Anda di halaman 1dari 9

Karangan Laporan Temasya Sukan

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang


Pada 21 Ogos 2014, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan
temasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula
pada pukul 8.30 pagi. Tujuan temasya sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil
bakat murid-murid dalam bidang olahraga.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan
terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.
Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerjakerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengahtengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur
Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00
pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang
disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba
kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip
bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah
menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan.
Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Antara acara padang yang
dipertandingkan ialah acara lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi. Acara lari
4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30
pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan
Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang
disediakan di kantin.

Laporan Disediakan oleh,


Suhaini
(SUHAINI BINTII YUSOF)
Setiausaha Kelab Olahraga

25 OGOS 2014.

Karangan Berita Temasya Sukan

KUANTAN, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan temasya


sukan yang ke-10 di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi. Tujuan temasya
sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang
olahraga.
Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan
terakhir telah dilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik.
Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerjakerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengahtengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur
Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.
Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi
ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar
sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara
dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil
bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya
merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan.
Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Antara acara padang yang
dipertandingkan ialah acara lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi. Acara lari
4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30
pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para
pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar.
Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan
Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang
disediakan di kantin.

Pengalaman menyertai temasya sukan

Pada 21 Ogos 2014, sekolah aku telah mengadakan temasya sukan yang ke10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Tujuan temasya sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid-murid
dalam bidang olahraga.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00
pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang
disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba
kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip
bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah
menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.
Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Aku
telah terpilih mewakili rumah sukanku dalam acara 100 meter. Sebelum acara
dimulakan, para peserta memanaskan badan seperti yang diajar oleh Cikgu Anita.
Kemudian, para peserta melangkah ke garisan permulaan.
Pada ketika itu,
perasaanku bercampur baur. Hatiku berdebar-debar apabila melihat para peserta
yang sudah bersedia di garisan permulaan.
Namun aku juga teruja untuk
merangkul gelaran ratu pecut sekolah.
Ketika hon dibunyikan, aku seperti seekor harimau bintang meluru laju
menuju ke garisan penamat. Aku terus melangkah tanpa menoleh ke kiri kanan.
Pada ketika ini, aku dapat mendengar sorakan daripada para penonton yang
menjerit-jerit melaungkan namaku.
Sorakan itu menjadikan aku semakin
bersemangat untuk mengakhiri pecutan. Langkahku semakin laju. Apabila tiba ke
garisan penamat, aku segera menerpa dan akhirnya aku berjaya menjadi juara.
Guru penasihat segera memelukku dan mengucapkan tahniah.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Aku berasa sangat
gembira kerana pasukan Rumah Sukanku iaitu Al Farabi telah menjuarai temasya
sukan kali ini. Aku juga sangat gembira apabila dinobatkan sebagai olahragawati

terbaik. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi
oleh Tuan Guru Besar.
Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum
bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di
kantin.

Surat kepada rakan : Menceritakan pengalaman menyertai temasya sukan

No 12, Jln 4/3,


Serdang Jaya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
30 Ogos 2014.
Menemui sahabatku Amira binti Yusif yang kini berada di Alor Setar, Kedah.
Semoga berada dalam keadaan sihat wallafiat hendaknya.
Saudari,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana sudi
mengirimkan warkah kepada saya. Saya berasa seronok membaca pengalaman
saudara menyertai sukan di sekolah saudari. Di sini, saya ingin berkongsi cerita
tentang temasya sukan yang berlaku di sekolah saya.

Pada 21 Ogos 2014, sekolah aku telah mengadakan temasya sukan yang ke10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.
Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi,
semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang
disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling yang tiba
kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip
bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas
hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah
menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Aku


