Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2021
Program : Ijazah Sarjana Muda Perguruan Nama Pelajar :

Kod Kursus : MPU3031 Semester / Tahun : Semester 1 / Tahun 1


Ambilan : Jun 2020
Nama Kursus : Kokurikulum – Pengurusan
Kokurikulum Kumpulan : BM1, BM2, BM3, BM4, BM5, PI1, PI2,
PI3, PI4, PI5, SEJ1, SEJ2, SEJ3, SEJ4, SEJ5, BIM1, BIM2,
BIM3, PK1, PK2, BI1, BI2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Kuiz (40%) 18 Mac 2021 03 April 2021


2. Perancangan Projek (50%) 11 Feb 2021 04 Mac 2021

2. Pembentangan (10%) 05 Mac 2021 09 Mac 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti kokurikulum di
sekolah. (C2, LO1)
2. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambilkira semua aspek
pengurusan dan pentadbiran kokurikulum. (C6, A4, LO3, LO4, CTPS2, CS3)
3. Mempamerkan nilai dan etika profesionalisme dalam perancangan projek kokurikulum dari aspek
pengelolaan dan penilaian ( (C6, A4, LO3, LO8, CTPS2, EM3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjawab kuiz yang mengandungi 5 soalan struktur dan 2 esei pendek dengan 70% adalah jawaban
yang betul.

2. Mengenal pasti dan memilih serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam proses perancangan
projek sama ada berbentuk pertandingan, lawatan, perkhemahan atau rekreasi.

3. Melakukan pembentangan projek yang dipilih.

Stimulus:
Guru memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan aktiviti sama ada di peringkat sekolah mahu
pun peringkat luar. Sehubungan dengan itu, kemahiran asas dan pengalaman dalam pembelajaran
Pengurusan Kokurikulum boleh memberikan suatu impak yang besar kepada guru dalam menggerakkan
aktiviti sekolah dan seterusnya melakukan fungsi-fungsi asas dalam jawatankuasa aktiviti.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut :

TUGASAN 1 : Kuiz (40%) - Individu


Anda dikehendaki menjawab kuiz yang mengandungi 5 soalan struktur dan 2 soalan esei pendek dalam
masa 1 jam.
TUGASAN 2: Perancangan Projek ( 50% ) - Individu
Berdasarkan penyataan yang diberikan sebelum ini, anda dikehendaki membuat pemilihan satu bentuk
kokurikulum yang ada di sekolah dan seterusnya merancang dan menyediakan kertas kerja satu
projek/aktiviti kokurikulum tersebut dengan mengambil kira pelan pelaksanaan tindakan(carta
Gantt/senarai checklist) bagi menjayakan projek tersebut.

TUGASAN 3 : Pembentangan ( 10% ) - Individu


Membuat pembentangan dalam jangkamasa 10 minit dengan
i. Menyatakan proses pemilihan projek dan penyediaan kertas kerja
ii. Menggunakan unsur-unsur TMK dalam pembentangan
iii. Melakukan sesi soal jawab

Arahan Pelaksanaan Tugasan :


1. Tugasan ini terdiri daripada Tugasan 1, 2 dan 3. Semua tugasan perlu dijalankan secara individu.
2. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
3. Penghantaran tugasan diluat daripada Tarikh yang ditetapkan akan mengakibatkan pemotongan
markah.
4. Penulisan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 12 dan langkau 1.5 baris.
5. Rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association)
6. Muka depan tugasan mengikut format yang telah ditetapkan (rujuk lampiran).

Tugasan yang baik haruslah menunjukkan kriteria berikut :


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh dan konsisten serta terperinci
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah pelbagai
sumber rujukan yang dinyatakan dengan format yang betul dan sesuai dengan tugasan
4. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan Bahasa dan laras bahasa yang
sesuai dengan tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan.
5. Pembentangan yang menarik dengan menggunakan unsur TMK dan bahan bantu yang lain.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................... ............................................................
(MOHD NASHRI BIN YAAKUB) ( MUSAIDI BIN MUSTAFFA )
Pensyarah /Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh :

...........................................................
( ABDUL SATAR BIN HAMZAH )
Ketua Unit Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai