Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun


Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan
dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun.
Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para
pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai
ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang pegawai
kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang
pegawai kilang tersebut.
Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian besar
kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang
tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di situ,
ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas
dan mereka dilayan dengan mesra.
Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ
terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang
canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di
kantin kilang tersebut.
Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap
seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah
menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta
dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta dapat
melihat sendiri cara-cara membuat sabun.
Laporan disediakan oleh,

25 Januari 2016

..................................................
(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)
Setiausaha,
Persatuan kemahiran Hidup

CONTOH KARANGAN BERITA

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri
kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada
serbuan tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu
yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel
membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai
pakar mekanik. Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta
palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama
Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta
tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

MENTAKAB, Selasa - Suatu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah lori yang sarat dengan sebuah
kereta telah berlaku di Batu 10, Mentakab, Pahang, kira-kira pukul 7.00 pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah, Penguasa Polis Daud Osman, pemandu lori itu memandu dalam
keadaan mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik. Lori tersebut dalam perjalanan
ke Mentakab. Lori itu terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah yang
bertentangan.
Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta itu remuk. Pemandu kereta, Encik
Khalid Yunus dan isterinya,Puan Latifah Manaf cedera parah. Manakala pemandu dan kelindan lori
mengalami cedera ringan.
Pihak bomba yang berkejar ke tempat kejadian berusaha untuk mengeluarkan mangsa, tetapi
mereka mengalami kesukaran kerana kedua-dua mangsa tersepit di bahagian kaki. Mereka terpaksa
memotong beberapa bahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa. Mangsa-mangsa itu dapat
dikeluarkan pada pukul 10.00 pagi.
Sementara itu, pengguna jalan raya di situ tersekat kira-kira empat jam kerana sebahagian lorong
jalan itu tidak dapat dilalui. Kenderaan terpaksa bergerak perlahan-lahan sejauh tiga kilometer. Hal ini
demikian kerana para pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat kemalangan itu.
Mangsa-mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Besar Mentakab. Manakala pemandu dan
kelindan telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Anda mungkin juga menyukai