Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan


peluh
daripada
tubuh
badan
kita.
Malah,
kerajaan
menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan
aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah
yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan
tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,
bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan
peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh
kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak
berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan
hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan
dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun
agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman,
kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di
kawasan itu. Hal ini dapat mengeratkan hubungan dan
perpaduan antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi
masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau
beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan
kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan
diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat
mengharumkan nama sekolah. Sekiranya kita berbakat dalam
bidang
sukan,
kita
akan
dapat
mewakili
pasukan
sekolah,daerah, negeri mahupun negara. Apabila kita berjaya
memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah
berjaya mengharumkan nama sekolah. Nama kita juga kian
dikenali dan rezeki makin bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif
bersukan.Marilah kita bersama-sama menyahut seruan

kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang


cerdas dan cergas.

Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan


temasya sukan tahunan. Sukan tarik tali tahunan tersebut
diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
Sebelum sukan diadakan,semua guru
membuat persiapan.Padang dihiasi dengan
belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa
didirikan di tepi padang.Para peserta sukan
bersungguh -sungguh pada setiap hari.

dan murid sibuk


panji-panji dan
buah khemah
berlatih dengan

Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke


sekolah.Para peserta sukan berkumpul di padang.Pengerusi
PIBG
sekolah
merasmikan
sukan
tersebut.Pelbagai
persembahan diadakan seperti pancaragam,yoyo cina,tarian
dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para
penonton memberikan
tepukan yang gemuruh.Perbarisan
peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat
dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan diadakan seperti
lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari, dan sebagainya.Acara lari
berganti-ganti menjadi acara kemuncak hari sukan.Para peserta
berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para
penonton bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta
pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan
meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah
hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah
terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih
sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala kepada
para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid

yang berjaya dan menasihati murid yang tidak berjaya supaya


tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid
pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

Anda mungkin juga menyukai