Anda di halaman 1dari 25

ONTOH KARANGAN YANG BOLEH MENJADI PANDUAN

PELAJAR UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN CEMERLANG


CONTOH KEPENTINGAN RIADAH ATAU BERSUKAN
          BAHAGIAN A    
                              ( 30 MARKAH)                         
 (Masa dicadangkan : 45 minit)

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang  faedah-faedah
bersukan kepada masyarakat. Panjang huraian  hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

BERFAEDAH KEPADA KESIHATAN

MENGISI MASA LAPANG

SEBAGAI KERJAYA

MEGERATKAN HUBUNGAN

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi


masa lapang atau sebagai riadah kecil kerana semasa bersukan proses merembes
keluar bahan bahan kumuh yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui
perpeluhan . Mutakhir ini, pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia
dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang
rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan professional melalui pertubuhan
bukan kerajaan dan juga Kementerian Belia dan Sukan. Penglibatan masyarakat
dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan
pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja tetapi juga boleh
menambah dan menyumbang sumber pendapatan individu dan keluarga. Sekiranya
aktiviti sukan menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja mereka
dapat mengakrabkan hubungan sesama masyarakat, malah kesihatan badan mereka
juga sentiasa sihat serta kepada mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang
sukan mampu pula menjana ekonomi untuk membantu mengurangkan kos sara hidup
keluarga. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat?
            Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak
menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa
profesional pada alaf baru sering berlumba-lumba untuk meningkatkan sumber
ekonomi diri dan keluarga sehingga mengabaikan kegiatan fizikal akibat kekurangan
waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa
kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak ,
remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan
pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal bak kata
peribahasa Melayu“sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti,
penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan
juga dapat membantu mereka yang  menghidap penyakit untuk kembali pulih. Bahkan
juga penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan
fikiran dan meringankan bebanan mental terutama kalangan pelajar yang .
Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan
lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan
membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Sekiranya, aktiviti bersukan
menjadi amalan masyarakat, sudah pasti bilangan pesakit kronik negara dapat
dikurangkan kerana tubuh badan yang cergas, melahirkan otak yang
cerdas. Seyogia, mencegah lebih baik daripada mengubati Tegasnya, penglibatan
masyarakat dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan
masyarakat yang sihat.

            Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa senggang individu. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi  setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang
melibatkan diri dalam bidang sukan dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah
kerana masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga
. Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi
mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan atau stres. Bagi golongan remaja
pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri mereka daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , gejala vandalism serta hedonisme
dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam
pengambilan dadah. Malah aktiviti riadah ini dapat menarik masyarakat ke arah
memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesannya amat jelas kerana
dengan bersukan sukan ahli sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan
melangkah gagah  dengan yakin sehingga ke peringkat antarabangsa  walaupun
terpaksa melalui ranjau pidana  dunia persaingan hari ini. Jikalau aktiviti senggang
ini digunakan untuk beriadah sudah pasti negara akan dapat melahirkan atlet
negara bertaraf dunia yang mampu mengharumkan nama negara tercinta.
Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan
lebih bermakna.

            Di samping itu, bersukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat negara yang berbilang
kaum. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan
dalam pasukan untuk meraih kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk
melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung,
bulat  manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat
melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama.
Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan
kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui
penglibatan diri dalam bidang sukan. Sekiranya, amalan bersukan menjadi budaya
masyarakat sudah pasti keakraban dan kesepaduan masyarakat akan terjalin
dan masalah perkauman akan dapat dielak. Justeru , kegiatan sukan dapat
mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan
antara mereka.

            Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan
pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran
profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya dan boleh meningkatkan
ekonomi mereka. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga
mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara
serius di peringkat  glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar
tukaran wang asing kepada negara. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul
bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala
tuju  anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan
sukan sebagai  kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional,
pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong Wei  dan Shalin Zulkifli masing-masing
menjadikan badminton dan  bowling sebagai kerjaya. Apabila budaya bersukan
menjadi budaya masyarakat  bukan sahaja tubuh badan mereka sihat, malah
mereka dapat  meningkat sara hidup yang kini kian meningkat serta
memperkenalkan negara di mata masyarakat dunia. Jelaslah sukan juga dapat
menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat dalam menangani kos sara hidup yang
semakin meningkat.

Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai


faedah kepada masyarakat. Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan
menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat melahirkan masyarakat
yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu
mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. 
Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya,
kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Bahagian A
[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah.


Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan
kemudahan Pusat Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah
antara  200 hingga 250 patah perkataan. 
         
PUSAT SUMBER SEKOLAH
   LOKASI PUSAT SUMBER PERLULAH STRATEGIK

MENGHEBAHKAN      KEMUDAHAN PUSAT SUMBER KEPADA


PELAJAR

MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA

GALAKAN TEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJAR

Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan kepada
pelajar. Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya
termasuklah bahan rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya
daripada pelbagai negara. Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid
dan warga sekolah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber,
contohnya kemudahan ASTRO kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan
sebagainya. Pelajar yang bijak dan tahu erti kepentingan ilmu akan memperoleh 
pelbagai manfaat  jika memaksimum penggunaan  kemudahan pusat sumber sekolah.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan  kemudahan Pusat Sumber Sekolah?

Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber


Sekolah (PSS) adalah dengan  memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah
strategik agar mudah dikunjungi oleh pelajar kerana prasarana berkenaan
merupakan gedung ilmu. Misalnya, lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian
bawah atau paras paling rendah sesebuah bangunan agar memudahkan pengunjung.
Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana kebisingan untuk membolehkan
pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca. PSS juga perlu terletak di
tempat yang menjadi tumpuan semua orang.  Bangunan tersebut perlulah dicat dan
dihias dengan mural yang sesuai dan menarik supaya menjadi tarikan murid untuk
mengunjungi dan meneroka kemudahan yang terdapat di pusat sumber itu, bak kata
pepatah, ’tak kenal maka tak cinta’. Selain itu,  suasana di dalam pusat sumber
perlulah kondusif seperti terdapat penyaman udara, dan ruang membaca dan membuat
rujukan yang selesa. Suasana di pusat sumber juga perlu ceria, bersih dan senyap agar
pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi tumpuan terhadap bahan
yang dibaca. Buku-buku yang terdapat dalam PSS perlulah ditambah bilangannya dan
yang terkini. Waktu PSS juga perlu ditambah untuk membolehkan murid-murid
meminjam buku dan membaca atau membuat ulang kaji. Sekiranya PPS kondusif
serta mesra pelajar sudah pasti pelajar di sekolah berkenaan akan
membudayakan membaca sebagai amalan mereka, malah bilangan pelajar
cemerlang dalam ujian malah peperiksaan akan meningkat. Tegasnya, lokasi
pusat sumber sekolah perlulah strategik dan kondusif untuk kemudahan dan
keselesaan pelajar.

Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah  perlu menghebahkan


perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber.
Hebahan tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan atau melalui iklan
di kawasan tumpuan pelajar seperti di laluan utama, di papan kenyataan dan juga
melalui guru mata pelajar. Melalui saluran ini, murid-murid dapat mengetahui
maklumat terkini tentang kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat sumber seperti
e-pusat sumber iaitu kemudahan pusat sumber yang menggunakan rangkaian internet
dan komputer dan sistem automasi. Di samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku
cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk menarik minat pelajar mengunjungi
pusat sumber. Maklumat-maklumat tentang buku dan bahan rujukan terkini perlu
ditampalkan di papan kenyataan pusat sumber dan kelas-kelas untuk rujukan
murid. Jikalau, uasaha ini dijalankan berterusan sudah pasti bilangan pelajar
mengunjungi pusat sumber sekolah akan meningkat, minat membaca dalam
kalangan pelajar akan disemai dan kadar buta huru dapat disifarkan. Jelasnya,
melalui hebahan tersebut, murid-murid dapat maklumat tentang penggunaan
perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.

Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS


perlu  mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program
NILAM harus digiatkan lagi agar murid  akan sentiasa mengunjungi pusat sumber
untuk meminjam dan membuat bacaan di pusat sumber.  Program NILAM merupakan
satu pendekatan untuk penyuburan tabiat membaca dalam kalangan murid. Hal ini
menggalakkan usaha berkekalan murid untuk menanamkan sifat membaca. Di bawah
program NILAM, setiap murid perlu merekodkan buku yang dibaca dalam Buku
Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan mengesahkan rekod bacaan murid.
Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca. Di
samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang dibaca agar murid
juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan yang dibaca
bak kata pepatah ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca, menambah
pengetahuan’. Tempat yang penuh dengan bahan bacaan tidak lain dan tidak bukan
tentulah di pusat sumber sekolah. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan
penggunaan kemudahan pusat sumber sekolah dalam kalangan pelajar serta akan
dapat meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat penghargaan pogram NILAM di
peringkat sekolah, daerah, negeri dalam program NILAM akan meningkat. Jika
usaha murni ini berkekalan bilangan pelajar cemerlang turut
meingkat. Tegasnya, menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS amat penting
agar fungsi PPS menyerlah di peringkat sekolah sterusnya melahirkan pelajar
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bahkan juga, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat


pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak.
Pengurusan PSS Sekolah dan pentadbir sekolah perlu menjadikan PPS sebagai tempat
guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kerana PPS kondusif
untuk tujuan berkenaan. Sebagai sebuah gedung ilmu serta kemudahan untuk
menjalankan pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif sudah pasti penyebaran dan
pengaliran ilmu daripada guru kepada pelajar akan lebih mudah. Hal ini kerana proses
pengajaran guru akan lebih mudah dengan peralatan yang disediakan di PPS seperti
peralatan paparan hablur cecair (LCD), persekitaran bilik seperti bilik multimedia
yang kondusif  kepada pelajar, serta bahan rujukan seperti kamus rujukan serta buku
melibatkan pelbagai mata pelajaran, serta adanya pendingin hawa, kemudahan
’wireless fidelity’ ( wifi) memudahkan guru melaksanakan Pengajaran Abad Ke-21
yang menyeronokkan pelajar kerana usaha tangga kejayaan. Sekiranya, proses
pengajaran dan pembelajaran cemerlang, pelajar mudah menerima ilmu yang
ingin disampaikan oleh guru dan melahirkan pengajaran dan pembelajaran
berkesan. Sudah terang lagi bersuluh, galakan kepada guru menggunakan PSS
sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik
darjah amat bijak untuk melahirkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang


terkini dan mengikut peredaran zaman agar pelajar tertarik dengan fungsi PPS sebagai
penyebar ilmu. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan pelajar  dan
menarik mereka untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber
harus menjadi nadi utama murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah.
Sebenarnya, ilmu yang kita miliki hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan
lautan yang luas. Oleh itu, banyak manfaatkan masa dengan membaca
kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih tambahan pula masa itu
emas.

