Anda di halaman 1dari 3

MENTAKAB, Selasa- Suatu kemalangan ngeri yang

melibatkan sebuah lori yang sarat dengan sebuah


kereta telah berlaku di Batu 10, Mentakab, Pahang,
kira-kira pukul 7.00 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis
Daud Osman, pemandu lori itu memandu dalam
keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal
kenderaannya dengan baik. Lori tersebut dalam
perjalanan ke Mentakab. Lori itu terbabas lalu
bertembung dengan sebuah kereta yang datang
dari arah yang bertentangan
Kemalangan itu menyebabkan bahagian
hadapan kereta itu remuk. Pemandu kereta, Encik
Khalid Yunus dan isterinya,Puan Latifah Manaf
cedera parah. Manakala pemandu dan kelindan lori
mengalami cedera ringan.
Pihak bomba yang berkejar ke tempat
kejadian berusaha untuk mengeluarkan mangsa,
tetapi mereka mengalami kesukaran kerana keduadua mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka
terpaksa memotong beberapa bahagian kereta
untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu
dapat dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi.
Sementara itu, pengguna jalan raya di situ
tersekat kira-kira empat jam kerana sebahagian
lorong jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan
terpaksa bergerak perlahan-lahan sejauh tiga
kilometer. Hal ini demikian kerana para pemandu
memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat
kemalangan itu.

Mangsa-mangsa kemalangan telah dibawa ke


Hospital Besar Mentakab. Manakala pemandu dan
kelindan telah ditahan oleh pihak polis untuk
siasatan lanjut.
P O S T E D B Y M E M B E R S O F 1 B 1 AT 0 0 : 5 0
EMAIL THIS

SOALAN:
Seorang kanak-kanak yang menderita penyakit jantung
berlubang memerlukan derma daripada orang ramai.Sebagai
pemberiata,anda telah diarahkan menulis berita tentang
penderitaan kanak-kanak itu.Tulis berita itu selengkapnya.
JAWAPAN:
KULAI,Jumaat-Sumbangan orang ramai amat-amat diperlukan
bagi membantu Nurul Suhana,tiga tahun,kanak-kanak yang
menghidap penyakit jantung berlubang bagi meringankan
penderitaan yang ditanggungnya.Puan Maznah Ahmad,35
tahun,ibu kepada Nurul Suhana merayu sumbangan derma
daripada
masyarakat
Malaysia
yang
prihatin
bagi
menyelamatkan nyawa anaknya.
Kanak-kanak malang itu memerlukan kos rawatan sebanyak
RM150 000 bagi menjalani pembedahan dan rawatan
susulan.Jumlah yang diperlukan amat tinggi dan tidak dapat
ditampung oleh keluarganya.Ayah Nurul Suhana,Encik
Jamaluddin Ahmad hanya bekerja sebagai pembantu makmal
sekolah dan Puan Maznah sendiri tidak bekerja.Nurul Suhana
adalah anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.Anak sulung
mereka bakal memulakan sesi persekolahan pada tahun
hadapan.Keadaan ini begitu merumitkan mereka.

Nurul Suahan kinimasih dirawat di Hospital Sultanah


Aminah,Johor Bahru.Keadaannya dilaporkan semakin serius
dari sehari ke sehari.Menurut doktor pakar yang
merawatnya,Nurul Suhana perlu menjalani pembedahan segera
bagi menyelamatkan nyawanya.Setakat ini,keluarga kanakkanak malang itu telah berjaya mengumpulkan dana kira-kira
RM50 000 hasil derma dan sumbangan orang awam yang
prihatin.
Menurut Encik Jamaluddin pula,penyakit anaknya itu mula
dikesan ketika Nurul Suhana berusia dua tahun.Beliau
menyedari masalah kesihatan anaknya apabila anaknya sering
menangis hingga ada kalanya bibirnya menjadi kebirubiruan.Setelah dibawa untuk menjalani rawatan,doktor
mengesahkan bahawa anaknya itu menghidap penyakit jantung
berlubang.Sejak hari itu,Nurul Suhana sering berulang ke
hospital untuk menerima rawatan.Beliau sendiri sering
mengambil cuti untuk menghantar anaknya menjalani rawatan.
Menurut beliau lagi,pada awalnya beliau agak keberatan untuk
mendedahkan penderitaan puteri mereka kepada pihak
media.Namun,keadaan Nurul Suhana yang semakin kritikal
menyebabkan beliau terpaksa memohon simpati daripada orang
ramai.Ketika berita ini ditulis,Nurul Suhana telah pun berada di
Kuala Lumpur untuk menerima rawatan daripada doktor pakar
jantung di Institut Jantung Negara(IJN).Nurul Suhana dijangka
akan berada di IJN selama satu minggu.
Orang ramai yang prihatin dan ingin memberikan sumbangan
bolehlah menghubungi keluarga Encik Jamaluddin di talian 0177234567 atau melalui akaun Mybank,511-2765234.Derma
ikhlas daripada anda amatlah dialu-alukan demi menyelamatkan
nyawa anak kecil ini.

Anda mungkin juga menyukai