Anda di halaman 1dari 2

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi

masa lapang atau sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes
keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui
perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia
dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang
rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan professional melalui pertubuhan
bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan masyarakat
dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan
pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi juga boleh
menambah dan menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga.
Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?

Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa
profesional pada alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber
ekonomi diri dan keluarga sehingga mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan
waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa
kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak ,
remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan
pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata
pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik
seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat
membantu mereka yang menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan juga
penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan
fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat
melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur
darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak
diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan menjadi amalan masyarakat,
sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat dikurangkan kerana tubuh badan
yang cergas, melahirkan otak yang cerdas. Seyogia, mencegah lebih baik daripada
mengubati Tegasnya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan merupakan usaha
efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat.

Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang
melibatkan diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah
kerana masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .
Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi
mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja
pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala vandalism serta hedonisme dan
membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan
dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan
masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan amat jelas kerana dengan bersukan
sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan
yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan
hari ini. Jikalau aktiviti senggang ini digunakan untuk beriadah sudah pasti negara
akan dapat melahirkan atlet negara bertaraf dunia. Sesungguhnya sukan dapat
mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk


mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang
kaum. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk
melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan
sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-
nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara
dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri
dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya masyarakat sudah
pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin dan masalah perkauman
akan dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama
dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan antara mereka.

Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan


pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran
profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya boleh meningkatkan ekonomi
mereka. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu
menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di
peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang
asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama
perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak
muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan
sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain
badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing
menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan
menjadi budaya masyarakat bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah mereka
dapat meningkat sara hidup yang kini kian meningkat. Jelaslah sukan juga dapat
menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai


faedah kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan
menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat
yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu
mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Sesungguhnya ,
sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan
wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai