Anda di halaman 1dari 2

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

kepada Pendidikan Negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya penting dalam system
pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini memberi impak
besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki
Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan
memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan system pendidikan . Elemen dalam FPK dan FPG
digabungkan dan mempunyai implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.

 Perkembangan potensi individu


Terdapat sesetengah individu dilahirkan  dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus berungsi
sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui
interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan
pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.

 Rakyat Malaysia yang berpengetahuan


Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK dan FPG mampu
menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha memupuk budaya membaca.
Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan terbuka.

 Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan


Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia
dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan ajaran agama yang dianuti dan
menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya
.
 Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi, kecekapan san
kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka mampu menjalankan tugas
dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik. Mereka juga berpandangan jauh dalam
segala hal yang mereka lakukan.

 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia


Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan bertatasusila.Individu
tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral sebagai prinsip diri.

 Mampu mencapai kesejahteraan diri


Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang
cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.

 Sumbangan rakyat menerusi FPK


Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu memberi
sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat memupuk kesefahaman
dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi.

 Pendidikan suatu usaha berterusan


Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang
proses itu, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya. Dengan ini,
pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang
itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat inilah yang
membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang
atau susah.

Anda mungkin juga menyukai