Anda di halaman 1dari 2

" Sukan Tahunan Sekolah Saya ".

Pada ___________, sekolah saya mengadakan sukan tahunan di ____________. Padang


_________dengan panji-panji yang berwarna- warni. Berbagai-bagai acara telah diadakan
seperti ________________________________ dan sebagainya.

Pada awal pagi lagi, para ___________rumah sukan yang mengambil bahagian telah
__________ di khemah masing-masing. Para ___________________ datang untuk
memberi sokongan kepada rumah sukan masing-masing. Ibu bapa turut hadir bersama-sama
menyaksikan sukan tahunan.

__________ merasmikan sukan tahunan sekolah selepas memberi ____________. Acara


sukan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara 80 meter lelaki lari berpagar. Para
penonton ______________ untuk memberi sokongan kepada para peserta.

Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat


kesukanan yang tinggi. Tambahan pula, tujuan sukan tahunan ini diadakan untuk
_______________murid di samping mengeratkan hubungan di kalangan murid-murid.
Pada 11.30 pagi, peserta-peserta berehat seketika untuk _______________ makanan. Sejam
kemudian, acara sukan diteruskan semula.

Akhirnya, pasukan Rumah ___________ berjaya menjadi Johan. Guru besar


menyampaikan hadiah kepada para ____________. Tan Chong Heng dan Chin Yin Suen
diumumkan sebagai __________ dan olahragawati sekolah pada tahun ini.
____________sibuk mengambil gambar para pemenang.

Acara sukan ________ pada pukul 4.30 petang. Semua murid bersurai dengan perasaan
yang ____________.

Contoh Karangan UPSR: Karangan Keperihalan

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, " Sukan Tahunan Sekolah Saya ".

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya mengadakan sukan tahunan di Stadium Terbuka
Miri. Stadium dihias dengan panji-panji yang berwarna- warni. Berbagai-bagai acara telah
diadakan seperti lari berpagar, lompat jauh, melontar peluru dan sebagainya.
Pada awal pagi lagi, para peserta rumah sukan yang mengambil bahagian telah berkumpul
di khemah masing-masing. Para penyokong berpusu-pusu datang untuk memberi sokongan
kepada rumah sukan masing-masing. Mereka pula duduk di astaka. Ibu bapa turut hadir
bersama-sama menyaksikan sukan tahunan.

Guru besar merasmikan sukan tahunan sekolah selepas memberi ucapan. Acara sukan
bermula pada pukul 8.00 pagi dengan acara 80 meter lelaki lari berpagar. Para penonton
bersorak-sorai untuk memberi sokongan kepada para peserta.

Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan semangat


kesukanan yang tinggi. Tambahan pula, tujuan sukan tahunan ini diadakan untuk
mencungkil bakat murid di samping mengeratkan hubungan di kalangan murid-murid. Pada
11.30 pagi, peserta-peserta berehat seketika untuk menjamah makanan. Sejam kemudian,
acara sukan diteruskan semula.

Akhirnya, pasukan Rumah Kuda berjaya menjadi Johan. Guru besar menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Tan Chong Heng dan Chin Yin Suen diumumkan sebagai
olahragawan dan olahragawati sekolah pada tahun ini. Wartawan sibuk mengambil gambar
para pemenang.

Acara sukan tamat pada pukul 4.30 petang. Murid-murid bergotong- royong mengemaskan
stadium. Semua murid bersurai dengan perasaan yang senang hati.

Anda mungkin juga menyukai