Anda di halaman 1dari 3

Soalan:

Sikap tidak peka akan sejarah menjadi cabaran Malaysia bagi mengekalkan keluhuran
perlembagaan negara. Bincangkan.
1. Generalisasinya, masyarakat kini memandang enteng dan bersikap kurang peka terhadap
sejarah negara. Salah satu faktor masyarakat bersikap tidak peka terhadap sejarah sehingga
menjadi cabaran Malaysia untuk mengekalkan keluhuran perlembagaan adalah kerana generasi
kini semakin kurang pendedahan tentang sejarah negara sejak dari kecil. Dalam konteks ini,
generasi kini disuap dengan pelbagai teknologi dan pembelajaran abad-21 yang kurang
menekankan sejarah ditambah dengan keadaan ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja. Hal ini
menyebabkan anak muda tidak mengetahui nilai kepentingan sejarah kerana kurang diberi tahu
oleh ibu bapa. Kita lihat sahaja pendedahan sejarah hanya ditekankan di bangku sekolah melalui
subjek Sejarah. Untuk memberikan pendedahan lebih kepada generasi kini, ibu bapa perlu
menyediakan masa untuk Bersama-sama anak dalam menelusuri sejarah seperti melawat tempat
bersejarah mahupun berkongsi cerita. Jelaslah bahawa, ibu bapa memainkan peranan penting
dalam memberikan pendedahan awal kepada anak-anak agar generasi muda peka terhadap
sejarah.

2. Selain itu, rakyat juga tiada kesedaran mengenai tanggungjawab individu terhadap
negara. Hal ini dikatakan begitu adalah kerana masyarakat kurang memahami tanggungjawab
sebagai rakyat iaitu untuk memastikan perlembagaan negara dipatuhi. Sekiranya rakyat sedar
akan tanggungjawab, masing-masing terhadap negara, mereka akan menjadikan sejarah sebagai
pegangan terhadap mengapa mereka perlu patuh akan perlembagaan. Misalnya, rakyat patuh
terhadap undang-undang terhadap kepentingan bangsa sendiri kerana mereka tahu impak yang
diperoleh sekiranya undang-undang tersebut dilanggar mengambil pengajaran dari peristiwa
lampau. Maka, amat penting bagi masyarakat untuk menyedari tanggungjawab sebagai rakyat
agar perlembagaan dipatuhi sentiasa.

3. Bukan itu sahaja, rakyat memandang enteng terhadap tanggungjawab diri sendiri.
Sebagai rakyat, kita memikul tanggungjawab yang besar dalam mengekalkan keluhuran
perlembagaan. Hakikatnya, masyarakat yang tahu akan kepentingan tanggungjawab mereka
tidak kisah sekiranya mereka tidak melaksanakan tanggungjawab kerana beranggapan bahawa
masyarakat lain juga adalah sama seperti mereka. Mentaliti mereka yang beranggapan bahawa
masih banyak rakyat yang melaksanakan tanggungjawab menjadi alasan mereka tidak
melaksakan tanggung jawab di pihak mereka. Contoh paling ketara pada hari ini adalah apabila
undang-undang kawalan pergerakan dikeluarkan tetapi masih ramai masyarakat yang
memandang enteng dan tidak mematuhi undang-undang tersebut kerana kurang peka terhadap
sejarah. Oleh itu, semua rakyat harus Bersama-sama memikul tanggungjawab diri sendiri sebagai
rakyat.
4. Lantaran itu, sikap tidak peka akan sejarah menyebabkan rakyat kurang pengetahuan
tentang sejarah perlembagaan negara dan kepentingannya. Masyarakat yang terlalu sibuk dengan
urusan kerja dan sebagainya memandang enteng terhadap perlembagaan negara kerana dianggap
tidak penting kepada negara. Impaknya, mereka kurang menjiwai perlembagaan negara kerana
tidak tahu bagaimana sesuatu perlembagaan tersebut dipinda. Contohnya, masyarakat sering
melanggar perembagaan dan mengeluarkan protes terhadap beberapa perlembagaan kerana
dianggap tidak munasabah dan menyusahkan tanpa mengambil usul periksa tentang bagaimana
dan mengapa perlembagaan tersebut dipinda. Oleh itu, masyarakat seharusnya menjiwai
perlembagaan dengan mengambil tahu sejarah perlembagaan negara dan menjadi asbab
masyarakat patuh terhadap perlembagaan.

5. Seterusnya, Rakyat kurang menjiwai semangat patriotisme dalam diri. Hal ini adalah
kerana semangat patriotisme dalam diri menunjukkan kesetiaan rakyat kepada negara. Semangat
tersebut menjadi sebab mengapa masyarakat patuh terhadap perlembagaan negara. Hakikatnya,
apabila masyarakat tidak peka terhadap sejarah, maka masyarakat susah untuk menjiwai
semangat patriotisme. Misalnya, masyarakat yang kurang menjiwai sejarah negara kurang
mengetahui erti pengorbanan dan menyebabkan mereka senang-lenang melanggar undang-
undang. Oleh sebab itu, semangat patriotism penting sebagai asas rakyat untuk patuh kepada
perlembagaan.

6. Dalam pada itu, Semangat patriotisme dan cinta akan negara yang rendah dalam kalangan
rakyat menjadi cabaran dalam mengekalkan keluhuran perlembagaan. Hal ini berlaku apabila
masyarakat tidak mendalami sejarah dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah
berlaku. Dalam hal ini, patriotisme seharusnya dijadikan titik tolak kepada kesetiaan kepada
negara dan bukan hanya sebagai simbolik dalam masyarakat. Misalnya, sekiranya nilai
patriotisme dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah
pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Jelas bahawa, patriotisme
yang tinggi menjamin keluhuran perlembagaan negara.
7. Dari pandangan lain, masyarakat juga kurang menyedari hakikat bahawa perlembagaan
negara merupakan kuasa tertinggi dalam negara sehingga dijadikan prinsip ketiga dalam rukun
negara. Sikap kurang peka terhadap sejarah menjadi faktor masyarakat kurang kesedaran
terhadap perkara ini. Akibatnya, perlembagaan dianggap kurang penting dalam asas
pembangunan negara yang maju. Sedangkan, perlembagaan adalah tunjang utama dalam
mengekalkan status negara maju dan aman. Contohnya, perlembagaan yang menyatakan undang-
undang mengenai perkauman adalah asas keamanan negara. Oleh itu, masyarakat perlu sedar dan
menyanjung tinggi perlembagaan negara kerana perlembagaan negara merupakan kuasa teragung
dalam negara.

8. Akhir sekali, kewujudan ketegangan sosial dalam memelihara bangsa masing-masing


adalah cabaran dalam mengekalkan keluhuran perlembagaan. Hal ini kerana,masih terdapat
masyarakat yang mementingkan hak sendiri dan memandang enteng perlembagaan tanpa
mengimbas dan melihat Kembali kepada sejarah pahit negara. Sekiranya masyarakat memahami
perlembagaan serta menyedari impak daripada Tindakan mereka, maka negara akan kekal dalam
status aman berteraskan perlembagaan negara. Contohnya, rakyat saling menghormati antara satu
sama lain kerana sedar bahawa Malaysia hari ini adalah hasil Kerjasama semua bangsa. Maka,
masyarakat perlu bersatu padu dan sentiasa mengingati sejarah dalam mengekalkan keluhuran
perlembagaan.

Anda mungkin juga menyukai