telah terpilih mewakili rumah sukanku dalam acara 100 meter. Sebelum acara
dimulakan, para peserta memanaskan badan seperti yang diajar oleh Cikgu Anita.
Kemudian, para peserta melangkah ke garisan permulaan.
Pada ketika itu,
perasaanku bercampur baur. Hatiku berdebar-debar apabila melihat para peserta
yang sudah bersedia di garisan permulaan.
Namun aku juga teruja untuk
merangkul gelaran ratu pecut sekolah.
Ketika hon dibunyikan, aku seperti seekor harimau bintang meluru laju
menuju ke garisan penamat. Aku terus melangkah tanpa menoleh ke kiri kanan.
Pada ketika ini, aku dapat mendengar sorakan daripada para penonton yang
menjerit-jerit melaungkan namaku.
Sorakan itu menjadikan aku semakin
bersemangat untuk mengakhiri pecutan. Langkahku semakin laju. Apabila tiba ke
garisan penamat, aku segera menerpa dan akhirnya aku berjaya menjadi juara.
Guru penasihat segera memelukku dan mengucapkan tahniah.
Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara
penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Aku berasa sangat
gembira kerana pasukan Rumah Sukanku iaitu Al Farabi telah menjuarai temasya
sukan kali ini. Aku juga sangat gembira apabila dinobatkan sebagai olahragawati
terbaik. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi
oleh Tuan Guru Besar.
Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum
bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di
kantin.
Saudari,
Di sini saya titipkan sekeping gambar kejayaan saya ketika dianugerahkan
olahragawati terbaik. Semoga kita berjumpa lagi pada warkah yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Samahati
(SAMAHATI SAIFULLIZAN)

Berita-Sempena Bulan Kemerdekaan


Sempena Bulan Kemerdekaan, sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti
yang menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis
berita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

RAWANG, Jumaat-Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah menganjurkan sambutan


Bulan Kemederkaan pada bulan Ogos lalu. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan
adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping
itu, dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan
negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai
kemajuan yang dicapai oleh negara.
Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan
oleh Puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur
dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian persembahan deklamasi sajak dan
koir bertemakan kemerdekaan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bualan kemerdekaan ialah
pertandingan menghias kelas bertemakan kemerdekaan. Para guru dan muridmurid berganding bahu memastiakn kelas kelihatan ceria dan bersih. Selain
daripada itu, turut diadakan pertandingan pidota, pertandingan menulis esei,
pertandingan menulis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas

tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan
murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan
menulis esei.
Selain pertandingan, turut diadakan ceramah tentang kemerdekaan.
Ceramah itu telah berjaya mewujudkan nilai penghargaan dalam diri murid-murid
terhadap para pejuang kemerdekaan tanah air.
Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang
disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid
diminta melaungkan kalimah Merdeka dengan penuh bersemangat.
Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara
sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat
penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara.

Laporan-Sempena Bulan Kemerdekaan

Laporan Bulan Kemerdekaan SK Taman Desa


Sepanjang bulan Ogos, Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah menganjurkan
sambutan Bulan Kemederkaan. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah
untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, dapat
memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara.
Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang
dicapai oleh negara.
Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan
oleh Puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur
dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian persembahan deklamasi sajak dan
koir bertemakan kemerdekaan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bualan kemerdekaan ialah


pertandingan menghias kelas bertemakan kemerdekaan. Para guru dan muridmurid berganding bahu memastiakn kelas kelihatan ceria dan bersih. Selain
daripada itu, turut diadakan pertandingan pidota, pertandingan menulis esei,
pertandingan menulis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas
tahap dua telah menghantar peserta bagi pertandingan yang diadakan. Penyertaan
murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan
menulis esei.
Selain pertandingan, turut diadakan ceramah tentang kemerdekaan.
Ceramah itu telah berjaya mewujudkan nilai penghargaan dalam diri murid-murid
terhadap para pejuang kemerdekaan tanah air.
Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah
menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Hadiah yang
disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid
diminta melaungkan kalimah Merdeka dengan penuh bersemangat.
Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara
sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat
penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara.

Laporan Disediakan oleh,


2014.

20

SEPTEMBER

Suhaini
(SUHAINI BINTII YUSOF)
Setiausaha Kelab Rukun Negara

Persatuan Tunas Kadet Remaja,


Sekolah Kebangsaan Seri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
_____________________________________________________________________________
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
5 MEI
2014.

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan


Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.
2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti
perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan
penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30
Mei 2010
3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu
Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang
mencabar kepada para ahli .
4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini.
Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping
dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama
dan sebagainya.
5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada
murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat
akan turut serta dalam perkhemahan ini.
Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama
daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Yang menjalankan tugas,


Darsan Aliman
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,

Anda mungkin juga menyukai