosi
agar para guru tidak melakukan perkara yang tidak diinginkan seperti ponteng kerja, bertindak
kasar dan tidak fokus dalam pengajaran. Hal ini akan memburukkan lagi profession guru di
mata masyarakat dan tidak mustahillah semua tekanan ini akan dilepaskan kepada murid-murid
disekolah nnti.
4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam
kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat membuatkan
murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari. Demi mencapai cita-cita menjadi negara
maju menjelang 2020, guru-guru di sekolah hendaklah berani menyahut cabaran dengan
mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid, yang sesuai dengan tahap dan
kebolehan mereka.

Anda mungkin juga menyukai