Bahagian A
[30 markah]

(Masa dicadangkan : 45 minit)

Gambar di bawah menunjukkan iklan pelancongan di Malasyia. Huraikan pendapat


anda tentang  kepentingan sektor industri pelancongan kepada rakysat dan
negara . Panjangya huraian hendaklah antara  200 hingga 250 patah perkataan. 

Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada


tahun 1990, usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan
perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini
berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong
yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada
dari luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan.
Kedatangan pelancong ke negara membawa seribu rahmat dapat
meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke
negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar harus menukar mata
wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh
berbelanja di sini Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan
kepada rakyat dan negara kita?

            Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat


mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia kepada para
pelancong. Malaysia mempunyai banyak tempat bersejarah yang boleh
dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri Melaka. Tempat –
tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang. Di
negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat 
bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat
barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah pelancong. Jadi, bagi
memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah persembahan turut
diadakan seperti di Kota A – Famosa bertempat di Melaka Negeri Bersejarah.
Di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu
sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah
seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut
disediakan. Tempat – tempat ini sesuai untuk semua golongan masyarakat
sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Sekiranya sektor pelancongan
menambat hati dan kedatangan para pelancong secara langsung negara
mendapat sumber pendapatan tambahan tanpa bergantung kepada sektor
perindustrian, pertanian, dan pembalakan sahaja.  Jelasnya, sektor
pelancongan dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di
negara kita serta meningkatkan ekonomi negara.

            Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan


setempat di negara kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang
digemari oleh pelancong. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang
berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina
dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England cuma mempunyai
satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara Itali
pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita
tidak seperti negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan sahaja.
Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan
berdasarkan kaum seperti yu sang, bau dan char kuey teow daripada kaum
Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu, capati, tosai
dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan
masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah
dirasai oleh pelancong asing ini akan memberikan mereka kelainan rasa
makanan yang mustahil dijumpai di negara asal mereka dan ini akan menarik
minat mereka untuk mengunjungi semula Malaysia selepas lawatan pertama
mereka. Sekiranya, masyarakat Malaysia cakna dengan kepelbagaian masakan
dan makanan tempatan serta mengambil kesempatan dengan kelebihan
berkenaan dengan menyajikan menu berkenaan di premis mereka untuk
dinikmati pelancong asing, sama ada di gerai-gerai makanan, restoran, dan
hotel sudah pasti mereka dapat meningkatkan pendapatan sambil
memperkasa sektor pelancongan. Tegasnya, makanan setempat dapat
dipromosikan melalui sektor pelancongan untuk menggamit kehadiran
pelancong asing.

            Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan


mengembangkan industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan
buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan
amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang
diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat
cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada
pelancong. Pelancong pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan
Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain – lain sebagai buah tangan
atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke
Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita
bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.
Sekiranya, promosi yang hebat dilakukan oleh Kementerian Pelancongan
Malaysia di samping  promosi agen-agen pelancongan yang terdapat di negara
kita, sudah pasti bukan sahaja pengusaha pelancongan sahaja yang menerima
kesan dari segi pertambahan pendapatan mereka tetapi  juga penduduk
tempatan yang menjalankan perusahaan kecil dan kraftangan juga menerima
tempiasnya. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor
pelancongan.

            Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya


Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di
negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza
dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan
dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak
lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi
pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian tradisional
misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda kepang.
Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti
sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian
tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari
yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing.
Keseronokan pengalaman melancong di Malaysia serta keunikan cenderamata
yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah
yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita. Tegasnya,
keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui sektor
pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara
Malaysia.
            Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu
sumber ekonomi yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus
menggunakan kelebihan yang ada pada negara kita dengan sepenuhnya
supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia
dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu
demi menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah
bersatu padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat.

SEKIRANYA KARANGAN DI ATAS DIJAWAB UNTUK  SOALAN 


BAHAGIAN B DIMENSI MASYARAKAT  ATAU DIMENSI SESUAI TAMBAH SATU
ISI LAGI

( Soalan Bahagain B . Dimensi Diri)

Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha


yang dapat anda lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah anda.

            Pusat Sumber sekolah merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk
mendapatkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Namun,
sejak akhir-akhir ini isu para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering
diperkatakan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini
membimbangkan semua pihak kerana para pelajar merupakan pelapis yang bakal
menerajui negara pada masa hadapan, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Justeru, pusat sumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan
efisien untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar agar menjadi pelajar
yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Persoalannya, apakah usaha-usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah?

            Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang
dapat saya lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di
sekolah saya. Salah satunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada
dalam keadaan kemas dan menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat
sumber yang lain untuk mengemas kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong
membersihkan pusat sumber  akan diadakan secara berkala agar pusat sumber sentiasa
berada dalam keadaan bersih . Saya juga akan memastikan buku-buku disusun atur
dengan kemas  di atas rak-rak  buku mengikut kategori dan jenis buku. Dengan
tindakan yang saya lakukan ini keadaan harmoni dan kondusif  rakan-rakan dapat
diwujudkan. Situasi ini dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa
mengulang kaji pelajaran di pusat sumber. Sekiranya suasana kondusif seperti ini
dapat diwujudkan sudah pasti bilangan rakan-rakan pelajar mengunjungi pusat
sumber sekolah akan meningkat dan peranan pusat sumber sebagai gedung dan
penyebar ilmu akan tercapai.  Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan menarik
mampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.
            Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan
program Nilam untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai
contohnya, saya boleh membantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai
serta menarik untuk kegunaan para pelajar semasa program Nilam. Oleh itu, program
Nilam dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal ini dapat membantu
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dan juga menyemai budaya
membaca dalam kalangan pelajar. Program Nilam merupakan salah satu usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk dan meningkatkan amalan
membaca dalam kalangan pelajar. Budaya membaca amat penting dan melambangkan
ketinggian tamadun sesuatu bangsa kerana banyak membaca luas pengetahuan.
Dengan membaca, seseorang itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai
pedoman hidup, bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu. Jikalau usaha saya ini
berterusan, saya yakin bilangan ulat buku dalam kalangan rakan-rakan akan
bertambah dan budaya malas membaca dalam kalangan pelajar akan dapat
dibanteras. Selain itu, bilangan rakan-rakan miskin ilmu dapat dikurangjan
agar mereka terelak menjadi seperti katak di bawah tempurung.  Justeru,
pelaksanaan program Nilam yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar
untuk mengunjungi pusat sumber.

            Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar


menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat
kepada pihak pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat
sumber untuk kebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak pengurusan menyediakan
komputer yang boleh diguna pakai oleh pelajar untuk melayari internet bagi
mendapatkan pelbagai informasi terkini.Saya akan membantu dari segi  penyediaan
buku-buku yang baharu dan menarik serta memastikan keberadaan buku-buku itu
sentiasa terpulihara. Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini,
pengunjung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pihak sekolah juga perlu
menyediakan pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada para pelajar. Secara
tidak langsung keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang kondusif dan
menggalakkan para pelajar berkunjung ke pusat sumber sekolah.  Jika situasi pusat
sumber eksklusif dan kondusif, saya pasti rakan-rakan akan sentiasa berada di
pusat sumber untuk mengaut khazanah ilmu untuk bersedia menjadi pelajar
cemerlang, gemilang dan terbilang. Tegasnya, saya akan mengesyorkan kepada
pihak sekolah agar menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber agar pusat
sumber sekolah saya menjadi sebuah Gudang ilmu yang eksklusif dan kondusif untuk
keselasaan rakan-rakan pelajar.
            Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan
mengamalkan budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan
bersikap sopan, berbudi pekerti mulia dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia
memberikan pertolongan sekiranya pengunjung menghadapi masalah tanpa mengira
bangsa dan agama , bak kata peribahasa budi bahasa budaya kita. Layanan mesra
daripada  pengawas  menggembirakan para pengunjung dan merupakan salah satu
kunci untuk menarik para pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga akan
membantu pihak sekolah mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat
dipinjam oleh pelajar. Saya juga perlu bersikap adil dan tegas kepada semua
pelanggan terutama sekiranya mereka lewat atau sengaja  tidak memulangkan buku
yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan. Sekiranya saya bersikap
sedemikian rupa, tidak akan wujud perasaan kecil hati berlaku dalam karangan
rakan-rakan semasa menggunakan pusat sumber untuk meluaskan ilmu dan
mereka akan sentiasa berkunjung ke pusat sumber pada masa senggang.
Konklusinya, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan budaya
mesra pelanggan semasa menjalankan tugas.

            Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada
pihak sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan
untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya
penggunaan ICT khususnya komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku
dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan langkah
bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku akan direkodkan secara berkod
yang memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan buku yang dilakukan secara ‘
scaning’. Kaedah ini akan mewujudkan sistem pengurusan pusat sumber yang
sistematik kerana para pelajar tidak perlu menunggu terlalu lama untuk urusan
pinjaman dan pemulangan buku. Jelaslah sistem pinjaman yang sistematik dan efektif 
adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah agar
perkhdmatannya mesra pelanggan serta selari dengan peredaran zaman. Jelasnya,
selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah
agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk
membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah kerana pusat sumber
sekolahku syurgaku.

            Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan


sumber pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah
menjadi pengguna yang bermaklumat dan pemikir  yang kreatif serta kritis. Justeru,
terpulang pada pelajar sendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya,  tepuk
dada tanyalah minda. . Semua pihak perlulah berganding bahu dalam usaha
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah bak kata peribahasa bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

(Dimensi Keluarga)
Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa
hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung


menjadi budaya                            masyarakat kita?

Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah


manusia dalam kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan
teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah.
Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak
anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga
dewasa kerana kita situasi ekonomi negara dan dunia sentiasa mencabar, sara hidup
keluarga dan masyarakat semakin menghimpit, nilai barangan sentiasa meningkat dan
inflasi terus menghambat warga. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang
sebagai persediaan untuk kebahagian pada masa mendatang dan merupakan nilai
murni yang perlu terpahat di minda masyarakat. Tanggungjawab untuk memupuk
amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa
perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di
dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi
budaya masyarakat kita?
              Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan
berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai
budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat
dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. “Anak ibarat sehelai kain
putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam”. Ibu
bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-
anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia
yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak dengan perkara yang
positif yang bermakna untuk mereka. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh
menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-
anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian
sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan
semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan
menabung. Sekiranya amalan menambung ini diterap dan dibudayakan dalam
kalangan anak-anak, mereka boleh berdikari di atas kaki sendiri tanpa menyusahkan
ibu bapa sekiranya ada keinginan anak-anak untuk mendapat sesuatu yang menjadi
keperluan mereka. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan
kanak-kanak “sebelum kudis menjadi tokak”.

            Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-
anak sejak bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan
nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka
berkaitan amalan yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah
dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu
bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini, amalan
menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang
berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi  dan nasihat ini bagai
mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan
membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mangajar kanak-kanak bukan
tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? 
Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-
anak sejak kecil kerana    sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sekiranya ibu bapa
berjaya menjadikan menambung amalan anak-anak mereka sudah pasti anak-anak
akan membudayakan amalan murni berkenaan sehingga mereka meningkat dewasa,
pastika kehidupan mereka akan bahagia di hari muka. Tegasnya, ibu bapa wajar
menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah lagi
agar mereka akan tidak dibebani masalah ekonomi ketika mereka dewasa.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak
menunjuk-nunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana
dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya
menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh
itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap
pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang
sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya
mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun
hakikat sebenarnya mereka  tidak berkemampuan .Mereka inilah yang berpegang
pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini
sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi
memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak agar
kehidupan mereka sempurna kelak. Sudah terang lagi bersuluh, didikan ibu bapa agar
anak-anak mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk akan
memberi rahmat kepada mereka ketika dewasa.
            “Adat usang pusaka lama”, amalan menabung merupakan tabiat yang
bijak dan harus diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak
menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara
penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan
anak-anak mengamalkan tabiat menabung.  Membuka akaun bank untuk anak-
anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke
arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.
Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta
mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan
mereka kelak. Kata orang tua, “semua orang memerlukan pujian”. Dengan hal
tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang
baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh
itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka
akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan.
Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan
penerapkan amalan menabung sudah terang seperti “murai berkicau hari siang”.
Pada hakikatnya,   ibu bapa  berperanan  untuk  menunjukkan  contoh  teladan
yang baik kepada anak-anak.  Ibu  bapa  sendiri   harus mengamalkan  sikap
menabung.  Mereka harus menabung wang bersama dengan anak-anak.  Anak-anak
mudah  terikut-ikut  oleh  tingkah  laku ibu  bapa dan mereka akan mengikut jejak
langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka
harus mengamalkan tabiat menabung juga.  Cuba  anda  bayangkan, macam mana
anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka sendiri seorang
yang boros dan tidak  pandai  menguruskan  wang?  Jika ibu bapa mendidik anak-
anak mereka ke jalan yang betul didikan tersebut seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus sudah pasti mendidik anak-anak dalam situasi begini amat sukar
kerana ibu bapa suri teladan mereka. Hal  ini  jelas menunjukkan  betapa
pentingnya  imej  yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu
juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Kesimpulanhya, ibu bapa
berperanan  untuk  menunjukkan  contoh  teladan yang baik kepada anak-anak.  

            “Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik
terkena percikan api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita
akan berbau harum”, kawan merupakan ‘magnet sakti’ yang boleh mempengaruh
anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan
mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman
yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan
mengaburi mata, bak kata pepatah, “ikut hati mati, ikut rasa binasa”. Oleh itu, ibu
bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan
tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak
hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa
memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan
dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan
anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.

      KARANGAN SOALAN 3 BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA


Peringatan. Karangan di bawah Cuma untuk membenih idea anda
untuk mengarang. Ubah suai jika perlu.

          Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu


pertiwi kita yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat
membangun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan
dengan hal itu, peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada
paya, namun kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan
yang sedang dikecap, negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang
inflasi yang semakin rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering
meniti di bibir masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita,
apakah yang dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang
terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai
keadaan kenaikan harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya
kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan
formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk merungkaikan masalah
ini bak kata peribahasa,tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada
lurah yang tak dapat dituruni. Persoalannya, mengapakan Berjimat
Cermat Amalan Mulia?

          Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah


ada jalan penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya
mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara
istiqamah dan konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao Tze,
kehidupan membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah
kebinasaan. Lantaran itu, kempen tersebut haruslah menekankan
kepentingan amalan berjimat cermat supaya nilai murni ini dapat dijadikan
amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Tindakan yang lebih afdal,
masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja mengikut kemampuan
sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan usahlah
bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja dengan mengikut hawa
nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa Melayu ada
menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tambahan
pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan pertandingan yang dapat
menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi, menulis esei,
persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan kempen
tersebut. Jikalau usaha seperti ini tidak dilakukan sudah pasti masyarakat
akan menghadapi masalah kewangan terutama untuk mengharungi keadaan
inflasi  serta  peningkatan kos sara hidup sekarang. Jelaslah bahawa
penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan
perisai yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.
          “Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk
menyelesaikan sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu
kenaikan harga barang. Namun begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya
menyesal kerana pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita
tidak dapat melihat pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran
implikasi daripada kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli
sains dan matematik Barat yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti
ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan
idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi hak-hak
pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di
pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang
masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan
Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk
melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima
sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang dihadapi
termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan, penjualan
barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau dan
sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara
dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak
bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan
ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga
berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur
sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan,
tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna
daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan
tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.

          Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada


masalah yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani
masalah adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan
semua rakyat di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut
yang kita hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak
daripada manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat
pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak
yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan
daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah
memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara
mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk
memastikan para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan
tidak bersikap seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga
haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka
untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-
undang secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada
golongan peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga
barangan atau memasang lukah di pergentingan hendaklah didakwa di
mahkamah agar kesalahan sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah
dua kali. Jelaslah, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat
pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak
bertanggungjawab dapat mengekang masalah kenaikan harga barangan di
pasaran.

           Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan


menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah
membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa
curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk
menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan
prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana
yang kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan
masyarakat Malaysia masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir golongan peniaga yang
mengutamakan keuntungan akan bersikap ibarat menangguk di air keruh,
menindas golongan pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian,
media massa haruslah menyumbang tenaga secara optimum dengan
menerapkan pengetahuan berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata
masyarakat. Dengan komitmen pihak media massa, pengguna akan
mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka daripada
dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku
kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada
pihak berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat
dipertahankan. Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media
elektronik, para pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh
ilmu kepenggunaan secara total dan bertindak berani kerana benar dalam
memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga
barangan di negara ini. teganya, media massa juga menggalas kewajipan
untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan
merupakan prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang

          Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah


terang lagi bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama
menggembleng tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari
peringkat akar umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak
wajar menadah tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin
kerana peribahasa Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang
bergolek, yang pipih tak datang melayang. Oleh itu,semua anggota
komuniti haruslah mendukung semangat habis kapak berganti
beliung untuk membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang
dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir
bin Mohamad bukan lagi menjadi angan-angan Mat Jenin
(Dimensi Keluarga)
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan
masyarakat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat.        
. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas
sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal
berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran
tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama
lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta
mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama
individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah
mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan
supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Walau
bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba moden,
semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin meluntur.  Oleh itu,
semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat?

Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh


masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar
nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa
haruslah menyertai  aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau
masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai
aktiviti tersebut bersama.  Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat
dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
Apabila  berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-
kenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal
hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan
melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”.
Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan
masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat
menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-
masing dalam sesuatu komuniti . Sekiranya amalan gotong-royong diamalkan anak-
anak ketika dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk
mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti
gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik
kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan
dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan
tebing’ atau ‘ ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai
anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan
dan keprihatinan terhadap  jiran mereka.. Apabila  mengambil berat akan hal-hal jiran,
bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal
rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi
oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang
ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap
keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau
dikurangkan  dengan bantuan orang lain.  Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat,
maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar
ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan
daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya.
Sekiranya amalan sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran,
akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka.
Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-
majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan
sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu
bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam majlis tersebut,  masyarakat dapat
berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga
berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar
sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat
akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini. 
Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri,
Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara
tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka,
bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam
sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri
anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah
terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat
untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi


dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan
semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa
digalakkan membawa anak-anak-anak  menziarahi jiran tetangga pada  masa-masa 
yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan
yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini
akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan
yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak
berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke
hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini
dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-
jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘ seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun
sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip “cubit peha kiri, peha kanan
terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan
penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka dapat
hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat
tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa
boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk
memupuk semangat kejiranan.

Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan


diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan
aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat
setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi
pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh
menyertai permainan yang disediakan.  Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan
kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau
pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa
ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti  Pertubuhan
Rukun Tetangga , Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan
Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan
Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan
tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang
tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat
kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang
mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama
lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan
anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk
memupuk  semangat kejiranan.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat


kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan  masyarakat yang
prihatin dan mmmembentuk perpaduan kaum.  Walau apa pun keadaan dan di mana-
mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang
menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan
sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita
senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita
sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran,
maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa
Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa
susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas,
barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh.
Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat
kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan
sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.

(Dimensi Keluarga)
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan
gaya hidup sihat.  Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan
gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko
penyakit jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia
mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.
Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi
seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan
senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko penyakit
berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya,
rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya,
tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-
anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa
dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka?

Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang
seimbang mengikut piramid makanan. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan
yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan
gizi seimbang. Anak-anak digalakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan
yang lebih kerana baik untuk  kesihatan mata, gusi, kulit serta mengekalkan
kecergasan tubuh badan.   Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah
pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Selain
itu, ibu bapa juga digalakkan memasak makanan untuk anak-anak dan mengelakkan
makan  di luar  rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan di
sepanjang jalan, dibimbangi telah tercemar kerana mungkin terdedah kepada habuk
dan asap kenderaan serta banyak mengandungi perisa makanan yang tidak baik untuk
kesihatan.   Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat
dan makanan ringan  oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan
apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak
perlulah diajar untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu
bapa perlulah memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam
memupuk amalan gaya hidup sihat.

Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah
bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah
hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti
bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar
sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya,
anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.
Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 30 minit sehari dan tiga kali
seminggu.  Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senam robik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang
bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang
selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah,
mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata
pepatah, badan cergas otak cerdas. Anak-anak yang mengamalkan senaman dan
beriadah, akan lebih sihat dan dapat memberikan tumpuan terhadap pelajaran di kelas
semasa guru sedang mengajar dan semasa mengulang kaji pelajaran. Menurut kajian,
murid-murid yang tidak gemar bersukan dan beriadah lebih cenderung untuk
berkelakuan pasif di dalam kelas selain suka berkhayal dan mengantuk ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.  Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup
sihat dapat dipupuk bagi melahirkan otak yang cerdas dan badan yang cergas.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat


pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu
bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun di hospital atau
klinik kesihatan yang berhampiran.  Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras
gula dalam darah dan tahap kolesterol. Tujuan pemeriksaan dibuat agar ibu bapa
dapat memastikan tahap kesihatan anak-anak berada dalam keadaan sihat dan baik.
Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu  mengesan sesuatu penyakit
ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan
teknologi moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segera
membawa anak-anak berjumpa dengan doktor  untuk mendapatkan rawatan dan  ubat
serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Hal ini penting bagi membantu ibu
bapa mengawal penyakit yang dihidapi anaknya daripada menjadi lebih serius dan
kronik, bak kata pepatah cegah sebelum parah. Seterusnya, ibu bapa perlulah
memastikan anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang
ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan
memupuk amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka  mengutamakan
kebersihan diri dan kebersihan persekitaran tempat tinggal pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga
perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau
penyakit, anak-anak diajar agar mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan
asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup
makanan dengan baik agar tidak dihinggapi  lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam
menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan
sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak  agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak. Pada masa yang sama,  selain
mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa  juga perlu mendidik  ahli
keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang
bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang
penyakit. Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-
royong di rumah setiap hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama
ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong
royong di taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan
kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan
pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.
Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri
anak-anak mereka  sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai
penyakit.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam diri anak-
anak, ibu bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-
mara, jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula
dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya
anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya
membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia.
Apabila kita menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat
melahirkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri
pesakit  itu untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi
orang yang sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang
lain dan pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan  badan yang
sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil
berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan sedih pesakit walaupun
pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu
menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu
memastikan agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan
anak-anak juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas
semula organ-organ dalam badan mereka. Anak-anak yang mendapat tidur yang
secukupnya berupaya menambah tenaga untuk bergiat aktif ketika di sekolah. Bagi
anak-anak yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya
lapan jam sehari untuk tidur dengan selesa. Nik Nor Madihah, pelajar cemerlang SPM
2008, menyarankan agar semua pelajar tidur secukupnya. Namun, ramai dalam
kalangan anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas tengah malam
walaupun keesokannya merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan
berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak
juga terganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin
merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan
satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan
sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu
memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa


memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak.. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan rakyat
dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-langkah di atas
perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan datang bak
kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia
haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis,
obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka
masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.
(KARANGAN DIMENSI KELUARGA)
Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet yang 
memberikan pelbagai kesan kepada mereka.
Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam
kalangan anak-anak.

Anak kecil main api,


Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

          Lirik lagu Warisan di atas mengenai nasib anak bangsa pada
masa akan datang sekiranya kita membiarkan sahaja minda kita dijajah oleh
anasir luar. Umumnya mengetahui bahawa penjajahan minda
lebih berbahaya daripada penjajahan secara fizikal kerana penjajahan minda
ini bersifat halus dan sukar untuk dikesan berbanding dengan penjajahan
Internet. Melalui Internet, penjajahan minda ini lebih  halus dan  mudah
disebarkan kerana generasi muda hari ini terlalu leka dengan Internet
sehingga terikut-ikut akan budaya kuning serta hedonisme yang dibawa oleh
anasir luar. Dakyah hendonisme amat dasyat sehingga remaja merupakan
benteng pertahanan negara dikongkong dan kehidupan mereka lebih
mengutamakan hiburan dan keseronokan sehinggakan tanggungjawab
mereka sebagai pelajar hapus daripada minda. Sebelum nasi menjadi bubur,
ibu bapa orang yang paling hampir dengan remaja perlu mengawasi anak-
anak mereka agar budaya kuning serta hendonisme ini tidak menjadi ikutan
anak-anak. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa untuk mengawal
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak?

          Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu
bapa perlulah memberi didikan agama yang mantap kepada anak-
anak sebagai pendinding kepada anak-anak agar terelak daripada dakyah
songsang Barat. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal
“programming”nya. Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang
mengandungi unsur-unsur negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan
pornografi tersebar dengan begitu pantas di Internet. Melalui didikan agama
yang mantap sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana perbuatan
yang keji dan yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW
‘akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’.
Sekiranya anak-anak melayari laman-laman web yang berunsur negatif sudah
pasti  pasti merosakkan minda mereka dan menyebabkan mereka lalai untuk
menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti
sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab
belajar kerana hanya dengan pendidikan mereka mampu mengubah status
ekonomi keluarga. Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan agama
yang mantap kepada anak-anak adalah penting bagi mengurangkan masalah
penyalahgunaan Internet.

Selain daripada memberikan didikan agama yang mantap kepada


anak-anak, ibu bapa juga perlu mengehadkan masa penggunaan
Internet dalam kalangan anak-anak. Memang tidak dinafikan bahawa Internet
mempunyai pelbagai kebaikan tetapi ibu bapa perlulah sedar bahawa Internet
juga boleh mendatangkan  pelbagai keburukan kepada anak-anak. Sebagai
ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mestilah menetapkan masa
penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa
hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan Internet  pada waktu-
waktu tertentu terutama jika mereka ingin mencari bahan ilmiah ataupun
untuk menghilangkan stres. Hal ini secara tidak langsung akan mengajar
anak-anak agar menggunakan masa dengan baik di samping bijak
menggunakan Internet. Sekiranya anak bebas menggunakan internet setiap
masa, impaknya Internet mungkin akan melalaikan anak-anak. Jadi, tegaslah
bahawa ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan Internet oleh anak-
anak agar anak-anak lebih berdisiplin ketika menggunakan Internet.

          Seterusnya, ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang


Internet kepada anak-anak. Pendedahan berkaitan Internet ini adalah penting
supaya anak-anak mengetahui kebaikan dan keburukan Internet sewaktu
akhlak mereka masih boleh dibentuk seperti kata pepatah melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini akan menyebabkan mereka akan lebih berhati-
hati dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang melibatkan penggunaan
Internet. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang positif ketika
menggunakan Internet di hadapan anak-anak dan mengajar mereka tentang
cara penggunaan Internet yang betul. Hal ini kerana tunjuk menjadi telaga
budi, ajar menjadi suluh hati. Cuba bayangkan sekiranya anak-anak tidak
diberikan pendedahan tentang Internet daripada kecil. Mungkin apabila
dewasa kelak mereka akan terikut-ikut budaya-budaya yang tidak bermoral
yang telah dipelajarinya daripada Internet. Natijahnya, pendedahan tentang
Internet daripada ibu bapa kepada anak-anak akan dapat membantu untuk
mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.

          Di samping itu, sebagai ibu bapa yang menyayangi anak-anak,


mereka perlulah mendekatkan diri anak-anak semasa mereka aktiviti
pembelajaran menggunakan internet. Pada masa kini, pembelajaran menjadi
lebih mudah dengan adanya Internet. Pelbagai laman sesawang telah
diwujudkan bagi kemudah pembelajaran. Sekiranya anak-anak kerap
menggunakan Internet untuk menuntut ilmu, ibu bapa perlulah menyokong
tindakan anaknya itu. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak-anak tidak
menggunakan buku untuk belajar malah mereka harus berbangga kerana
anak-anak mereka merupakan generasi yang pintar dalam menggunakan
Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi. Tambahan pula, sebagai ibu bapa
yang tahu penggunaan internet, mereka tidak perlu risau kerana mereka
boleh mengesan aktiviti Internet anak-anak dengan memantau bahagian
“history” atau sejarah penggunaan enjin carian sama ada Google, Al-
Tavista, Monzila Firefox, Yahoo atau MSN. Hanya dengan cara ini ibu bapa
akan tahu sama ada anak-anak mereka menggunakan Internet untuk tujuan
kebaikan atau sebaliknya Jadi, sebagai ibu bapa, mereka haruslah
menyokong tindakan anak-anak dalam proses meningkatkan IQ melalui
penggunaan Internet dalam masa yang sama ibu bapa juga boleh memantau
dan terlibat sama semasa aktiviti Internet anak-anak.
          Akhir sekali, ibu bapa mestilah memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan Internet. Janganlah terlalu mempercayai anak-
anak kerana sikap tersebut akan membawa masalah kepada ibu bapa pada
masa akan datang. Hal ini boleh dilihat dalam filem Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee yang berjudul ‘Anakku Sazali’ yang berkisahkan seorang bapa yang
terlalu mempercayai anaknya sehingga anaknya sanggup menipu dirinya.
Pemantauan terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak mungkin sukar
dilakukan kerana pada masa kini anak-anak telah mempunyai gajet peribadi
seperti telefon pintar dan komputer riba. Namun, sebagai ibu bapa berminda
kelas pertama dan arif berkaitan kemahiran Internet dan bertanggungjawab,
mereka mampu mengesan penyalahgunaan Internet  dalam kalangan  anak-
anak dengan memantau aktiviti penggunaan Internet. Sebagaimana saya
perkatakan sebelumnya iaitu ibu bapa boleh melihat aktiviti internet anak-
anak pada bahagian “history” atau sejarah enjin carian Internet, bukan sahaja
dalam masa sehari, malah sepanjang masa. Tegasnya, ibu bapa mestilah
memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet untuk
kebaikan anak-anak, keluarga dan bangsa.

          Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa peranan ibu bapa


dalam mengawal penggunaan Internet amatlah penting. Selain daripada ibu
bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada penjajahan minda, ibu bapa
juga dapat melahirkan anak-anak yang celik dalam penggunaan Internet.
Dengan adanya generasi yang bijak dalam penggunaan Internet, sudah pasti
negara kita akan bertambah maju setanding dengan negara-negara lain. Oleh
itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi
melahirkan individu yang bijak, berakhlak serta dapat memajukan bangsa,
agama dan negara. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, nasihat saya
kepada ibu bapa yang bijak dan mahir dalam penggunaan Internet,
kebijaksanaan ibu bapa dalam aplkikasi Internet mempunyai banyak
kelebihan,  ibarat anak seorang pelari pecut sedang berada di garisan
penamat dengan larian 50 km dan ibu bapa perlu berlari lebih laju daripada
pecutan anak mungkin 80 km. Barulah anak akan tahu kehebatan seorang
ayah kerana ayah borek anak rintik dan ayah suri teladan bagi seorang anak.

Anda mungkin juga menyukai