Anda di halaman 1dari 1

Sekolah kamu telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan.

Ceritakan pengalaman kamu tentang


kejohanan sukan tersebut.

Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan. Sukan

tahunan tersebut diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.

Kejohanan Sukan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat- bakat sukan murid-

murid sekolah. Sebelum hari kejohanan, guru- guru dan murid- murid bersama- sama menghias

khemah dengan belon- belon mengikut warna rumah sukan masing- masing.

Pada hari sukan, guru- guru dan murid- murid , datang awal ke sekolah. Ibu bapa juga

datang untuk menyaksikan acara- acara sukan tersebut. Pada pukul 8.00 pagi, acara dimulakan

dengan perbarisan dan lintas hormat dari rumah- rumah sukan. Selepas itu, guru besar

menyampaikan ucapan dan merasmikan kejohanan sukan tersebut. Murid- murid tahap dua

membuat persembahan senamrobik sebagai acara pembukaan. Ibu bapa dan penonton lain

terhibur menyaksikan persembahan tersebut.

Acara- acara larian dimulakan selepas selesai persembahan. Murid- murid bersorak

menyokong rumah sukan masing- masing. Ibu bapa turut bersorak dan ada juga yang mengambil

gambar.

Pada pukul 11.00 pagi, acara- acara sukan selesai. Hadiah- hadiah dan trofi disampaikan

oleh guru besar kepada peserta yang menang. Selesai penyampaian hadiah, semua murid dan ibu

bapa pulang.

Walaupun agak letih, saya berasa gembira kerana rumah sukan saya menjadi johan. Saya

berharap, saya dapat menyertai mana- mana acara sukan pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai