Anda di halaman 1dari 1

Cabaran dalam mempertahankan institusi beraja di Malaysia

A)Wujud pihak dan individu tertentu yang cuba mencanai persepsi negatif mengenai institusi
Raja yang disebarkan melalui media sosial. Individu yang mengeluarkan kenyataan menghina
Yang di-Pertuan Agong melalui media sosial amat ramai di negara kita. Demikian juga gelagat
sesetengah ahli politik yang semakin melampau sehingga sanggup mengheret institusi Raja
dalam kancah politik kepartian.

B)Cabaran ini perlu ditangani berpandukan hikmah, kebijaksanaan, kearifan dan kematangan.
Kerajaan perlulah mengutamakan pendidikan asas kenegaraan peringkat sekolah dengan
menyemai semangat setia kepada Raja dan negara, sesuai dengan kedaulatan Yang di-
Pertuan Agong. Seterusnya, penghinaan terhadap institusi Raja oleh individu atau kumpulan
wajar dianggap sebagai kesalahan yang patut dikenakan hukuman setimpal. Kebiadaban
mereka wajar dikategorikan sebagai kesalahan serius kerana tindakan tidak bertanggungjawab
itu menjejaskan imej institusi raja di negara ini. Selain itu, ahli politik sepatutnya mengerti dan
memahami kedudukan raja tidak bersifat politik. Mereka sepatutnya menghargai institusi Raja
dan melihat kepentingan institusi Raja Berperlembagaan dalam konteks pembinaan negara
bangsa. Mereka perlu membantu memperkukuhkan pemahaman rakyat mengenai institusi Raja
supaya rakyat lebih menghargai dan memahami peranan Raja.

Anda mungkin juga menyukai