Anda di halaman 1dari 1

Sukan merupakan segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga

serta ketangkasan. Kini, semakin banyak orang melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Jadi, apakah
kebaikan amalan bersukan?

Dengan mengamalkan amalan bersukan, kita dapat menghindarkan diri daripada penyakit
berbahaya. Kita bukan sahaja dapat mengeluarkan toksin yang berada di dalam tubuh kita melalui peluh
malah dapat membakar lemak di dalam badan kita semasa bersukan bak kata peribahasa sambil
berdiang nasi masak. Jadi, kita dapat mengelakkan diri daripada penyakit berbahaya seperti obesiti, sakit
jantung dan diabetes.

Selain itu, kita dapat mempunyai minda yang sihat melalui bersukan kerana badan cergas otak
cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan melakukan sukan, kita akan berasa lebih bertenaga
dan sihat. Tuntasnya, badan yang sihat dapat melahirkan pemikiran yang positif dan dapat berfikir
secara kritis.

Selanjutnya, rakyat yang sihat dapat memajukan negara. Apabila rakyat mempunyai badan yang
sihat dan otak yang cerdas melalui bersukan , mereka dapat melakukan kerja dengan lebih bertenaga
dan dapat melahirkan pandangan yang kreatif serta matang. Oleh itu, produktiviti rakyat dapat
ditingkatkan membolehkan negara terus berkembang maju.

Kesimpulannya, aktiviti sukan banyak mendatangkan kepentingan kepada kita. Oleh itu, pelbagai
pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat mengamalkan gaya
hidup sihat melalui aktiviti sukan. Marilah kita menyertai sukan bersama-sama !

(197 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai