Anda di halaman 1dari 3

Pucuk manis permatang budi,

Pucuk purut di getus rusa,


Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.
Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia ., guru besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi
para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan
seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi
Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.
Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk, Sukan Memartabatkan Negara.
Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar
hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala :
Yang buta tidak teraba-raba,
Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.
Secara umumnya sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan
untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara
bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di
kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Para hakim yang bijaksana lagi arif,
Wacana saya yang pertama, sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Memang
tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan
melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak
yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat
membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat
menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.Dengan badan yang
sihat,kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.
Lantas,kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


Selain itu, sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemajuan
sukan akan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan.Oleh itu,bidang pembuatan dan
pengeluaran alat-alat sukan secara komersial berkembang pesat. Selain itu,usaha untuk menyediakan
pelbagai kemudahan prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya,untuk
membina stadium, kolam renang bertaraf antarabangsa,dan sebagainya,peluang perniagaan terbuka
luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan. Peluang-peluang pekerjaan juga diwujudkan.Hal
ini bermakna industri sukan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga
menjamin peluang-peluang baharu bagi rakyat mencari kerjaya yang sesuai.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Di samping itu juga, sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan,para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan.
Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan berlatih bersama-sama.Pergaulan dan interaksi atlet dan
pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau
permainan berlangsung,mereka akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi
negara.Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan negara.
Misalnya, para penyokong pasukan negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan
menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyat
berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998.
Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM
sepenuhnya.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Tambahan itu pula, sukan juga dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih
tinggi.Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam
sukan antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia berjaya merampas Piala
Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya.Pasukan badminton Piala Thomas
telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008
pula, Dato Lee Chong Wei mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat perak dalam
sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara, Dato Nicol Ann David, lebih membanggakan.
Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu sebanyak empat kali,iaitu pada tahun 2005-2006 dan
2008-2009 serta menduduki ranking pertama dunia sejak tahun 2006. Sukan juga dapat mengatasi
masalah sosial seperti lepak, bohsia, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme yang melanda remaja
kita. Masalah ini terjadi kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapang
mereka.Aktiviti sukan merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masa
lapang dengan bermakna.Selain itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat yang
membantu remaja menghindarkan diri daripada masalah sosial yang serius.
Sebelum saya mengundur duru, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan
serangkap pantun :

Burung undan burung tempua,


Hinggap berehat di pohon cemara;
Sukan amalan untuk semua,
Dapat memartabatkan negara.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh.

Anda mungkin juga menyukai