Anda di halaman 1dari 3

Pucuk manis permatang budi,

Pucuk purut di getus rusa,

Yang manis bernama budi,

Yang indah bernama bahasa

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia, guru besar, guru-guru, rakan-rakan,
kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga
masa yang budiman, dan seterusnya warga dewan yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.
Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk, “Sukan Memartabatkan Negara”. Sebelum lancang menuju ke
muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya
mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak
terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala “Yang buta tidak
teraba-raba,yang pekak tidak tertanya-tanya,yang kecil tidak terambin-ambin,yang pendek tidak
tertinjau-tinjau”.Secara umumnya, sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan antaranya untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat
sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton
akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau di laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.

Warga dewan sekalian, wacana saya yang pertama, sukan dapat melahirkan insan yang
cergas dan cerdas. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan
yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman
menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat
digunakan untuk menjana tenaga. Aktiviti sukan juga dapat membantu proses
perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat
menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes. Dengan
badan yang sihat, kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap
pekerjaan dan pelajaran. Lantas, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat
dicapai.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi, wacana saya yang kedua ialah sukan juga boleh
mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemajuan sukan akan meningkatkan
permintaan terhadap peralatan sukan. Oleh itu,bidang pembuatan dan pengeluaran alat-
alat sukan secara komersial berkembang pesat. Selain itu, usaha untuk menyediakan pelbagai
kemudahan prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya, untuk
membina stadium, kolam renang bertaraf antarabangsa dan sebagainya. Peluang perniagaan
juga terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan. Peluang-peluang pekerjaan
juga diwujudkan.Hal ini bermakna industri sukan bukan sahaja menyumbang kepada
pendapatan negara tetapi juga menjamin peluang-peluang baharu bagi rakyat mencari
kerjaya yang sesuai.

Hadirin dan hadirat sekalian,wacana saya yang ketiga ialah sukan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan,para
atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan.Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan
berlatih bersama-sama.Pergaulan dan interaksi atlet danpemain pelbagai kaum akan
melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan
berlangsung, mereka akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi
negara.Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan
negara. Misalnya, para penyokong pasukan negara menunjukkan semangat
kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada
pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyatberbilang kaum mendaftarkan diri
sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998.Mereka berganding
bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM sepenuhnya.

Para hadirin yang dihormati sekalian, wacana saya yang keempat ialah sukan juga
dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian cemerlang
dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan
antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia berjaya merampas
Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya. Pasukan badminton
Piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan
Olimpik Beijing 2008pula, Dato’ Lee Chong Wei mengharumkan nama negara dengan
memenangi pingat perak dalam sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara, Dato’
Nicol Ann David, lebih membanggakan.Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu
sebanyak empat kali,iaitu pada tahun 2005-2006 dan2008-2009 serta menduduki ranking
pertama dunia sejak tahun 2006. Sukan juga dapat mengatasimasalah sosial seperti lepak,
bohsia, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme yang melanda remajakita. Masalah ini terjadi
kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapangmereka.Aktiviti
sukan merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masalapang
dengan bermakna.Selain itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat
yangmembantu remaja menghindarkan diri daripada masalah sosial yang serius.

Sebelum saya mengundur duru, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya
adaterkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato
saya ini denganserangkap pantun.

Burung undan burung tempua,

Hinggap berehat di pohon cemara,

Sukan amalan untuk semua,

Dapat memartabatkan negara.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh

Anda mungkin juga menyukai