Anda di halaman 1dari 4

I.

Usaha-Usaha Meningkatkan Prestasi Atlet Negara


Pada masa ini, prestasi atlet negara kita yang semakin merosot dari hari ke
hari menjadi isu yang hangat diperkatakan. Isu yang seolah-seolah menjadi
duri dalam daging di negara kita ini semakin membusung nanah dari semasa
ke semasa. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani
isu yang mula menjadi tajuk utama dalam negara kita
Antara usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan prestas
atlet negara kita ialah kerajaan haruslah memulakan langkah untuk
mencungkil bakat-bakat muda dari bangku sekolah. Hal ini amatlah signifikan
kerana terdapat ramai anak muda yang mempunyai bakat yang terpendam
tetapi tidak diserlahkan kerana tidak mempunyai pembimbing yang boleh
membimbing mereka untuk mengasah bakat mereka. Jika diasah dan
dibimbing, nescaya negara kita dapat melahirkan adiwangsa yang dapat
mengharumkan nama negara di arena sukan antarabangsa.
Selain itu, para atlet haruslah didedahkan dengan kejohanan antarabangsa
secara lebih kerap. Langkah ini amat penting kerana ia merupakan rencah
utama untuk menaikkan semangat kesukanan dalam kalangan mereka.
Pendedahan sebegini dapat membuka mata atlet-atlet baru supaya mereka
lebih terealisasi untuk bersaing secara sihat. Oleh itu, kerajaan harus juga
memaparkan kemenangan yang pernah diperoleh mereka dahulu agar ia
menjadi inspirasi untuk menaikkan nama sukan negara.

Di samping itu, pengambilan jurulatih serta pengambilan pemain import


merupakan prakarsa utama memantapkan cara-cara bermain yang lebih kuat
oleh atlet-atlet negara kita. Pengambilan jurulatih dari luar negara yang
mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dapat membimbing para atlet
negara kita supaya dapat melakukan anjakan paradigma terhadap cara
permainan mereka. Pemain-pemain import yang dibawa masuk dari luar
negara diharapkan dapat menaikkan imej kesukanan yang kukuh di negara
kita.

Seterusnya, program-program pembangunan atlet haruslah sentiasa


dilakukan untuk menyemai semanat kesukanan ke dalam diri mereka.
Semangat kesukanan yang semakin pudar dalam kalangan atlet negara kita
haruslah ditingkatkan agar imej sukan negara kita tidak dipandang rendah
oleh negara-negara luar yang lain. Usaha-usaha penerapan nila-nilai murni
haruslah dilakukan memandangkan isu-isu jenayah yang melibatkan para
atlet marcapada dapat dikurangkan.

Secara tuntasnya, langkah-langkah ini haruslah dilakukan dengan segara


agar negara-negara luar tidak memandang enteng terhadap para atlet negara
kita. Diharapkan, dengan langkah-langkah ini, ia dapat membawa kembali
kepada kegemilangan yang pernah kita kecapi dalam arena sukan dan
merealisasikan slogan 'Majulah Sukan untuk Negara'.

II. Pengalaman Bercuti Hujung Minggu di Air Terjun

Pada cuti sekolah yang lalu, ayah telah membawa kami sekeluarga
pergi berkelah di Air Terjun Sekayu. Sebelum bertolak, kami telah
menyediakan bekalan makanan dan minuman, pakaian renang, radio,
kamera dan tikar. Selepas itu, kami pun menaiki kereta ayah ke sana.

Setibanya di destinasi, kami membantu ayah dan ibu menurunkan


barang-barang dari but kereta. Kemudian, kami menghamparkan tikar di
atas seketul batu yang besar lalu meletakkan barang-barang di atas
tikar. Ramai orang berkelah di sana. Suasana di air terjun itu meriah
sekali.

Tanpa berlengah-lengah, saya dan adik-adik pun menyalin baju


lalu terjun ke dalam air. Pemandangan di Air Terjun Sekayu indah nian.
Air di sana jernih dan dingin, udara di sana juga nyaman. Kami dapat
melihat banyak ikan kecil yang berwarna-warni berenang di dalam air
dengan bebas. Kami bermandi-manda dengan seronok seperti itik
mendapat air. Kami juga menangguk ikan dengan tangguk yang dibuat
oleh ayah.

Setelah penat bermain, kami pun naik ke darat untuk menikmati


makanan yang dihidangkan oleh ibu. Adik-adik makan dengan lahap
kerana terlalu lapar. Ayah dan ibu berasa geli hati melihat telatah
mereka berdua.

Selepas menjamu selera, kami bersiar-siar di sekitar kawasan air


terjun. Di sana terdapat pelbagai jenis flora yang cantik dan unik. Kami
telah mengambil kesempatan untuk menangkap gambar di sana sebagai
kenang-kenangan. Saya dan adik-adik juga menyauk rerama yang
berterbangan di atas bunga dengan sauk tetapi dilarang oleh ibu.

Apabila matahari kian terbenam, kami pun berkemas untuk pulang


ke rumah. Saya berasa berat hati untuk meninggalkan air terjun itu.
Namun, ayah berjanji akan membawa kami ke Air Terjun Sekayu lagi
pada masa hadapan.
Aktiviti sebegini dapat dilakukan pada masa hadapan dengan
harapan kami dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga dan
berekreasi bersama-sama.

III. Laporan Sukan Tahunan Sekolah

Laporan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang

Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang telah mengadakan sukan


tahunan pada 20 Jun yang lalu. Temasya itu diadakan di padang
sekolah bermula pada pukul 7.45 pagi. Sukan tahunan dimulakan
dengan acara perbarisan. Semua wakil perbarisan berkawad kaki
dengan penuh bersemangat. Pasukan yang lebih menarik perhatian
ialah Rumah Saga. Selepas acara perbarisan, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Ledang Tuan Haji Roslan bin Ahmad memberi
ucapan. Beliau menyeru murid-murid supaya menunjukkan semangat
kesukanan yang tinggi dalam temasya ini. Kemudian, Pengerusi
PIBG telah merasmikan temasya tersebut. Pada pukul 9.00 pagi, acara-
acara sukan pun dimulakan. Acara-acara yang diadakan seperti lumba
lari, lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lontar lembing dan
sebagainya. Semua wakil pasukan berusaha sedaya upaya
untuk memenangi acara yang disertai. Acara yang paling menarik
perhatian ialah sukan tarik tali. Peserta-peserta yang menyertai
pertandingan ini memang sihat-sihat dan kuat. Semasa Rumah Wira
bertanding dengan Rumah Persona, penonton memberikan sokongan
kepada pasukan yang disokong. Akhirnya, sukan tarik tali dimenangi
oleh Rumah Wira. Pada pukul 12.00 tengah hari, acara-acara sukan pun
tamatlah. Majlis penyampaian hadiah diadakan selepas itu. Rumah
Saga telah mendapat johan manakala Rumah Wiratelah mendapat naib
johan. Pengerusi PIBG telah menyampaikan hadiah kepada
parapemenang.Sambutan sukan tahunan kali ini berjalan dengan lancar
dan meriah. Temasya ini juga telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru
dalam beberapa acara sukan. Semoga sukan tahunan ini dapat
diadakan dengan lebih berjaya pada tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh, 20 JUN 2022

JingWoon

(POO JING WOON)


Setiausaha,
Sambutan Sukan Tahunan
SMK Ledang.

Anda mungkin juga menyukai