Anda di halaman 1dari 1

Syarahan Sukan dan Faedahnya

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,


Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi. Pada pagi yang indah ini, saya akan
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Sukan dan
Faedahnya”.

Hadirin yang dihormati,

Sukan bermaksud melakukan aktiviti di luar bilik darjah


yang melibatkan pergerakan badan kita. Ini dapat membantu
pengaliran darah ke seluruh badan dan tidak mengalami
kekejangan otot.

Apabila kita melakukan senaman, badan kita akan berpeluh.


Dengan ini, badan kita akan menjadi lebih sihat dan otak menjadi
lebih cerdas. Kalau tidak, kesihatan kita akan terjejas dan
mengundang pelbagai penyakit.

Hadirin yang budiman,

Aktiviti sukan dapat juga memupuk semangat berpasukan


dalam kalangan murid. Sikap bertolak ansur dan berdisiplin juga
dapat dilahirkan dalam kegiatan ini. Dengan ini, murid dapat
membentuk keperibadian yang mulia dalam menjalankan sesuatu
tugas.

Akhir kata, memandangkan amalan bersukan ada banyak


faedahnya, kita mestilah menyertainya supaya mental dan fizikal
kita sentiasa dalam keadaan yang sihat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai