Anda di halaman 1dari 2

Pada abad ke 21, makanan sejuk beku amat penting dan menjadi amalan utama kepada

masyarakat di Malaysia dalam kehidupan seharian. Masyarakat berasa seronok terhadap


makanan sejuk beku kerana memudahkan kerja dalam kehidupan manusia. Saban tahun,
semakin ramai masyarakat mempelopori bidang perniagaan industri sejuk beku di Malaysia.
Sebagai contohnya, sosej sebagai produk beku bak peribahasa, cendawan tumbuh selepas
hujan. Apakah kelebihan produk sejuk beku? Marilah kita bincangkan bersama.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa produk sejuk beu tahan dengan lebih lama. Hal
ini kerana, produk yang disejukbekukan dapat mematikan mikroorganisma yang dapat
merosakkan makanan. Sebagai contohnya, makanan tersebut akan diletakkan di bawah suhu
18 darjah celcius yang dapat mematikan mikroorganisma. Ini dapat memastikan masyarakat
dapat makan makanan tersebut kerana tahan lama.Maka benarlah bahawa makanan sejuk
beku merupakan makanan yang dapat bertahan lebih lama bagi kegunaan masyarakat.

Pada masa yang sama, makanan sejuk beku mampu memudahkan pekerjaan manusia.
Ini kerana manusia dapat makan makanan tersebut pada bila-bila masa disebabkan manusia
sibuk mencari rezeki. Sebagai contohnya, makanan sejuk beku seperti ikan dan ayam dapat
dimasak dengan kadar yang segera tanpa perlu ke pasar basah. Oleh itu, manusia dapat
menjimatkan masa kerana masa itu emas. Maka jelaslah bahawa, makanan sejuk beku dapat
memudahkan manusia untuk melalui kehidupan dengan lebih produktif.

Kita juga tidak dapat menepis tolak bahawa makanan sejuk beku adalah lebih murah
dan mudah untuk didapati. Ini kerana, makanan sejuk beku banyak dijual di seluruh negara
sama ada di pasar besar atau kedai runcit.Sebagai contohnya, produk sejuk beku boleh
diperolehi di kedai 7 Eleven yang dibuka 24 jam sehari. Hal ini dapat membantu pengguna
untuk mendapatkan barang keperluan untuk meneruskan kehidupan dan membolehkan
pengguna untuk kekal berjimat-cermat. Atas rasional tersebut, makanan sejuk beku adalah
murah dan mudah untuk didapati oleh masyarakat.

Satu perkara yang tidak dapat disangkalkan ialah makanan sejuk beku membolehkan
Tidak akan berlakunya pembaziran. Hal ini dapat dibuktikan kerana bahan-bahan tersebut tidak
akan dibuang jika tidak dimakan pada hari yang sama. Sebagai contohnya, apabila tiba Musim
raya Haji, terdapat lebihan Industri sejuk beku yang dipelopori oleh syarikat. Jika tidak berlaku
aktiviti industri sejuk beku maka, daging-daging tersebut akan mengalami kerosakan. Jadi,
masyarakat dapat menggunakan sebaik mungkin hasil sejuk beku dalam kegunaan seharian
mereka tanpa ada pembaziran kerana membazir itu amalan syaitan. Ringkasnya, makanan
sejuk beku tidak akan menyebabkan pembaziran makanan.
Kita mengakui hakikat bahawa makanan sejuk beku dapat membantu meningkatkan
ekonomi masyarakat dan negara. Hal ini kerana, Masyarakat akan mula melibatkan diri dalam
perusahaan sejuk beku bagi meneruskan kelangsungan hidup terutamanya bagi masyarakat
yang menghasilkan produk. Sebagai buktinya, akan wujud penawaran dan permintaan terhadap
produk sejuk beku yang diusahakan oleh masyarakat tempatan seperti syarikat Ramli. Maka,
masyarakat dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak akan mengharapkan
bantuan kerajaan sahaja bak peribahasa, usaha tangga kejayaan. Tuntasnya, MAKANAN
SEJUK BEKU YANG DIUSAHAKAN OLEH MASYARAKAT mALAYSIA DAPAT meningkatkan
ekonomi masyarakat dan negara

Jelaslah bahawa industri sejuk beku dapat memastikan kehidupan masyarakat lebih
selesa dan mudah. Diharapkan industri sejuk beku dapat berkembang pesat seiring dengan
pembangunan negara. Semoga industri ini terus membuka peluang kepada generasi muda
khususnya graduan universiti bagi menceburi bidang ini dan tidak memandangnya sebelah
mata. Marilah kita bersama-sama menyokong industri sejuk beku negara dan belilah produk
buatan tempatan. Akhir kalam, sedap di mulut puas di hati.

Anda mungkin juga menyukai