Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan:

Yang Saya Hormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang berbahagia Encik Tay Yew Guan,
Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hua Kuala Pilah, para hakim, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapan. Pada
pagi yang nirama ini saya akan menyampaikan satu syarahan yang bertajuk “Etika Berjual
Beli”.

Hadirin yang dihormati,


Dalam mendepani arus modenisasi tanpa limitasi ini,tidak dinafikan bahawa banyak
tajuk berita yang berkaitan tentang berjual beli disiarkan melalui media massa. Etika berjual
beli merupakan tatacara atau adab seseorang peniaga dengan pelanggan ketika berjual
beli.Namun begitu, masyarakat tidak mengikut etika berjual beli yang betul menyebabkan
masyarakat menjadi orang yang tidak berkelas. Oleh itu, kita harus mengetahui etika berjual
beli sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah etika berjual beli?

Isi 1
I Etika berjual beli ialah peniaga harus mempunyai nilai kejujuran.

M Hal ini disebabkan oleh, jika peniaga tidak mengamalkan sikap jujur mereka akan
menipu dan tidak memberikan jaminan ke atas sesuatu barangan yang telah dibeli
oleh pelanggan.

BA Buktinya, peniaga tidak harus menyembunyikan barangan yang cacat atau rosak
seperti bungkusan tepung yang bocor.

K Impak daripada hal ini, pelanggan berhak memulangkan barang yang rosak itu
kepada peniaga untuk mendapatkan ganti rugi.

U Tindakan ini bersesuaian dengan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.

P Berdasarkan hujah yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa peniaga
mempunyai nilai kejujuran merupakan etika berjual beli.

Isi 2
I Seperkara yang tidak kurang penting juga, etika berjual beli adalah bermurah hati
kepada pelanggan.

M Dalam konteks ini, terdapat premis yang menggunakan ilmu hitam untuk menarik
pelanggan datang ke kedai tersebut dan mendapat keuntungan.

BA Contohnya, peniaga sepatutnya berniaga secara sihat dan tidak bertengki antara
peniaga yang lain. Selain itu, peniaga harus memberikan senyuman dan
memperlakukan mereka seolah dibanding dengan memberikan potongan harga. 

K Implikasi daripada hal tersebut, melayani pelanggan dengan murah hati akan
membuat mereka merasa dihargai dan merasa puas dengan pelayanan tersebut.

U Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai isi dengan kuku.

P Melalui prakarsa ini, jelaslah bahawa etika berjual beli adalah bermurah hati kepada
pelanggan.

Isi 3
I Jika kita telusuri dari dimensi yang berbeza, etika berjual beli ialah peniaga harus
mengajak para pelanggan bekerjasama dalam menentukan kemakmuran negara
terpelihara

M Hal ini demikian kerana, peniaga merupakan orang tengah atau ejen yang
meniagakan sesuatu barangan.

BA Dalam hal ini, pengguna sendiri perlu berhemah semasa berbelanja, sementara para
peniaga diseru agar mengamalkan etika berjual beli dengan mengutamakan pocket
pelanggan.

K Sebagai akibatnya, peniaga dan pelanggan dapat mengamalkan kesederhanaan


tingkah laku dalam perniagaan seperti rendah diri, tidak bermegah-megah serta
memberi sumbangan dan sokongan kepada mereka yang memerlukannya.

U bak kalam pepitih Melayu, baik membawa resmi padi daripada membawa resmi
lalang.

P Saya optimis bahawa,  peniaga harus mengajak para pelanggan bekerjasama dalam
menentukan kemakmuran negara terpelihara merupakan etika berjual beli.

Penutup:
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya, semua perkara yang berkaitan dengan etika berjual beli telah
dikupas dengan mendalam. Namun,usaha ini tidak akan dapat berjaya jika rakyat Malaysia
mengamalkan peribahasa enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dalam
menangani isu ini. Manakala semua pihak tidak harus melaksanakan tugas seperti
melepaskan batok di tangga.Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab bagi
memastikan etika ini diserap dengan sempurna dalam diri semua individu terutamanya
generasi muda yang bakal mengambil alih dunia ini. Dalam hal ini, orang bijak pandai
pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya! Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai