Anda di halaman 1dari 2

Alamat pengirim.

No 10, Taman Warisan Indah,


Sila teliti cara penulisan alamat Bandar Warisan Indah,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

31 Julai 2019.

Kehadapan saudaraku yang dikasihi selalu. Untuk makluman saudara, tujuan saya mengutus
surat ini adalah untuk berkongsi cara-cara mempopularkan permainan tradisional di negara
kita. Seperti yang saudara sedia maklum, permainan tradisional seperti congkak, gasing dan
dam kini semakin dilupakan oleh anggota masyarakat terutamanya golongan muda kerana
mereka lebih tertarik untuk bermainan permainan video. Oleh itu, sebagai rakyat yang
prihatin saya akan berkongsikan beberapa cara untuk mempopularkan permainan
tradisional ini.

Saudaraku,

Institusi pendidikan seperti sekolah berperanan untuk menjadikan permainan


tradisional sebagai salah satu aktiviti kokurikulum. Hal ini secara tidak langsung dapat
memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengenali dan bermain permainan
tradisional. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mewujudkan Persatuan Permainan
Tradisional dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, murid-murid bukan
sahaja dapat mengenali permainan tradisional malahan boleh meneruskan budaya bermain
permainan tradisional. Jelasnya, menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti
kokurikulum boleh mempopularkan permainan tradisional.

Usaha seterusnya untuk mempopularkan permainan tradisional adalah dengan


menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu sukan yang dimainkan di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa. Dengan cara ini, permainan tradisional akan sentiasa
dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat secara meluas. Sebagai contoh, Kementerian Belia
dan Sukan boleh menganjurkan sukan permainan tradisional sebagai sukan tahunan.
Tegasnya, menjadikan permainan tradisional sebagai acara sukan pada peringkat negara
merupakan cara untuk mempopularkan permainan tradisional.

Akhir sekali, ibu bapa juga berperanan untuk mempopularkan permainan tradisional
kepada anak-anak. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk bermain permainan tradisional
seperti galah panjang, tingting, batu seremban dan congkak bersama-sama anak. Dengan
ini, anak-anak akan terdedah kepada permainan tradisional sejak kecil seterusnya akan
bermain permainan tersebut secara berterusan. Kesannya, permainan tradisional tidak akan
dilupakan malah boleh dipopularkan untuk generasi muda.

Sampai sini sahaja surat saya pada kali ini. Semoga bertemu semula dalam surat yang
akan datang.

Saudaramu,
Farha
n

Anda mungkin juga menyukai